Cara tambah berat badan anak-anak

Assalamualaikum...

hari nie sy search2 lg berkenaan kanak-kanak yang kurang berat badan...ada rakan facebook yang bertanya mcm mana nak naikkan berat badan anak n makanan apa...konon2 nak cari makanan apa yang boleh tambah berat badan untuk kanak-kanak..last2 sy jumpe kat sini...so saya rasa saya patut share la...:)

Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dijaga dan dibelai dengan sepenuh kasih sayang. Pemakanan adalah satu faktor yang amat penting untuk mengukuhkan kesihatan,menampung pembesaran dan memenuhi keperluan keperluan untuk melakukan aktiviti fizikal.

Kanak-kanak perlu makanan untuk membesar dan menjalani proses pembesaran yang sihat.Faktor yang menyumbang kepada berlaku kekurangan berat badan dikalangan kanakkanakkurang berat badan diantaranya ialah kurang pengambilan tenaga (kalori) dan sumberprotein. Selain daripada itu, masalah jangkitan cacing, jangkitan penyakit dan masalah kongenitaljuga merupakan masalah kekurangan berat badan.

Kesan akibat kekurangan berat badan terhadap kesihatan kanak-kanak

Para ibu dan bapa jangan memandang ringan terhadap berat badan kanak-kanak.Perkataan ’tak apa nanti besar berat badan akan naik” perlu dikikis. Tidak dinafikan pemberianmakanan di usia satu hingga enam tahun adalah sesuatu yang amat mencabar. Namun perlu diingat, pemberian makanan yang berkhasiat amat diperlukan oleh kanak-kanak di usia begini untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang semakin meningkat bagi mencapai tumbesaran dan perkembangan yang sempurna.

Antara kesan akibat kekurangan berat badan terhadap kesihatan ialah:

  • Menjejaskan kecerdasan otak
  • Mengganggu pertumbuhan fizikal
  • Mengganggu perkembangan kanak-kanak
  • Mudah dijangkiti penyakit

Panduan Memberi Makanan Kepada Kanak-Kanak Kurang Berat Badan.

  • Adalah digalakkan ibu menyusukan anak-anak dengan susu ibu selama enam bulan secara eksklusif dan teruskan sehingga berumur dua tahun.
  • Elakkan daripada memberi makanan dan minuman yang rendah kandungan tenaga seperti air kosong, teh, kopi dan sup kosong.
  • Pastikan anak-anak diberi makan sekurang-kurangnya 5-6 kali sehari.• Tambahkan sedikit minyak, marjerin atau menggunakan santan dalam masakan contoh semasa menumis bawang, atau memasukkan santan semasa membuat bubur nasi.
  • Pelbagaikan jenis makanan mengikut panduan Piramid Makanan Malaysia.

Ubah Suai Makanan Untuk Kanak-Kanak Kurang Berat Badan

Kanak-kanak yang kurang berat badan perlu makan makanan yang tinggi kalori (tenaga) untuk meningkatkan berat badan ketahap berat badan normal mengikut umur. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh ibu semasa menyediakan makanan anak-anak. Antaranya:

Menangani Anak yang Tidak Selera Makan

Masalah ini kerap berlaku dikalangan kanak-kanak yang berusia satu hingga enam tahun.
Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini, antaranya:
  • Terlalu banyak bermain
  • Tiada kawan
  • Masalah kesihatan
  • Masalah gigi rosak
  • Jenis makanan dan cara masakan yang sama.
Ibu dan bapa perlu memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak makan. Antaranya:
  • Galakkan anak makan bersama-sama ahli keluarga.
  • Makan bersama-sama rakan sebaya.
  • Hidangkan makanan beraneka warna dan bentuk yang menarik.
  • Elakkan dari memarahi anak semasa makan.

Beri Anak Vitamin Untuk Tambah Selera Makan

Mengamalkan vitamin merupakan salah satu cara untuk menaikkan selera makan seterusnya mendapatkan berat yang ideal. Anak saya mempunyai masalah memilih makanan dan kurang selera makan. Selepas anak saya menyambut harijadinya yang pertama saya telah memberi Mealshakes untuk menaikkan selera makannya dan Omega Guard untuk kesihatan badannya kerana faktor kesihatan juga boleh menyebabkan selera makannya menurun. Alhamdulillah selera makan bertambah dan dia jarang sakit atau selsema.

Mealshakes mempunyai 19 jenis vitamin & mineral penting, 9 jenis asid amino perlu, sumber tinggi dalam kandungan serat dan protein, tinggi kalsium dan rendah glisemik indeks.

Omega Guard mempunyai DHA untuk kesihatan otak dan meningkatkan sistem imun tubuh.  

Meal Shakes & Omega Guard
 
Selain Mealshakes dan Omega Guard ibu bapa boleh mencuba supplement lainn yang juga sesuai untuk kanak-kanak seperti B Complex, Lecithin, Vitalea dan Vitamin C.

Vitamin Untuk Kanak-Kanak
Set lengkap untuk anda memiliki anak yang sihat dan pintar

Tanggungjawab ibu bapa amat berat. Namun ibu bapa jangan mudah putus asa untuk melayani kerenah anak-anak. Ini kerana anak yang sihat merupakan tonggak utama masa depan negara. Semoga anda dapat menjadi ibu bapa yang berjaya. Insyaallah.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order MEAL SHAKES klik sini 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 
atau isi form di bawah:


Name:
Email Address:
No.Telefon
Message

Get your own free form like this one.

CONTACT ME :

Name:
Email Address:
No.Telefon
Message

Get your own free form like this one.