Home » » Tanda-tanda Hampir Bersalin

Tanda-tanda Hampir Bersalin



Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terk
    entut
Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu

http://hamil.mustaffa.org/tanda-tanda-hampir-bersalin

Tanda-tanda bersalin
Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.
Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.



Bersedia untuk kelahiran

Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.
Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:
  • Menghadiri kelas antenatal
  • Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
  • Tonton video kelahiran
  • Amalkan pernafasan and relaksasi.

Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar
Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.
Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin 

Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban
Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show
Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/semasa-kelahiran/161-tanda-tanda-bersalin.html

0 comments:

Post a Comment

CONTACT ME :

Name:
Email Address:
No.Telefon
Message

Get your own free form like this one.

PENGEDAR SHAKLEE SEKITAR SUNGAI BULOH

JOIN US!!

ORDER SEKARANG!!!

ORDER SEKARANG!!!
HUBUNGI SAYA UNTUK KONSULTASI PERCUMA!!!!

KURANGKAN DAHAGA KETIKA BERPUASA DENGAN PERFORMANCE DRINK

HOT SELLER!!!

SET KECANTIKAN

PROMOSI SEPT 2014

PROMOSI SEPT 2014
Collagen Powder & Meal Shakes

KESIHATAN

Multivitamin (2) Resdung (2) 11 Kebaikan Zinc Complex Shaklee (1) 16 Makanan Turunkan Kolestrol (1) 4 Tips Kurangkan Risiko Jatuh Sakit (1) 4 Tips Minum Air Kosong (1) ALFALFA Meriah dengan Vitamin dan Mineral (1) Alfalfa Hilangkan Bau Badan (1) Alfalfa Shaklee Untuk Lelaki (1) Antara Punca Sakit Kepala ketika Berpuasa adalah dehidrate (1) Atasi Masalah Jeragat dengan Vitamin dan Supplement (1) B COMPLEX TIDAK MENGGEMUKKAN (1) Bagaimana Mencegah Resdung (1) Berpuasa Dengan Performance Drink Memberi tenaga yang Maximum (1) Bersahur dengan Set Mighty 3 Gem Shaklee - Badan Lebih Bertenaga (1) Cara mudah mengekalkan tulang dan sendi yang sihat (1) CoQ10 Supplement untuk Jantung (1) Detox Proses Membuang Racun Dari Badan (1) Diabetes (1) FAKTA TENTANG ROKOK (1) Family Wellness Program (1) Fungsi Chewable Vita-C Plus sama dengan Vit-C Plus (1) Fungsi Kalsium Selain Menguatkan Tulang Dan Gigi (1) Fungsi Utama dan Tanda Kurang Vitamin C (1) Imune Booster (1) KENAL PASTI SENDI YANG TIDAK SIHAT (1) Kandungan VIVIX dari tumbuh-tumbuhan semulajadi (1) Keberkesanan Vitamin E sebagai Antioksida (1) Keistimewaan B-complex Shaklee (1) Kekal Sihat dan Cantik bersama Meal Shakes (1) Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee (1) Kencing Manis (1) Khasiat Vivix Shaklee (1) Kurang Darah Merah Punca Badan Tak Bertenaga (1) Langkah Mencegah Penyakit Akibat Jerebu (1) Mencegah Diabetes dengan Supplement Shaklee (1) Minyak Ikan Omega Guard Terbaik di dunia (1) Mudah Mengantuk dan Sering Jatuh Sakit (1) Mulakan Tahun Baru Dengan Nutrien yang Betul (1) Multuvitamin pertama di dunia Vitalea Shaklee (1) Nutriferon Peneman Semasa Travel (1) OBESITI Punca MATI MENGEJUT (1) Omega Guard pengganti Lecithin (1) PILIH SOYA BERKUALITI - 7 Perkara Yang Penting Yang Perlu Anda Tahu (1) Panduan Memilih Kolagen Terbaik Di Pasaran (1) Pengambilan Coenzyme Q10 dalam diet seharian (1) Punca Amalan Vitamin Yang Tidak Berkesan (1) Rawat Pesakit Kanser Dengan Vivix dan Pemakan Yang Baik (1) Sakit Lutut (1) Sakit Sendi (1) Sakit Sendi Menggangu Aktiviti Riadah Anda (1) Selsema dan Batuk (1) Supplement untuk Masalah Resdung (1) Supplement untuk kaum lelaki (1) Tips Mengekalkan Kecergasan (1) Tips Mengekalkan Nutrisi dalam Makanan yang dimasak (1) Tips kekal sihat dan bertenaga semasa bvpuasa (1) Vitamin Shaklee Semulajadi (1) Vivix Bantu Pesakit Darah Tinggi (1) Vivix Produk Anti Penuaan Terlaris dengan Jualan 1 juta botol di Amerika Syarikat dan Kanada. (1) Vivix Shaklee Produk Anti Penuaan (1) Vivix Shaklee bantu Kurangkan Risiko Penyakit Jantung - Silent Killer (1) Vivix Shaklee bantu Pesakit Kencing Manis (1) Vivix Supplement untuk Pesakit SLE (1) Vivix untuk Lelaki (1) Zat Besi (1) jadual pengambilan vitamin (1)

Follow Me

Google+ Followers