Omega Guard pengganti Lecithin

27/02/2013

Omega Guard pengganti Lecithin


Asalamualaikum semua......

Untuk pengetahuan semua, stok Lecithin dah habis kat hq n mana2 branch Shaklee buat masa nie k...takpe jangan sedih  tau sebab saya ada beberapa botol lg kat umah. Tapi mungkin ia akan licin dalam  sekelip mata sebab Lecithin nie memang laris sangat.

Disebabkan tu saya syorkan alternetif lain iaitu Omega Guard. Fungsi Omega nie lebih kurang sama je macam Lecithin. Untuk langsingkan badan, buang kolestrol, bakar lemak, cantikkan kulit, jaga kesihatan otak, untuk darah tinggi, untuk kurangkan stress n macam2 lagilah.

Bagi yang dah mengamalkan untuk kurus, mereka berpendapat Lecithin nie macam kereta n Omega Guard nie macam kapal terbang. Naik kapal terbang mahal tapi perjalanan cepat dan tidak memenatkan. Kalau naik kereta pula, ia murah tapi perjalanan jauh, panjang dan penat. Terpulang kepada kemampuan kewangan dan juga tindakbalas dalam badan masing-masing.

Bagi saya Lecithin dan Omega sangat membantu antara satu sama lain dan memerlukan antara satu sama lain. Hasil kerja yang dilakukan secara berkumpulan atau lebih dari satu lebih baik, lebih cepat, lebih kreatif, lebih mantap dan power jika nak dibandingkan secara individu...betul tak???

Sebab tulah saya mengamalkan kedua-duanya sekali...:)

Jom saya cerita lebiih detail lagi fungsi-fungsi Omega Guard nie....


Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu kajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak Omega-3 EPA dan HDA.
Asid Lemak Omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari sumber makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS serta membantu kulit licin dan kemerah-merahan.

Mencegah penyakit saluran darah dan strok. DHA dan EPA boleh:
  • menentang thrombosis, mencairkan darah, melincirkan saluran darah dan melancarkan peredaran darah. Oleh sebab itu ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala. 
  • merendahkan tahap kolestrol
  • menghindar pembekuan darah di dalam badan
  • membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  • mengawal masalah obesiti
  • mencegah arteriosclerosis & myocardial infraction
  • membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori. DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi.
DHA:

  • meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran
  • mencegah penyakit Alzheimer
  • memlihara penglihatan dan pendengaran
  • mencegah migraine 

Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, heaptitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.

Menentang kanser. Kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon (usus). Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis). Paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.

Mencegah Insomnia dan membantu mengurangkan tekanan. Kajian telah membuktikan bahawa EPA dna DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan, kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, autisme, kanak-kanak hyperaktif dan penyakit schizophrenia.
Baguskan Omega Guard nie...banyak manfaat kita boleh dapat darinya....So siapa yang kehabisan Lecithin tu bolehlah beralih pada Omega Guard & yang memang dah amalkan Lecithin dan Omega Guard sekaligus teruskan sebab kedua-duanya ada kelebihan masing-masing.


 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya:
Siti Sarah Mohamad Nor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ]
♥ Contact No :017 202 3543
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
 

0 comments :

Post a Comment

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *