Kenapa Ibu Hamil Mengidam ?

11/04/2014

Kenapa Ibu Hamil Mengidam ?


Assalamualaikum...

Saya percaya, majoriti ibu-ibu pernah mengidam semasa mengandung. Kata org tua, ibu mengidam nie sebab anak dalam perut tu yg teringin. Nak tak nak kene cari juga makanan tu, kalau tak nanti takut baby lahir meleleh air liur. hihi. 

Saya dulu mengidam biasa-biasa je. Masa mula-mula pregnant saya mengidam "Sup Ani". Masa tu tinggal kat Segambut. Hari-Hari suami saya bawak saya ke Shah Alam untuk makan Sup Ani. Tapi masa mula-mula pregnant je. Lepas beberapa bulan saya jadi tak suka langsung.Satu lagi, saya suka sangat makan sambal ikan bilis time awal2 pregnant. Tapi saya tak larat nak masak sebab alahan teruk. Suami saya masak sampai hangit2 sambal tu tp saya bedal je sbb saya tak suka makan kedai time tu. Saya pernah juga mengidam ayam kampung. Masa tu tak silap bulan puasa. Hari-Hari suami bawak saya berbuka kat sana, siap bungkus lagi. Bukannya nak mengada-ngada ke apa, tapi tetiba teringin nak wat camne kan. hihi.

Mengidam disebabkan Hormon

Mengidam semasa hamil sebenarnya disebabkan oleh perubahan hormon di dalam tubuh masing-masing. Keadaan sebigini sama seperti anda "period" di mana anda menginginkan makanan tertentu disebabkan oleh pengaruh hormon yg dialami ketika itu. Perubahan hormon kepada wanita memberi kesan kepada deria bau, rasa. Namun, sebab sebenarnya masih tidak dapat dipastikan. Alahan semasa hamil seperti letih, pening, muntah dan lain-lain yg berlaku akibat perubahan hormon boleh menjadi penyebab kenapa ibu hamil mengidamkan sesuatu makanan yang boleh mengurangkan atau melegakan alahan.

Mengidam kerana Kekurangan Zat Makanan dan Vitamin

Penelitian umum mendapati bahawa keinginan untuk makan makanan tertentu berubah seiring dengan usia kehamilannya. Kebanyakan doktor percaya bahawa kekurangan zat makanan dan vitamin di dalam tubuh seseorang ibu hamil itu yg mencetuskan rasa mengidam. Sebagai contoh, mengidam makanan laut. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh kekurangan Kalsium dan Sodium. Bagi yg mengidam kekacang dan bijirin pula, ia berkemungkinan besar berpunca daripada kekurangan Magnesium. Ada juga ibu hamil yang mengidam ais. Keadaan ini dikenali sbg pica. Ia sering dikaitkan dengan kekurangan Zat Besi.

Tapi jangan lupa kita kena kawal diri.Kalau mengidam benda-benda yang manis or makanan tak sihat tu jangan lah terlalu terikut-ikut sangat sehingga boleh menjejaskan kesihatan diri dan kandungan. Di bawah ni saya kongsikan jadual pemakanan yang sihat mengikut makanan yang diidam.
Kenapa Ibu Hamil Mengidam, Ibu Hamil Kurang zat makanan dan

Amalan Semasa Hamil

  • Sarapan setiap pagi bagi mengelakkan rasa mengidam yang lebih teruk.
  • Lebih kerap melakukan senaman yang selamat untuk ibu hamil.
  • Mengamalkan Diet yang sihat dan makanan yang diambil setiap hari adalah pelbagai.
  • Mengamalkan supplement atau vitamin (lihat sini untuk Supplement Hamil Shaklee)
Pada pendapat saya bagus mengidam nie. Kalau kita tak mengidam kita pun tak tahu apa yang kurang dalam badan kita kan. Badan kita lebih tahu apa yg kita nak. Mengidam nie salah satu cara badan kita berinteraksi dan berkomnikasi dengan kita. Betul tak?
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

0 comments :

Post a Comment

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *