June 2012

26/06/2012

FAKTA TENTANG ROKOK




Assalamualaikum....sharing info about smoking.....
 

 
Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
 
Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
 
Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
 
Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
 
 

25/06/2012

Keberkesanan Vitamin E sebagai Antioksida


Assalamualaikum.....


Topik kita pada hari ini ialah VITAMIN E. 



Sumber Vitamin E boleh didapati daripada kekacang, minyak-minyak sayuran, majerin dan mayonis. tetapi ramai dikalangan kita yang anti sayur-sayuran. tambahan pula kita banyak terdedah kepada persekitaran yang kotor dengan penyebaran asap kenderaan, kilang, bahan kimia yg berbahaya. Makanan yang dibeli dikedai kebanyakannya telah diawet dan dicampur pewarna. Jadi bagimana kita menghindar atau melindungi diri kita dari semua pencemaran ini yang boleh membawa kepada kerosakan organ2 penting dalam badan kita seperti paru dan jantung.
  
Vitamin E dikatakan salah satu vitamin antioksida. Vitamin E perlu diambilbagi mengatasi masalah tersebut diatas supaya segala pencemaran yang telah kita sedut dapat dinyahkan daripada badan.  Antara Kelebihan dan Keberkesanan Vitamin E bagi mengatasi masalah ini adalah:

1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.
Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula. Parut strecth mark akan semakin pudar.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

 
PM saya untuk keterangan lanjut dan dapatkan harga termurah dari saya untuk vitamin E pada bulan ini....call 0172023543 atau email ladysara84@yahoo.com atau PM di facebook saya Siti Sarah Mohamad Nor atau like page saya healty with sarah...
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 
 

23/06/2012

TIPS MENGEPAM UNTUK IBU MENYUSU


Assalamualaikum....:-)

credit to  hanis hanim.....

info tambahan untuk breastfeeding mom terutama yg nak simoan stok...hopfully membantu ye..
PM saya untuk keterangan lanjut dan dapatkan harga termurah dari saya....call 0172023543 atau email ladysara84@yahoo.com atau PM di facebook saya Siti Sarah Mohamad Nor atau like page saya ladysara84
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


21/06/2012

Ada Apa Dalam SET 3M



Assalamualaikum....

Ada Apa dalam ESP, Ostematrix dan Alfalfa????

Komponen utama susu ibu ialah PROTIEN dan KALSIUM. Jadi pengambilan ESP sebagai sumber protein untuk ibu menyusu seperti saya memang sangat-sangat membantu, ditambah pula dengan pengambilan Ostematrix yang mengandungi kalsium, melengkapkan nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh badan ibu untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak dan lebih cepat. Alfalfa juga mengadungi sumber kalsium dan membantu masalah sembelit saya serta keputihan yang saya alami. 

ESP bukan sekadar untuk penghasilan susu malah menjadikan kulit saya bertambah licin dan putih. saya menjadi lebih bertenaga dan kurang rasa lapar dengan pengambilan ESP. Bangun tidur je saya akan rasa sangat segar dengan pengambilan ostematrix sebelum tidur dan tiada lagi masalah sakit tangan atau sakit belakang yang pernah saya alami sebelum ini.

Ada Apa dalam Vitamin C, B Complex dan Vitalea?????

Vitamin C, B Complex dan Vitalea   merupakan vitamin-vitamin yang penting untuk kesihatan tubuh badan saya sendiri. Bila badan saya sihat dan cergas, secara tdk langsung badan saya cukup nutrisi untuk menghasilkan pengeluaran susu untuk anak. Badan yang letih akan menghadkan pengeluaran susu.


B Complex sangat penting dalam mengawal dan mengelakkan stress terutama semasa bekerja. Bila saya tenang dan gembira, penghasilan susu akan lebih lancar, mudah dan cepat. 

Vitalea mengandungi sumber zat besi yang membantu saya dari mudah rasa pening atau pitam akibat kurang oksigen dalam darah.

Vitamin C menguatkan sistem imunisasi saya. saya tidak mudah demam dan demam tidak berpanjangan. 



PM saya untuk keterangan lanjut dan dapatkan harga termurah dari saya....call 0172023543 atau email ladysara84@yahoo.com atau PM di facebook saya Siti Sarah Mohamad Nor atau like page saya ladysara84


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

15/06/2012

Newborn checklist



Assalamualaikum....pagi2 buka fb terjumpa la newborn checklist nie...rasa cam nak share jugak la dgn kwn2...kot2 la ada yg tgh pregnanant tu....dok pike barang pe yg nak kene beli untuk bakal baby....hehe...nice checklist kan....:

n...

14/06/2012

Tips Minum Air semasa berpuasa untuk ibu menyusu


Assalamualaikum....

bulan puasa semakin dekat....pasti ramai ibu2 yang risau takut2 susu akan berkurangan time puasa nanti....saya pun pernah juga mengalamai perasaan sebegini...tapi alhamdulillah....Allah pertemukan saya dengan produk shaklee.... :)

Sepanjang sebulan puasa saya tak rasa haus atau lapar malah susu saya semakin bertambah....memang bonus bagi saya dan pertama kali saya tidak penat walaupun berpuasa.....saya mengamalkan ESP dan Performance Drink setiap kali berbuka puasa dan semasa sahur...

satu lagi tips untuk ibu menyusu ialah minum air yang banyak bagi mengelakkan dehidrate....air merupakan agent yang sangat penting dalam penghasilan susu....ibu menyusu sangat memerlukan air yang cukup dalam badan....
apa yang saya amalkan semasa berpuasa adalah minum air masak segelas ke 2 gelas sewaktu berbuka , setelah masuk waktu isyak, sebelum tidur, sejurus bangun dari tidur dan waktu sahur.

InsyaAllah...cukup bekalan air dalam badan anda untuk menempuh sehari berpuasa.....:) 



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Untuk order klik sini




Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya:

Siti Sarah Mohamad Nor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ]
♥ Contact No :017 202 3543
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com







Supplement untuk kaum lelaki......


Assalamualaikum...

Sebelum nie mostly saya banyak share berkenaan kaum hawa je kan.....entry kali nie kt bg ruang pada kaum adam pulak....cik abg2 kt nie pun nak sihat macam kt jugakkan.... dlm agama pun ada menyatakan lelaki nie dilahirkan sebagai khalifah, ketua keluarga...tanggungjawab kaum lelaki nie mmg besar kalo nak dibandingkan wanita....makanya kaum lelaki sgt memerlukan tenaga yg banyak dlm kehidupan seharian mereka untuk memikul semua tanggungjawab yang telah diamanahkan....

Mereka memerlukan tenaga tambahan yg super super power untuk memenuhi segala keperluan kaum wanita.....Apa kata anda sebagai kaum hawa hadiahkan supplement tanda terima kasih disamping dapat membantu meringankan beban kaum adam...tak kira ayah, abang, suami atau adik lelaki atau kawan-kawan lelaki anda....

Supplement apa yang sesuai untuk kaum adam????

basically terdapat 2 jenis supplement yg boleh diamalkan oleh kaum lelaki untuk kesihatan mereka iaitu: 

Vitamin E 

Ostematrix



Jom tgk apa yang menarik tentang kedua2 supplement nie... :)

Vitamin E
  • vitamin awet muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • mengurangkan parut
  • memperbaiki peredaran darah. peredaran darah yang lancar membantu membaiki tisu dalam badan kita
  • melindungi paru2 dari pencemaran udara
  • memelihara pembekuan darah yang normal
  • mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
  • mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari.
  • menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
  • mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
  •  merendahkan kadar kolesterol dan mengurangkan tekanan darah
  •  Membantu mencegah kanser
  • meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
 
Vitamin E diibaratkan sebagai TONIC kepada kaum lelaki...Suami saya juga mengamalkan vitamin E sejak akhir-akhir ini dan suami nampak lebih bertanaga. VITAMIN E membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan.

Ostematrix
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf 
  • membantu menetapkan ritma jantung
  • menyelesaikan masalah insomnia
  • membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran
  • membantu dalam pembekuan darah 
  • mengurangkan kadar kolestrol dlm darah)
  • untuk kesihatan tulang dan gigi 
 
Ostematrix mengandungi kalsium dimana apabila badan cukup kalsium, kita akan mudah bangun dari tidur malah tidur kita juga lebih nyenyak dan berkualiti.Suami saya juga merasa keberkesanannya. Bangun tidur rasa segar dan bertenaga. :)

Bulan nie ada promotion Vitamin E....jom grab untuk suami anda sekarang!!!!!

Call me 0172023543 atau email ladysara84@yahoo.com atau PM di facebook Siti Sarah Mohamad Nor

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 


08/06/2012

Set Breastfeeding Lengkap Shaklee - Set 3M


Assalamualaikum....

Ramai yang bertanya tentang Set lengkap ibu menyusu yanng kami syor kan iaitu SET 3M......Dikesempatan ini saya nak huraikan  setiap fungsi supplement yang ada dalam Set 3M nie khas untuk mereka yang bertanya dan juga ibu-ibu diluar sana......

Set 3M terdiri daripada 6 jenis supplement iaitu:

1)Vitalea
2)Vitamin C
3) B Complex
4) Alfalfa
5) Ostematrix
6) Energizing Soy Protein(ESP)

Vitalea
  • Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. 
  • Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. 
  • pengambilan zat besi sangat pentinmg bagi ibu yang menyusu supaya pertumbuhan dan pembesaran anak berjalan dengan baik.
  • Apabila usia anak mencecah 6 bulan, ibu disyorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak. begitu juga dengan ibu menyusu multivitamin yang disertai dengan zat besi perlu bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...
  • Ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian bagi mengelak dari mudah pitam atau pening selepas memerah dan menyusukan anak. 
Vitamin C
  • Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. 
  • menjaga salur darah 
  • sebagai antioksidan 
  • membantu meningkatkan antibodi ibu dan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. 
  • Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik menghasilkan kulit yang bersih, cerah dan cantuk.
B Complex
  • B Complex perlu dalam penghasilan sel darah merah
  • membantu menstabilkan hormon badan manusia 
  • membantu si ibu  menjadi lebih bertenaga 
  • Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein
  • Membantu meninggikan sistem imunisasi, si ibu tidak mudah jatuh sakit
  • menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga
  • Anti stress (sebagai penenang), membantu si ibu berfikiran positif  secara tidak langsung dapat menstabilkan emosi dan secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar.
  • Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan supplemen B Complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
  • wajah si ibu akan bertambah berseri dan tidak kusam.

Alfalfa
  • membantu pengeluaran susu (milkbooster)
  • Alfalfa mempunyai 1001 khasiat yang dikenali juga sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. 
  • memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.
  • Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.
  • alfalfa  membantu dalam sistem perkumuhan di mana si ibu akan mudah lawas
  • membantu membuang angin dalam badan
  • BIanya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. 
  • Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa.
  • alfalfa juga tidak boleh diambil oleh ibu@anak yang menghidapi penyakit SLE atau pun G6PD.    
   Ostematrix
  • membantu pengeluaran susu (milkbooster)
  • mengatasi masalah sembelit
  • memberi tenaga terutama bila si ibu bangun tidur si ibu akan berasa segar dan mudah bangun.
  • mengekalkan tekanan darah normal
  • mengelakkan kemurungan
  • mengatasi masalah pra-haid
  • mengelakkan kekejangan & sakit tulang belakang
  • mengatasi masalah tulang rapuh dikalangan wanita terutama ibu yang menyusu
  • memastikan tulang padat
  • dalam bentuk pil dan boleh diganti dengan susu bagi yang tidak suka minum susu.

Energizing Soy Protein (ESP)
  • membantu pengeluaran susu (milkbooster)
  • mengandungi protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino untuk pembentukan sel. Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada  bayi yang sedang membesar.
  • Membekalkan tenaga yang bergnada
  • Memberikan rasa kenyang
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
  • Membantu sistem imunisasi
  • menganjalkan otot
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat    
Ingat!!!!! 
    Suplement untuk penyusuan bukanlah salah satu cara untuk membanyakkan susu ibu. Pengambilan suplemen (vitamin dan mineral) sebenarnya memastikan tubuh si ibu kekal sihat, bertenaga,  ceria dan terus bersemangat. Secara langsung membantu si ibu menjayakan penyusuan susu ibu kepada si manja. Kejayaan penyusuan antaranya bergantung kepada kesihatan si ibu. Namun, konsep asas penyusuan susu ibu yang perlu difahami adalah SUPPLY vs. DEMAND, yakni, lebih kerap bayi disusukan/ lebih kerap sessi perahan maka lebih banyak susu dihasilkan.

     Namun demikian, pengambilan suplement akan memberi kesan besar dalam perjalanan penyusuan susu ibu andai TIGA PERKARA PENTING ini dipatuhi :
  1. sessi penyusuan bayi yang kerap, atau bagi ibu berkerjaya, membuat sessi perahan yang konsisten setiap 3 jam, serta pam sehingga payudara benar-benar kosong.
  2. Memastikanpengambilan air yang cukupdanseimbang , iaitutidakkurang 3 liter sehari ; tidak berdiet serta berusaha mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang.
  3. Berfikiran positif dan tenang selalu, serta sentiasa mendekatkan diri dengan Pencipta. 

Lengkap sudah penerangan berkenaan set menyusu ni. Sekiranya anda masih tak clear or ada pertanyaan boleh hubungi saya di 017-2023543 atau PM saya di facebook Siti Sarah Mohamad Nor.:)



sihat bersama,

 

07/06/2012

Apa kaitan Kalogen & Vitamin C????


Assalamualaikum...

N3 sebelum nie saya ada kongsi 4 supplement asas untuk cantik. ingat lagi tak?

Protein, Vitamin C, B Complex & Vitamin E. 

N3 kali nie sy specific kan untuk Vitamin C je...so korang tau la camne vitamin c nie bole involve untuk cantikkan kulit korang nanti bila dah consume....

bila sebut je kalogen semua dah tau untuk cantik & tegangkan kulit...betul tak....

Vitamin C pulak berfungsi membantu pembentukan kolagen.

Kalogen tu apa pulak????

Kolagen nie protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.

tak paham????

bayangkan kalogen nie macam simen....kalau kt nak bagi batu-bata melekat kt perlu letak simen sebagai gam...betul tak...so takde lah batu-bata tu bergerak or senget-benget....batu-bata tu nampak tersusun je kan....samala macam kulit....kulit nie terdiri daripada sel-sel serupa macam batu-bata....kalau kurang kalogen tubuh kita kan mudah lebam & calar, kering & bersisik. Kolagen yang cukup daripada Vitamin C akan buat kulit kita kelihatan bersinar dan gebu sebab struktur sel tu dah tersusun rapi.

Jadi sekarang dah faham kan fungsi Vitamin C dari sudut kecantikan kulit....:)

senang je nak dapatkan sumber Vitamin C nie...dalam sayur & buah memang banyak la Vitamin C. kita sepatutnya digalakkan makan sayur & buah 5 kali sehari.nampak macam senangkan.zaman dulu memang senang la.semuanya ditanam belakang rumah.petik terus makan.zaman sekarang sibuk memanjang sampai nak makan nasi pun tak sempat. tambah pulak dengan stress kerja kat ofis yg boleh menyebabkan vitamin c tak dapat diserap dengan optimum.

Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 1/2 biji Oren. larat ke korang nak makan sampai 71/2 biji...hehe...saya terus terang memang tak sempat la.tapi kalau mampu teruskan je lah.bagi yang tak mampu tu ikut macam saya.ambil vitamin c dalam bentuk tablet.sehari 1 biji je kawan-kawan.lagi mudahkan.teknologi sekarang dah maju.so gunakan lah dengan sebaik-baiknya..:)


kalau kawan-kawan rasa apa yang saya cakap nie betul atau ragu-ragu tapi nak clearkan lagi....jgn segan-segan call or sms saya di 017-2023543....:)


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

06/06/2012

Nak Cantik di Hari Raya!!!!


Assalamualaikum semua.....lama kan saya tak update blog....maaf seribu kali maaf...sangatsibuk sejak akhir-akhir nie...saya akan membuka TASKA di Wangsa Permai Kepong....anybody yg tinggal berdekatan Sri Damansara boleh la contact saya if perlukan khidmat daycare untuk anak-anak bawah 4 tahun....insyaAllah saya cuba bagi perkhidmatan yang terbaik.....:)

sempat pulak wat promotion TASKA....hehe...nama TASKA saya....TASKA ULFAH QAISARA.....jangan segan-segan bertanya saya k....:)

ok berbalik pada tajuk kita hari nie....hehe.....tak lama lagi dah nak puasa kan....raya pun dah makin hampir...of course sume dah mula wat preparation untuk raya....baju pun dah tempah awal2 takut nant tempahan penuh...hehe...sanggup berhabis duit tempah baju sampai 10pasang semata-mata nak cantik punye pasal....hehe...

takkan untuk baju je kan.....tempah baju cantik2 yg tukang pakai pun nak kena cantik jugakkan....tak lengkap la kalau muka ade jerawat sana sini....jeragat penuh kat muka....betul tak....tambah2 lg time2 raya la yg bujang2 tu cbuk nak usha2 yg hansome2 n yang cantik manis.....yelah..bila bekerja mana la ada masa nak bersosial...balik kerja je dah penat terus tido...time raya nie la amek cuti sampai seminggu cr peluang nak bersosial n cari teman hidup...bukan la kata nak cr pasangan tu kene yg cantik...tp atleast sedap mata memandang...muka bersih je....tulah nak tunjuk keterampilan seseorang tu....betul tak....
 
pendek kata "muka bersih hati pun bersih...":)
 
Amacam..dah mula sedar ke... jgn syok bershopping kain je tau....muka pun nak kena jaga jugak....meh cnie nak tolong korang supaya berseri2 muka time raya nanti....hehe..

tak payah tepek apa2 kat muka....just makan je....:)

so apa yg korang kene makan...????

ada 4 je supplement asas yg saya nak syor kan....
 
1)Energizing Soy Protien.- Antara supplement yang membantu mengurangkan jeragat dari terus merebak kerana ia memastikan sel kita sentiasa sihat dan berganti setiap 21 hari.
 
2)Vitamin C- untuk membentuk kolagen. Kolagen ibarat simen yang mengikat batu-bata (protein), supaya kulit sentiasa kenyal. Kekurangan kolagen membuatkan tubuh anda mudah lebam dan calar, kering dan bersisik. Kolagen yang cukup daripada Vitamin C yang baik membuatkan kulit kita kelihatan bersinar dan gebu.

3)B Complex - menjaga kesihatan kulit daripada dalam. Ia membantu mengurangkan garis-garis halus di kulit. Vitamin B Complex juga penting untuk melanin yang memberi warna pada kulit. Lebih kerap anda berada di bawah matahari, lebih banyak B Complex diperlukan.
 
4)Vitamin E - sebagai antioksidan yang penting selain anti penuaan dan membantu pengawalan pertumbuhan abnormal sel.

Amalkan pengambilan supplement yang konsisten selama 90-120 sehingga mendapatkan ton kulit yang sekata, insyaALLAH kesannya ialah kepuasan kerana kecantikan itu adalah milik setiap insan. 
 
sempat lagi la kalau ambil dari sekarang.....betul tak...
 
so kalau berminat jangan segan-segan call saya ya.....:) 017-2023543
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



 
 



 

 

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *