January 2013

31/01/2013

Tips Banyakkan Susu


Assalamualaikum...

Ada sesetengah ibu yang tanya saya kenapa ye susu saya sikit tapi susu orang lain banyak, then stok sampai penuh dalam fridge.Kawan-Kawan yang susu sikit tu jangan compare ye susu kita dengan susu orang. Bila kita compare tulah yang buat kita down. Sikit atau banyak susu tu kita kena bersyukur sekurang-kurangnya Allah masih nak bagi rezeki kat anak kita, dari takde langsung lagilah sedihkan.Cuba cari gali lagi ilmu tentang breastfeeding, cuba muhasabah balik apa yang kita tak lakukan untuk banyakkan susu. Penyusuan nie bukan satu perkara yang mudah tapi kalau kita ikut cara yang betul insyaAllah ia akan jadi mudah. Dulu masa zaman-zaman saya kerja saya suka baca blog MommaMia nie. Selalu cerita tentang ilmu breastfeeding. Jom saya kongsikan tips yang beliau beri untuk banyakkan susu terutama kepada ibu-ibu yang  dah nak naik kerja tu ye.

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh 
  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum banyak Air

Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4. Fikir Bayi Fikir Susu 
  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...
5. Berdisiplin

Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tendum Pumping

Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik. 

7. Teknik Marmet

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...

8. Menyusu / mengepam Lebih Lama 
  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan Malam 

Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan

Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

11. Pengambilan suplemen

Pegambilan Protein dan Kalsium amatlah digalakkan kerana ia merupakan kompenan atau nutrisi penting dalam penghasilan susu. Selain itu ibu digalakkan mengambil vitamin untuk memenuhi keperluan nutrisi dalam badan supaya fizikal ibu sentiasa sihat, bertenaga dan emosi ibu terkawal yang juga menjadi faktor penting dalam penghasilan susu.

Ini dia suplemen pilihan saya yang merangkumi semua yang diperlukan oleh ibu menyusu termasuklah kalsium dan protein. Serius memang banyak sangat susu saya lepas ambil suplemen nie, then badan rasa bertenaga, jarang sakit dan saya rasa happy je.



Semoga perkongsian saya nie memberi menafaat dan dapat membantu ibu-ibu diluar sana ye...dah usaha semua nie jangan lupa berdoa pada Allah. Sesungguhnya rezeki itu datang dari Allah....:)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543 
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
 

29/01/2013

Kebaikan susu ibu kepada anak saya


Assalamualaikum...
Pejam celik....pejam celik...bulan depan 14 February anak saya Mia Qaisara dah nak masuk 2 tahun. Maknanya saya hampir mencapai impian saya untuk menyusu mia sehingga 2 tahun. Alhamdulilah!!!!

Saya mula pasang niat untuk beri susu ibu kepada anak saya sejak saya mengandung lagi. Sejak tu saya mula mencari ilmu tentang penyusuan dari internet dan membaca blog ibu2 menyusu. Seronok baca pengalaman mereka, membuatkan saya rasa sangat teruja. Macam-macam yang mereka kongsikan tentang penyusuan. Pasti bakal-bakal ibu diluar sana tertanya-tanya kenapalah saya beria-ia sangat nak beri susu ibu pada anak saya kan. Besar sangat hikmahnya menyusukan anak saya nie. 
Kerana susu ibu jugalah saya bertemu jodoh dengan SHAKLEE...:)


 12 sebab kenapa saya berikan anak saya susu ibu......
  1. Susu ibu sesuai untuk bayi secara semula jadi
  2. Susu ibu dalam keadaan steril dan bebas dari hama dan kuman
  3. Kandungan nutrien yang seimbang
  4. Susu ibu kurang kandungan protien dan kasein berbanding susu ibu. Kasien ialah protien yang dimendakkan daripada susu dan merupakan asas keju dan plastik.
  5. Susu ibu mudah hadam kerana lembut dan cair berbanding susu lembu yang pekat dan susah dihadam.
  6. Susu ibu lebih banyak mengandungi laktase, vitamin dan zat galian yang seimbang. laktase ialah sejenis enzim yang menukarkan gula dalam susu menjadi glukosa dan galaktosa.
  7. Susu ibu mengandungiprotien yang dikenali sebagai lactoferrin yang berkemampuan menghalang pembiakan kuman pada sistem usus bayi dan ini mengurangkan risiko cirit-birit
  8. najis bayi yang minum susu ibu akan menjadi asidik dan ini menyebabkan ketidaksesuaian untuk pembiakan kuman dalam sistem usus
  9. Susu ibu mempunyai sel yang datangnya dari badan ibu dan ia berupaya membasmi jangkitan kuman dan virus serta mengandungi enzim penting untuk menolong sistem penghadaman bayi.
  10. Sistem penghadaman bayi berupaya menyerap kandungan zat besi daripada susu ibu dengan lebih sempurna berbanding susu lembu.
  11. Dari segi psikologi, aksi bayi ketika menyusu merapatkan rangsangan kasih sayang kedua-dua pihak, ibu dan bayi.
  12. Hisapan mulut bayi membawa pelepasan hormon dari hipotalamus dalam otak yang meningkatkan kepantasan dan kecekapan involusi atau pengecutan rahim ibu. Ini menjadikan ibu tidak hamil dan menjarakkan kelahiran selepas penyusuan.
credit kepada Pn Shaidah
sumber : Rahsia minda hebat - Dato' Siti Nor Bahyah & Hj Muhammad Zakaria terbitan Telaga Biru

Nie supplement SHAKLEE yang saya ambil sepanjang penyusuan
Nie lah si kecik tembam Mia Qaisara yang nak masuk 2 tahun dah..

Khasiat Susu ibu tiada tandingan. Selagi masih hidup, selagi kuat, selagi Allah masih memberi rezeki selagi tu saya akan menyusukan anak saya kerana saya mahu yang terbaik untuk anak saya . Alhamdulillah Allah pertemukan saya dengan  SHAKLEE. DIA lebih mengetahui apa yang saya perlukan. Saya memang sangat memerlukannya kerana saya perlu sentiasa kuat, sihat dan cergas untuk mengharungi cabaran meyusu selama 2 tahun nie. 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
 Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543 
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
 

28/01/2013

Fungsi Chewable Vita-C Plus sama dengan Vit-C Plus


Assalamualaikum...

Ramai yang tertunggu-tunggu Vita-C Plus. Mesti semua pun dah tahu Vita-CPlus hanya akan kembali pada April nanti. Ramai yang kecewa terutama yang dah jatuh hati pada Vita C Plus Shaklee nie.Vitamin C Shaklee memang terbaik dan memberi kesan yang sangat-sangat positif kepada semua pengamal Vitamin C termasuk saya.Alhamdulillah....

Vita C Plus terlalu popular sampai kita terlupa masih ada 1 lagi Vitamin C Shaklee yang tak kurang bagusnya iaitu Chewable Vita-C Plus.


Adakah fungsi Chewable Vita-C Plus sama dengan Vita- C Plus???

Chewable Vita-C Plus telah dilengkapkan dengan Citrus Bioflavanoid utk memaksimumkan fungsinya. Fungsinya sama sahaja dengan Vita-C Plus iaitu untuk tingkatkan imunisasi, mencantikan kulit,antioksidan, membentuk kolagen dan semua fungsi lain yang ada dalam Vita-C Plus.

Adakah dos Chewable Vita-C Plus sama dengan Vita- C Plus???

1 biji Chewable Vita-C Plus mengandungi100mg, manakala Vita-C Plus mengandungi 500mg untuk 1 biji. Ambil 5 biji sehari jika nak ambil dos yang sama dengan Vita-C Plus. Tapi 2-4 biji pun sebenarnya dah mencukupi untuk keperluan badan.boleh kongsi dengan anak-anak.1 biji dah mencukupi untuk kanak-kanak. Chewable vita C-Plus nie boleh dikunyah atau dihisap macam gula-gula tu dan saiznya lebih kecil. Saya suka ambil time boring2 atau time mengantok. Suami saya kata bagus ambil tengah drive....




So....jangan rasa hampa or frust ye....masih ada alternatif lain selain Vita C Plus.....Chewable Vita C-Plus ada keistimewannya tersendiri dan fungsinya saam je dengan Vita c Plus...:)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya:
Siti Sarah Mohamad Nor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ]
♥ Contact No :017 202 3543
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
 

10 LANGKAH JIMAT KURUSKAN BADAN


Assalamualaikum.....

"SAYA NAK KURUS TAPI TAK MAMPU NAK BELI PRODUK KURUS YANG MAHAL-MAHAL TU. ADA TAK CARA KURUS YANG JIMAT????"

Mestilah ada....ingat orang yang berduit banyak je ke boleh kurus....hihi...

Jom praktikkan 10 langkah jimat untuk kuruskan badan.....InsyaAllah tak perlu nak keluar beribu-ribu untuk kuruskan badan....:)


  1. Berjalan ke tempat kerja. Habis tu kalau ofis kat KL rumah kat Shah Alam takkan nak jalan kaki kot. hihi....Kalau jauh letaklah kereta jauh dari ofis. Agak-agaklah boleh jalan dalam 10 ke 20 minit dari tempat parking ke ofis. Kalau rajin better guna pengankutan awam samada LRT atau bas.
  2. Tengok tv sambil buat ‘sit up’.Takkan nak buat sampai cerita kat tv tu habis pulakkan. Tapi kalau nak buat apasalahnya.hihi… Rancangan kat tv tu kan ada iklan, so buat lah time iklan.Tapi iklan kat tv sekarang nie bukan main lama lg n kadang-kadang sampai 20 minit kan kan.
  3. Basuh kereta sendiri. Bukan setakat keluarkan peluh malah menjimatkan sebab tak perlu keluar duit untuk hantar kat car wash.
  4. Buat aktiviti fizikal yang sesuai dengan gaya hidup kita. Berjoging dengan kawan-kawan atau family satu aktiviti yang  pasti menyeronokkan.Main badminton, futsal, bersiar-siar di taman, teman anak mian kat playground. Tu semua aktiviti yang menegluarkan peluh.
  5. Gunakan tangga berbanding escalator atau lif. Penat sikit je naik tangga tu tapi kalau hari-hari buat insyaAllah pasti membuahkan hasil.
  6. Minum air sebelum makan. So bila makan kita cepat kenyang. Elakkan ambil makanan dalam kuantiti yang banyak dan lebihkan pengambilan fiber.
  7. Jangan sesekali skip breakfast sebab ia penting sebagai pembekal tenaga.Mengamalakan diet bukan bermaksud kita tak perlu makan langsung. Ikut sunnah nabi, makan sebelum rasa lapar dan berhenti sebelum kenyang. Jadi kawallah nafsu anda ye.
  8. Pilih buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai pengganti . Bila rasa lapar jangan la cari nasi je. Ambil buah bila rasa lapar or buat jus buah.
  9. Banyakkan  minum air putih sekurang-kuranngnya 8 gelas sehari.Bawalah botol air ke mana-mana sahaja.  Jangan makan pada larut malam sebab lepas tu kita sure akan tidur dan  makanan tak sempat pun nak hadam. Tak bagus untuk perut dan kesihatan ok.
  10. Sebelum tidur apa kata buat senaman ringan. InsyaAllah bila bangun pasti rasa lebih segar.
LECITHIN & OMEGA GUARD sangat sesuai diambil sebelum melakukanan aktiviti-aktiviti di atas kerana ia membantu PEMBAKARAN LEMAK dengan lebih CEPAT semasa aktiviti tersebut dilakukan!!!

 GOOD LUCK!!!!!CUBA JANGAN TAK CUBA!!!!


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543 
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
 

26/01/2013

Supplement untuk rancang kehamilan


Assalamualaikum....

Sejak akhir-akhir nie ramai pula kawan-kawan yang dah pregnant. Macam dah rancang sama-sama je..hihi....Ada yang nak masuk anak ke-2 dan ada juga yang baru pertama kali pregnant. Alhamdulillah murah rezeki kawan-kawan.Tahniah kepada kawan-kawan saya ye dan saya doakan semoga selamat sehingga kelahiran nanti. 

Teringat masa pertama kali saya pregnant dulu. Saya pregnant setelah 3 bulan berkahwin.  Lepas sebulan tak pregnant orang dah start tanya bila nak ada baby.Seperti pasangan lain saya dan suami memang mahukan zuriat selepas berkahwin. Bila dah sebulan kosong tu saya mula google sana sini macam mana nak senag hamil dan saya terbaca satu blog nie supaya mengambil asid folic. Alhamdulillah setelah sebulan mengamalkannya saya disahkan pregnant. Tapi bukan bermaksud dengan mengambil asid folic sahaja kita boleh pregnant k. Ia bergantung kepada diri masing-masing dari segi tahap kesihatannya, hormon serta nutrisi dalam badan kita. Bagi saya untuk merancang kehamilan kita perlu memastikan diri kita dalam keadaan sihat dan memastikan badan cukup nutrisi. 

Bagaimana kita nak tahu apa nutrisi yang kurang dalam badan kita dan kenalpasti samada kita dalam keadaan sihat atau tidak. Dulu saya cetek ilmu. Saya hanya gunakan kaedah try n error...tapi nasib baiklah menjadi. Sepatutnya kita perlu mengambil supplement yang lengkap dengan nutrisi dan kenalpasti vitamin apa yang boleh membantu untuk kehamilan.

Di sini saya kongsikan sdikit berkenaan kehamilan....

Bagaimana kehamilan berlaku???
 Wanita itu perlu mengeluarkan telur daripada salah satu ovarinya ( ovulasi ). Telur tersebut mesti melalui saluran fallopian menuju ke uterus ( rahim ). Sperma lelaki pula perlu bergabung dengan telur dalam perjalanan menuju ke rahim. Telur yang telah disenyawakan itu perlu melekat di dalam rahim. Masalah yang menggangu dalam salah satu langkah yang dinyatakan tadi adalah dianggap penyebab ketidaksuburan.

Apa yang menyebabkan Ketidaksuburan???
  1. Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang akan disenyawakan.
  2. Tanda - tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau tidak datang haid.
    Saluran falopio terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis.  
  3. Masalah dengan rahim seperti fibroid atau cyst.

Selain itu faktor umur, stress, pemakanan seharian yang tidak elok, latihan olahraga, terlebih berat badan atau terlalu kurang berat badan, merokok, alkohol, penyakit kelamin dan masalah kesihatan yang disebabkan hormon juga boleh menyebabkan ketidaksuburan.

Apa supplement untuk hamil???

Soy Protein Isolate Powder (ESP), 
Vita-lea,
B complex,
vitamin C,
Alfalfa,
GLA,
Vitamin E, 
Zinc




 Apa fungsi setiap supplement yang membolehkan kita hamil????

ESP
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. 

Vitamin C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dlm tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kuliti sel sperma. Sperma yg tidak tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah utk bersenyawa dgn ovum

Vita-Lea With Iron Formula

Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.

B-Complex 
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural

Zinc complex  
Satu tablet zinc complex Shaklee membekalkan 15mg zinc (zinc gluconate). Unutk isteri, zinc menggalakkan tubuh badan menggunakan secara efisien hormon estrogen dan progestron, sekaligus mengurangkan risiko keguguran di awal kehamilan. Bagi suami pula, pengambilan zinc membantu dari segi kuantiti sperma serta mengekalkan penghasilan hormon testosteron

Vitamin E complex  
Keistimewaan Vita-E Complex Shaklee adalah lain dari yang lain kerana ianya lengkap dgn Selenium. Satu capsule sehari membekalkan 400IU vitamin E dan 10mcg Selenium. Vitamin E merupakan salah satu anti-oksidan yg dikatakan mampu menghasilkan sperma dan ovum yg lebih berkualiti.. Selenium pula membantu untuk memaksimakan penghasilan sperma dan menjadikan sperma bergerak lebih tangkas.

Selain daripada itu, pengambilan Vitamin E juga membantu dlm kehidupan seksual suami dan isteri. Bagi suami, Vitamin E membantu suami lebih bertenaga, mudah teransang, mempunyai ereksi yg lebih lama serta mampu menghasilkan orgasma yg berkualiti. Bagi isteri pula, Vitamin E membantu menstabilkan hormon seterusnya membantu meningkatkan daya seksualnya.

GLA Complex
 
Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon serta mengawalatur kitaran haid. Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenalpasti waktu subur di mana peratusan persenyawaan dpt ditingkatkan. Selain itu, GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma utk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut.

Alfalfa
tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia. Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido).Ia juga memberi kelegaan semasa haid . Untuk suami pula, ia meningkatkan stamina seorang suam
 
InsyaAllah bagi yang merancang untuk menimang cahaya mata tu bolehlah mencuba supplement tersebut mengikut keperluan dan masalah masing-masing serta megikut kemampuan kita.


.* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
 

25/01/2013

Alfalfa Shaklee Untuk Lelaki


Assalamualaikum!!!!

Sepanjang bulan nie ramai yang order ALFALFA padahal bukan promosi pun...tapi sebab dah jatuh hati dan harga ALFALFA memang mampu dimiliki oleh sesiapa pun sebab harga sangat-sangat berpatutan tau....Baru-Baru nie ada customer saya yang ambil SET RESDUNG(VIT C, B COMPLEX & ALFALFA) utk suaminya..Ada jugak kawan-kawan suami saya yang ambil SET KURUS (ALFALFA, LECITHIN, HERBLAX).....Jangan sangka ALFALFA nie untuk para wanita je ye...Kaum lelaki pun boleh ambil ALFAFA nie....

Memang banyak sangat kebaikan ALFALFA nie sehinggkan digelar sebagai RAJA TUMBUHAN. Ada pelbagai jenis ALFALFA diluar sana tetapi SHAKLEE memilih ALFALFA yang paling BERKUALITI dan GRED PALING TINGGI iaitu dipanggil Medicago Sativa. Menarik tentang ALFALFA di mana pokonya boleh membesar sekurang-kurangnya 2 tahun dan dalam tempoh tersebut akar tunjangnya boleh mengunjur ke dalam tanah sehingga 20 kaki untuk menyerap pelbagai nutrisi dari dalam tanah. 
 
Saya suka ALFALFA. Saya dan ALFALFA memang tak boleh dipisahkan. ALFALFA memang sangat popular dengan fungsinya yang boleh merawat KEPUTIHAN. Majoriti Customer dari kaum hawa mesti report kat saya masalah keputihan dah semakin berkurang. Saya juga mengakui ALFALFA sangat membantu masalah keputihan. 

Nie saya listkan 19  KEBAIKAN Alfalfa:
1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
5. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
6. Merawat arthitis
7. Bagus untuk elergi dan ekzema
8. Merawat athma
9. Mencuci usus bagi membuang toksik
10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitam dalam buah pinggang
11. Meneutralkan asid dalam badan
12. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
13. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
15. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
17. Meningkatkan stamina seorang suami
18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
19. Membuang angin dalam badan



Jadi sekiranya anda mempunyai maslah yang memerlukan ALFALFA jom atasinya sekarang...


 
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya:
Siti Sarah Mohamad Nor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ]
♥ Contact No :017 202 3543
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
 

22/01/2013

Vitamin Untuk Cantik kulit


Assalamualaikum semua!!!!

Sudahkah anda melihat cermin...hihi... saya tahu nie aktiviti paling wajibkan... lepas mandi mesti tengok cermin terutama wanita. 

Wanita dan kecantikan memang tak boleh dipisahkan. Dalam handbag tak sah kalo takde cerminkan. Sentiasa je nak kelihatan cantik. Pantang nampak cermin mesti nak cek muka kot2 ada jerawat or jeragat. Kalau pergi supermarket tak sah kalau tak singgah toilet. Sampai je suprmarket terus g toilet dulu then touch up mana yang patut..

Saya dulu selalu lah wat camtu...Tapi sejak ada anak nie nak tengok cermin pun dah tak menyempat. Jadi alternetif lain untuk saya menjaga kecantikan diri saya ialah dengan mengambil vitamin kecantikan. Bagus tau ambil vitamin nie sebab ia bukan saja mencantikkan luaran kita malah kecantkan dalaman turut terjaga. Bukan sahaja cantik dimuka malah satu badan kita jadi cantik. kulit badan bersih, putih dan gebu. kecantikan dari dalam nie lebih kekal lama, lebih semulajadi...Barulah terserlah kejelitaan perempuan melayu....:)

Nak tahu vitamin apa untuk cantik dan bagaimana ia mencantikkan kulit ????

Vitamin E
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Vitamin C
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
B Complex
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Jom kita sama-sama amalkan vitamin untuk lebih cantik, sihat & berkeyakinan....Tengok cermin senyum sampai ke telinga sebab muka licin n berseri-seri je...:)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya:
Siti Sarah Mohamad Nor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ]
♥ Contact No :017 202 3543
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
 

17/01/2013

Shaklee AJHT buah tangan untuk ibu bapa di kampung


Assalamualaikum....

Esok dah hari Jumaat....sekejap je kan...rasanya macam baru je hai isnin...wekeend nie anda semua ke mana...duduk rumah je or bercuti dgn family or pergi kenduri kahwin...tak pun balik ke kampung menziarahi ibu dan ayah....Bagi yang pulang ke kampung tu apa kata anda bawa buah tangan sedikit ke kampung....Selalunya kalau buah tangan tu mesti buah-buahan or kerepek or kain dn sebagainya untuk menunjukkan rasa ambil berat anda terhadap mereka kan.

Apa kata kali nie anda buat kelainan. Tunjukan rasa ambil berat anda pada kesihatan mereka pula. Advance Joint Health Tablet supplement paling sesuai untuk dihadiahkan pada ibu bapa kita. Sakit sendi, lutut, pinggang, belakang dan mana-mana bahagian yang melibatkan sendi sering dialami oleh ibu bapa kita kan kerana mereka rajin membuat kerja-kerja fizikal.

Shaklee AJHT buah tangan untuk ibu bapa di kampung , Advance Joint Health Tablet, Sakit Sendi, Sakit Lutut

Fungsi Advance Join Health Tablet

Pasti anda nak tau apa fungsi Advance Join Health Tablet nie???

Advance Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Bagaimana Advance Join Health Tablet Berkesan?

Advance Joint Health Tablet memberikan manfaat kepada sendi-sendi sihat dalam 3 cara:

1. Menyokong keselesaan sendi

Ekstrak Boswellia menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerng tulang rawan.

Ekstrak Boswellia adalah gum resin dari pokok Boswellia serrate. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti radang semulajadi. AKBA menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi. 

2. Bertindak sebagai kusyen

Ekstrak jagung membantu mengekalkan tulang rawan.

Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Glukosamina juga ditemui dalam tendon dan ligamen. Namun semakin tubuh menua, jumlah glukosamina yang dihasilkan oleh tubuh semakin merosot. Banyak kajian yang diterbitkan menunjukkan yang supplement ekstrak jagung dapat melegakan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadi sendi lebih flaksibel. Dan lagi, kajian bertahun-tahun juga mengesyorkan yang supplement ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangakamasa panjang.

3. Memelihara tisu penyambung yang sihat

Zinc, Tembaga, Mangan dan Vitamin C nutrien penting dalam kesihatan sendi.
 
Zinc, Tembaga, Mangan dan Vitamin C membekalkan sokongan Nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

Jadi apa tunggu lagi. Jangan teragak-agak untuk memberi sesuatu kepada ibu bapa kita. Mereka telah memberi segala-galanya lebih dari diri mereka kepada kita. Takkan hanya sebotol supplement kita susah nak bagi mereka kan.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order klik sini 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

09/01/2013

Cara Turunkan Berat Badan dengan SHAKLEE


Assalamualaikum..

Mood happy selalu sekarang nie....sebabnya saya dah kurus.....yeah!!!!siapa tak mahu kuruskan...bukanlah nak kurus sampai nampak tulang tu.....kalo leh nak kurus cantk la...ada shape sikit...hihi..demand betul saya nie...sedap mata memandang jadilah kan...

Dulu lepas bersalin berat saya 60kg....before pregnant berat 54kg...berat nie memang dari anak dara pun...yang bestnya berat saya lepas ambil set kurus shaklee turun sampai 52kg...Wahhhh!!!! lagi kurus dari anak dara....senyum lebar saya...

Bila tgk jarum penimbang tu memang tak caya...tapi memang kene percaya...sepanjang saya ambil set kurus nie takde pulak saya timbang sebab memang tak sempat....lepas 3 bulan barulah saya berpeluang menimbang..tapi dalam tempoh 3 bulan tu memang rasa sgt badan cam dah ringan, baju size m dah bole pakai, baju2 lama sume dah bole pakai...yang paling saya perasan dulu saya kalo makan satu pinggan tak puas...sekarang 1 pinggan dah rasa full sangat....tau jelah kan saya nie ibu menyusu memang selalu je rasa lapar...

CARA TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN SHAKLEE


Kawan2 mesti nak tau camne shaklee nie boleh kuruskan saya...saya kene pantang apa2 ke...selalunya customer mesti tanya camtu....terus terang saya memang tak pantang pape...nasi makan macam biasa, no skip2 makan ye.....yang penting makan ikut piramid makanan tu...tu je..sebab tu lah saya selalu sebut "Kurus Cara Sihat Dengan Shaklee".....

Senang je konsep berdiet dengan SHAKLEE nie...

CUCI > BAKAR > BUANG  > BINA

Step pertama 

Kene cuci dulu usus dengan HERBLAX....cuci toxic2, lelemak lama, lendir2 kat dinding usus tu....kenapa kene cuci....sebab semua nie la yg menyebabkn segala nutrien susah nak meresap dalam badan kita....kalau ambil  apa2 jenis supplement lambat nak bertindak n kesannya pun lambat la...sebab tulah ramai yg mengeluh suppplement tak bagus la..tak jadi pape pun ambil supplement nie...so sekarang dah tahu kan kenapa...jadi tak usah mengeluh2 lagi....ambil HERBLAX InsyaAllah semua berjalan lancar....tapi persaan lepas ambil HERBLAX nie memang best sangat....rasa ringan je badan....lega perut nie rasa....

Step kedua

Dah bersih semua dalam usus tu boleh la mulakan misi untuk bakar & pecahkan lemak dalam darah. Ada 2 jenis supplement iaitu LECITHIN & OMEGA GUARD......Nak ambil dua2 boleh or nak pilih salah satu pun boleh....lagi cepat kesannya....

Step ketiga 

Dah pecahkan lemak tu takkan nak biar je kat situ....kenelah buangkan dari badan...time nie lah ALFALFA bertindak.....Alfalfa akan bawa lelemak tu keluar dari badan....

Dah setel 3 step yg bekerja untuk buang lemak.....

Step keempat 

Bina otot dengan PROTEIN....ada 2 pilihan PROTEIN iaitu CINCH SHAKE & ESP....Nak ambil dua2 boleh....nak pilih salah satu pun boleh...kenapa protein nie perlu sangat untuk berdiet...memang perlu sebab protein la yg bantu turunkan berat badan kita....protein beri kita tenaga yg lama membuatkan kita rasa kenyang je....metabolisme kita meningkat dengan pengambilan protein & membantu serta memelihara otot kita semasa berdiet...jadi bila kita dalam proses menguruskan badan atau membuang lemak takdelah masalah perut menngeleber la...badan cam jatuh la...macam belon yg dah kurang angin tu...tak cantikkan,,,Dengan pengambilan protein badan kurus cantik je.....:)

Cara Turunkan Berat Badan dengan SHAKLEE, Herblax, Alfalfa, Lecithin, Cinch Shake, Omega Guard, ESP

Tak susah pun nak kurus dengan SHAKLEE nie...paling simple....sekiranya anda betul2 nak turunkan berat kalau boleh jangan tinggal keempat2 step nie....Nak tahu cara pengambilan contact saya k...:)

Jangan tunggu-tunggu lagi....jangan rasa was2 terutama ibu yg menyusu badan tu...lelaki pun boleh ambil...siapa kata SHAKLEE untuk perempuan je....CINCH SHAKE tu bagus untuk lelaki bagi ketul2 sikit badan tu....suami saya pun dah start ambil CINCH SHAKE...:)

SHAKLEE memang selamat, mesra alam dan sangat berkesan!!!!!

LETS SLIMMING  & HEALTHY WITH SHAKLEE!!!!!
 
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order klik sini 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

08/01/2013

KENAL PASTI SENDI YANG TIDAK SIHAT




Assalamualaikum.....hai kawan2 semua....pernahkah anda mengalami ketidakselesaan sendi atau sakit sendi...Mengikut kajian, 1 daripada  5 orang rakyat Malaysia akan menghidap arthritis. Adakah anda juga berisiko menghidap sakit sendi ini...Penuaan, penggunaan berlebihan dan gemuk merupakan faktor2 yg boleh menyebabkan sendi yang tidak sihat.

Cuba kita lihat bagaimana rupa bentuk dan ciri2 sendi yang sihat.

SENDI YANG SIHAT

Komponen2 penting pada sendi kita adalah TULANG RAWAN, BENDALIR SINOVIA,TENDON & LIGAMEN……Jom kita tgk fungsi bg setiap komponen…..




TULANG RAWAN

·         Bertindak sebgai kusyen, sebagai pelindung terhadap sendi

·         Membenarkan tulang2 untuk menggeluncur di atas satu sama lain

BENDALIR SINOVIA

·         Sebagai pelincir dalam sendi

·         Memberi khasiat keada tulang rawan

TENDON

·         Struktur berserat yg menghubungkan otot pd struktur tulang

LIGAMEN

·         Serat yg fleksibel yg mengikat tuang bersama-sama


SENDI YANG TIDAK SIHAT

Antara penyakit atau masalah yang menyerang sendi :


Arthritis
Arthitis atau juga dipanggil radang sendi terbahagi kepada 2 jenis iaitu:


1.      Rheumatoid arthritis (RA)
  • Keradangan berlaku apabila bendalir sinovia diserang oleh sel darah putih teraktif, menyebabkab bahan kimia tertentu dilepaskan ke dalam bendalir. 
  • Minyak-minyak ikan atau herba seperti Boswellia membantu penghidap RA

2.       Osteoarthritis (OA)
       Kemerosotan tulang rawan menyebabkan kesakitan apabila tulang-tulang gosok antara satu sama lain.
       Glukosamina membantu melambatkan kehilangan tulang rawan. 
Seliuh
       Kecederaan pada sekitar ligamen satu sendi.
       Bila ligamen diunjurkan terlalu jauh atau koyak, sendi  menjadi sakit dan bengkak. 


Tendinitis
       Keradangan, kegatalan & bengkak pada tendon.
       Tendon hilang keanjalan akibat kecederaan, penggunaan berlebihan atau penuaan. 

Adakah anda mengalami masalah tersebut di atas. kenalpasti samada sendi anda sihat atau tidak. Adakah anda sering rasa tegang, lenguh, bengkak, sakit dan berkeriut. Jika anda mengalami simptom2 tersebut…Awas!!!!sendi anda mengalami masalah…

NUTRIEN UNTUK SENDI YANG SIHAT

Glukosamina - Blok pembinaan utama dalam membina tulang rawan dan bendalir sinovia
Vitamin C - Menghalang kerosakan radikal bebas yang ditemui dalam bendalir sendi pesakit RA & sendi yang radang.
Omega 3 - Sebagai agen anti-inflamasi dalam sendi
Kalsium &mineral - Penting dalam membina sel tulang yang sihat 

SHAKLEE ada menawarkan Set untuk sendi yg mempunyai ke empat2 jenis nutrien tersebut...


  • Glukosamina  & Vitamin C (Advance Joint Health Tablet)
  • Omega 3 (Omega Guard)
  • Kalsium & Mineral (Ostematrix )
Pesanan: SPECIAL PRICE untuk SET untuk SENDI sepanjang bulan ini!!!!!!


 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya:
Siti Sarah Mohamad Nor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ]
♥ Contact No :017 202 3543
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *