March 2013

27/03/2013

OBESITI Punca MATI MENGEJUT


Assalamualaikum..

Sekarang ni kawan-kawan perasan tak banyak pulak berita orang mati mengejutkan. Ada yang umur masih muda lagi, malah badan nampak kuat dan cergas tapi tiba-tiba dapat berita meninggal sakit dada je. Tulah sekarang ni malaikat maut dah tak mengira usia lagikan. Jadi janganlah kita dah tunggu nak tua baru sibuk nak beribadah sbb kita pun tak tahu bila Allah SWT nak ambil nyawa kita. 

Tapi hari ni bukan tu yg saya nak ceritakan. Apa yang saya nak bincangkan kenapa sekarang ni gemar sangat orang mati mengejut . Saya tertarik dgn satu blog ni yg mengatakan punca atau kebanyakan penyebab MATI MENGEJUT adalah berpunca dari penyakit DIABETES. katanya lagi penyebab diabetes ni adalah disebabkan OBESITI. Ni memang satu masalah yg besar dan sedang menular dikalangan rakyat malaysia dan saya setuju sangat-sangat.

Jom kita baca.

KEMATIAN mengejut wartawan penyiaran NBC News, Tim Russert, 58, dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59, pada tahun 2008 memeranjatkan ramai orang.

Tidak terkecuali Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharom, 50, dan penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, pada tahun 2009.

Kesemua mereka meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung.

Biarpun begitu, petanda awal kepada serangan jantung itu sudah diduga kerana masing-masing merupakan penghidap diabetes.

Perkara tersebut diakui oleh Ketua Endikronologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Nor Azmi Kamaruddin.

Jelas Nor Azmi, selain daripada kesan fizikal seperti gangren iaitu anggota tubuh mati atau membusuk akibat diabetes, penyakit itu juga menjadi pencetus kepada pelbagai penyakit kronik yang lain.

“Ramai orang yang hanya mengaitkan diabetes dengan kesan buruk yang berakhir dengan kaki pesakit terpaksa dipotong. Namun, hakikatnya ia boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti kegagalan fungsi buah pinggang, katarak mata, sakit jantung dan serangan angin ahmar,” kata Nor Azmi.

Menurut kajian di Amerika Syarikat, sakit jantung yang berpunca daripada diabetes merupakan sebab utama kematian di negara itu iaitu sebanyak 55 peratus. Sebanyak 10 peratus pula kematian disebabkan angin ahmar yang berpunca daripada diabetes.  Obesiti

“Statistik itu hampir sama jika dibandingkan dengan pesakit di Malaysia.

“Justeru anda seharusnya mengambil langkah yang penting bagi mengelakkan kedua-dua penyakit yang boleh meragut nyawa itu,” katanya ketika membentangkan hasil kaji selidik pesakit diabetes PPUKM di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam kaji selidik tersebut, pihaknya mendapati majoriti penghidap penyakit itu terdiri daripada mereka yang mengalami obesiti.

Perkara itu dibuktikan apabila 62 peratus responden dalam kajian tersebut adalah terdiri mereka yang mengalami obesiti ketika pertama kali didiagnosis dengan diabetes.

“Pesakit yang mengalami obesiti dan berat badan berlebihan mempunyai risiko yang besar dalam menyebabkan komplikasi penyakit diabetes.

“Justeru perkara utama yang perlu dilakukan bagi mengelakkan penyakit jantung dan angin ahmar serta penyakit bahaya lain yang disebabkan oleh penyakit diabetes adalah dengan mengawal berat badan,” katanya lagi.

Kebimbangan terhadap penularan penyakit tersebut perlu diambil kira kerana kira-kira seorang daripada tujuh rakyat Malaysia merupakan penghidap diabetes.

Tambah Nor Amin, kaedah utama untuk menjauhkan diri daripada masalah diabetes adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Bukan sahaja dengan mengawal makanan yang diambil bahkan bersenam sebagai kaedah pencegahan.

“Jika kita mengubah gaya hidup dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat sekarang, ini bermakna statistik obesiti dan penyakit diabetes di negara ini akan menurun dalam tempoh 20 tahun lagi.

“Memang payah untuk mengurangkan berat badan dan mengawal diabetes. Tetapi dengan kaunseling yang betul dan intervensi gaya hidup, hal ini boleh diatasi,” katanya.

Jelas Nor Azman lagi, ibu bapa seharusnya peka terhadap masalah obesiti dalam kalangan anak-anak kerana masalah obesiti di peringkat umur tersebut sukar dikawal kerana faktor perkembangan sel.

Berbeza pula seseorang yang mengalami kegemukan pada usia dewasa kerana ia kurang melibatkan penghasilan sel lemak baharu.

“Kegemukan pada usia kanak-kanak melibatkan penghasilan sel. Justeru adalah begitu sukar untuk mengurangkan berat badan mereka.

“Berbeza pula bagi golongan dewasa kerana kegemukan berlaku akibat pembesaran saiz sel tersebut dan lebih mudah untuk menurunkan berat badan,” tutur Nor Azmi. 


Dah tahu puncanyakan. Jadi apa tunggu lagi, bertindak dari sekarang. Kongsikan dengan ibu bapa kita, adik-beradik, suami, isteri, kawan-kawan dan anak-anak betapa pentingnya menjaga berat badan ni, bukan je untuk cantik semata-mata tetapi untuk kesihatan dan kesejahteraan kita bersama.

Ni supplement yang saya amalkan untuk kesihatan saya disamping mengawal berat badan saya...:)


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya:
Siti Sarah Mohamad Nor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ]
♥ Contact No :017 202 3543
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
 

24/03/2013

Fungsi Kalsium Selain Menguatkan Tulang Dan Gigi


Assalamualaikum....
 
Sudahkah anda minum susu atau sudahkah anda mengambil pil kalsium?Kalau tanya saya, seblum tidur saya dah siap-siap ambil 4 biji Ostematrix sebagai sumber kalsium saya setiap hari.
 
Macam iklan kat tv, "Minum Susu Untuk Tulang dan Gigi Yang Kuat dan Sihat".
 
Tapikan kawan-kawan Kalsium bukan skadar untuk tulang dan gigi  sahaja. Bila saya baca blog  Pn Fiza, barulah saya tahu btapa bsarnya pranan kalsium kpada kita.
 
Sebenarnya kalsium amat penting dalam kehidupan manusia secara keseluruhan. 99% daripada sumber kalsium berada dalam tulang dan 1 % lagi berada di dalam darah, gigi dan tisu.Kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Kalsium memastikan tulang kita padat dan kukuh. Ini bagi memastikan kita boleh berdiri tegak. Jika kurang kalsium, tulang kita ada ruang kosong, rapuh dan mudah patah.
 
Kesuburan. Kajian oleh para ilmuan dalam bidang kesihatan mendapati di hujung sperma terdapat komponen kalsium yang berfungsi membelah dan menembusi dinding telur, kemudian barulah berlaku pembentukan janin. Jadi, sebenarnya tidak semudah itu sperma dapat masuk ke dalam ovum, perlu ada kalsium. Berita baik untuk mereka yang belum dikurniakan anak. Mungkin perlu tingkatkan pengambilan kalsium terutama pada si suami.
 
Membantu fungsi otot dan jaringan saraf. Menurut satu sumber yang saya baca, kajian saraf adalah yang paling rumit untuk difahami. Sistem saraf bertugas sebagai pengendali. Ibarat stereng kereta. Kalau tiada stereng bagaimana hendak memandu. Kalau system saraf kita tidak berfungsi, kita jadi lumpuh. Kalau sesiapa yang pernah mengikuti perkembangan komposer terkenal, Seri Bayu pasti tahu, betapa beliau menghadapi satu ujian yang hebat iaitu menderita penyakit saraf. 1% kalsium yang berada di luar tulang ini, memang kecil tapi besar impaknya pada tubuh manusia.
 
Kalsium memastikan otot dapat meregang dan mengecut. Orang yang merasa kebas atau kesemutan adalah kerana ototnya tidak meregang dan berkontraksi. Sewaktu mengandungkan Aisyah, saya pernah rasa kejang kaki. Biasa dialami oleh wanita mengandung. Melalui pembacaan, ia dikatakan berlaku apabila mesej dari otak tidak sampai ke otot dan saraf. Proses penghantaran maklumat inilah yang dipanggil neurotransmitter. Ion kalsium membantu pelepasan neurotransmitter. Ketiadaan kalsium menyebabkan maklumat tidak sampai kepada penerima iaitu otot dan saraf. Akibatnya, badan tidak dapat bergerak kerana tidak menerima arahan. Gejala paling ringan ialah, kekejangan otot. Teringat seorang teman saya, tiba2 beliau tidak dapat menaip. Doktor mengesahkan beliau ada masalah saraf. Apa yang saya tahu, beliau menyusukan anak dan bekerja. Mungkin pengambilan kalsium dapat membantu selain ubat-ubatan
 
Kalsium juga bertindak sebagai alarm kepada system imun. Kedatangan virus dan kuman akan dimusnahkan oleh system imun kita. Namun, sebelum tentera pertahanan badan kita dapat bertindak, ion kalsiumlah yang akan membawa arahan supaya sel-sel imun bertindak memerangi virus dan kuman tersebut. Kekurangan kalsium menyebabkan system pertahanan badan kita tidak berfungsi sepenuhnya. Gejala yang biasa didapati ialah keradangan kulit seperti ekzema, kudis, jerawat, dan sebagainya lagi.
 
Melancarkan sistem jantung dan aliran darah.Jantung adalah nadi kehidupan manusia. Otot jantung bergerak apabila menerima arahan daripada kalsium. Dikatakan kalsium mengaktifkan sejenis protein yang bertindak menggerakkan otot jantung dan mengalirkan darah. Apabila kalsium dalam darah kurang, kelenjar parathyroid akan mengarahkan kalsium dari tulang masuk ke dalam pembuluh darah. Masalahnya kalsium dari tulang ini tidak menjalankan fungsi kalsium di pembuluh darah. Ia mengikat lemak di jaringan pembuluh darah sehingga mengakibatkan salur darah mengeras, tebal dan menyukarkan aliran darah. Kemudian, berlakulah masalah hipertensi atau tekanan darah tinggi. Lebih parah lagi, ianya membawa kepada masalah strok dimana anggota badan tidak dapat digerakkan.
 
Saya pernah cerita mengenai emak saya, beliau dulu mengalami masalah jantung yang agak lemah dan mengambil Aspirin bagi membantu jantungnya berdegup. Tetapi sekarang Alhamdulillah, pernafasannya lebih lancar dan tidak tersekat-sekat  walau banyak bergerak dan berjalan. Memang benar, kalsium menguatkan degupan jantung dan boleh mengurangkan lemak dalam darah.

Gejala-gejala seperti di atas tidak berlaku dalam jangka masa pendek. Ia akan muncul apabila melewati usia tua. Ia datang sedikit demi sedikit. Kita tidak sedar sehinggalah ia menjadi parah. Tidak mengapa tulang rapuh, gigi patah dan rosak tetapi kalau system saraf tidak berfungsi, apalagi yang kita boleh lakukan.

Jelas sekali, peranan kalsium memberi impak yang cukup besar dalam kesihatan manusia dan kelangsungan hidup. Kekurangan kalsium boleh menjadi punca serangan pelbagai penyakit kronik. Mencegah itu lebih baik dari merawat. Cegahlah sebelum menjadi lebih parah.  
 
Jom amalkan OsteMatrix macam saya!!!!!


 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543 
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
 

23/03/2013

TIPS KURUSKAN BADAN SELAIN SET KURUS SHAKLEE


Assalamualaikum....

Harini dah sabtu...sekejap je rasa.. Jap lagi saya nak balik kampung, balik Bukit Mrtajam, kampung hubby...Sementara tu smpat saya google petua untuk kurus. Saya pun tak suka badan saya gemuk sbb saya rasa tak sihat n rasa pererakkan lambat mungkin kerana badan agak berat. Saya tak bolehlah semata-mata berharap pada supplement shaklee kan. So search2 ni la yang saya jumpa...33 tips untuk kurus...mnarikkan dan kawan2 boleh apply jugak ni....:)

 1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.


bolh tgk kat sini jugak..

SET KURUS SHAKLEE yang saya ambil....anda pun bolh cuba...:)


 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
 

21/03/2013

Kenalpasti Bayi yang Terkena Jaundis


Assalamualaikum...

Baru pagi tadi mak call, anak saudara saya masuk ward sbb Jaundis. Mungkin sbb dia tak ckup brat 1.7 kg jmasa baru lahir, macam baby pra matangkan brat dia, padahal masa lahir mmg dah cukup bulan. Disbabkan tu saya pun cari2 sdikit info ttg jaudis ni dan sprt biasa haruslah saya brkongsi dngan anda smua....
 
Apa Itu Jaundis?

Jaundis di kalangan bayi dikenalpasti daripada keadaan mata dan kulit yang bewarna kekuningan. Sebanyak 75% daripada bayi baru lahir mendapat jaundis.

Apa Yang Menyebabkan Jaundis?

Tubuh manusia menghasilkan darah baru dan menghapuskan darah lama setiap masa. Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia proses di dalam hati dan dibuang melalui najis dan air kencing. Walau bagaimanapun, hati bayi baru lahir tidak berfungsi begitu sempurna. Oleh itu, tahap bilirubin akan bertambah di dalam badan. Keadaan inilah yang menyebabkan Jaundis.

Bayi Yang Bagaimanakah Sering Mendapat Jaundis?
  • Bayi pramatang 
  • Bayi yang mengalami infeksi 
  • Bayi yang kekurangan G6PD 
  • Bayi yang tidak mempunyi keserasian kumpulan darah dengan ibunya 
  • Ibu mengalami Rhesus Negatif (RH-ve) 
  • Ibu dari kumpulan darah jenis O  
Adakah Jaundis Merbahaya? 

Jaundis yang teruk atau tahap bilirubin yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan kepekakan, kecederaan otak dan kematian bayi.

Apakah Tanda-tanda Bayi Dalam Bahaya? 

Apabila bayi anda mengalami:
  • Jaundis dalam masa 24 jam selepas dilahirkan 
  • Jaundis mencapai sehingga ke paras bawah pusat 
  • Kurang aktif, tidak sihat atau demam 
  • Enggan menyusu 
  • Mengalami kekejangan 
  • Jaundis berterusan melebihi 14 hari 
  • Najis bayi pucat atau air kencing bewarna teh 

Apa Yang Perlu Dilakukan Oleh Ibubapa Sekiranya Bayi Mengalami Jaundis?
  • Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital berhampiran 
  • Jalani ujian darah bagi memastikan tahap bilirubin dalam darah bayi 
  • Elakkan dari menjemur bayi di bawah cahaya matahari 
  • Tingkatkan kekerapan PENYUSUAN BAYI 

Apakah Masalah Jangka Panjang Daripada Jaundis? 

Sekiranya tidak dirawat dengan segera, bayi boleh mengalami:
  • Masalah pendengaran (pekak) 
  • Masalah pembelajaran 
  • Kecacatan intelektual 
  • Palsi serebrum (cerebral palsy)  

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543 
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
 

Breastfeeding Menurut Islam


Assalamualaikum.....

Alhamdulillah dah lebih 2 tahun saya menyusukan anak saya. Saya berazam dapat meneruskan shingga 2 tahun setengah. Bagi ibu-ibu yang bakal melahirkan anak, saya sangat mnggalakkan dan mewar-warkan supaya susuilah anak kita dgn susu badan kita sendiri, bukan kerana trend tapi ikhlas dari hati kerana Allah SWT, untuk mendapat ganjaran pahala berganda-ganda di akhirat kelak. Disini saya kongsikan pembacaan saya berkenaan peyususan ibu mngikut perspektif islam.

Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi. Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.

Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat 233 yang bermaksud:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung samada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”

KELEBIHAN MENYUSUKAN ANAK MENURUT ISLAM


  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.
  • Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
  • Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

DOA & AMALAN YANG DISARANKAN

"Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. AMEEN..."

Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi. Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita, anak kita dan banyakkan susu kita.

Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya. Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada dada, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu
memberikan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun. Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yang paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah. InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kita istiqamah dengan amalan yg tersebut di atas.

credit
~~ MaZNi PutERi ~~
http://ma2niput3.blogspot.com/*  

Tak cukup dgn doa sahaja, saya juga mengamalkan supplement iaitu Set Breastfeeding Shaklee supaya saya sentiasa sihat, cergas untuk mnghadapi penyusuan selama 2 tahun ini.


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543 
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
 

18/03/2013

Perlukah supplement dalam penyusuan


Assalamualaikum...

Pasti ramai ibu yang menyusu confius perlu ke ambil supplement. Terus terang saya memang takde masalah confius sbab supplement mmang rutin saya sejak kecil. Cuma jenis supplement yg saya ambil berubah. Dulu saya ambil multivitamin with iron dan minyak ikan sbab saya ada maslah kurang darah dan antibodi saya tak kuat sejak lahir lagi. Tetapi slpas mlahirkan anak saya sedar saya perlu menambah kprluan suplmnt saya krana saya brkongsi untuk 2 org iatu saya dan anak saya. Saya juga perlu supplmnt yg ssuai mngikut kprluan saya sbg ibu menyusu . Saya lihat ramai ibu menyusu yang mengamalkan Shaklee sbagai suppement mrk dan kesemua mereka berpuas hati dgn hasilnya. Badan smakin sihat dan bertenaga, kulit makin cantik, muka semkin berseri, ceria dan production susu semakin meriah. Saya tertarik untuk mncubanya dan alhamdulillah shingga harini masih mngamalkannya dan saya sangat teruja dapat berkongsi dgn kawan-kawan saya untuk menikmati kehebatan Shaklee...:)

Harini saya share dngan anda kenapa perlu suplement dalam penyusuan...

PERLUKAH SUPPLEMENT DALAM PENYUSUAN

Apakah itu Suplemen/Vitamin/Makanan Tambahan?
Sebenarnya ketiga-tiga suplemen/vitamin/Makanan Tambahan mempunyai maksud yang sama.Sesetengah negara mentakrifkan makanan tambahan sebagai makanan,manakala di kawasan lain, mereka adalah ditakrifkan sebagai dadah atau produk kesihatan semula jadi. Suplemen adalah tambahan kepada diet kita sehari-harian. Ia membekalkan nutrien seperti mineral,serat,asid lemak dan pelbagai jenis lagi yang mungkin hilang atau tidak boleh didapati dalam kuantiti yang secukupnya dalam diet seseorang.Tahukah anda untuk mendapatkan nutrisi yang lengkap anda hendaklah mengikuti Piramid Makanan.

Kenapa Suplemen Penting?
Secara teorinya, jika anda mengamalkan pemakanan sihat dengan imbangan jadual pemakanan yang betul, cukup protein, lemak dan karbohidrat, anda tidak memerlukan makanan tambahan. Semua orang digalakkan mengambil suplemen . Lebih-lebih lagi, anda yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging. Suplemen juga bagus untuk anda yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini, lamakelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien. Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan suplemen . Pengambilan
suplemen akan membantu tubuh berfungsi secara normal. Bagaimanapun katanya, dengan kepantasan hidup pada zaman ini, bukan sesuatu yang mustahil jika ramai daripada kita memilih mengambil makanan tambahan.
Apatah lagi memang anda seorang individu yang menjalani kehidupan serba pantas, hambatan kerjaya selain faktor sekeliling yang tidak mendorong kepada gaya pemakanan yang sihat, mungkin anda perlu memikirkan untuk mengambil makanan tambahan. Apatah lagi jika anda berhadapan dengan satu daripada senario ini:

1. Kerap berada dalam keadaan tertekan sama ada kerana kerja, keluarga dan perhubungan. Keadaan ini akan menyebabkan kelenjar adrenal anda berkerja ‘lebih masa’. Keadaan ini akan menyebabkan sakit kepala dan keletihan atau stress. Mungkin pengambilan vitamin B komplek, E dan C boleh membantu.

2. Sejarah keluarga yang berhadapan dengan ostreoprosis. Membekalkan tubuh anda dengan mineral yang tersimpan dalam tulang boleh menolong mencegah masalah ini. Apatah lagi bagi wanita yang kerap melahirkan anak, bayi bergantung bekalan kalsiumnya daripada ibu. Justeru pengambilan kalsium, magnesium dan vitamin D mungkin membantu anda menangani osteoprosis.

3. Anda kerap diserang selesema. Sistem imun anda mungkin rendah berbanding orang lain. Dalam keadaan ini tambahkan pengambilan vitamin C dan zink.

4. Jika anda merokok, anda memerlukan lebih vitamin C. Selain itu anda mungkin memerlukan kalsium, magnesium dan vitamin D, kerana merokok juga dikaitkan dengan osteoporosis, tetapi sebaik-baiknya berhentilah merokok.

5.Sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditanam di atas tanah yang tidak subur.Penggunaan racun perosak dan bahan pencemar lain yang mempengaruhi kualiti buah dah sayur.

6. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

7. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan , alcohol, minuman keras dan antibiotic mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula dan garam mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.

8. Pengambilan makanan seharian yang tidak mengikut pyramid makanan yang dicadangkan.

9. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya diluar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikbertatkan. Maggi pun jadilah..

Jenis-Jenis Suplemen/Vitamin/Makanan Tambahan

Larut dalam lemak :

Vitamin A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.

Vitamin D
Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.

Vitamin E
Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.

Vitamin K
Bagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.

Larut dalam air:

Vitamin C
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.

VitaminB (B1,B2, B3,B5, B6,B12)
Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.

Makanan yang boleh menggantikan suplemen/vitamin/makanan tambahan 

i) Tomato - kaya dengan vitamin A, C, dan serat juga zat besi.
ii) Avokado - kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C.
iii) Pisang - vitamin A dan C, potasium dan zat besi.
iv) Nanas - vitamin A, B, dan C.
v) Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A.
vi) Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1.
vii) Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2.
viii) Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D.
ix) Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan vitamin E.
x) Kubis dan daun salad - penyumbang kepada vitamin K.

Seandainya anda mengambil supplement untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa suplemen bukanlah salah satu cara untuk membanyakkan susuibu. Suplemen diambil demi memastikan tubuh ibu kekal sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat dan secara langsung mampu membekalkan susuibu kepada si manja.

Sumber asli:
http://arissazoela.blogspot.com

Terpulang kpd anda samada nak mengambil supplement atau tidak. badan anda sendiri anda yg tahukan. Bagi yang perlu  mesti nak tahu supplement apa yang saya ambil untuk pnyusuan saya????

Set 3M, Set Lengkap Brastfeeding.....Teman saya di mana saja...:)



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ]
♥ Contact No :017 202 3543 
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
 

Pantang Larang Semasa Ibu Dalam Pantang


Assalamualaikum!!!!


Alhamdulillah kakak saya baru mlahirkan baby boy sabtu lpas....bb alhamdullillah sihat tapi kena monitor sbb berat kurang, 1.7kg. Just nak share selaps bbrapa jam deliver kakak saya trus ambil ESP then esoknya berat baby dah naik 2kg...alhamdulillah dah discharge smalam....so if mommy2 yg breastfedding tu n berat anak susah nak naik boleh cuba ESP ni. InyaAllah anak anda dapat brat yang ideal..:)

Actually hari ni saya nak share pd ibu2 yg dalam pantang tu apa yang ibu2 kena pantang n kenapa kena pantang....saya baca ni dkat group facbook Wanita & Kehamilan n suka saya nak kongsi terutama kpada ibu2 modern yg tak suka pantang2 ni...brpantang ni penting untuk jangka masa panjang. Tak maulah nanti blum 40 dah macam2 sakit. Badan kita ni nak guna lama lagikan, jadi kn korban sikit untuk diri kita, anak dan suami tercinta...

Apa pantang larangnya...jom kita tengok...

Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.

Memakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.

Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.

Mandi Duduk Di Bangku
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.

Jangan Terlalu Aktif
Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.

Jangan Makan Ubi-Ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.

Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.

Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.

Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.

Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.

Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.

Pantang 100 Hari
Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu.

Cara Berbaring / Tidur

Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalahdigalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.

Saya sarankan amalkan supplement dan vitamin untuk kesihatan berpanjangan. Bagi ibu-ibu yang ingin brpantang dengan vitamin dan supplement saya perkenalkan set confinement dari shaklee yang selamat, semulajadi dan mnggalakkan pnghasilan susu ....:)



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya:
Siti Sarah Mohamad Nor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ]
♥ Contact No :017 202 3543
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
 

09/03/2013

Atasi Masalah Bengkak Susu



Assalamualaikum....Hai kawan2 semua...apa yang korang buat hujung minggu nie,bercuti or duduk rumah je.Weekend nie saya duduk umah je tapi insyaAllah petang karang saya nak ke Shaklee nak memborong supplement Shaklee.Ostematrix memang barang paling wajib sebab sekarang tengah promosi BUY 6 Free 1,so sangatlah laku ye kawan2. Satu lagi LECITHIN, memang sangat laku dan baru-baru nie kehabisan stok n alhamdulillah stok kat Shaklee dah ada balik.Jadi wajiblah juga restok takut nanti habis pulak nanti. Kesian kat customer2 saya yang suka sangat LECITHIN nie.

Cakap pasal LECITHIN, korang tau tak yang LECITHIN nie boleh atasi masalah bengkak susu. LECITHIN nie bantu pengaliran susu dengan lebih baik tau. Alhamdulillah sepanjang saya mengamalkan LECITHIN belum lagi terkena masalah susu tersumbat or bengkak susu. Saya tahu betapa sakitnya bengkak susu nie sebab pernah terkena sekali time dalam pantang dulu. Dahlah bengkak pastu puting luka pulak n susu taknak keluar. Rasa macam nak demam time tu tau. If korang tak mau ambil apa2 ubat dan mahu yang semulajadi dan selamat boleh amalkan lecithin. Lecithin bukan sekadar untuk susu bengkak je tau. Baca kat sini untuk tahu apalagi kelebihan lecithin nie. Tak rugi sebenarnya if grab lecithin nie coz 1 family boleh ambil dan harga pun sangat berpatutan.


Bagi yang tak tahu apa bengkak susu nie jom saya share dengan anda. Saya dapat info nie dari group tertutup Wanita dan Kehamilan. So saya rasa info nie sangat berguna dan perlu saya kongsikan....:)
 
Bercerita tentang laktasi pasti kita tidak dapat mengelak daripada berbicara tentang payu dara. Menyusukan bayi dengan susu ibu memang satu pengalaman yang indah. Tetapi ada kalanya ia merupakan dilema dan pengalaman buruk bagi ibu. Terutamanya bila berhadapan dengan masalah bengkak susu.



Payudara bengkak adalah perkara semulajadi kerana banyak susu dihasilkan pada minggu pertama kelahiran. Bagaimanapun pembekalan (engogement) boleh membawa kepada masalah kesihatan dan perlu dirawat.



Pembengkakan berlaku kerana penahanan susu dalam alveoli iaitu tempat susu disimpan. Alveoli akan mengembang hingga menghalang sistem limfa dan saluran darah. Selain itu, ia akan menyebabkan pengumpulan darah dalam saluran darah pada payudara. Payudara akan terus membengkak, keras dan sakit. Pembengkakan tanpa rawatan akan menyebabkan rasa sakit kerana saluran tersumbat dan mastitis.



Untuk membolehkan bayi menyusu dengan selesa, kedudukannya perlu betul dan puting payudara menonjol bagi membolehkan bayi menghisap dengan betul supaya bayi dapat menghisap dengan betul dan mudah.



Bagaimanapun, semasa pembengkakan berlaku, puting tidak dapat menonjol dengan betul menyebabkan penyusuan sukar. Percubaan untuk menghisap payudara yang sedang bengkak adalah ibarat menghisap seketul batu. Pembengkakan sebenarnya ada 2 tahap iaitu biasa / normal dan luar biasa.



Pembengkakan biasa tidak mengganggu proses penyusuan kerana tisu-tisu payudara masih mudah ditekan oleh mulut bayi. Umumnya masalah ini akan berlaku pada hari kedua iaitu sama anak tidak dapat menghisap dengan sempurna atau saluran tersumbat. Pembengkakan akan menimbulkan rasa sakit dan payudara menjadi merah hingga menyebabkan susu badan ibu meningkat.



Mengatasi Masalah Pembengkakan



Perkara yang paling utama ialah kedudukan dan pelekapan bayi perlu diperiksa dan diteliti. Kadang kala oleh sebab kedudukan dan pelekapan bayi tidak betul menyebabkan bayi tidak dapat mengosongkan payudara secukupnya yang akan menyebabkan pengumpulan susu. Bagaimanapun ia akan berulang selepas 12 hingga 48 jam.



Ketika pembengkakan bayi sukar melekap secara optimum. Sebaiknya ibu perlu mengeluarkan susu untuk melembutkan aerola dan payudara supaya bayi boleh menghisap dengan mudah. Perah susu anda sebanyak yang mungkin atau selang selikan dengan waktu memerah dengan waktu menyusukan anak untuk keselesaan.



Penggunaan bahan haba sebelum menyusukan dapat membantu susu mengalir dengan lebih baik. Mandi dengan air suam atau balutan tuala suam dan berhaba. Urutan lembut pada payudara turut membantu pengaliran susu dengan lebih lancar.



Ubat paracetamol sehingga 1000ml, contohnya 2 biji paracetamol 500ml sebiji dapat membantu mengurangkan rasa sakit. Bungkusan ais ketul dan daun kubis pun boleh mengurangkan rasa sakit. Selain bungkusan ais ketul, beg sayuran beku atau lampin pakai buang yang dilembapkan dan dibekukan selama 20 minit turut berkesan. Rawatan bahan-bahan sejuk ini boleh dilakukan selama 15 hingga 20 minit selepas anda menyusukan bayi.



Masitis (Tanda-Tanda)

  • Tanda merah pada payudara biasa dalam bentuk tiga segi.
  • Payudara rasa bengkak
  • Simptom selesema seperti demam, sakit, tegang, letih dan mudah terasa emosional.
Anda boleh lakukan pelbagai cara di atas untuk meredakannya. Tetapi jika dalam tempoh 12 hingga 24 jam simptom-simptom tadi masih ada, anda patut bertemu doktor. Doktor mungkin akan memberikan anda antibiotik yang selamat untuk ibu yang menyusukan bayi.



Apa yang ada boleh lakukan untuk membantu?

  • Teruskan menyusu
  • Susukan bayi sekerap mungkin
  • Susukan pada bahagian yang bengkak terlebih dahulu.
  • Bertenang jika ada simptom selesema
  • Rangsang aliran susu dengan bersenam, mengayun tangan, mengelap tingkap atau menggosok lantai (gerakan tangan membantu aliran susu anda).
Jika mastitis anda berulang, minta doktor periksa tekak bayi anda. Mungkin dia telah mengalami infeksi yang akan berterusan menjangkiti payudara anda.



Info (Menyusu Bayi Pramatang)



Jika anda melahirkan bayi pramatang, menyusukannya mungkin agak sukar berbanding bayi normal. Sewaktu di hospital, jururawat akan membantu anda untuk menyusukannya. Dia mungkin akan minum melalui tiub, sudu dan sebagainya. Setelah dia dibenarkan pulang, anda sudah boleh menyusukannya seperti biasa.



Rangsanglah pengaliran susu anda dengan menggunakan pam atau perahan tangan. Ini untuk memastikan yang susu anda tidak kering atau payudara anda bengkak. Doktor mungkin akan mencadangkan anda susu formula (khas untuk bayi pramatang) jika anda tidak bersedia menyusukannya.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
 

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *