April 2013

30/04/2013

Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee


Assalamualaikum....

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Omega Guard Shaklee menghasilkan Omega 3 yang paling bermutu tinggi. Jom kita lihat kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee....

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)
2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.
3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini
7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

Anak saya sangat suka Omega Guard Shaklee...Saya akan memberi 1 biji kepadanya setiap hari untuk perkembangan otaknya. Bagi anak bawah 1 tahun dan masih minum susu ibu, si ibu boleh mengambil Omega Guard dan khasiat omega akan disalur melalui susu ibu.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543 
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 
 

28/04/2013

ALFALFA Meriah dengan Vitamin dan Mineral


Assalamualaikum...
 
Alfalfa merupakan antara supplement kegemaran saya. Pertama kali mencuba Shaklee saya mengambil Set Breastfeeding yang terdiri daripada Vitamin C, Vitalea, B Comple dan Alfalfa. Mari saya kenalkan dengan anda ALFALFA yang Hebat ni......
 
Alfalfa digelar " RAJA SEGALA TUMBUHAN  "
 
Ia kaya dengan khasiat, antaranya  asid amino perlu,  vitamin,  zat galian, protein, serat, enzim, karbohidrat dan sedikit lemak.

Akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Maka, sebab tu ia kaya dengan pelbagai khasiat. Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.

Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, baik untuk pesakit gout dan arthritis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.

Ia adalah bahan galactogogue, iaitu bahan yang mampu merangsang penghasilan susu. MILK BOOSTER semulajadi bagi wanita yg menyusukan anak. Sebab tu ia amat terkenal dikalangan ibu menyusu. Alfalfa kaya dengan protein (18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur). Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan k
epada ibu menyusu

Daun Alfalfa mengandungi Saponin yang membantu dalam menghalang pembentukan atherosclerotic plaques - enapan lemak , kolesterol dan bahan lain pada dinding arteri.

Pengambilan Alfalfa menunjukkan penurunan kepada kadar kolesterol, trigliserida, Low Density Lipoprotein (LDL) dan Very Low Density Lipoprotein (VLDL) yang mana ini adalah biasa disebut kolesterol jahat. (Reily)
 
Anda pasti terkejut melihat betapa banyaknya Vitamin dan Mineral yang terkandung dalam ALFALFA.
 
VITAMIN yang ditemui dalam Alfalfa 
 
Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin B1 - membantu tumbesaran, memmbantu proses penghadaman terutamanya bagi karbohidrat.  Ia juga membantu meningkatkan kesihatan mental serta mengekalkan fungsi normal bagi sistem saraf,  otot dan jantung.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin C - membantu menurunkan paras kolesterol, meningkatkan sistem pertahanan badan, laksatif semulajadi, mengurangkan reaksi alahan serta membantu penyerapan mineral lain.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya:
Siti Sarah Mohamad Nor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ]
♥ Contact No :017 202 3543
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
 

Peranakan Jatuh atau Prolapse


Assalamualaikum...

Baru-baru ni saya pergi ke SPA. Saja nak manja-manjakan badan. Tukang urut yang saya kenali sbg Kak Azi menawar saya urut untuk naikkan peranakan. Tak mahal pun, dia caj RM10 je. Saya pun setuju je lah sebab memang dah lama tak berurut. Alhamdulillah, katanya peranakan saya elok, tak jatuh pun. Saya memang jaga sangat, tak angkat berat-berat atau buat kerja berat-berat. Disamping tu, saya juga turut mengamalkan Alfalfa bagi menguatkan rahim atau di katakan sebagai kacik fatimah kepada wanita.


Peranakan  jatuh atau nama scientific nya Prolapse adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

Masalah peranakan jatuh boleh diklasifikasikan kepada tiga peringkat yakni bergantung kepada kedudukan rahim wanita terbabit.


Tahap 1 (1° UV prolapse), berlaku apabila rahim turun daripada kedudukan asal tetapi masih berada di dalam lubang faraj.


Tahap 2 (2° UV prolapse), berlaku apabila sebahagian rahim sudah keluar dari lubang faraj.


Tahap 3 (3° UV prolapse), dikenal pasti apabila seluruh rahim berada di luar faraj. 




Tanda-tanda rahim jatuh /Peranakan jatuh:

- Terasa sesuatu terkeluar di bahagian faraj
- Ketulan pada faraj
- Sakit pelvis / ari-ari (dragging pelvic pain)
- Sakit belakang
- Sakit semasa hubungan seks
- Pendarahan faraj selepas menopaus
- Inkontinens kencing atau kencing tidak terkawal
- Sukar buang air kecil / besar
 



Sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas, segerala berjumpa doktor. Anda juga boleh mengamalkan senaman kaget, berurut untuk naikkan peranakan. Anda juga boleh mengamalkan Alfalfa seprti saya bagi menguatkan rahim anda.



Info tentang Alfalfa

Merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam 1950-an. Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus ,zat besi dan magnesium serta klorofil,bioflavonoid,pelbagai mineral dan vitamin.Tidak mengandungi fungisid,bakteriosid, hormon2 sintetik,pengawalatur tumbesaran atau bahan2 kimia.Alfalfa ni mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam “hubungan” suami isteri (enhance libido).


Antara fungsi alfalfa:

1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.

2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
5. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
6. Merawat arthitis
7. Bagus untuk elergi dan ekzema
8. Merawat athma
9. Mencuci usus bagi membuang toksik
10. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
11. Meneutralkan asid dalam badan
12. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
13. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
15. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
17. Meningkatkan stamina seorang suami
18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
19. Membuang angin dalam badan
Banyakkan fungsi ALFALFA ni...Anda kaum wanita patut ada 1 botol kat umah k....

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543 
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
 

24/04/2013

Susu Ibu Sikit Semasa Berpantang


Assalamualaikum....

Seringkali saya menerima keluhan dari ibu yang baru melahirkan anak dan sedang berpantang, "Susu Takdelah" atau "Anak asyik nangis sebab susu sikit". Selalunya ibu-ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata, yang tiada pengalaman akan terus memberi susu formula kerana kesian dan tak sampai hati melihat anak lapar.

Pada awal kelahiran, ibu mengeluarkan Colostrums. Colostrums adalah susu awal ibu. Ia terdapat pada susu ibu seawal 3-5 hari pertama selepas bayi dilahirkan. Ia bewarna kuning, berlemak, da sangat kaya dengan protein dan antibodi. Perut bayi pada ketika itu hanyalah sebesar guli sahaja (5-7ml) dan jumlah Colosttrums adalah cukup untuk menampung perut bayi yang baru lahir.

Jadi, pastikan anda menyusukan anak anda sekerap mungkin, mengikut permintaan bayi anda dalam tempoh tersebut atau setiap 2 jam. Setelah masuk hari ke 5 insyaAllah penghasilan susu akan bertamabah dan bertukar warna putih seperti susu biasa. 

Seelok-eloknya elakkan menggunakan botol susu pada 2 minggu pertama supaya bayi anda tidak keliru puting dan ditakuti bayi tidak mahu menghisap puting ibu. Akibatnya susu akan semakin berkurangan kerana kurang permintaan dari bayi. Jika anda menghadapi bengkak susu, anda disarankan mengepam susu sejurus selepas bayi menyusu.

Pengambilan air yang cukup sangat-sangat dititikberatkan dalam penyusuan. Ibu yang dalam pantang seharusnya mengambil air sekurang-kurangnya 3 Liter sehari. Kekurangan air boleh menjejaskan penghasilan susu anda.

Makanan yang berkahsiat dan seimbang juga penting bagi menghasilkan susu yang berkualiti dan penghasilan susu lebih lancar. Lebihkan sumber kalsium dan protein kerana ia merupakan komposisi paling banyak dan penting dalam penghasilan susu.

Jika berkemampuan, anda boleh mengamalkan supplement atau vitamin sebagai bekalan nutrient anda.Set Berpantang kami lengkap dengan nutrisi yang diperlukan ibu semasa berpantang supaya ibu kembali sihat, cergas, menyembuhkan luka jahitan dengan cepat dan membantu pengeluaran susu ibu dengan lebih baik.

Dapatkan Set Berpantang Shaklee yang mempunyai Vitamin C, B Comple, Vitalea With Iron@Multivitamin, Ostematri@Klasium dan eSP@ Protein. Jika anda ingin menguruskan badan semasa dalam pantang anda juga boleh mengamalkan Omega Guard yang juga bagus untuk otak bayi.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya:
Siti Sarah Mohamad Nor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ]
♥ Contact No :017 202 3543
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
 

23/04/2013

Panduan Untuk Memulakan Diet


Assalamualaikum....

Nak Berdiet??? Tapi tak tahu nak mulakan bagaimana...Bila sebut sahaja diet pasti dalam fikiran atau tercetus di mulut kurangkan  makan or skip makan.Bukan senang nak tukar jadual dan tabiat dari suka makanan kepada menjauhi makanan.

Jom saya kongsikan beerapa tips mudah, panduan diet yang sihat, hasil bacaan saya di majalah i-sihat khas untuk anda....

PeRLAHAN-LAHAN
Sebarang perubahan yang berlaku dalam diet menjadi lebih mudah jika diambil secara perlahan-lahan dengan langkah-langkah yang kecil-kecil. Sebagai contoh:
1. tambah produk tenusu dalam bekal tengahari anda
2. tetapkan satu hari sebagai hari mengambil ikan sahaja.
3. Pek satu hidangan bijirin gandum kegemaran anda dan kemudian jadikan ia sebagai snek minum pagi anda. 

AIR DI MANA SAHAJA
Ia murah, tiada lemak dan berupaya memberi tumbuh anda satu rangsangan yang bertenaga. Jika anda merasakan idea mengambil 8 gelas air setiap hari sesuatu yang sangat sukar, fikirkan yang lebih mudah. Sebagai contoh:

1.  Minum satu gelas air sebaik bangun daripada tidur iaitu sebelum anda memberus gigi.
2. Tidak mampu menolak soda? Minumlah secawan air yang mengandungi sedikit rasa minuman kegemaran anda di dalamnya terlebih dahulu.
3. Cuba minum lebih satu gelas air hari ini berbanding semalam.

AMBIL eMAS, MeRAH, UNGU
Barangan yang berwarna-warni sebenarnya dipenuhi dengan 1 jenis kompoun tumbuhan yang mampu melawan penyakit. Jadi, apabila mahu membeli belah, capailah warna-warni pelangi.

1. Tetapkan 1 warna untuk sehari. Sebagai contoh, mungkin Isnin warna kuning dengan anggur, epal emas atau jagung, manakala hari Selasa dengan warna ungu iaitu plum dan terung.
2. Libatkan anak-anak untuk membuat tema hdangan makanan.
3. Ambil buah-buahan aau sayur-sayuran berbeza setiap kali membeli belah.

ATASI KeKerARAPAN KUNYAH
Anda sedang berbual bersama rakan-rakan disekitar meja atau ketika menonton DVD dan anda tidak berhenti mengunyah. Cuba tips di bawah untuk mengawal kunyahan anda.

1. Kunyah gula-gula getah tanpa gula dalam mulut.
2. Berus atau flos gigi anda.
3. Beri perhatian-lihat setiap keping makanan yang anda rancang untuk makan.
4. Sibukkan tangan dengan memegang segelas air, secawan atau cuba bersih-bersihkan kawasan kerja.

TeTAPKAN PeNDIRIAN
Bantu diri sendiri untuk berjaya dan cari jalan keluar bila anda perlukannya.

1. Cari pasangan di kalangan ahli keluarga atau rakan-rakan untuk sama-sama melaksanakan diet dan mengurangkan berat badan.Kongsi idea dan rancangan anda dengan kerap bersama pasangan.
2. Tinggalkan semua godaan dan kegemaran anda seperti ais krim, kentang goreng dan juga soda.
3. Cuba lakukan aktiviti sosial yang tidak melibatkan makanan. Anda boleh tukar lokasi untuk berjumpa dengan teman-teman di taman untuk berbasikal atau menonton filem.

Semoga tips-tps tersebut dapat membantu anda untuk berdiet dan seterusnya mencapai berat ideal yang anda impikan.........

Anda juga boleh mengamalkan supplement untuk membantu anda mnurunkan berat badan dengan kadar cepat, badan lebih bertenaga dan dapat mengimbangi nutrien dalam badan walaupun sedang berdiet.

Jom Dapatkan HOT Set Slimming Shaklee.....



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya:
Siti Sarah Mohamad Nor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ]
♥ Contact No :017 202 3543
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
 

21/04/2013

Ibu Bekerja Nak Tahu Rahsia Stok Susu Banyak?


Assalamualaikum...

Adakah anda seorang ibu menyusu yang bekerja????
Saya tahu, semasa dalam pantang lagi anda dah mula risaukan takut-takut stok susu tak cukup untuk dibekalkan kepada anak anda bila anda dah mula bekerja nanti. Saya juga dulu salah seorang ibu yang bekerja. Jangan risau dan jangan panic kerana saya akan kongsikan pengalaman saya atau rahsia stok susu saya banyak.....hihi...

Rahsia stok susu banyak:
  • Set Minda dan tanam dalam hati anda semasa anda sedang mengandung lagi bahawa anda akan menyusukan bayi anda dan yakin yang susu anda akan ada. Anda juga boleh membayangkan keadaan anda memegang bayi anda sambil menyusukannya.
  • Banyakkan membaca dan mencari ilmu tentang penyusuan dengan membeli buku-buku berkaitan, melayari internet, blog ibu-ibu yang berpengalaman, mengaktifkan diri dalam forum-forum berkenaan, bertanya doktor atau jururawat dan menghadiri kelas-kelas berkaitan.
  • Setelah melahirkan anak anda sudah boleh mengepam dari minggu pertama berpantang lagi. Tambahan pula, susu akan banyak pada hari keempat dan ambillah peluang ini untuk mengepam dan mngosongkan payudara setelah bayi anda minum.Mood happy semasa melihat hasil susu yang banyak juga merangsang penghasilan susu dengan lebih banyak lagi.
  • Gunakan Konsep Supply Vs Demand iaitu dengan memastikan breast anda benar-benar kosong semasa mengepam.
  • Rajin-Rajin pam & perlu di buat dengan konsisten.Pengalaman saya semasa mula-mula simpan stok, ni jadual saya.:
    • Di office: Pam setelah sampai office atau selepas breakfast, pam sebelum atau selepas lunch, pam sebelum balik rumah
    • Di rumah: Pam sebelum tidur,  bangun malam untuk pam,bangun pagi pam.
  • Kerapkan direct feeding kerana rangsangan dari hisapan bayi adalah lebih baik iaitu dengan sentuhan dari kulit manusia.
  • Pam selepas direct feeding bayi anda.
  • Menggunakan teknik Tendum Nursring iaitu pam payudara sebelah semasa bayi anda sedang menyusu. Ini juga menjimatkan masa anda.
  • Menggunakan teknik Power Pumping iaitu pam  10 minit dan rehat 10 minit selama 1 jam.
  • Minum air 3 Liter sehari. Makin banyak kuantiti air yang anda minum, makin banyaklah susu anda.
  • Pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat sangat penting untuk merangsang penghasilan susu. amalkan makanan yang boleh menambah susu anda seperti kurma, lobak putih, susu dan sbgnya. Jika mampu anda boleh mengamalkan supplement penyusuan.
  • Jangan stress dan bayangkan yang happy2 je.
  • Hati kene ikhlas, sentiasa bezikir 'YA MATTIN' semasa pam atau direct feeding.
  • Berdoalah supaya dimurahkan rezeki dan dilancarkan perjalanan penyusuan anda. 
Dah tahukan RAHSIANYA...Jangan beri alasan ok..Jangan Panic dan Jangan Bersedih....

Just Do It....

Bayangkan Stok Susu anda Penuh dalam Peti ais tu...Kalau rasa penat, letih dan stress, dapatkan bekalan supplement.InsyaAllah segalanya akan jadi mudah...

Jom saya tunjuk kenangan stok2 saya dulu......nak bagi semangat pada anda..:)






Happay breasrfeeding!!!!

Jika anda perlukan Supplement hubungi saya untuk dapatkan Set Breastfeeding  Terbaik dari ladang,,,,Semulajadi, Selamat dan terbukti Berkesan!!!!!!

Supplement Shaklee Banyak bantu saya untuk simpan stok yang banyak..:)



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 

Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543 
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
 

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *