May 2013

29/05/2013

Rawat Pesakit Kanser Dengan Vivix dan Pemakan Yang Baik


Assalamualaikum...

Kali ni saya nak kongsi pembacaan saya di sini berkenaan pemakanan atau diet bagi pesakit kanser. Info ni pasti berguna untuk anda yang mengalami kanser dan ahli keluarga pesakit sendiri.

Semua orang perlukan makanan yang seimbang bagi memenuhi segala keperluan badan. Begitu juga dengan pesakit kanser. Tiada makanan yang dapat menyembuhkan kanser dan tiada makanan spesifik yang perlu dimakan atau dielak jika anda menghidapi kanser.

Pemakanan adalah faktor penting dan perlu diambil berat oleh pesakit kanser.Ini adalah kerana kanser dan jenis rawatan yang diambil akan meningkatkan keperluan badan dan menyebabkan anda perlu meningkatkan pengambilan makanan. Corak pengambilan makanan anda juga akan terganggu. Oleh itu, amalan pemakanan yang baik sebelum, semasa dan selepas rawatan adalah penting dan boleh membuat anda rasa lebih sihat dan bertenaga.


Kepentingan Amalan Pemakanan yang Baik

  • Dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan tisu yang rosak terutamanya selepas pembedahan, radioterapi, kemoterapi atau rawatan perubatan lain.
  • Dapat membantu menghadapi kesan sampingan rawatan dengan lebih baik dan sembuh dengan lebih cepat.
  • Dapat meningkatkan sistem imun / ketahanan badan bagi membolehkan anda melawan jangkitan.
  • Dapat membantu anda mencapai dan mengekalkan berat badan ideal.

Pemakanan Sebelum Rawatan

Makan pelbagai jenis makanan akan menolong anda mendapat segala nutrien atau zat yang diperlukan. Badan akan menukar makanan kepada bentuk tenaga. Anda memerlukan tenaga walaupun anda tidak aktif seperti biasa. Oleh itu pengambilan makanan bertenaga dari sumber karbohidrat dan lemak perlu mencukupi.
Makanan berprotein juga  amat penting untuk memperbaiki tisu yang rosak dan mengekalkan sistem imun badan bagi melawan jangkitan kuman atau infeksi. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran menyumbangkan vitamin, mineral dan serat yang diperlukan oleh badan.

Oleh itu anda disarankan mengambil pelbagai jenis makanan mengikut piramid makanan Malaysia seperti di bawah:

Masalah Pemakanan Semasa Rawatan dan Cara Mengatasi

Rawatan kanser diperlukan untuk membunuh sel-sel kanser, namun begitu ia juga akan merosakkan sel-sel yang sihat. Pelbagai kesan sampingan akan dialami. Kesan sampingan berbeza bagi setiap individu. Ia bergantung kepada bahagian badan yang dirawat, lamanya masa rawatan dan dos rawatan. Kebanyakan kesan sampingan adalah bersifat sementara dan berakhir selepas rawatan selesai.

Kesan sampingan rawatan kanser akan mengganggu corak pengambilan makanan dan menyebabkan anda mengalami masalah pemakanan. Antara masalah yang dihadapi dan saranan untuk mengawal  adalah seperti jadual di bawah:


       Masalah pemakanan
      Saranan untuk mengatasi
  • Hilang selera makan
  • Makan sikit tetapi kerap.
  • Tingkatkan kalori dan protein dalam makanan.
  • Ambil minuman/makanan tambahan yang tinggi kalori dan protein.
  • Senaman yang tetap jika anda mampu untuk tingkatkan selera makan.
  • Kurangkan pengambilan air pada waktu makan.
  • Makan di tempat persekitaran yang sesuai.
  • Pastikan mulut sentiasa bersih. Elakkan merokok kerana ia boleh kurangkan selera makan dan mengubah rasa makanan.
  • Kesukaran mengunyah dan menelan akibat luka dalam mulut dan tekak
  • Makan sikit tetapi kerap.
  • Tingkatkan kalori dan protein dalam makanan.
  • Ambil minuman/makanan tambahan yang tinggi kalori dan protein.
  • Makan makanan sejuk atau pada suhu bilik.
  • Tingkatkan pengambilan cecair.
  • Makan dan minum secara perlahan.
  • Pilih makanan yang lembut dan senang dikunyah, campurkan kuah dalam makanan.
  • Elakkan makanan yang pedas dan berasid/masam.
  • Mulut kering
  • Tingkatkan pengambilan cecair. Lebihkan pengambilan air semasa makan.
  • Pilih makanan yang lembut dan senang dikunyah seperti bubur nasi atau campurkan kuah dalam makanan.
  • Ambil makanan yang merangsang pengeluaran air liur seperti lemon atau ‘chewing gum’.
  • Hisap air batu/ais untuk sejukkan mulut.
  • Perubahan rasa dan bau makanan
  • Elakkan makanan yang berbau kuat.
  • Makan makanan sejuk atau pada suhu bilik.
  • Gunakan perisa seperti garam, rempah, herba, gula atau bawang putih bagi menambahkan rasa makanan.
  • Jauhkan diri dari dapur semasa makanan dimasak. Minta kawan atau keluarga masak untuk anda.
  • Loya dan muntah
  • Makan sikit tetapi kerap. Elak makan akan menyebabkan loya bertambah teruk.
  • Makan snek seperti biskut kering atau roti bakar.
  • Makan makanan masam dan masin.
  • Makan makanan sejuk atau pada suhu bilik seperti puding, salad.
  • Elakkan makan terlalu banyak lemak/minyak.
  • Makan dan minum secara perlahan.
  • Kurangkan pengambilan air pada waktu makan.
  • Elakkan makanan yang terlalu banyak perisa seperti rempah.
  • Jangan baring 1 jam selepas makan.
  • Ambil ubat tahan muntah atas saranan doktor.
  • Sembelit
  • Tingkatkan pengambilan cecair sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari seperti jus buah, sup, minuman bersusu.
  • Tingkatkan pengambilan serat seperti buah, sayur dan makanan ‘whole meal’.
  • Lakukan senaman yang tetap jika mampu seperti berjalan.
  • Ambil ubat atas saranan doktor.
  • Cirit-birit
  • Ambil ubat atas saranan doktor.
  • Tingkatkan pengambilan cecair untuk ganti cecair yang hilang.
  • Makan sikit tetapi kerap. Makan 3 waktu makan utama dan 3 snek.
  • Elak alkohol, hadkan kafein dan makanan pedas.
  • Elakkan makanan bergoreng dan berminyak.
  • Elakkan pengambilan susu jika anda mengalami tidak toleransi terhadap gula dalam susu (laktosa).
  • Kurangkan pengambilan makanan tinggi serat. Pilih buah yang dimasak lembut dan tanpa kulit atau buah dalam tin.
  • Pedih Ulu Hati (Heartburn)
  • Makan sikit tetapi kerap. Makan 3 waktu makan utama dan 3 snek.
  • Minum air 30 minit selepas makan.
  • Duduk sebentar selepas makan (30 minit), jangan baring.
  • Makan perlahan.
  • Elakkan pakaian terlalu ketat.
  • Elakkan makanan seperti coklat, kopi, teh, minuman ringan, alkohol, makanan tinggi lemak, buah sitrus dan tomato.

 Pemakanan Selepas Rawatan

Selepas rawatan, kesan sampingan yang dialami akan beransur hilang. Selera makan mungkin akan meningkat. Anda masih perlu menjaga pengambilan makanan agar sentiasa cergas dan sihat. Antara amalan pemakanan yang disarankan adalah:
  • Makan makanan seimbang dan berkhasiat. Pelbagaikan makanan anda.
  • Makan 5 atau lebih pelbagai hidangan sayur dan buah setiap hari.
  • Pilih karbohidrat kompleks dan bijirin penuh bagi meningkatkan pengambilan serat dalam diet anda.
  • Kurangkan pengambilan lemak dan garam dalam makanan.
  • Pilih makanan yang boleh kekalkan berat badan sihat. Seimbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal.

Sihat dan Bertenaga dengan VIVIX

Selain dari pemakanan yang betul, pesakit kanser boleh mengamalkan supplement sebagai satu alternetif untuk membantu rasa lebih sihat dan bertenaga. VIVIX , supplement Shaklee yang paling sesuai dan terbaik untuk diambil oleh pesakit kanser.

Secara keseluruhannya, VIVIX membantu menjaga kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga pada tahap sellular, kesihatan dan kesejahteraan. 

Bagaimana VIVIX Dapat Membantu Pesakit Kanser?

Bahan-Bahan dalam VIVIX seperti resveratrol bertindak memperbaiki seawal peringkat DNA lagi. Sebab itulah, VIVIX mampu membantu pesakit kanser. Vivix bertindak dalam 4 mekanisma utama penuaan sellular.

1. Kerosakan DNA

Setiap hari, setiap sel dalam badan anda dihujani oleh sehingga satu juta “penyerang hendap” yang boleh merosakkan DNA. Serangan ini boleh merosakkan pangkalan data genetik sel, mewujudkan “typo” yang boleh menjejaskan fungsi sel dan panjang umur.
(Vivix mempunyai bahan-bahan yang membantu melindungi dan membaiki DNA sellular)

2. Pengawalan Genetik

Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan sellular yang berkaitan dengan usia.
(Dalam satu kejayaan utama, satu kajian klinikal baru-baru ini menunjukkan bahawa bahan-bahan vivix mengaktifkan pengatur utama genetik yang membantu menolak penuaan selular)

3. Penurunan Pengeluaran Tenaga Sellular

Mithochondria (penjana tenaga) didalam sel mencipta tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mithochondrial menurun, fungsi sel turut menurun.
(Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis / pembentukan baru mitochondria untuk meningkatkan tenaga di dalam sel)

 4. Pengumpulan Protein AGE

Pengumpulan lebihan “Advanced Glycation End” produk (AGE) boleh menyebabkan kerosakan selular yang boleh berkompromi Intergriti dan panjang umur sel.
(Bahan-bahan Vivix adalah 10x lebih berkuasa daripada resveratrol pada AGE yang membantu memperlahankan pembentukan protein AGE)

Testimoni Pesakit Kanser Dengan VIVIX

Testimoni  pesakit kanser, bekas pembaca berita yang menghidap kanser 8 tahun lepas. Kini telah pulih dengan  VIVIX.


Baca info serta testimoni menarik di http://ladysara84.blogspot.com/search/label/Vivix

Rawat Pesakit Kanser  Dengan Vivix dan Pemakan Yang Baik, Vivix,  Bagaimana VIVIX Dapat Membantu Pesakit Kanser,   Testimoni  pesakit kanser


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

27/05/2013

Manfaat Menyusui Anak bagi Ibu


Assalamualaikum....

Menyusui anak bukan sahaja bermanafaat atau memberi kebaikan semata-mata untuk anak malah si ibu juga mendapat manfaat yang banyak daripada penyususan ini. Saya pasti para ibu pasti berasa bangga dapat menyusukan anak. Saya pun dah rasainya dan alhamdulillah anak saya dah 2 tahun 3 bulan dan masih menyusu secara eksklusif. Menyususkan anak bukan hanya sekadar memberikan susu badan kita kepada anak kita, malah lebih dari itu. Saat kita menyususkan anak, melihat muka yang comel tu sangat menyejukkan hati dan rasa ketenangan yang tak terkata. Saya sendiri tak sampai hati nak bercerai susu dgn mia. Rasa macam tak lengkap hidup saya seharian kalau mia tak menyusu.

Bagi ibu-ibu dan bakal-bakal ibu yang ingin tahu apa manfaatnya menyusui anak kepada anda, mari saya kongsi sedikit dari pengalaman saya dan pembacaan saya....

Manfaat menyusu bagi Ibu adalah:
  • Membantu wanita mengurangkan berat badan yang diperolehi sewaktu hamil
  • Membantu rahim kembali kepada saiz normal dgn lebih cepat.
  • Melindungi wanita dari kanser payudara kelak.
  • Dapat mengurangkan risiko patah tulang pinggul dan kanser ovari kelak.
  • Melindungi kesihatan ibu 
  • Menjarakkan kehamilan berikutnya
  • Menjimatkan waktu
  • Mengurangkan pendarahan setelah melahirkan
  • Mencegah payudara bengkak
  • Murah dan lebih ekonomi
National Health & Medical Research Council (Dewan Penelitian Kesihatan dan Perubatan Nasional NHMRC) Australia menganjurkan agar wanita harus memberikan susu ibu kepada bayi selama 6 bulan. Memperkenalkan makanan apabila berusia 6 bulan bersama susu ibu dan tetap meneruskan sehingga usia 12 bulan atau lbih lama lagi. Jika anda kurang yakin tentang penyususan, paling tidak anda harus mencuba. Beberapa minggu saja pun akan memberi perlindungan tertentu bagi bayi anda pada hari-hari pertama.
Bagi ibu yang ingin meneruskan penyusuan scara eksklusif sehingga 2 tahun, kesabaran, kerajinan sangat-sangat diperlukan. Amalkan konsep ini terutama ibu yang bekerja:
  • Supply Vs Demand (pam atau perah susu sehingga payudara anda betul-betul kosong supaya susu akan diproses semula lebih banyak.
  • Makan mengikut waktu dan menu makanan perlulah seimbang kerana nutrisi di dalam makanan mempengaruhi kualiti susu anda.
  • Minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari kerana susu badan terdiri daripada air.
Pengalaman saya sepanjang menyusukan anak, badan memang akan rasa letih berbanding biasa kerana kita terpaksa mengepam susu, bangun malam menyusu anak dan bangun awal pagi untuk mengepam susu. Di tambah dengan kerja yang banyak di ofis, melayan anak dan suami, menyiapkan kerja rumah membuatkan kita tak cukup tangan dan akhirnya kepenatan dan stress. Bagi mengatasi masalah ini saya telah mengamalkan supplement supaya saya rasa lebih bertenaga, sihat, cerdas dan lebih ceria. 
Supplement Shaklee sangat-sangat membantu saya dan yang bestnya susu saya sangat meriah selepas mengamalkannya. Sehingga hari ini saya masih mengamalkan shaklee bukan sekadar untuk menyusu sahaja tetapi untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543 
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
 

26/05/2013

Kelas Pemasaran Blog Group Supermoms


Assalamualaikum...

Nak cerita tentang aktiviti saya semalam. Aktiviti saya bersama rakan2 biz saya. Bulan lepas kami melawat rakan biz kami yang baru melahirkan baby ke-2 nya n sempat minum petang di kedai berdekatan sambil sembang2 kosong n sharing tentang strategi biz. Semalam my mommy shaklee, Master Hadhatina anjurkan satu kelas yg sangat2 saya suka n sangat2 dinantikan iaitu "Pemasaran Blog" yang di sampaikan oleh nanny saya Master Alom & her husband, Master Zainur. 

Kelas ni buat kat rumah Master Hadhatina di USJ Height. Memang saya tak lepaskan peluang lah. Rugi sangat rasanya kalau tak attend kelas nie. Dahlah free of charge & kalau kat luar saya rasa mahu ratus2 ni yuran. Nilah kelebihan group biz saya nie, free coaching & rakan2 biz jugak sudi share tip dan pengalaman mereka. Memang best sangat kelas ni, tambah-tambah lagi di sampaikan oleh otai yang sangat saya segani dan menjadi ikon saya jugak selain dari mommy saya Hadhatina. Datang-datang je wah, dah siap dah meja semua. Tinggal duduk je.Terima kasih mommy dgn preparation ni, memang selesa sangat. u all tengoklah macam mana mommy i layan kami semua. best betul. kami ni dimanja-manjakan. hihi.

Alhamdulillah, kelas berjalan lancar, byk ilmu yg saya dapat dari kelas ni. Nasib baiklah mia tak buat hal sepanjang kelas. Kelas start pukul 10 & kami sampai dalam pukul 10.20 camtu, lambat sikit. Punyalah nak g kelas ni sampai mia pun saya tak mandikan dulu. Mia memang suka bangun lambat & kalau saya kejutkan mandi, jawabnya perang badar la kami. ntah pukul berapa baru sampaikan.

Lepas kelas, kami sempat celebrate birthday untuk bulan Mei n Jun. Kek digantikan dgn Coklat Kasut. Sayang pulak rasanya nak makan. Lepas tu kami tengok SOHO Master Hadhatina kat tingkat paling atas sekali. Memang bestlah SOHO dia. Barang sume dari Ikea.hihi. Lepas tu sempat kami bergambar ramai-ramai.

Lepas kelas, terus menuju ke Shaklee, empire. Apalagi, borong VIVIX Shaklee la, Buy 6 Free 1 & daftar ahli baru jugak.:)

nak tahu lebih lanjut tentang VIVIX boleh baca sini ye....http://ladysara84.blogspot.com/search/label/Vivix 

Then lepas tu terus makan roti cheese nan..hihi..lama tau saya ngidam..dapat jugak...:)

Kalau kawan-kawan teringin nak join aktiviti2 camnie jomlah join biz shaklee dengan saya. Bolehlah belajar dgn saya teknik Pemasaran Blog nie. hihi...Sambil kita berbiz sambil kita cari ilmu baru, kongsi ilmu, sambil kita eratkan silaturahim kan. Nie saya letaklah pic semasa kelas semalam....enjoy the pic..:)



 




 Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya:
Siti Sarah Mohamad Nor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ]
♥ Contact No :017 202 3543
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
 

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *