March 2014

26/03/2014

Kulit Perut Lembik Lepas 12 Hari Ambil Set Kurus Shaklee



Assalamualaikum...

Sambil menulis sambil meneguk ESP campur Milo. Tak perlu letak susu pekat. Milo nie dah rasa lemak berkrim dah dengan ESP.

ESPP campur MILO
Sebut pasal ESP, kenapa saya minum ESP dan kadang2 saya minum CINCH Shake. 2 product protein Shaklee yang sangat HOT terutama mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Baru2 nie anak saudara suami saya ada mengambil Set Kurus Shaklee iaitu Herblax, Alfalfa dan Lecithin. Alhamdulillah...selepas 12 hari saya mendapat feedback positif daripada dia tapi ada jugak yg tak best..Nie dialognya ye..
  • ok..sy suka sy suka
  • herblax tuh best
  • buang air pagi2..
  • ps2 skang mlm2 kami xmkn nasi dh makndak..
  • kenyang je
  • tpi perut jdi cm lembik lak..cm ne ek nak buat
  • ade ubat utk bg tegang blik x..hehe

Testimoni Set Kurus, Shaklee, perut kempis dengan Set kurus Shaklee
Testimoni Set Kurus Shaklee
Set Kurus Shaklee, Alfalfa, Lecithin, Herblax
Set Kurus Shaklee

Kenapa perut jadi lembik??

Perut lembik sebab lemak-lemak dah hilang dibahagian perut. Kulit yang tegang  akibat lemak-lemak tu kemudian menjadi kendur akibat ruang kosong lemak tersebut. Memang dah kurus tapi kurus tak cantik atau badan tak shape up.

Nak buat Macam Mana supaya Kulit Kembali Anjal dan "Shape Up" ??

Bina kembali OTOT dengan mengamalkan 2 perkara penting:
1. Amalkan senaman
2. Amalkan supplement Protein

Sebab tulah saya minum ESP dan Cinch Shake. Saya nak Kurus Cantik, kulit jadi gebu anjal dan  tak nak kulit menggeleber. Tidak terlalu kurus sangat, asalkan sedap mata memandang atau mendapat berat yang ideal.

AWAS!!!!

Menurunkan berat badan tanpa protein boleh menyebabkan kenaikan berat semula secara mendadak. Boleh lihat di sini bagaimana ESP boleh menurunkan berat badan dan di sini tentang Cinch Shake. Anda perlu tahu, konsep menurunkan berat badan ialah BINA OTOT dan BALANCE kan KALORI. Boleh klik di sini untuk peneragan detail. 

Jika nak kurus cantik jangan abaikan pengambilan PROTEIN ye :) 

 
 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 



22/03/2014

4 Tips Asas Hilangkan Jerawat



Assalamualaikum...

Saya nie memang ada masalah jerawat yang teruk. Hari-hari tumbuh jerawat kat muka nie. Janganlah tersalah makan, terutama seafood. Kalau terlebih makan sikit comfirm jerawat naik. Kalau dibiarkan memang bertambah menjadi-jadilah jerawat tu.

Tipulah kalau takde jerawat langsungkan. Tapi ada beberapa perkara yang saya amalkan supaya jerawat saya hilang cepat. Sekurang-kurangnya saya dapat mengawal jerawat saya dari terus merebak. Kalau saya tak jaga muka saya nie mahu jerawat batu besar-besar yang tumbuh. Agaknya muka nie dah tak nampak muka dah.

4 PERKARA ASAS yang saya buat setiap hari supaya JERAWAT saya hilang....


1. Basuh Muka dengan pencuci muka 2 kali sehari

Actually yang ni saya baru je buat. Dah lama sebenarnya tak pakai pencuci muka. Saya risau muka saya sensetif dengan bahan chemical. Tapi saya sangat tertarik dengan pencuci muka shaklee kerana productnya memang 100% semulajadi. Alhamdulillah so far saya pakai nampak ok. Muka tak menggelupas atau kering. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang pencuci muka nie boleh tengok sini .

2. Minum Air Kosong

70% daripada badan kita terdiri dari air. Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari supaya kulit kita sentiasa sihat dan segar. Tips  minum air kosong boleh klik sini ye. Tapi saya minum banyak. 3 liter terus sebab saya menyusu anak.

3. Tidur yang cukup

Sebelum tidur rajin-rajin minum susu atau ambil Ostematrix supaya mendapat tidur yang berkualiti. Sebab apa kena tidur, sebab masa kita tidur tulah proses detox berlaku. Bila kita tak tidur macam mana kan badan kita nak buang racun2 tu. Tu yang effect pada badan dan jerawat mula timbul samada di badan atau lebih tak seronok di muka. Nak lagi bagus ambil Alfalfa sebelum tidur untuk proses detox yang lebih baik. 

4.Amalkan Supplement Cantik

Saya memang pengamal tegar supplement. Dulu saya consume Mutivitamin beli kat farmasi. Tapi sejak mia 4 bulan rasanya, saya mula ambil supplement shaklee untuk menyusu. Bila dah lama-lama makan tu barulah tahu yang supplement-supplement tu boleh cantikkan kulit jugak. Sebab saya perasan lepas 3 bulan ambil kulit saya makin cerah, licin dan jerawat makin kurang tumbuh. Vitamin yang saya consume adalah Alfalfa, B Complex, Vitamin C, Vitalea dan ESP. Tapi sekarang nie saya dah tambah lagi Vitamin E dan Zinc. Nie semua supplement yang bagus untuk jerawat.

Mudah je kan tips saya nie. Nampak simple tapi tak semudah yang disangka :)
Tapi kalau nak cantik kenelah berkorban. Takde benda yang FREE dalam dunia nie. betul tak ?

Selamat Mencuba!!!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

21/03/2014

Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak


Assalamualaikum...

Saya sebelum nie memang mempunyai kulit yang berminyak. Sebab tu muka saya senang tumbuh jerawat. Dulu pernah pakai macam-macam jenis pencuci muka tapi tak sesuai sebab bila pakai je muka jadi kering semacam pulak.  Mungkin tindakbalas chemical yanng ada dalam pencuci muka tu. Saya stop pakai pencuci muka bertahun-tahun sehinggalah beberapa bulan yang lepas saya terbuka hati dan tertarik dengan pencuci muka Shaklee iaitu Purifying Cleansing Gel. Memang sesuai dengan orang yang kulit berminyak macam saya nie.

Alhamdulillah, dah 2 bulan pakai rasanya, dan apa yang saya boleh simpulkan, kulit muka saya tak kering atau menggelupas selepas menggunakannya. Lepas pakai tu kulit muka rasa lembut je. Tahan lama tau pencuci muka ni. walaupun dah 2 bulan pakai tapi tak sampai separuh lagi sebab kepekatannya tinggi. Tak perlu letak banyak2 pun.

Purifying Cleansing Gel 

Bebas sabun dan PH seimbang. Diperkaya dengan Vitamin E yang berbuih lembut bagi memastikan kulit kekal segar dan lembut.

Perbezaan Shaklee yang buat saya YAKIN untuk gunakannya

  • Berasaskan nutrien
  • Terbukti secara klinikal
  • 7 paten
  • Diuji oleh Pakar Dermatologi
  • Sentiasa tidak menimbulkan alahan
  • pH seimbang
  • Tidak diuji pada binatang

Dirumuskan tanpa:

  • Parabens
  • Natrium lauril sulfat atau natrium 
  • Propilena glikolpenghasilan daripada haiwan atau produk sampingan daripada haiwan
  • Minyak mineral atau petrolatum
  • FD&C atau pewarna
  • Ftalat
  • 1, 4 dioksana 
Ini baru pencuci mukanya je. actually Shaklee juga ada menyediakan Set Skin Care. Nanti saya akan cerita lebih lanjut di entry yag lain. So, keep follow my blog. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh hubungi saya terus :)

Purifying Cleansing Gel , pencuci muka Shaklee

Purifying Cleansing Gel

 
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

11 Kebaikan Zinc Complex Shaklee


Assalamualaikum..

Saya memang suka mengamalkan Zinc Complex Shaklee. Mula-mula dulu sebab masalah rambut gugur selepas bersalin dan sekarang nie ambil untuk baikkan luka jerawat dengan cepat. Kadang2 kalau jerawat dah tahap bernanah tu saya akan bersihkan dulu nanah tu then saya akan tumbuk2 Zinc dan ESP dan sapu di tempat jerawat tu. Alhamdulillah memang berkesan, luka cepat  kering.

Mari saya terangkan satu-persatu kebaikan ZINC nie...

11 Kebaikan Zinc Complex Shaklee

1. Mengaktifkan 200 jenis enzim

Zinc berkebolehan menggabung DNA, RNA, dan Protein, seterusnya merangsang regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dalam badan untuk memelihara metabolisme gigi dan pertumbuhan para remaja.

2. Membentuk Kolagen

Zinc membantu pembentukan kolagen dan protein untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.

3. Memperbaiki Diabeties

Zinc membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki Diabeties.

4. Bintik Putih di Kuku

Bintik putih di kuku adalah tanda defisiensi zinc, yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya penglihatan.

5. Mempertingkatkan Sistem Imun

Membantu pengeluaran kelenjar thrymus. Kelenjar thrymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluran T-Cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.

6. Mempercepatkan Pemulihan Luka

Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit.

7. Memperbaiki masalah Prostat

Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70%.

8. Kemampuan Seks Lelaki

Pengambilan Zinc untuk jangkamasa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.

9. Ovulasi Wanita

Wanita memerlukan Zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya.

10. Memperbaiki Radang Kulit

Kajian menunjukkan pengambilan Zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat.

11. Mengekalkan Deria Bau

Untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensetif (rasa dan bau).

Keistimewaan Zinc Complex Shaklee 

Dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk Alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita. Zinc sesuai untuk pengambilan jangka masa panjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadminum dan plumbum dari tubuh.

Zinc, Zinc Complex Shaklee, Supplement Shaklee paling murah
ZINC COMPLEX SHAKLEE

 
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

17/03/2014

ESP Shaklee Tak Banyakkan Susu Ibu ?



Customer saya mengadu..."kesian kat kawan I minum ESP shaklee tapi susu tak banyak. Tak macam susu I memang meriah giler lepas ambil ESP."

Kenapa susu tak banyak lepas consume ESP ?

Jom kita cek adakah kita dah ikut semua konsep penyusuan.

1. Kekerapan Memerah/Pam

Konsep menyusu Supply Vs Demand. Lagi kerap anak menyusu lagi banyak susu akan dihasilkan. Bagi yang bekerja, lagi kerap pam lagi banyak susu dihasilkan. Jangan tunggu breast dah bengkak baru nak perah susu dan make sure breast betul2 kosong supaya signal dihantar ke otak kita supaya menghasilkan susu lebih banyak lagi.

2. Minum Air Banyak

Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari kerana air merupakan kompenan penting dalam susu ibu. Susu yang anak kita minum tu pun dari airkan. Kalau kita tak minum cukup air macam mana kita nak hasilkan air susu kan, sedangkan susu yang mengalir dari badan kita pun dah berbentuk air.

3. Jangan Skip Makan

Makan bila tiba waktu. Sekurang-kurangnya jangan skip Sarapan Pagi, Lunch dan Dinner. Ambil makanan mengikut piramid makanan. Nutrisi dalam makanan juga mempengaruhi penghasilan susu seperti protein, kalsium, B Complex, Vitamin C dan lain-lain. Makanan untuk ibu menyusu boleh lihat di sini.

4. Positif

Si ibu perlulah bertenang dan pandai mengawal stress. Timbulkan aura-aura positif dalam diri supaya hati sentiasa gembira. Cari perkara-perkara yang boleh mengembirakan hati seperti melakukan hobi, melihat gambar anak semasa pam. Kalau stress sangat ambil B Complex.

5. Set Minda

Bayangkan yang susu anda sekali pam sampai penuh 1 botol. Sentiasa berangan yang susu dalam fridge kita tu banyak giler. Bayangkan muka anak kita yang comel tembam tu yang puas bila minum susu. Bayangkan yang baik-baik insyaAllah apa yang kita bayangkan mempengaruhi minda kita dan seterusnya mempengaruhi penghasilan susu kita.

6. DOA dan Zikir

Usaha dan DOA perlulah seiring. Mintalah padaNYA kerana sesungguhnya DIA Maha Pemberi. Rajin-rajin lembutkan lidah berzikir semasa pam atau menyusu anak. InsyaAllah susu yang diminum anak itu lebih berkat dan perjalanan penyusuan kita juga lebih berkat. boleh dapatkan DOA di sini .

Konsep penyusuan sangat-sangat penting untuk penghasilan susu yang baik. Bukan kerana ESP susu kita tak banyak, tetapi kerana diri kita sendiri, sikap kita sendiri. Demi anak kita, kita perlu kuatkan semangat, rajin berdisiplin dan sentiasa muhasabah diri. InsyaAllah matlamat untuk menyusui anak sehingga 2 tahun secara eksklusif tercapai.

ESP, ESP Shaklee, Susu Banyak, Breastfeeding, Protein


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

15/03/2014

Cantikkan Kulit dengan Protein


Assalamualaikum...

Dulu, saya mengalami masalah jerawat yang teruk selepas menggunakan krim muka. Mungkin disebab krim muka tu membuatkan kulit muka saya semakin berminyak dan merosakkan sel kulit saya. sampai satu masa saya stop mengambil krim muka. Malah pencuci muka dan compact powder pun saya malas dah nak pakai sebab masalah jerawat saya yang semakin menjadi-jadi. Kemudian selepas melahirkan anak saya mula mengambil protein sebagai  milk booster saya. Alhamdulillah susu memanglah meriah, tetapi yang paling best jerawat saya semakin kurang tumbuh dan parut jerawat saya semakin pudar. Bila saya baca-baca, barulah saya tahu protein yang membantu mengurangkan masalah kulit saya.

Tubuh badan kita terdiri daripada protein.

Tulang, kulit, rambut. organ-organ, otot-otot kita semua diperbuat daripada protein. Antibodi, Enzim, Hormon kita juga terbentuk daripada protein. Hemoglobin yang mengangkut oksigen ke sel-sel kita juga sebahagiannya adalah protein. Protein membina sel-sel baru, menggantikn tisu2 tua dan tisu2 rosak pada sel-sel tubuh kita.

Bagaimana Protein boleh mencantikkan kulit?

Protein tersebut perlulah mempunya 9 Asid Amino penting. Asid Amino penting ini membantu badan membina sel-sel baru. Bagi mereka yang mempunyai kulit berjerawat seperti saya, pasti meninggalkan kesan parut di muka kan. Parut tersebut adalah sel-sel yang telah mati atau rosak. Asid amino memainkan peranan penting untuk menggantikan sel-sel rosak tersebut kepada sel-sel yang baru. Lama-kelamaan parut jerawat semakin pudar dan kulit semakin licin dan cerah.

Pilih Protein Yang Lengkap

Saya memang gemar minum soya. Biasanya saya hanya membeli soya kotak yang dijual di pasaraya. Setelah mendalami sedikit ilmu tentang protein nie barulah saya tahu, untuk mendapat kesan yang baik kepada kulit saya perlu memilih protein yang lengkap. patutlah selama nie parut di muka saya susah nak hilang. Terdapat beberapa kreteria penting untuk memilih protein yang berkualiti. Untuk mengetahui kreteria tersebut boleh klik di sini.

ESP Protein Yang Berkualiti

Setelah mengamalkannya secara konsistent selama 3 bulan, ESP sangat berkesan pada kulit saya .
  • NON GMO, (Diproses pada kadar suhu yg rendah)
  • LOW FAT
  • Tiada Kolestrol
  • Tiada asid uric
  • Menyediakan 9 asid amino penting yg tidak dihasilkan oleh manusia.
  • Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
  • Glisemik Indeks yang rendah iaitu 39.
 
ESP Shaklee, Protein, Cantik Kulit
ESP

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

14/03/2014

PILIH SOYA BERKUALITI - 7 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu


Assalamualaikum...

Selalu je isu tentang soya nie dibangkitkan. Ada yang kata soya nie bahaya. Ada pula yang kata soya nie bagus untuk kesihatan. 7 perkara penting yang anda mesti tahu untuk pastikan yang ada mengambil SOYA yang betul-betul berkualiti dan selamat.

7 kriteria penting memilih SOYAyang berkualiti.

1. Soya mestilah tumbuh sendiri secara ORGANIC
Soya yang ditanam dengan bahan chemical menyebabakan nutrisi makanan berkurangan. Make sure semasa pembesaran kacang soya tersebut tidak dicampur bahan chemical seperti pesticides, fungicides dan herbicides.

2. Soya mestilah NON-GMO (tidak dihasilkan secara Genetic)
Majoriti company2 diluar sana menghasilkan soya secara genetic kerana kos murah tanpa memikirkan kesan setelah gen baru dimasukkan ke dalam soya. kajian dah buktikan yang proses genetic nie tanpa kita sedar ia membina toksin yang membahayakan pengguna.

3. Soy Protein mestilah mengandungi 9 ASID AMINO perlu.
9 asid amino nie sangat penting untuk menghasilkan hormon, juspenghadaman, antibodi, enzim. Awas! if salah satu daripada 9 asid amino nie tiada, boleh menyebabkan sistem imunisasi kita lemah dan akhirnya membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

4. Soy Protein mestilah dibersihkan dengan menggunakan AIR, bukan  ALKOHOL.
Sesetengah soy protein dihasilkan dengan alkohol yang boleh menghilangkan ISOFLAVON yang sangat baik untuk hormon, merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

5. Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan.
Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome.

6. Proses pembuatan Soy Protein mestilah tanpa PEMANASAN.
Asid Amino sangat sensetif pada suhu panas. Asid Amino akan terhapus sekiranya diproses pada kadar suhu yang tinggi.

7. Soy Protein mesti ditambah dengan unsur Kalsium.
Serbuk Protein adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Camouran Kalsium bertindak meneutralkan kembali Serbuk Protein tersebut.

Ketujuh-tujuh kriteria nie ada dalam ESP. Sebab tulah saya berani jamin ESP pilihan yang tepat sebagai supplement protein anda. Semulajadi, Halal dan Selamat untuk semua golongan. Sebab tu ESP menjadi HOT SELLER product Shaklee.

"Minumlah ESP tanpa was-was "



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

13/03/2014

Set Kurus Shaklee - Berapa Lama Boleh Nampak Kesan


Assalamualaikum..

Soalan yang selalu ditanya oleh customer2 saya...

"Berapa lama boleh nampak kesan selepas ambil Set Slimmimg Shaklee ni?"

Bagi saya kesan yang terlalu cepat adalah tidak baik untuk badan kita. Tujuan dan matlamat saya adalah untuk membantu anda menurunkan berat badan dengan cara yang sihat. Set Slimmimg Shaklee bukan ubat kurus tetapi supplement yang mengandungi zat-zat terntentu yang membantu kita untuk menurunkan berat badan. 

Bagaimana menurunkan berat badan dengan cara yang sihat?

Konsep penurunan berat badan yang sihat adalah  "BINA OTOT" dan "SEIMBANGKAN KALORI KELUAR MASUK"

BINA OTOT

Bersenam atau "WorkOut" adalah satu cara untuk membina otot. Kita perlu memelihara jisim otot kita supaya pembakaran kalori, lemak dan metabolisme berlaku dengan baik. Cara untuk memelihara otot adalah memberi makanan kepada otot kita. Makanan Otot adalah "Protein". anda boleh mendaptkannya melalu makanan seperti soya dan daging atau mendapatkan supplement protein seperti Cinch Shake dan ESP.

SEIMBANGKAN KALORI KELUAR MASUK

Jika anda mengambil makanan yang berkalori tinggi, maka anda perlu lebih bekerja keras  untuk menyahkan semula kalori tersebut. Maksudnya exercise pun kene lebih. Sebab tulah untuk menurunkan berat badan nie kita tak boleh tahu exactly bila anda akan dapat berat yang anda nginkan kerana ia bergantung kepada cara hidup, cara pemakanan, berapa banyak kalori dan lemak dalam badan anda dan paling penting berapa banyak anda berusaha untuk membakar lemak dan kalori dalam badan anda. Sebab tu, amalkan makanan yang seimbang semasa berdiet. Kurangkan makanan yang tinggi kalori  dan lebihkan makanan yang berserat. Pengambilan supplement juga cara yang baik untuk membantu anda mendapat nutrisi yang diperlukan semasa berdiet supaya anda lebih bertenaga dan membantu membakar lemak lebih cepat semasa anda bersenam seperti Lecithin, Omega Guard, Vitalea, Alfalfa dll.

TURUN 8KG  DENGAN PENGAMBILAN SET SLIMMING SHAKLEE

Saya pernah turun 8kg dalam tempoh 3 bulan suatu masa dulu dengan pengambilan Set Slimming Shaklee nie. Pada satu masa, cara hidup saya telah berubah. saya kurang bersenam, lebih banyak mengadap komputer, makan tak menentu dan lebih banyak mengambil makanaan berkalori menyebabkan berat saya kembali naik sikit demi sedikit walaupun saya mengamalkan Set Slimming Shaklee. Sebab tu saya tekankan, Set Slimming Shaklee hanya sebagai medium untuk membantu kita kurus. Tetapi kalau kita tak amalkan cara hidup yang sihat jangan berharaplah anda berjaya nak dapatkan berat yang anda inginkan.

Kurangkan mengambil Makanan Berkalori tinggi, amalkan aktiviti keluar peluh dan pelihara otot anda...InsyaAllah anda akan dapat bentuk badan yang cantik dan berat yang ideal.

SET SLIMMING SHAKLEE PALING HOT

Ini gabungan supplement2 shaklee yang paling disukai ramai pengguna shaklee khas untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ada banyak lagi gabungan2 lain yang boleh saya suggest mengikut kepeluan anda. Jika anda inginkan konsultasi boleh hubungi saya terus.

Set Kurus Shaklee, Set Kurus Shaklee - Berapa Lama Boleh Nampak Kesan, Lecithin, Alfalfa, Herblax, ESP, Cinch Shake,
Set Kurus Shaklee
Set Kurus Shaklee untuk Ibu Menyusu, Set Kurus Shaklee - Berapa Lama Boleh Nampak Kesan, Lecithin, Alfalfa, Herblax, ESP, Cinch Shake
Set Kurus Shaklee untuk Ibu Menyusu
 
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Untuk order klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

11/03/2014

Daftar Ahli Shaklee secara Online


Assalamualaikum..

Shaklee dah semakin canggih sekarang. Senang sangat nak register ahli. Tak perlu pergi branch. hanya klik...klik..klik...siap. Semua dijujung jari. Kami SID dah boleh registerkan untuk anda secara online je, jam-jam tu jugak. Tak perlu nak tunggu esok lusa.Yang penting kena ada line internet la kan. So kalau setakat bawak smart phone tu dah boleh dah register.

Nak saya shopping kan terus pun boleh. Terus layak dapat harga ahli.Takde syarat2 tersembunyi untuk dapat harga ahli. Hanya perlu bayar yuran pendaftaran sebanyak RM65 dan pos Starterkit RM10 bg semenanjung dan RM20 bagi Sabah sarawak. Kalau anda buat pembelian 200UV ke atas atau lebih kurang RM650, anda layak register ahli secara PERCUMA.

Anda cuma perlu bagi detail diri kepada saya. Biar saya uruskan semuanya :) 
  • Nama Penuh
  • IC No.
  • Address
  • No tel
  • Email
  • Nama Pasangan (Jika ada)
  • Ic No. Pasangan
  • Nombor Account (tak kisah apa2 bank)

Mesti pelikkan kenapa nak kene bagi No account nie. Kalau nak tau pihak Shaklee bagi BONUS direct transfer ke account SID masing-masing pada setiap bulan, pada pertengahan bulan. Tak perlu edar cheaque dan tunggu sampai 3 hari baru duit masuk. Mudahkan, macam gaji tiap2 bulan masuk tu. Tapi yang bestnya amount tu makin meningkat. Tapi bergantung pada usaha jugaklah. Bukan jatuh dari langit macam tu je. Siapa rajin usaha dia dapat banyak. Siapa malas2 jangan jeleous tengok orang lain dapat BONUS besar2 k.  Tiada paksan dalm biz shaklee nie.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

Pengalaman Daftar Ahli Shaklee


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, walaupun Shaklee Independendent Distributor (SID) dah semakin ramai tapi setiap bulan ada je yang mendaftar dengan saya. Ramai menganggap susah buat biz shakleee nie sebab dah terlalu ramai SID dan perlu bersaing. Ada yang sanggup jual bawah dari harga ahli. Tapi saya tetap dengan pendirian saya menjual dengan harga biasa je. Saya yakin Allah SWT dah sediakan rezeki untuk saya. 

Bagi saya, untuk kekal lama dalam biz shaklee nie, kita sebagai SID perlu jujur, berfikiran positif dan perlu bersabar. Saya pula ingin menjadi SID yang bukan sekadar menjual product untuk mendapat keuntungan semata-mata tetapi ingin membantu orang ramai lebih sihat dan gembira, membantu customer2 saya mengamalkan cara pengambilan supplement yang paling berkesan dan tidak merugikan pelaburan mereka. Saya sendiri berasal dari pengguna shaklee dan saya faham perasaan setiap customer2 saya. 

Pengalaman Daftar Ahli Shaklee


2 tahun lepas saya mengenali shaklee dari blog SID dan sekarang dah jadi mommy shaklee saya dan dah makin rapat. 2 bulan pertama saya mengamalkan shaklee dan Alhamdulillah mendapat feedback yg positif, walaupun pada mula2 nya saya mendapat healing crisis. Saya demam dalam tempoh tersebut, tapi salah saya juga sebab saya tak minum air banyak. So bagi anda yang mengalami healing crisis tu janganlah cepat melatah. Jangan cepat salahkan supplement sedangkan kesalahn tu datang dari diri kita sendiri. Sebab tu saya nasihatkan cari SID yang boleh consult anda dengan cara yang betul bukan cari SID yang boleh bagi harga murah. Harga retail tu dah memang reasonable dengan khasiat dan kesan product tu. Kalau ada masalah selepas mengamalkan supplement shaklee janganlah meroyan. Perkara nie boleh menimbulkan salah faham orang lain terhadap product shaklee. Kembali kepada SID tersebut dan luahkan masalah anda tu kepadnya dengan cara yg baik. Anda berhak untuk mendapat consultation daripada SID tersebut. InsyaAllah, saya yakin SID tersebut akan cuba bagi solution terbaik untuk anda.

Masuk bulan ke 3 saya terus jadi ahli bukan sebab nak buat biz, tapi sebab saya dah jatuh cinta dengan keberkesanan productnya dan saya berniat nak terus mengamalkan supplement shaklee nie secara konsisten. Hari demi hari kesihatan saya semakin baik, lebih bertenaga, lebih relax dan paling teruja susu saya semakin meriah. So saya rasa lebih baik saya jadi ahli je kan. Boleh lah dapat harga lebih murah dan lebih jimat, iaitu harga ahli dan akhirnya saya mendaftar di bawah mommy Shaklee saya, mommy Hadhatina.

Bila dah jadi ahli, saya dimasukkan dalam group biz...walaupun saya hanya ahli biasa, tapi saya tidak diketepikan. Saya dapat ramai kawan baru melalui group nie. Saya dijamukan dengan pelbagai ilmu tentang supplement, kesihatan,tips2 berbiznes dan paling best amalan2 rohani juga diterapkan dalam group nie. lama kelamaan saya mula suka dengan cara biz shaklee nie. Sikit demi sedikit macam2 ilmu tentang marketing yang saya belajar. Yang paling best, saya belajar free je. saya rasa kalau saya join mana2 seminar nie mau beribu2 kene keluar duit. Dari tak tahu apa2 tentang biz, hari nie Alhamdulilah saya dah mempunyai group biz saya sendiri, saya dah ada page saya sendiri, saya dah ada blog shaklee saya sendiri dan saya dah ada regular customer saya sendiri.

Seronokkan baca perjalanan saya mula2 mengenal shaklee sehimnggalah saya mendaftar ahli. Sebab tu lah sehingga harinie saya masih kekal dalm biz shaklee nie. Sebab saya sangat happy n enjoy buat biz shaklee nie. Sambil mengamalkan shaklee untuk diri sendiri sambil saya berkongsi kebaikan shaklee dengan kawan2 semua. Sambil saya berkongsi kebaikan shaklee sambil saya menjana pendapatan melalui biz shaklee. Sambil saya menjana pendapatan sambil saya mengumpul lebih banyak ilmu2 marketing. Sambil saya mengumpul ilmu sambil saya mendapat lebih ramai kawan yg terdiri drpd mommy shaklee saya, adik-beradik shaklee saya khususnya geng Supermoms Sisters, customer2 saya, dan anak2 shaklee saya dan team di bawah naungan saya, My Superb Family (MSF) yg saya sayang sangat2. Merekalah penguat saya, mereka banyak beri dorongan, mereka banyak beri semangat pada saya.

Jadi Ahli Shaklee


Anda nak jadi sebahagian dari kami, jom rasai dulu kehebatan product shaklee nie  dan kita sama2 menyebarkan dan berkongsi kebaikan shaklee kepada semua orang. InsyaAllah Shaklee peluang yg sangat hebat untuk kita menjadi insan yang lebih baik dan lebih berguna dunia dan akhirat.

Untuk makluman anda, yuran pendaftaran hanya RM65 sahaja ye. Jangan terkejut, banyak tu lah modal saya yang pertama untuk buat biz shaklee. Saya takde buat pinjaman puluh2 ribu pun dan saya dulu bukan orang kaya yanng ada modal puluh2 ribu untuk mulakan biz. Takde hiding cost ye. Cuma perlu tambah RM10 untuk pos starterkit bagi semananjung dan sabah sarawak RM20. Nak Pendaftaran Percuma pun boleh tapi dengan syarat kene buat pembelian 200UV@ lebih kurang RM650. Kalau anda berkemampuan why not order je barang RM650. tak rugi pun, sebab barang tu akan digunakan jugakkan.  

Lupa lagi satu, keahlian nie seumur hidup ye. Tiada paksaan untuk berbiz. Suka hati nak buat apa lepas register ahli. Nak makan sendiri boleh nak biz lagi lah boleh. paling best sekarang walaupun sekadar makan sendiri, tapi anda dah boleh order online sendiri.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

10/03/2014

Berjaya Menyusu Eksklusif Anak Lebih dari 2 tahun


Assalamualaikum...

Alhamdulillah....saya berjaya menyusakan anak saya secara eksklusif lebih dari 2 tahun. Actually dah lebih 3 tahun pun, susu masih ada lagi. Nasib saya baik, bila anak saya masuk setahun lebih saya resign dan menjadi WAHM (Work at Home Mother). So dah tak perlu pam lagi :)

Walaupun saya dah stop pam saya masih mengamalkan Set Menyusu Shaklee khasnya ESP. Memang dah jatuh cinta giler2 dengan ESP nie. Kenangan terindah, hasil pam di bulan puasa lebih banyak berbanding sebelum2 nie. Set menyusu Shaklee tetap saya teruskan walaupun dah tak perlu simpan stok susu lagi. Saya ambil supplement bukan untuk susu banyak je tapi untuk kesihatan dan kecantikan jugak. Mana mungkin saya nak stop macam tu je. Saya dah jumpa penawar terbaik untuk diri saya yg selama nie asyik sakit je. Tapi Alhamdulillah sejak bertemu dengan shaklee nie saya semakin sihat, jarang sangat jatuh sakit dan saya lebih bertenaga :)

Saya harap anda pun sama juga, dapat menyususkan anak eksklusif sehingga 2 tahun. Bagi yang mengamalkan Set Menyusu Shaklee tu saya nasihatkan teruskan consume. Perjalanan kita untuk anak kita masih jauh lagi. Tanggungjawab kita untuk anak kita masih belum selesai selagi. Jadi kita kena sentiasa bersedia dan menyiapkan diri kita. Kita perlu sentiasa sihat dan kuat untuk membesarkan anak kita dan menjadikan mereka insan yang berguna kan :)

Bagi yang masih gagah meneruskan perjuangan menyusu wish u all gud luck. Jangan putus asa dan sentiasa bersyukur dengan hasil susu anda setiap hari. Bagi yang nak tahu lebih lanjut tentang Set Menyusu Shaklee ni boleh direct baca kat sini k.

Happy Breastfeeding semua :)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *