May 2014

30/05/2014

8 Punca Anak Kurang Bertenaga


Assalamualaikum...

TAHUKAH ANDA!!!

Otak kanak - kanak hanya mampu menyimpan tenaga selama 10 hingga 15 minit sahaja. Jadi, jangan cepat melatah atau marah pada anak jika cikgu mengadu anak suka tidur dalam kelas. Cuba cari punca samada anak mungkin mempunyai masalah kesihatan, jadual terlalu padat atau mungkin pemakanan yang tidak teratur.

8 Punca Anak Kurang Bertenaga, anak stress, anak obesiti, anak mengambil makanan tinggi gula dan lemak, anak sakit, anak kurang air, anak kurang bersenam, anak kurang tidur dan rehat, anak anemia, anak kurang darah, Meal shakes, Omega Guard, Nutriferon, Performance Drink

Punca Anak Kurang Bertenaga

1. STRESS

Aktiviti di sekolah yang terlalu banyak dan jadual yang sangat pada boleh menyebabkan si anak menjadi STRESS. Apabila si anak STRESS mereka mula berasa letih.

2. OBESITI

Akibat terlalu gemuk atau berat berlebihan, pergerakan si anak terbatas. Anak mudah rasa penat kerana terpaksa membawa beban badan yang berlebihan.

3. Mengambil Makanan Tinggi Lemak dan Gula

Sarapan Pagi yang berat seperti bihun, nasi lemak dan kuih adalah tidak bagus untuk kesihatan anak. Ia merupakan sarapan yang tinggi lemak dan gula atau Indeks Glisemik tinggi. Indeks Glisemik yang tinggi dalam makanan boleh menyebabkan paras tenaga dalam badan menurun. Sebagai ibu bapa anda perlu mengambil berat tentang makanan anak anda dan memberikan makanan yang berkhasiat serta seimbang. Makanan dari sumber Protein adalah baik untuk memberi tenaga yang berterusan. Lihat di sini sumber makanan untuk kekalkan tenaga anak.

4. Kurang Bersenam

Gaya hidup yang sihat perlu dipupuk dalam diri anak. Membawa anak beriadah atau bersenam pada hari minggu adalah satu cara untuk meningkatkan stamina anak dan membuang toksin dalam badan. Toksin berlebihan boleh mengganggu penyerapan zat makananan ke dalam badan.

5. Kurang Tidur dan Rehat

Masuk tidur awal perlu diterapkan kepada anak. Kanak-Kanak sepatutnya tidur 8 jam sehari supaya dapat menjana tenaga sepanjang tidur. Amalkan memberi anak Kalsium sebelum tidur samada dari susu atau pil Kalsium. Penyerapan Kalsium semsa tidur adalah lebih baik dan badan rasa lebih segar bila bangun pagi. Elok juga diambil pagi - pagi semasa bersarapan. Anda boleh membancuh Meal Shakes yang juga mengandungi Kalsium setiap pagi.

6. Kurang Air Dalam Badan

Bekalkan anak air  kosong yang dimasukkan ke dalam botol setiap hari. Air kosong baik untuk kesihatan kerana bebas dari kalori. Anda juga boleh memberi Performace Drink bagi mengelak anak daripada dehidrasi atau kurang air dalam badan.

7. Kurang Sihat

Ketahanan badan anak semakin menurun akibat persekitaran yang kurang sihat menyebabkan anak mudah jatuh sakit. Tenaga semakin kurang akibat kurang selera makan dan sistem imunisasi tidak berfungsi dengan baik. Selsema dan batuk juga mengganggu aktiviti anak. Minyak ikan atau Omega , Nutriferon membantu meningkatkan sistem imunisasi anak. Lihat sini untuk tips elak anak sakit.

8. Anemia

Anemia berlaku akibat kurang Zat Besi. Zat besi adalah zat yang penting bagi pembentukan hemoglobin. Homoglobin ialah bahan dalam darah yang membawa oksigen ke tisu - tisu badan. Salah satu tanda -tanda Anemia ialah sering letih dan pucat. beri anak anda daging, ayam, sayuran hijau dan bijirin yang mengandungi zat Besi supaya mereka mendapat cukup keperluan Zat Besi.

Yang mana satu anak anda???

Kaji dan selidik dulu punca dan kenapa anak anda kurang bertenaga, sering letih, sering tidur. Kemudian cuba bantu mereka untuk atasi masalah tersebut. Perkara ini tidak boleh diambil ringan kerana kelak ia menjadi satu masalah yang besar kepada anda dan anak. Kesannya, anak anda mungkin tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran mereka, menyebabkan prestasi peperiksaan mereka merosot dan jika ia berterusan bagaimana pula dengan nasib masa depan mereka ? Fikir -Fikirkanlah.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 
atau isi form di bawah:
Name:
Email Address:
Massage

Create a web form here

29/05/2014

4 Sumber Makanan Untuk Kekalkan Tenaga Anak


Assalamualaikum...

Untuk mengekalkan tenaga yang cukup ibu bapa seharusnya menggalakkan aktiviti fizikal kepada anak -anak. Aktiviti fizikal ini penting bagi meningkatkan Stamina, menstabilkan metabolisme dan memastikan tumbesaran yang optimum. Selain itu juga pemakanan juga perlu dititikberatkan supaya anak kekal bertenaga terutama anak yang bersekolah. Mereka mempunya jadual yang ketat dari pagi sampai ke malam. Beban kerja sekolah, aktiviti di sekolah, kokurikulum dan kelas tambahan memerlukan tenaga yang banyak. Maka, mereka perlukan makanan yang boleh menyalurkan sumber tenaga kepada mereka supaya mereka boleh recharge semula tenaga mereka atau sekurang - kurangnya bertahan sebelum masuk ke kamar tidur untuk rehat.

 4 Sumber Makanan Untuk Kekalkan Tenaga Anak

1. Karbohidrat

Makanan berasaskan beras dan bijirin perlu dijadikan makanan pembekal tenaga yang utama. Ini kerana makanan - makanan ini adalah penyumbang paling banyak. 60 peratus daripada jumlah tenaga diambil daripada sumber karbohidrat.

2. Protein

Pastikan anak- anak diberikan ikan, daging, ayam, telur dan kekacang bagi mendapatkan sumber protein. Protein penting bagi pertumbuhan anak -anak. Selain  membekalkan tenaga, protein juga adalah sumber utama bagi proses membaik pulih tisu - tisu badan.

3. Zat Besi

Makanan yang kaya dengan zat besi penting kepada anak - anak bagi mengelak Anemia. Anemia boleh menyebabkan anak -anak lesu dan kurang bertenaga akibat kurang oksigen dalam darah . Makanan seperti daging, ayam, sayur - sayuran hijau dan bijirin yang kaya dengan Zat Besi.  Zat Besi daripda bijirin dan sayur - sayuran diserap lebih baik apabila dihidangkan bersama - sama dengan makanan yang kaya dengan Vitamin C. Buah - Buhan sitrus dan jus buah - buahn sitrus serta sayur - sayuran hijau atau kuning adalah pembekal Vitamin A dan C yang bagus.

4. Air 

Mengambil air yang banyak penting bagi melicinkan segala fungsi badan. Kandungan air di dalam badan kanak - kanak lebih banyak dari orang dewasa. Oleh itu, mereka lebih cepat mengalami dehidrasi berbanding orang dewasa. Jadi, pastikan anak minum sekerap mungkin dalam sehari.

Supplement Yang Disyorkan Untuk Tenaga Anak

1. MEAL SHAKES 


Kandungan protein dalam MEAL SHAKES membantu memberi tenaga secara konsisten kepada anak anda. Zat Besi, Vitamin C dan Vitamin A membantu pembentukan sel darah merah. MEAL SHAKES sangat sesuai diambil pada waktu SARAPAN supaya mereka lebih bersedia untuk memulakan aktiviti. MEAL SHAKES mengandungi:
  • mempunyai 19 jenis vitamin dan mineral penting
  • 9 jenis asid amino perlu
  • sumber tinggi dalam kandungan serat dan protein
  • tinggi kalsium
  • rendah glisemik indeks

2. PERFORMANCE DRINK

Performance Drink merupakan minuman hidrasi tulen. Penyahhidratan atau kurang air dalam badan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan keletihan kepada anak anda. Shaklee Performance Drink terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance Drink mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
  
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Untuk order klik sini
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

atau isi form di bawah:
Name:
Email Address:
Massage

Create a web form here

10 Tips Bantu Anak Puasa


Assalamualaikum...

Sempena Ramadhan yang bakal mejelang tidak lama lagi, inilah peluang ibu bapa untuk mendidik anak menunaikan ibadah puasa. Bak kata pepatah "Melentur Buloh Biarlah Dari Rebungnya". Membiasakan anak berpuasa dari mereka kecil lagi supaya kelak lebih mudah mereka mengerjakan ibadah puasa. Amalan puasa sangat bagus untuk anak kita, bukan sekadar sebagai ibadah tetapi juga ia mencergaskan dan meningkatkan tahap kawalan diri dan nafsu kepada anak kita. Mengajak anak berpuasa mungkin juga bukan sesutu perkara yang mudah. Kita perlu bijak menggunakan startegi dan psikologi. Mari kita cuba, dengan beberapa tips di bawah yang boleh membantu aank berpuasa.

 10 Tips Bantu Anak Puasa

1. Sentiasa Bercerita

Setiap kali berpuasa sentiasa terangkan pada anak apa itu puasa. Berikan anak gambaran awal tentang puasa dan anda boleh lakukannya sewaktu mereka kecil lagi. Minda si kecil ibarat span yang menyerap, maka apa yg dilihat dan didengar akan disimpan dan tidak mustahil dia akan faham dan tahu apa yang anda ceritakan dan excited nak tahu lebih mendalam mengenai puasa.

2. Sabar

Sebagai ibu bapa, anda adalah icon kepada anak anda. Tunjukan yang anda 'cool" semasa berpuasa, walaupun hakikatnya anda lapar, dahaga dan kepenatan. Tunjukan bahawa anda menjalani ibadah puasa dengan penuh kesavbaran dan tidak mengeluh di depan anak.

3. Berperingkat

Bagi anak yang berpuasa buat pertama kali, anda boleh mengajarnya secara berperingkat. Untuk permulaan tidak perlu berpuasa sampai waktu berbuka. dari minu ke minggu anda boleh menambah tempoh berpuasa. Anda boleh mulakan di hari pertama berpuasa dari sahur sehingga 10 pagi, minggu kedua sehingga tengahari, minggu ketiga sehingga petang dan minggu terakhir sehingga berbuka.

4. Semangat

Sokongan daripada ibu bapa sangat penting. Berikan kata-kata positif dan motivasi kepada anak supaya mereka bersemangat untuk meneruskan ibadah puasa. Contohnya:"Cuma 2 jam je lagi, ibu rasa mia masih boleh bertahan sbb mia nampak kuat lagi" atau " Cuba lihat abang dan kakak boleh je berpuasa. adik juga pasti boleh".

5. Leka

Lekakan anak dengan memenuhkan masanya dengan aktiviti-aktiviti menarik.  Ini bertujuan, mengalih tumpuannya kepada lapar dan dahaga. ajak anak membantu anda memasak, menyediakan sajian berbuka puasa, membuat kuih raya, mengaji Al-Quran bersama-sama dan sebagainya. Dengan cara ini, si anak akan terlupa tentang lapar dan dahaga.

6. Hadiah

Sebelum bermulanya bulan puasa, tanya pada anak hadiah apa yang dia nak sbg penghargaan kerana berjaya berpuasa. Sedikit sebanyak dengan cara ini membantu mendorongnya untuk terus berpuasa.

7. Menu Kegemaran

Masakan makanan kegemaran anak semasa berbuka dan bersahur. Ini juga salah satu cara mendorong anak untuk berpuasa. Anda boleh tanyakan kepadanya masakan yang ingin dimakan. Selain itu, penting bagi ibu bapa menyediakan makanan seimbang sepanjang Ramadhan supaya anak menerima cukup nutrisi.

8. Seronok Bersahur

Selalunya anak -anak sangat liat ketika dikejut bangun tidur bersahur. Umpan anak dengan memasak makanan kegemarannya atau memasang rancangan tv kegemarannya. Sesekali anda boleh membawa anak bersahur di luar.

9. Jauhi Godaan

Bagi anak yang baru mula belajar berpuasa cuba jauhi makanan dan minuman daripada mereka.

10. Aktiviti memenatkan

Pesan pada anak supaya tidak melakukan aktiviti yang memenatkan seperti berlari, duduk diluar atau bermain di bawah cahaya matahari.

11. Supplement Tenaga

Supplement salah satu alternetif bagi membantu anak anda lebih bertenaga. Untuk bertenaga cecair dalam badan perlu dikekalkan bagi mengelak dehidrate dan perlu mengambil nutrisi yang lengkap bagi mengelak si anak jatuh sakit. Dua supplement penting untuk anak anda iaitu Performance Drink dan Meal Shakes.

1. PERFORMANCE DRINK

10 Tips Bantu Anak Puasa, Performance Drink, Meal Shakes,
PERFORMANCE DRINK Penghilang Dahaga

Minuman Penghilang Dahaga

Performance Drink merupakan minuman hidrasi tulen. Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan Shaklee Performance Drink terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance Drink mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal

Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
  • Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
  • Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
  • Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
2. MEAL SHAKES

10 Tips Bantu Anak Puasa, Performance Drink, Meal Shakes,
My baby with her Favorite MEAL SHAKES

Meal Shakes  Pelengkap Nutrisi atau Multivitamin

Meal Shakes dalam bentuk serbuk dan boleh dibancuh dengan apa-apa air kegemaran kita . Meal Shakes minuman yang sedap dan berkhasiat yang menjadi pelengkap sarapan pagi kita. Anda boleh berikan anak anda semasa bersahur. malah, anda boleh bancuh untuk seisi keluarga kerana ia memang sesuai diambil dari kanak-kanak sampailah ke tua. Bagi ibu-ibu yang tercari-cari supplement atau multivitamin untuk anak, Meal Shakes adalah pilihan yang tepat.

Kandungan Dalam Meal Shake

  • Mempunyai 19 jenis vitamin dan mineral penting
  • Mengandungi 9 jenis asid amino perlu
  • Sumber tinggi dalam kandungan serat dan protein
  • Tinggi Kalsium
  • Rendah Glisemik Indeks

Khasiat Meal Shakes kepada Anak

  • Nutrien asas untuk tumbesaran kanak-kanak
  • Memberi tenaga secara konsisten
  • Menyokong sistem imun
  • Kekalkan kesihatan keseluruhan
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk order klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 
 atau isi form di bawah:
Name:
Email Address:
Massage

Create a web form here

27/05/2014

6 Cara Kembalikan Berat Badan Normal


Assalamualaikum

Terlebih Makan?

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Kembalikan Berat Badan Normal?

Menurunkan berat badan bukannya seperti berlari 100 meter, sebaliknya lebih kepada konsep larian marathon. Apabila anda mula mengamalkan diet sihat & berupaya menurunkan beberapa kilo berat badan, kadang kala ada masanya kita terkeluar daripada sasaran. Namun, anda tidak perlu berasa bimbang. Objektif anda ialah makan secara sihat & seimbang sekitar 90% daripada kebanyakan masa & tinggalkan 10% untuk kenduri atau majlis sambutan ulangtahun. Sekiranya dikira daripada 365 hari @ setahun, anda memiliki 36.5 'cheat day'.

6 Cara Kembalikan Berat Badan Normal

1. Ambil Sarapan Pagi

Kombinasi serat dengan protein akan membuatkan anda rasa kenyang lebih lama. Cubalah, dua keping roti dengan putih telur/jem @ marjerin.

2. Minum Petang

Langkah ini bagi mengelakkan anda pulang ke rumah dalam keadaan lapar. Pilihan terbaik termasuklah bubur bijirin, salad buah-buahan atau yogurt buah-buahan.

3.  Minum Air

Dehidrasi boleh 'meniru' rasa lapar dan minum banyak air akan membuatkan anda lebih kenyang.

4. Makan Lebih Serat

Serat tidak mempunyai kalori. Cubalah mengunyah epal @ pear.

5. Makan Malam Yang Ringan

Nikmati hidangan makan malam yang ringan dan berkhasiat dengan kombinasi serat dan protein seperti ikan stim dengan sayur-sayuran seperti bayam atau brokoli.

6. Supplement

Pengambilan supplement dengan cara yang betul boleh membantu mengambalikan berat badan dengan lebih berkesan. Supplement Shaklee sangat selamat dan berkesan untuk mengembalikan berat badan secara sihat. 4 steps kurus dengan Shaklee.

  • Herblax membantu memcuci usus, detox usus.
  • Lecithin membantu pemecahan dan pembakaran lemak.
  • Alfalfa mempunyai serat sebagai agent yang membawa lemak keluar dari badan.
  • Cinch Shake membantu mengawal metabolisme, memelihara otot dan memberi rasa kenyang berpanjangan.
Untuk mendapatkan kembali berat badan, anda tidak perlu skip makan, tetapi anda perlu ubah menu makanan anda kepada diet yang lebih sihat, lebih sayur - sayuran dan buah - buahan , kurang gula dan kurang lemak.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

atau Isi form di bawah:
Name:
Email Address:
Massage

Create a web form here

25/05/2014

Supplement Untuk Anak Susah Makan


Assalamualaikum...

Anak Susah Makan kerana terlalu Lasak


Anak-Anak yang sihat memang lasak. Tenaga mereka sangat-sangat luar biasa. Contoh macam anak saya Mia Qaisara yg baru berusia 3 tahun, berlari tak berhenti, berehat tak sampai seminit . Lebih - Lebih lagi bila bertemu kawan-kawan, ibu dan ayah dah tak nampak di matanya kerana terlalu excited jumpa kawan-kawan. Memang seronok tengok anak gembira dan aktif, tapi ada 1 perkara yang merisaukan saya, bila makanan pun dia dah tak nampak. Kalau 1 hari jumpa kawan 1 hari lah tak makan. Makan hanya sepintas lalu, setakat menjamah dua tiga suap je. 

Persoalannya....

Cukup ke banyak tu?
Cukup ke Nutrisi yang diterima?
Cukup ke untuk mengisi semula tenaga yang dah hilang?
Cukup ke untuk memastikan ketahanan badan sentiasa kekal di tahap yang baik?
Cukup ke untuk memastikan otak berfungsi dan berkembang dengan baik?

Itu, belum lagi ambil kira faktor sekelilig, dengan udara yang kotor dan bertoksin, air yang belum tentu 100% bersih, makanan yang diawet, barang permainan yang diselaputi dengan kuman-kuman, kawan-kawan dan macam-macam lagi perkara yang diluar kemampuan kita untuk berjaga-jaga.

Ajar Anak IKUT GAYA HIDUP SIHAT dan Beri SUPPLEMENT

Selain daripada mengajar anak MENGIKUT GAYA HIDUP SIHAT seperti makan makanan seimbang, beriadah dan sebagainya, saya juga perlukan SUPPLEMENT yang boleh membantu anak saya mendapat zat dan nutrisi yang cukup dan dapat mengatasi masalah di atas atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan risiko jatuh sakit yang boleh memberi kesan pada perkembangan dan tumbesarannya

MEAL SHAKES Sebagai SUPPLEMENT Anak Saya

Saya pilih MEAL SHAKES sebagai supplement kepada anak saya. Saya beri anak saya MEAL SHAKES setiap pagi. MEAL SHAKES adalah sarapan paling segera, mudah dibancuh, tapi ia bukan makanan segera ye. Kandungannya sangat-sangat berkhasiat.

MEAL SHAKES
  • mengandungi 19 VITAMIN dan MINERAL penting sbg asas nutrien untuk kanak-kanak yg sedang membesar seperti mia qaisara supaya kekal sihat dan kuat
  • Ia juga mempunyai SERAT yg baik untuk pencernaan yg baik dan PROTEIN yg baik untuk pembentukan sel
  • Yang paling penting ia kaya dengan KALSIUM yg penting untuk tulang dan gigi kanak-kanak
  • GLISEMIK INDEX yang rendah memberi tenaga yang berganda kepada kanak-kanak

Supplement Untuk Anak Susah Makan, Meal Shakes

Dulu-Dulu Supplement hanyalah sebagai sesuatu KEHENDAK atau SAMPINGAN kepada anak kita. Tetapi dengan peredaran dan perubahan zaman, alam serta teknologi, supplement adalah sesuatu yang menjadi KEPERLUAN kepada anak kita. PERCAYALAH!

SARAPAN PAGI MIA SENTIASA ADA MEAL SHAKES

Sarapan Pagi MIa dengan Meal Shakes, Supplement Untuk Anak Susah Makan, Meal Shakes

  
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

 atau isi form di bawah:


Name:
Email Address:
Massage

Create a web form here

24/05/2014

4 Tips Kurangkan Risiko Jatuh Sakit


Assalamualaikum...

Sejak dari lahir sehingga lah saya mendirikan rumahtangga, saya selalu demam, selsema, batuk berbulan-bulan. Saya juga lebih mudah dijangkiti bila dekat dengan orang yang sedang sakit. Boleh dikatakan setiap bulan saya akan ke klinik kerana kurang sihat. Semasa saya kecil saya sering diserang demam panas. Ini kerana tahap imunisasi dan antibodi saya sangat rendah dan lemah kerana menghadapi masalah semasa kelahiran. Bagi meningkatkan sistem imun saya, ibu telah memberi saya vitamin sejak dari kecil lagi. Walaubagaimanpun cara hidup yang sihat juga memainkan peranan penting supaya sistem imun kita berfungsi pada kadar optimum.

4 Tips untuk Kurangkan Risiko Jatuh Sakit

1) Makan dengan betul

Jangan makan berlebihan kerana boleh menyebabkan kegemukan dan membahayakan sistem ketahanan badan. Pilih makanan yang mempunyai nutrien-nutrien penting seperti Vitamin C (cth: Buah-buahan sitrus & brokoli), Vitamin E (cth: kekacang & bijirin), Zink (cth: ketam & daging lembu), Bioflavanoid (cth: buah-buahan & sayur-sayuran), Karotena (cth: lobak & keladi).

2) Bersenam Selalu

Senaman yang kerap dan konsisten seperti berjalan kaki & berjogging adalah antara cara hidup yang sihat. Senaman tidak semestinya yang berat untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Malah, senaman yang sederhana mungkin mempunyai keputusan yang lebih baik.

3) Dapatkan Tidur Yang Secukupnya

Tidur yang cukup dapat merangsang dan menguatkan sistem ketahanan badan. Orang dewasa secara puratanya memerlukan 7-8 jam masa tidur sehari. Untuk memastikan anda mendapt tidur yang berkualiti, elakkan daripada minuman berkafeina seperti kopi.

4) Menguruskan Tekanan

Hormon-hormon yang dilepaskan semasa tekanan kronik boleh meningkatkan risiko obesiti, penyakit jantung, kanser dan pelbagai jenis penyakit lain. Oleh itu, luangkanlah masa untuk melepaskan tekanan beberapa kali seminggu seperti bersenam, menonton wayang, mengunjungi spa ataupun melakukan aktiviti yang anda gemari. 

Bagi anda yang mengamalkan vitamin atau supplement, nasihat saya teruskan pengambilan secara konsisten. Gaya hidup yang sihat serta pemgambilan supplement adalah satu gabungan yang mantap untuk badan sentiasa sihat bertenaga. Supplement Shaklee adalah pilihan terbaik kerana ianya semulajadi dan sangat berkesan. Alhamdulillah, dah hampir 3  tahun saya mengambil supplement shaklee, lebih 2 tahun saya tidak ke klinik dan tidak perlu mengambil mana - mana ubat hospital. 

4 Supplement Shaklee untuk tingkatkan imunisasi

1. Nutriferon

Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun - Dr. Yasuhiko Kojima. Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan telah dilakukan ke atas Nutriferon. Dr. Kojima berjaya mencipta Nutriferon® selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain.  Nutriferon® mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.  Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.

2.Sustained Release Vita-C Plus 500 mg

Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam. Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

3. Zinc Complex

Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.  Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan. Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sitemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

4. Garlic Complex

Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.



4 Tips Kurangkan Risiko Jatuh Sakit, Vitamin C, Vitamin E, Zinc, Garlic Complex, 4 Supplement Shaklee untuk tingkatkan imunisasi, cara semulajadi mencegah dari jatuh sakit


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 


 atau isi form di bawah:
 
Name:
Email Address:
No.Telefon
Message


Get your own free form like this one.

23/05/2014

3 Kelebihan Menjana Pendapatan Dari Rumah



Assalamualaikum..

Anda bosan duduk di rumah?
Ingin membantu suami menambah pendapatan?
Ingin menjana pendapatan dari rumah?

Saya ingin mengajak anda bersama-sama membuat bisnes Shaklee. Alhamdulillah sudah 3 tahun saya bergelar Pengedar Shaklee Bebas dan sudah 2 tahun saya menjalankan bisnes shaklee sepenuh masa. Income saya juga telah melebihi gaji saya semasa bekerja sebagai Jurutera Awam di JKR.

Saya rasa bersyukur berpeluang membuat bisnes Shaklee ini. Bagi saya bisnes Shaklee sangat mudah berbanding bisnes lain. Dengan Shaklee saya dapat menjana pendapatan dari rumah.

3 Kelebihan Bisnes Shaklee

1. Bisnes yang sesuai untuk menjaga anak

Saya sangat-sangat teringin membesarkan anak saya di depan mata. Tujuan utama saya memilih bisnes shaklee adalah kerana ingin menjaga anak saya tanpa perlu hantar ke TASKA. Sambil bekerja saya masih boleh melihat anak saya di sebelah saya.

3 Kelebihan Menjana Pendapatan Dari Rumah
SOHO saya - Happy dapat bekerja sambil lihat anak di sebelah.

2. Bisnes yang menijimatkan masa dan tenaga

Saya tidak perlu keluar rumah , tidak perlu beratur di branch, tidak perlu bazir minyak kereta samada untuk mendapatkan stok shaklee atau membuat penghantaran kepada pelanggan saya melalui courier  kerana segalanya dihujung jari. Shaklee menyediakan sistem online untuk setiap ahli shaklee. Melalui sistem tersebut pengedar shaklee boleh membuat belian barang untuk pelanggan -pelanggan mereka. Yang paling best, shaklee juga menyediakan khidmat penghantaran terus kepada pelanggan-pelanggan kami.

Sistem Online Shaklee - hanya yang telah mendaftar ahli sahaja
Order produk Shaklee secara online

3. Bisnes yang flexible

Saya boleh menjalankan bisnes di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Saya bebas menentukan jadual saya sendiri. Saya boleh tentukan masa bersama anak, bersama keluarga dan masa saya bekerja dengn cara saya sendiri. Yang paling seronok saya boleh bercuti pada bila-bila masa bersama-sama keluarga saya samada di dalam atau luar negara. Segala urusan bisnes shaklee masih boleh dijalankan melalui sistem online shaklee. Tambahan pula saya menjalankan bisnes shaklee melalui laman sosial Facebook dan Blog. Maka, kebanyakan pelanggan saya juga daripada online segala urusan pembelian dan khidmat nasihat dilakukan secara online. Pendek kata, walau di mana saya berada kedai shaklee saya sentiasa buka 24 jam, 7 hari seminggu.

 Kedai saya di blog Shaklee saya
Kedai Shaklee saya di Facebook - Healthy With Sarah
Jika berminat, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee terlebih dahulu. Cara daftar ahli boleh klik sini.

Video ini saya kongsikan tips bisnes maju dengan mudah dari pengalaman saya sendiri. Mesti tengok video nie kalau nak tahu ye...


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

atau isi form di bawah:


Name:
Email Address:
No.Telefon
Message

Get your own free form like this one.

19/05/2014

4 Tips Sediakan Menu Makanan untuk Anak Obesiti


Assalamualaikum...

Malaysia kaya dengan makanan. Kita rakyat Malaysia sangat beruntung kerana tidak susah nak mencari makanan di Malaysia. Di mana-mana ada sahaja makanan. Kita sebagai ibu bapa tak risau mendapatkan makanan sebanyak mungkin untuk anak-anak kita. Walaubagaimanapun, kita sebagai ibu bapa perlu bijak memilih makanan untuk anak kita kerana di takuti anak kita bakal mengalami masalah BERAT BADAN BERLEBIHAN dan OBESITI. Tahukah anda, masalah ini banyak terjadi di kalangan kanak-kanak disebabkan FAKTOR PEMAKANAN.

Obesiti banyak terjadi di kalangan kanak-kanak disebabkan faktor pemakanan..

Punca BERAT BADAN BERLEBIHAN dan OBESITI

Di antara penyumbang kepada masalah berat badan dan obesiti ini adalah:

1. Pemilihan makanan dan saiz makanan yang kurang sesuai
2. Tidak melakukan senaman secara berkala, 
3. Faktor keturunan 
4. Kesan daripada penyakit dan ubat-ubatan tertentu.

4 Tips Sediakan Menu Makanan untuk Anak Obesiti

Kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti berdepan dengan masalah kesihatan yang membimbangkan di masa hadapan.  Ibu bapa perlulah memainkan peranan di dalam merancang corak pengambilan makanan anak-anak untuk membantu mereka mengatasi masalah ini.

1) Keseimbangan Nutrien

Setiap hidangan utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari & makan malam perlu mengandungi kesemua komponen nutrien seperti: 
  • Karbohidrat untuk membekalkan tenaga (nasi, mihun, roti, makan berasaskan tepung, ubi-ubian & sebagainya) 
  • Protein untuk tumbesaran (ikan, ayam, daging, kekacang)
  • Sedikit Lemak (minyak, marjerin, mentega) 
  • Sekurang-kurangnya 2 hidangan sayur-sayuran & buah-buahan setiap hari untuk membantu proses penghadaman

2) Saiz Hidangan Yang Betul

Cara yang paling mudah untuk penetuan saiz hidangan seimbang adalah seperti berikut;
  • Membahagikan pinggan berdiameter 7 inci kepada 4 bahagian yang sama rata 
  • Pastikan 1/4 bahagian pinggan dipenuhi dengan kumpulan Karbohidrat 
  • 1/4 lagi dipenuhi dengan kumpulan Protein 
  • 1/4 lagi dipenuhi dengan Sayur-Sayuran yang pelbagai warna (kanak-kanak suka dengan warna-warni) 
  • 1/4 terakhir dipenuhi dengan Buah-Buahan
Gambarajah My Plate..

3) Menyediakan Pelbagai Jenis Makanan

Kanak-kanak mudah jemu dengan sajian sama yang disediakan maka kepelbagaian makanan akan menjadikan makanan lebih sedap dimakan. Kepelbagaian makanan juga akan memberikan khasiat yang berlainan kepada anak anda kerana setiap makanan mempunyai kelebihan & khasiatnya yang tersendiri.

Bagi kanak-kanak yang tidak menyukai makanan tertentu seperti sayur-sayuran, cara yang paling mudah ialah memperkenalkan makanan ini secara berkala seperti sekali setiap 2 minggu dalam kuantiti yang sedikit serta menggunakan cara masakan yang berbeza. Pengulangan yang berterusan biasanya membuahkan kejayaan serta kekal menjadi tabiat makan mereka sehingga dewasa.

4) Kunyah Secara Perlahan

Kanak-kanak obesiti sering kelihatan gelojoh ketika makan. Nasihati mereka untuk mengunyah makanan secara perlahan. Makanan yang dikunyah dengan perlahan bukan sahaja baik untuk penghadaman malah menjadikan mereka cepat berasa kenyang serta tidak makan secara berlebihan.

Meal Shakes Bantu Anak Saya Mendapat Berat Yang Ideal

Selain daripada mengambil kira penyediaan menu makanan, supplement juga memainkan peranan supaya anak kekal memiliki berat yang ideal. Alhamdulillah, anak saya, Mia Qaisara telah mengambil Meal Shakes sejak berumur setahun lagi. Kini, Mia telah berusia 3 tahun dan dia memiliki berat yang ideal sepanjang tempoh pembesarannya. Setiap kali check up di Klinik Kesihatan, BMI Mia memang cantik. Melalui Meal Shakes, Mia mendapat zat & nutrisi yang secukupnya. Meal Shakes yang kaya dengan serat  membantu mia mendapat berat yang ideal. Mia juga jarang jatuh sakit dan ini sangat-sangat membantu tumbesarannya. Jom layan kejap gambar Mia Qaisara nie, tak gemuk sangat dan tak kurus sangatkan.

Semua Ada Dalam Meal Shakes

  • Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh anak.
  • Kaya dengan Protien (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun.
  • Mengandungi Asid Folik, Biotin, kaya dengan Kalsium dan Magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses pembesaran.
  • Mengandungi Vitamin A, E, C, Zink, Selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan.
  • Mengandungi Vitamin B yang lengkap, zat besi dan Copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi kulit yang lebih cantik.
  • Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
Menu Untuk Kanak-Kanak Obesiti? Pengambilan Supplemen Shaklee Membantu Mengatasi Obesiti, Meal Shakes, Obesiti, kanak-kanak obesiti, vitamin kanak-kanak
Meal Shakes mempunyai rasa yang sedap dan aroma wangi vanilla..
 
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

atau isi form di bawah:


Name:
Email Address:
Massage

Create a web form here

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *