July 2014

23/07/2014

4 Petua Rendahkan Kolestrol Secara Semulajadi

Assalamualaikum...

Dianggarkan bahawa 1 daripada 3 orang dewasa Malaysia mempunyai paras kolestrol yang tinggi. Kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius di mana ia boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, dan dalam jangka masa panjang ia akan memberi impak negetif terhadap kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular. Tetapi apa yang lebih membimbangkan kita sekarang di mana ramai individu yang masih tidak menyedari bahawa paras kolestrol mereka terlalu tinggi.

Adakah anda salah seorang dari 6 Juta warga Malaysia yng menghidapi masalah Tinggi Kolestrol???  

Apa Itu Kolestrol?

Kolestrol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

Kolestrol dihasilkan secara semulajadi oleh hati anda tetapi ia juga diperolehi dari makanan harian anda. Kolestrol yang anda makan akan meningkatkan paras kolestrol darah anda. Kandungan kolestrol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar. 

Bagaimana Kolestrol Boleh Menyebabkan Penyakit Jantung?

Terdapat 2 jenis kolestrol utama dalam darah anda.
  1. LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)

  2. HDL ( Lipoprotein ketumpatan tinggi)

LDL dikenali sebagai kolestrol JAHAT kerana paras kolestrol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah anda. Plak ini akan meyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah, seperti yang berlaku semasa serangan jantung dan angin ahmar.

Sebaliknya, kolestrol HDL dikenali sebagai kolestrol BAIK kerana ia membantu mengangkut kolestrol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan MEMBERSIHKAN saluran darah.

Oleh yang demikian, untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan paras kolestrol HDL yang tinggi dan paras kolestrol LDL yang rendah. 

Petua Merendahkan Kolestrol Secara Semulajadi, Kolestrol,Bagaimana Kolestrol Boleh Menyebabkan penyakit Jantung?, LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah) ,HDL ( Lipoprotein ketumpatan tinggi), kolestrol JAHAT, kolestrol BAIK,RISIKO Penyakit kepada Penghidap Tinggi Kolestrol, Penyebab UTAMA Tinggi Kolestrol, Phytocol ST, Berapa Banyak Fitosterol Yang Diperlukan?, Atasi Masalah Kolestrol Dengan Fitosterol, Bagaimanakah Fitosterol Berkesan?

RISIKO Penyakit kepada Penghidap Tinggi Kolestrol

AWAS!!! 

Penyakit-penyakit UTAMA akibat Kolestrol Tinggi
  1. Risiko serangan jantung meningkat sebanyak 15.6%

  2. Risiko angin ahmar meningkat sebanyak 11%

  3. Risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi, 

  4. Risiko yang lebih tinggi untuk penyakit hati seperti hati berlemak

  5. Risiko yang lebih tinggi untuk masalah tidak keseimbangan hormon yang akan menjejaskan fungsi seksual.

Penyebab UTAMA Tinggi Kolestrol

Makanan Malaysia yang tinggi lemak dan kalori, adalah antara punca terjadinya masalah tinggi kolestrol. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolestrol tidak melebihi 300mg sehari. Bagi mereka yang menghidap penyakit jantung hendaklah menghadkan pengambilan kolestrol kurang daripada 200mg sehari.

Cuba bayangkan anda sedang mengambil menu harian seperti di bawah. Sedar tak sedar, nda telah mengambil lebih dari 300mg.

Sarapan -  2 keping roti canai (350mg)
Lunch    -  Nasi Lemak (213mg)
Makan   -  Malam Char Kway Teow (235mg)

Total kolestrol yang diambil sehari 798mg!!!!!

Anda pasti tidak menyangka anda telah mengambil hampir 3 kali ganda kolestrol lebih dari pengambilan harian yang disyorkan!!! 

Petua Merendahkan Kolestrol Secara Semulajadi

BERTINDAK HARI INI!!!
Terdapat beberapa petua bagi menurunkan paras kolestrol darah anda secara semulajadi.
  1. Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut.

  2. Lakukan senaman lebih kerap.

  3. Turunkan berat badan.

  4. Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika  (NIH) mengesyorkan penambahan Fitosterol ke dalam diet harian anda bagi menurunkan paras kolestrol secara semulajadi.

Atasi Masalah Kolestrol Dengan Fitosterol

Apakah Fitosterol?

Fitosterol dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhan, wujud secara secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian, legume, bijirin dan minyak sayuran. Lebih dari 80 kajian klinikal telah diterbitkan di dalam penerbitan saintifik melaporkan keberkesanan dan keselamatan fitosterol.

Bagaimanakah Fitosterol Berkesan?

Struktur fitosterol adalah hampir sama seperti kolestrol, dan dengan pengambilan fitosterol, ia akan bersaing dengan kolestrol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. Hasilnya, penyerapan kolestrol dihalang dan ia disingkirkan keluar bersama-sama  fitosterol. Ini bermaksud, apabila anda mengambil lebih banyak fitosterol maka semakin kurang kolestrol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk anda menurunkan paras kolestrol LDL. 

Petua Merendahkan Kolestrol Secara Semulajadi, Kolestrol,Bagaimana Kolestrol Boleh Menyebabkan penyakit Jantung?, LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah) ,HDL ( Lipoprotein ketumpatan tinggi), kolestrol JAHAT, kolestrol BAIK,RISIKO Penyakit kepada Penghidap Tinggi Kolestrol, Penyebab UTAMA Tinggi Kolestrol, Phytocol ST, Berapa Banyak Fitosterol Yang Diperlukan?, Atasi Masalah Kolestrol Dengan Fitosterol, Bagaimanakah Fitosterol Berkesan? 

Berapa Banyak Fitosterol Yang Diperlukan?

Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2000mg fitosterol dalam diet harian anda untuk membantu menurunkan paras kolestrol secara semulajadi. Untuk memperolehi 2000mg fitosterol setiap hari, anda perlu mengambil 200 biji lobak merah, 70 keping roti gandum, 45 biji tomato. Atau anda boleh memilih dengn mengamalkan supplement untuk memenuhi 2000mg fitosterol.  

Petua Merendahkan Kolestrol Secara Semulajadi, Kolestrol,Bagaimana Kolestrol Boleh Menyebabkan penyakit Jantung?, LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah) ,HDL ( Lipoprotein ketumpatan tinggi), kolestrol JAHAT, kolestrol BAIK,RISIKO Penyakit kepada Penghidap Tinggi Kolestrol, Penyebab UTAMA Tinggi Kolestrol, Phytocol ST, Berapa Banyak Fitosterol Yang Diperlukan?, Atasi Masalah Kolestrol Dengan Fitosterol, Bagaimanakah Fitosterol Berkesan?

Lebih Mudah mendapatkan Fitosterol dengan PHYTOCOL-ST

Phytocol ST adalah formula proprietari yang membekalkan 2000mg fitosterol tumbuhan sehari. 

Keistimewaan Phytocol ST :

  • Rumusan mantap daripada beberapa jenis fitosterol.
  • Membekalkan 2000mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
  • Menepati 100% keperluan harian fitosterol yang disyorkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
  • Tiada tambahan pengawet, pewarna, perisa atau pemanis.
Petua Merendahkan Kolestrol Secara Semulajadi, Kolestrol,Bagaimana Kolestrol Boleh Menyebabkan penyakit Jantung?, LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah) ,HDL ( Lipoprotein ketumpatan tinggi), kolestrol JAHAT, kolestrol BAIK,RISIKO Penyakit kepada Penghidap Tinggi Kolestrol, Penyebab UTAMA Tinggi Kolestrol, Phytocol ST, Berapa Banyak Fitosterol Yang Diperlukan?, Atasi Masalah Kolestrol Dengan Fitosterol, Bagaimanakah Fitosterol Berkesan?
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

 atau isi form di bawah:
Name:
Email Address:
Massage

Create a web form here

19/07/2014

7 Jenis Cecair Wajib Untuk Elak Dehidrat Semasa Berpuasa

Assalamualaikum...

Semasa berpuasa, sudah tentu anda akan kurang mengambil cecair yang mencukupi. tambahan pula, aktiviti yang padat sepanjang hari akan membuatkan tubuh melalui proses penyahidratan dengan cepat. Tahukah anda, tubuh manusia terdiri daripada 75% air manakala selebihnya adalah bahan pepejal. Begitu juga dengan otak, ia mengandungi sebanyak 75% air yang mana penghidratan sederhana boleh menyebabkan sakit kepala dan pening.

Kepentingan Cecair Dalam Tubuh

Kebanyakan kita tidak menyedari akan kepentingan mengekalkan kelembapan tubuh terutamanya di bulan puasa. Keperluan tubuh terhadap cecair semakin meningkat di dalam persekitaran panas di mana tubuh mengeluarkan peluh dengan lebih banyak sekaligus meningkatkan kadar kehilangan air. Sekiranya tubuh badan tidak dihidrat dengan sempurna, tubuh mudah merasa lesu dan letih. Matlamat utama yang perlu anda tanam dalam minda ialah kekal berada dalam keadaan hidrat secukupnya. Dengan itu, suhu tubuh mampu dikawal atur dan pada masa yang sama, bahan buangan dalam tubuh dapat disingkirkan dengan sebaik-baiknya. Manakal sendi, organ serta tisu tubuh mendapat perlindungan dalam usaha membolehkan anda mengekalkan gaya hidup sihat sepanjang berpuasa.

Kesan Penyahidratan Kepada Tubuh

Kesan penyahidratan boleh muncul dalam pelbagai bentuk. Daripada rasa dahaga, letih, hinggalah kepada kegagalan fungsi buah pinggang. Dalam kes yang kronik, penyahidratan boleh menyebabkan anda koma dan akhirnya mengundang maut. 

1. Penyahidratan ringan (Rasa dahaga)

  • Sakit kepala akibat daripada tekanan mental dan fizikal yang boleh berpunca daripada tidak mendapat bekalan air mencukupi. 
  • Menagalami keadaan letih lesu. hal ini tejadi kerana jantung terpaksa bekerja lebih keras bagi membekalkan kulit dengan oksigen dan nutrien setelah berlaku ketidakseimbangan cecair. 
  • Mulut dan tekak rasa kering.

2. Penyahidratan sederhana (Rasa keliru)

  • Ia terjadi disebabkan oleh kekurangan cecair di dalam sistem otak yang boleh mempengaruhi cara individu membuat keputusan. Otak yang mengalami penyahidratan adalah lemah sehingga mendorong kepada ingatan jangka pendek yang teruk disertai sakit kepala yang serius. 
  • Degupan jantung menjadi kencang, pening kepala, mengakibatkan tekanan darah rendah yang berpunca daripada penurunan darah. 
  • Rasa lemah tidak bertenaga disebakan oleh perubahan dalam keseimbangan cecair di mana jumlah darah boleh menurunkan sekaligus menjejaskan rutin harian. 
  • Air kencing menjadi sangat pekat dan jumlah pengeluarannya juga merosot.

3. Penyahidratan teruk

  • Pengecutan otot-otot berlaku disebabkan oleh timbunan jumlah toksin dan bakteria yang terperangkap di dalam kelenjar limfa. Akibatnya buah pinggang tidak berupaya mengusir keluar toksin berkenaan. 
  • Lidah bengkak
  • Peredaran darah yang lemah disebabkan oleh kuantiti darah yang semakin berkurangan.
  • Rasa lemah dan tidak bermaya tambah ketara.
  • Buah pinggang tidak dapat berfungsi kerana tidak mendapat cecair yang mencukupi untuk menyingkirkan toksin.

7 Jenis Cecair Elak Dehidrat Semasa Berpuasa

Cecair memainkan peranan yang sangat penting untuk mengekalkan badan dalam keadaan yang terhidrat. Pengambilan cecair boleh berubah-ubah dari air, jus buah-buahan  atau sayur-sayuran, minuman isotonik, susu serta buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak cecair.

1. Air Kosong

Pilihan yang paling baik untuk memenuhi keperluan cecair dalam badan anda sama ada suam atau sejuk . Sehiris limau nipis yang ditambahkan ke dalam air kosong akan meberikan perubahan rasa yang pasti menyegarkan.

7 Jenis Cecair Wajib Untuk Elak Dehidrat Semasa Berpuasa, Kepentingan Cecair Dalam Tubuh, Kesan Penyahidratan Kepada Tubuh

2. Susu

Segelas susu rendah lemak mengandungi kalsium, protein dan air. Untuk menambah rasa yang lebih enak pada susu kosong, anda boleh membuat susu kocak yang ditambah dengan buah-buahan segar, Meal Shakes dan ESP. Lihat sini kelebihan mengambil Meal Shakes dan ESP semasa berpuasa. Jika anda tidak gemar susu anda boleh gantikan dengan Ostematrix.

http://ladysara84.blogspot.com/2013/05/bersahur-dengan-set-mighty-3-gem.html

3. Minuman Isotonik

Ia merupakan sumber yang baik untuk menggantikan bahan elektrolit seperti kalium, klorida, natrium dan magnesium. Bagi anda yang termasuk dalam golongan aktif di bulan Ramadhan ini digalakkan mengambil minuman isotonik seperti Performance Drink.
http://ladysara84.blogspot.com/2012/05/berpuasa-dengan-performance-drink.html

4. Jus Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran Segar

Cara yang baik untuk memulakan hari berpuasa anda memandangkan ia turut menyediakan vitamin dan mineral. Paling penting untuk diingatkan ialah anda segera meminumnya sebaik sahaja ia disediakan.
7 Jenis Cecair Wajib Untuk Elak Dehidrat Semasa Berpuasa, Kepentingan Cecair Dalam Tubuh, Kesan Penyahidratan Kepada Tubuh

5. Teh

Tidak kira teh biasa ataupun teh hijau, ketahuilah ia mengandungi flavonoid. Satu lagi pilihan cecair yang menarik. Namun, pengambilan minuman berkafein secara berlebihan akan memberi kesan diuretik di mana anda akan kerap membuang air kecil. Cinch Tea pilihan terbaik untuk anda.

http://ladysara84.blogspot.com/2013/07/kurangkan-berat-badan-dengan-cinch.html

6. Sup

Pembuka mulut hidangan yang biasa dihidangkan dalam sajian Barat ini berupaya memberikan tubuh anda jumlah cecair yang baik.

7 Jenis Cecair Wajib Untuk Elak Dehidrat Semasa Berpuasa, Kepentingan Cecair Dalam Tubuh, Kesan Penyahidratan Kepada Tubuh

7. Buah-Buahan dan sayur-Sayuran segar

Limau, tembikai epal, anggur, tomato dan timun adalah antara jenis buah dan sayur yang mengandungi antara 70 hinga 80 peratus air. Jadi, sasarkan untuk mengambilnya sebanyak 5 hidagan sewaktu sahur, berbuka puasa dan sebelum tidur. 

7 Jenis Cecair Wajib Untuk Elak Dehidrat Semasa Berpuasa, Kepentingan Cecair Dalam Tubuh, Kesan Penyahidratan Kepada Tubuh
Terdapat pelbagai jenis cecair yang boleh anda pilih untuk memenuhi keperluan cecair sepanjang berpuasa ini. Jadi, tiada alasan bahawa anda tidak mampu mengambilnya dalam jumlah yang mencukupi.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

 atau isi form di bawah:
Name:
Email Address:
Massage

Create a web form here

16/07/2014

Car Bonus Shaklee

Assalamualaikum...

Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi tentang CAR BONUS yang Shaklee tawarkan.  Alhamdulillah baru-baru nie saya dianugerahkan CAR BONUS ACHIEVER semasa NATIONAL CONFERENCE yang berlangsung pada JUN 2014 yang lepas. Alhamdulillah berkat hasil usaha saya dan tak lupa juga team saya  My Superb family (MSF) yang sangat saya sayangi, tahun nie saya dan suami dapat  membawa pulang KUNCI BESAR. KUNCI BESAR ini bukan untuk saya seorang tetapi juga untuk team MSF, sebagai pembakar semangat kepada mereka. InsyaAllah saya yakin mereka juga boleh mendapatkannya. Impian saya selepas ini, DOA saya, ingin melihat ahli keluarga team MSF naik ke pentas memegang KUNCI BESAR tersebut beramai-rami dan tentulah saya tersenyum bahagia di bawah pentas melihat kegembiraan mereka.

Car Bonus Shaklee, Bisnes Shaklee, SHAKLEE TAK BAGI KERETA

Car Bonus Shaklee, Bisnes Shaklee, SHAKLEE TAK BAGI KERETA

SHAKLEE TAK BAGI KERETA

Jangan terkejut bila saya kata Shaklee tak bagi saya kereta pun walaupun saya layak dapat Car Bonus. Tapi anda pasti lebih teruja bila saya kata Shaklee beri dalam bentuk CASH untuk Car Bonus ini setiap bulan. Cash yang Shaklee beri bergantung kepada performance group kita mengikut kreteria yang Shaklee dah tetapkan. Yang paling best lagi, kalau anda nak tahu, nilai Car Bonus Shaklee TIADA LIMIT. Semakin berkembang organisasi shaklee di bawah naungan anda semakin BESAR nilai Car Bonus anda. Anda boleh kumpul sebanyak mana Car Bonus yang anda mahu. 1k, 2k, 3k, 10k, 20k, 100k dan lebih lagi. Bergantung kepada usaha dan kerja keras anda. Shaklee beri pilihan pada anda samada anda pilih sendiri KERETA IDAMAN anda atau anda nak gunakan duit tersebut untuk perkara lain. InsyaAllah bila kita dah ada PUSH FACTOR pasti semuanya akan rasa MUDAH walaupun terpaksa mendaki gunung yang tinggi.

Car Bonus Shaklee, Bisnes Shaklee, SHAKLEE TAK BAGI KERETA

APA SAYA BUAT DENGAN "CAR BONUS" SAYA

Alhamdulillah, dengan Car Bonus permulaan saya nie, dapatlah saya membayar ansuran kereta Honda Jazz yang saya pakai sekarang nie, lebih selesa dari kereta kami sebelum ini. InsyaAllah lepas nie saya dan suami nak kembangkan lagi nilai CAR BONUS tu dan ingin memiliki kereta idaman kami yang lebih besar dan lebih selesa untuk kami dan keluarga kami...InsyaAllah....

Car Bonus Shaklee, Bisnes Shaklee, SHAKLEE TAK BAGI KERETA, Bonus Shaklee,

Anda pula bagaimana? Teruja tak dengan Car Bonus yang Shaklee tawarkan ni? Anda tahu apa yang anda inginkan?  Jadi bertindaklah dari sekarang untuk IMPIAN anda. Jangan lengah-lengah atau bertangguh lagi. Jika hati dah kata nak, teruskan berimpian, teruskan bertindak dan berusaha untuk mendapatkan KERETA IMPIAN anda. Mulakan langkah pertama dengan mendaftar sebagai ahli di bawah team MSF. Lihat sini untuk keterangan lanjut.

Video ini saya kongsikan tips bisnes maju dengan mudah dari pengalaman saya sendiri. Mesti tengok video nie kalau nak tahu ye...

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

 atau isi form di bawah:
Name:
Email Address:
Massage

Create a web form here

15/07/2014

8 Cara Mengatasi Masalah Kembung Perut Bagi Wanita

Assalamualaikum..

Seperti yang diketahui terdapat beberapa perbezaan antara wanita dan lelaki daripada sudut kesihatan. Saluran pencernaan adalah salah satu daripadanya.  Wanita dikatakan lebih cenderung untuk berdepan dengan masalah perut kembung dan sembelit berbanding lelaki. Proses penghadaman yang tidak teratur  mengakibatkan lebih banyak gas daripada bias. Walaupun makan  sikit namun kehadiran gas tetap membuatkan perut rasa tidak selesa. Masalah ini bukanlah perkara yang asing kerana dianggarkan 75% penduduk dunia tanpa mengira umur, bangsa dan jantina berdepan engan masalah ini. 

8 Cara Mengatasi Masalah Kembung Perut Bagi Wanita

BAGAIMANA MASALAH PERUT KEMBUNG BERLAKU

Ketika proses pencernaan di dalam usus, makanan dipecahkan kepada komponen nutrien untuk diserap semula sebagai tenaga. Bahan yang tertinggal ini bergerak ke dalam usus besar dan dibuang sebagai najis. Sesetengah bahan sisa ini menghasilkan gas metana, oksigen dan nitrogen. Namun sekiranya gas dihasilkan secara berlebihan, ia akan menoloak usus ang menyebabkan perut kembung serta tidak selesa sama sekali.

PUNCA PERUT KEMBUNG

Perut kembung boleh dikategorikan dalam sindrom masalah pada bahagian usus. Kelahiran anak, proses penuaan, pil perancang, pengambilan serat yang terlalu banyak dan mendadak juga penyebab kepada perut kembung. Stress dan pengambilan antibiotik adalah situasi yang menjadi punca kepad msalah kembung perut ini. Ia boleh dikenalpasti apabila perut membengkak atau bertambah beberapa inci. Tetapi bagi sesetengah orang saiznya boleh berganda daripada biasa. 

1. Bentuk usus wanita

Usus wanita yang lebih panjang dikatakan antara penyebab utama kepada terjadinya perut kembung ini. Kepanjangan usus besar wanita dikatakan memiliki ukuran lebih panjang 10cm. bentuk saluran pencernaan ini umpama tali panjang yang begitu rumit sekali. ia mempunyai fungsi tersendiri kerana usus yang panjang ini bertujuan agar wanita dapat menyerap lebih banyak cairan ketika bersalin. Cairan amniotik (plasenta) perlu dipastikan agar selalu dalam keadaan penuh. Tambahan pula pengiraan dan keadaan darah akan meningkat semasa kehamilan. 

2. Bentuk Pinggul

Bentuk pinggul juga dikaitkan dengan masalah perut kembung. Saiznya yang lebih bulat akan diisi dengan usus besar semntara rahim, tiub falapio dan indung telur berada di atasnya. berbanding lelaki, bahagian itu hanya menempatkan prostat sahaja.

3. Hormon

Hormon turut diangkat sebagai faktor penting mengapa berlakunya perut kembung. 
  • Dinding perut wanita dikatakan agak lemah yang disebabkan oleh komposisi hormon yang dihasilkan. Posisi usus akan terganggu sekaligus menyebabkan  wanita sering kali mengalami perut kembung. Ia akan semakin parah apabila hamil. 

  • Kebanyakan wanita mengalami perut kembung sebelum  datang haid. Perkara ini berlaku kerana meningkatnya tahap progesteron. Otot perut menjadi tenang kerana indung telur menghasilkan lebih banyak progesteron selama diovulasi. Kondasi otot yang tidak aktif seperti biasa inilah yang menyebabkan perut kembung. Keadaannya akan menjadi semakin teruk apabila wanita meniti saat-saat monopous. 

  • Situasi hormon ini turut menjadikan usus hanya dapat menyalurkan sedikit makanan pada saluran pencernaan berbanding pada hari-hari biasa.

4. Minuman Berkarbonat Berlebihan

Minuman berkarbonat  yang diambil terlalu banyak  juga menjadi punca perut kembung. Gas karbon dioksida yang terperangkap alam perut akan memperlahankan pengosongan perut.

5. Kekurangan Protein

Ambil protein yang mempunyai Index Glisemik yang rendah yang membebaskan glukosa secara perlahan. Maka asid perut sentiasa mempunyai makanan untuk dicernakan dan ini boleh megelakkan masalah kembung perut.

6. Kekurangan Air

 Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Air membantu membuang garam berlebihan daripada badan melalui air kencing dan lemak yang berlebihan.

7. Makanan Berlemak dam Masin

Pengambilan terlalu banyak makanan berlemak dan masin juga mempengaruhi masalah perut kembung kerana lemak mengambil masa lebih lama untuk dicernakan dan memberi peluang banyak gas terkumpul dalam perut.

8. Tidak Toleran Laktosa

Tidak toleren laktosa akan menyebabkan perut kembung seperti sakit perut dan cirit birit. Kekurangan enzim laktase yang bertanggungjawab mencernakan gula laktosa dalam susu dan produk tenusu. Ketiadaan enzim laktase menyebabkanlaktosa yang tidak dicernakan dipindahkan terus ke dalam usus besar dan melalui proses penapaian akibat bakteria. Dalam prose inilah banyak gas terhasil.

CARA MENGATASI PERUT KEMBUNG

Melihat kepada kesemua faktor ini, masalah perut kembung perut wanita tidak boleh dianggap remeh. Hormon estrogen dan progresteron yang terdapat pada wanita akan dapat mempengaruhi saluran pencernaan. Jadi perut kemudiannya akan menjadi kembung. Walaupun tidak menyelesakan, masalah perut kembung ini boleh diatasi. 

1. Minum air putih dengan kuantiti banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

2. Elakkan pengambilan makanan yang masin.

3. Perbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Penambahan kuantiti boleh dilakukan secara sedikit demi sedikit.

4. Utamakan pengambilan makanan segar dan hindari makanan segera.

5. Lakukan senaman secara teratur, sebaik-baiknya 3 kali seminggu.

6. Bagi yang mempunyai masalah tidak toleran laktosa, teruskan mengambil susu.

7. Elakkan mengambil makanan terlalu panas, sejuk atau berlemak.

8. Elakkan makanan yang memberi rangsangan berlebihan pada usus seperti kopi, teh serta coklat. 

9. Ambil supplement yang boleh membantu melegakan perut seperti Peppermint Ginger Plus.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

 atau isi form di bawah:
Name:
Email Address:
Massage

Create a web form here

10/07/2014

7 Senarai Kelengkapan Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum...
Seronok, berdebar, takut, tak sabar, excited bila hampir tiba harinya terutama pasangan yang baru pertama kali nak menimang cahaya mata. Yang paling excited bila nak prepare barang-barang untuk si comel yang bakal lahirkan. Kalau boleh semuanya nak perfect.
7 perkara penting yang anda perlu masukkan dalam checklist/ semnarai kelengkapan bayi yang baru lahir.

1. Pakaian Bayi

Sediakan pakaian asas dan pakaian lain setelah bayi mula membesar. Anda digalakkan membeli pakaian bayi bersaiz 6 bulan ke atas. Pakaian mestilah yang mudah disarung dan dari kain kapas dan baju berlubang.
  • Sarung tangan
  • Sarung kaki
  • Baju lengan panjang & pendek
  • Seluar pendek dan panjang
  • Rompers
  • Topi

2. Mandian

Bayi perlu dibersihkan setiap hari bg mengelak drpd jangkitan kuman, memberi rasa lebih selesa dan segar kepada bayi. Bagi bayi yg mengalami alahan atau eczema, gunakan set mandian khas utk mengelakkan iritasi kepada kulit bayi. Beli set mandian yang kecil takut2 set tersebut tak sesuai dengan kulit bayi.
  • Bath Tab
  • Penggalas tab mandian bayi
  • Tuala muka
  • Tuala mandi
  • Mandian bayi
  • Syampu bayi

3. Lampin

2 pilihan lampin iaitu lampin pakai buang atau lampin kain moden. Anda boleh pilih ikut keselesaan bayi dan memudahkan anda. Terdapat juga beberapa barangan sampingan diperlukan bagi memastikan kebersihan bayi setiap masa.
  • Lampin kain moden/ pakai buang
  • Tisu basah
  • Pelapik menukar lampin (Changing Map)
  • Beg lampin (utk mengisi lampin dan eksesori kebersihan bayi yg digunakan semasa keluar bersiar-siar)

4. Penjagaan Diri

Bayi mudah dijangkiti penyakit kerana sistem imun badannya masih belum matang. Sebab tu kita perlu menjaga rapi kebersihan diri bayi.
  • Bedak bayi
  • Losen bayi
  • Minyak bayi
  • Sikat/berus rambut
  • Minyak telon
  • Pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Krim anti ruam lampin (Herbal Blend Cream)
  • Kain bedung
  • Kain barut bayi

5.Tidur

Anda memerlukan beberapa barangan untuk memastikan bayi dapt tidur dengan lena.
  • Katil bayi
  • Tilam bayi
  • cadar
  • selimut
  • bantal bersaiz kecil
  • bantal panjang

6. Penyusuan

Penyusuan secara eksklusif adalah sangat digalakkan bagi membantu sistem imun bayi yang masih belum matang.
  • Pam (manual/bateri/elektrik)
  • Bekas penyimpan susu ibu (bottle storage)
  • Beg pendingin (cooler bag)
  • Pak ais (Ice Pack)
  • Supplement untuk ibu (klik sini untuk lihat set menyusu)

7.Kelengkapan Perjalanan Bayi

Penting selepas pantang nanti. Ibu zaman moden memang suka aktiviti di luar. Tapi kesian pada anak kecil yang tidak selesa dengan persekitran diluar. Maka kelengkapan perjalan bayi nie sangat diperlukan untuk membantu si ibu, meringankan beban kepenatan si ibu dengan aktiviti di luar dan memberi keselesaan kepada bayi anda.
  • Car Seat
  • Stroller
  • Baby sling
  • Nursing Cover
7 kelengkapan penting yang perlu anda sediakan untuk bayi anda yang bakal lahir nanti ye. Selamat bershopping. Pasti anda rambang mata nanti nak pilih bermacam-macam barangan bayi yang comel-comel. so jangan lupa bawa 7 checklist nie :)
Letak Picture anak saya, Mia Qaisara...Dulu excited giler prepare barang untuk mia...sekarang dah besar..dah 3 tahun dah :)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

9 Bahan Kimia Rosakkan Kulit

Assalamualaikum..

APA KANDUNGAN DI DALAM PRODUK KECANTIKAN YANG ANDA PAKAI???

Adakah jawapan anda "TAK TAHU" atau anda sangat PEKA dan MENGAMBIL BERAT kandungan dalam produk tersebut sebelum membelinya. Majoriti membeli dengan hanya berdasarkan testimoni orang lain "PUTIH DALAM TEMPOH 3 HARI".  Terus teruja dan tanpa fikir panjang terus membelinya. Ada juga yang memilih produk kerana harganya yang sangat-sangat MURAH tanpa fikir panjang kualiti dan bahan yang ada dalam produk tersebut. Jangan terkejut, ada banyak produk di pasaran yang menggunakan bahan-bahan berbahaya!!

9 Bahan Kimia Rosakkan Kulit 

Sebagai pengguna, anda dinasihatkan mengambil tahu serba sedikit akan bahan-bahan di dalam produk tersebut. Mungkin hasilnya nampak cantik hari ini, tetapi siap tahu esok lusa ia akan beri kesan yang buruk kepada anda.Lihat senarai bahan bahaya ini dan pastikan ia tiada dalam produk yang anda pakai.

1. PVP/VA

Zat kimia hasil keluaran minyak bumi ini digunakan untuk produk semburan rambut dan kosmetik lain. Dianggap boleh beracun kerana partikel-partikelnya boleh menyebabkan kemasukan bendasing pada paru-paru yang sensitif.

2. STEARALKONIUM CHLORIDE

Dibangunkan oleh industri kain sebagai pelembut kain. Namun zat kimia ini juga terkandung dalam kondisioner dan krim rambut. Bahan ini boleh menyebabkan alahan.

3. MIDAZOLIDINYL UREA AND DIAZOLIDINYL UREA

Ini adalah kandungan yang paling umum digunakan untuk bahan pengawet selepas parabens. Bahan utamanya adalah formaldehid, yang dikenali untuk mengawet mayat, dan sangat berbahaya bagi kesihatan manusia. Ia boleh menyebabkan radang kulit, luka bakar, keradangan dan pengeluaran air mata.

4. METHYL AND PROPYL AND BUTYL AND ETHYL PARABEN

Digunakan sebagai penghambat pertumbuhan bakteria dan untuk melanjutkan had masa luput produk. walaupun diketahui beracun, namun kandungan ini masih banyak digunakan. Kesan yang mungkin berlaku adalah timbul banyak reaksi alahan dan ruam kulit.

5. PROPYLENE GLYCOL

Ini adalah gliserin sayur-sayuran yang dicampur dengan alkohol yang diperbuat dari gandum. Ia ditemui pada beberapa produk kosmetik dan pembersihan wajah. Zat ini boleh menyebabkan kemerahan pada kulit dan radang kulit. kajian terkini menunjukkan bahawa zat ini juga boleh merosakkan buah pinggang dan hati.

6. SYNTHETIC COLORS

Bahan sintetik warna diyakini sebagai penyebar kanser. jika dalam produk kosmetik tertera kandungan ini, jangan sesekali menggunakannya.

7. SYNTHETIC FRAGRANCES

Wangian sintetik yang digunakan dalam produk kosmetik mengandungi banyak bahan kimia berbahaya. Bila anda menggunakan produk wangi maka semua bahan kimia berbahaya boleh diserap dalam aliran darah melalui kulit. Bahan kimia ini boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti sakit kepala, pening, ruam, hiper - pigmentasi, batuk, muntah dan iritasi kulit.

8. SODIUM LAURYL SULFATE (SLS)

Zat sintetik ini biasanya digunakan pada produk shampu untuk membersihkan dan mencipta banyak buih. kesan yang ditimbulkan zat ini adalah iritasi pada mata, ruam kulit, rambut gugur, kelemumur pada kulit kepala dan alahan.

9. TRIETHANOLAMINE 

Sering digunakan dalam kosmetik untuk menetapkan pH dan sebagai asa bagi banyak produk pembersihan. Ia boleh menyebabkan alahan, termasuk masalah mata.

BELI PRODUK KECANTIKAN YANG DIDAFTARKAN  !!!

Penting bagi anda menggunakan produk yang didaftarkan. produk yang belum didaftarkan belum tentu mengikut piawaian pihak berkuasa. Jika anda masih BERDEGIL menggunakannya diTAKUTI memberi kesan sampingan kepada muka, pipi dan bibir anda yang mungkin akan menjadi bengkak, kulit juga boleh menipis dan mengelupas hanya selepas beberapa hari. jadi, buka mata, buka minda untuk memikirkan apa yang terbaik. Cantik tidak salah, asalkan kena caranya.

9 Bahan Kimia Rosakkan Kulit, BELI PRODUK KECANTIKAN YANG DIDAFTARKAN, Set Penjagaan Rambut Prosante, Set Penjaggan Kulit Nutriwhite, Cantikkan Kulit Secara Semulajadi

9 Bahan Kimia Rosakkan Kulit, BELI PRODUK KECANTIKAN YANG DIDAFTARKAN, Set Penjagaan Rambut Prosante, Set Penjaggan Kulit Nutriwhite, Cantikkan Kulit Secara Semulajadi

Saya lebih suka mengamalkan supplement untuk mendapatkan kulit dan rambut yang cantik kerana ia lebih semulajadi dibandingkan dengan produk-produk krim. Untuk lebih detail anda boleh klik Cara Cantikkan Kulit Secara Semulajadi . Namun begitu, jika anda masih ingin menggunakan produk cantik luaran untuk kulit dan rambut, saya syorkan carilah dari bahan semulajadi dan tidak merbahaya. Saya syorkan Set Penjaggan Kulit Nutriwhite dan Set Penjagaan Rambut Prosante . Anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

 atau isi form di bawah:
Name:
Email Address:
Massage

Create a web form here

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *