March 2016

22/03/2016

Cara Menghadapi Strok Haba Di Musim Panas


Assalamualaikum... 

Malaysia mengalami pemanasan global atau fenomena ekuinoks dua kali setiap tahun pada bulan Mac dan September. Pada ketika itu matahari akan berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutama pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang. Keadaan suhu yang tinggi ini membawa risiko kepada strok haba. 

Apakah Strok Haba? 

Rentetan dari keadaan suhu yang tinggi, kita boleh terdedah pada strok haba atau ‘heat stroke’ iaitu paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celsius. Suhu badan individu yang normal ialah 37 darjah Celcius. Apabila kepanasan dirasai badan, kita akan alami proses berpeluh bagi menyejukkan badan kita. Ia adalah satu proses yang normal tetapi jika berterusan ia akan menyebabkan kandungan air dalam badan berkurangan yang sekaligus akan berpotensi menyebabkan dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ dalam badan, koma dan seterusnya kematian. Strok haba ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan juga haiwan peliharaan. Hipertermia ialah keadaan seseorang mengalami penyakit yang dikaitkan dengan kepanasan. Risiko hipertermia lebih tinggi buat warga tua, pesakit diabetes, orang obese dan pesakit yang menghidap hipertiroidisme. Maka, penting untuk ambil tahu tanda-tanda awal strok haba, cara rawat mangsa strok haba dan cara pencegahan strok haba. 

Cara Menghadapi Strok Haba Di Musim Panas, Performance Drink, nutriferon, Herbal Blend, Strok Haba, Apakah Strok Haba?,Tanda Awal Strok Haba, Cara Merawat Mangsa Strok Haba, Cara Pencegahan Strok Haba, Apa yang Shaklee Boleh Bantu Untuk Mencegah Strok Haba ?

Tanda Awal Strok Haba 

  1. Sakit kepala berdenyut 
  2. Mual 
  3. Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas 
  4. Denyutan nadi yang pantas 
  5. Otot lemah dan kejang 
  6. Muntah/rasa hendak muntah 
  7. Kulit kering dan kemerahan 
  8. Sawan 
  9. Pitam 
  10. Tangan dan kaki menjadi sejuk 

Cara Merawat Mangsa Strok Haba 

  1. Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba 
  2. Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa 
  3. Bawa mangsa ke tempat teduh, atau 
  4. Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau 
  5. Mangsa ditempatkan di bawah kipas 
  6. Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau 
  7. Rendam mangsa di dalam kolam air 
  8. Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung.
  9. Hanya melalui ‘intravenous drip.’ 
  10. Bawa ke klinik atau hospital berdekatan 

Cara Pencegahan Strok Haba 

  1. Lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti luar 
  2. Banyakkan minum air kosong tanpa mengira tahap aktiviti 
  3. Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar 
  4. Pakai topi atau payung untuk melindungi daripada pancaran haba terus ke badan 
  5. Tidak duduk di dalam kenderaan bertutup tanpa pendingin hawa 
  6. Gunakan kipas atau pendingin hawa untuk menyejukkan badan 
  7. Kurangkan minum minuman berkafein, alkohol dan gula 
  8. Pakai losyen untuk melembabkan kulit. 
  9. Minum minuman isotonik untuk meningkatkan garam yang hilang akibat berpeluh dan memastikan tubuh kekal terhidrat dan bertenaga sepanjang hari. 
Cara Menghadapi Strok Haba Di Musim Panas, Performance Drink, nutriferon, Herbal Blend, Strok Haba, Apakah Strok Haba?,Tanda Awal Strok Haba, Cara Merawat Mangsa Strok Haba, Cara Pencegahan Strok Haba, Apa yang Shaklee Boleh Bantu Untuk Mencegah Strok Haba ?

Apa yang Shaklee Boleh Bantu Untuk Mencegah Strok Haba ? 

Bagi membantu mengatasi masalah Strok Haba ini terdapat beberapa produk shaklee yang kami boleh syorkan iaitu: 

1. Performance Drink 

Performance Drink merupakan minuman isotonik atau hidrasi yang membantu badan kita dari kekurangan air semasa musim panas. Ia terlarut lebih cepat berbanding air, pilihan eklusif untuk mendapat tenaga berpanjangan, membekalkan bendalir dan elektrolit yang pentinng untuk membantu mencegah penyahidratan, terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar. 

2. Nutriferon 

Nutriferon diperlukan pada musim panas untuk membantu meningkatkan sistem imun badan. Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima. Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan telah dilakukan ke atas Nutriferon. Dr. Kojima berjaya mencipta Nutriferon® selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain. Nutriferon® mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. 

3. Herbal Blend 

Herbal blend multipurpose cream digunakan semasa musim panas untuk melembapkan kulit yang kering dan merekah. Ia telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. Rasa nyaman, bermentol dan tidak melekit. Diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary dan ia bebas paraben.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8 
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan. 
 Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!! 

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543 
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com   

atau isi form di bawah:



Name:
Email Address:
Massage


7 Cara Mudah Mencegah Demam dan Selsema Tanpa Ubat


Assalamualaikum...

Keadaan cuaca yang tidak menentu memudahkan seseorang mendapat demam selsema. Antara simptom yang ditunjukkan ialah hidung berair, badan panas dan sakit tekak.  Cara terbaik ialah dengan melakukan langkah pencegahan. Ia membantu mengurangkan pengambilan ubat dan kesan sampingan ubat. Malah ia juga mempercepatkan penyembuhan.


7 Cara  Mudah Mencegah Demam dan Selsema Tanpa Ubat, Demam, Selsema, Vitamin C, Garlic Complex, nutriferon, Omega Guard

6 Cara  Mencegah Demam dan Selsema Tanpa Ubat 

Antara bahan yang baik untuk menyembuhkan demam selsema ialah:

1. KUNYIT

Perah jus kunyit dan campurkan dengan segelas air suam dan madu. Kacau dan minum di awal pagi selepas bangun tidur. 

2. MADU

Selain boleh dicampur dengan kunyit, ia boleh diambil dengan dicampurkan 2 sudu tualang ke dalam segelas air sejuk (atau suhu bilik).

3. HALIA

Satu inci halia boleh dimasukkan ke makanan atau minuman.

4. BAWANG PUTIH

Bawang putih dikatakan mempunyai sifat antibiotic. Ia boleh dimasukkan ke dalam masakan atau dengan memakan bawang putih yang dibakar.

5. SAYURAN HIJAU DAN BERWARNA

Sayur-sayuran hijau dan berwarna sangat baik untuk kesihatan. Ia mengandungi flavonoid yang bertindak sebagai antioksida dan antiradang dan membantu meningkatkan daya tahan dalam badan. Ia juga mengandungi banyak vitamin. 

6. AIR

Banyakkan meminum air mineral. Ia dapat membantu dalam menstabilkan suhu badan dan mengelakkan berlakunya kekurangan air dalam badan. Ia membantu pergerakan darah dalam badan dan meningkatkan sistem daya tahan.

7. LEMON

Lemon adalah sumber vitamin C yang baik. Ia mempercepatkan penyembuhan dan membantu mengelakkan jangkitan virus. Rendamkan beberapa hirisan lemon dalam botol yang berisi air mineral. Minum sekurang-kurangnya 1 ilter sehari untuk mendapat  vitamin C yang diperlukan.

Semua bahan-bahan ini sangat senang diperolehi. Tetapi ramai yang tak mampu nak buat sebab kekangan masa. Kalau nak tahu, suplemen-suplemen Shaklee juga adalah dari tumbuh-tumbuhan seperti di atas. Tetapi ia telah ditukar dalam bentuk yang lebih mudah diambil dan mudah dibawa keman-mana iaitu dalam bentuk tablet dan serbuk. Antara suplemen yang disyorkan untuk membantu masalah demam selsema seperti Sustained Release Vita C Plus, Garlic Complex, Zinc Complex dan Nutriferon. InsyaAllah amalkan dengan konsisten setiap hari, anda tidak mudah diserang demam dan selsema, mahupun berjangkit dengan orang lain.

Dapatkan tips kurangkan risiko jatuh sakit serta fungsi-fungsi setiap suplemen di atas di sini .

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

 atau isi form di bawah:
Name:
Email Address:
Massage

Create a web form here

19/03/2016

9 Simptom Kanser Yang Kaum Lelaki Perlu Tahu


Assalamualaikum...

Sebuah laporan oleh US Cancer Statistics : 2000 Incidence yang diterbitkan oleh 'Department of Health and Human Services' (HHS) mengatakan kanser yang paling rapat dengan lelaki adalah kanser prostat. Laporan ini telah menunjukkan bahawa kanser prostat sememangnya kanser nombor satu yang paling banyak menyerang lelaki. 

Maklumat berkaitan hal ini telah dikumpulkan daripada 41 buah negeri di Amerika syarikat dan satu bahagian Columbia yang meliputi 84 peratus penduduk negara tersebut. Angka ini meningkat dari tahun ke tahun.

Di dalam laporan tersebut, beberapa penemuan utama yang disebut adalah:
  • Kanser prostat adalah yang paling banyak menyerang lelaki di Amerika Syarikat dan diikuti oleh kanser paru-paru dan kolorektal.
  • Seterusnya kanser pundi kencing menduduki tangga keempat dalam carta kanser dalam kalangan lelaki (lebih banyak menyerang lelaki kulit putih)
  • Tahukah anda, lelaki kulit hitam banyak menghidap kanser mulut dan rongga kerongkong. Untuk lelaki Asia dan Kepulauan Pasifik pula, kanser perut merupakan kes tertinggi
  • Bagi kanak-kanak pula, kebanyakan mereka menghidap leukemia dan kanser sistem saraf. Satu lagi kanser lain yang banyak menyerang kanak-kanak adalah reticuloendothwlial neoplasms (kanser yang melibatkan sel darah putih).
Kaun wanita lebih peka dangan sebarang perubahan yang beraku pada tubuh mereka. Seharusnya lelaki juga perlu begitu. Benar, bukan semua simptom ganjil itu adalah kanser. Namun anda harus lebih peka dalam menjaga kesihatan tubuh anda. Tindakan awal dalam mengenalpasti sebarang perubahan pada tubuh anda boleh membantu merawat penyakit lebih awal. 

9 Simptom Kanser Yang Kaum Lelaki Perlu Tahu

9 Simptom Kanser Yang Kaum Lelaki Perlu Tahu, Kanser, Vivix, Vitamin C, Vitamin E, Caratomax, Kurangkan Risiko Kanser dengan Makanan Yang Tinggi Antioksidan, kanser prostat, kanser testis, kanser pundi kencing, kanser payudara, kanser zakar, kanser kerongkong, kanser paru-paru,kanser kolorektal

Saya senaraikan beberapa simptom yang merujuk kepada jenis kanser yang mungkin anda hadapi. Lebih peka, anda akan dapat mengenal pasti sebarang perubahan pada tubuh anda itu.

1. Sakit atau Sukar Membuang Air

Sekiranya anda merasa sakit atau mengalami kepayahan untuk membuang air, ia berkemungkinan simptom kepada kanser prostat. Aliran air kencing yang lemah juga boleh menjadi punca kepada 2 masalah ini. Seandainya anda kerap membuang air kecil pada waktu malam, eloklah segar merujuk masalah anda kepada doktor. Perhatikan jika ada darah di dalam air kencing anda. 

2. Testis Membengkak

Jika testis membengkak biarpun kecil, ia boleh jadi tanda kepada kanser testis. Oleh itu, lelaki digalakkan untuk buat ujian pada skrotum dan testis mereka setiap bulan.

3.Sebu Perut Yang Berterusan dan Usus Tidak Selesa

Seandainya anda sering sembelit, diarea atau mempunyai angin banyak di dalam perut, segeralah berjumpa doktor. Semua gejala ini merujuk kepada kemungkinan serangan kanser usus.

4. Pelvik Terasa Sakit

Sakit pada pelvik boleh menjadi simptom kanser testis atau kanser prostat. Jika ia berlanjutan selama beberapa hari walaupun selepas anda mengambil ubat, anda harus segera berjumpa doktor.

5. Pedih, Luka dan Ketumbuhan Pada Penis

Semua simptom ini adalah gejala kanser zakar. Ia jarang berlaku tetapi tetap berkemungkinan untuk menyerang anda. Sekiranya terdapat sebarang kelainan pada penis anda, usah bertangguh daripada berjumpa dengan pakar.

6. Buah Dada Berubah

Lelaki juga boleh diserang kanser payudara. Perhatikan buah dada anda. Sekiranya terdapat cecair luaran biasa, anda harus segera ke hospital. antara lain gejala kanser payudara adalah kulit yang berkedut dan bersisik pada bahagian tersebut.

7. Turun Berat Badan

Jika anda turun berat badan secara mendadak, ia bukan perkara biasa. apatah lagi jika anda tidak berdiet mahupun melakukan sebarang aktiviti kecergasan. Lelaki mudah turun berat badan, tetapi berat badan yang turun secara mendadak boleh menjadi simptom kepada penyakit-penyakit bahaya.

8. Batuk Berterusan dan Sukar Bernafas

Jika bukan kerana demam atau masalah kesihatan normal yang lain, batuk dan sukar bernafas boleh menjadi simptom kanser paru-paru

9. Asyik Letih

Keletihan melampau adalah simptom paling klise yang dikaitkan dengan serangan kanser. Seandainya anda sering mengalami keletihan yang mengganggu aktiviti harian anda, berwaspadalah. Jangan ambil mudah, seeloknya buatlah pemeriksaan kesihatan.

Kurangkan Risiko Kanser dengan Makanan Yang Tinggi Antioksidan

Amalan gaya hidup yang sihat perlu dititikberatkan untuk mencegah dari risiko kanser. Bagi menurangkan risiko kanser ini, ambillah makanan yang tinggi dengan antioksidan seperti buah-buahan dan sayur-sayur hijau. Makanan yang mempunyai antioksidan membantu mengawal radikal bebas dalam tubuh badan kita yang boleh merosakkan sel-sel dalam tubuh kita. Contoh nutrisi yang kaya dengan antioksida ialah Vitamin C, Vitamin E, Vitamin A dan Resveratrol. keempat-empat nutrisi ini membantu mengurangkan risiko kanser. Buah anggur dan beri antara sumber yang paling tinggi antioksidan. Pengambilan suplemen juga sangat digalakkan supaya anda mendapat khasiat antioksidan yang optimum. Anda boleh mengamalkan Sustained Realease Vita C Plus, Vita E Complex, Caratomax dan Vivix bagi mendapatkan keempat-empat nutrisi tersebut.  Di dalam Vivix juga terdapat Beri dan Anggur yang merupakan antara buah yang paling tinggi antioksidan.

Kebanyakan lelaki akan mengelak daripada berjumpa doktor. Biar sudah sakit teruk sekalipun, sukar untuk memaksa mereka untuk ke klinik mahupun hospital. Sedarlah semakin banyak risiko kanser menyerang kaum lelaki. Bahkan sudah lebih kurang jumlahnya dengan kes kanser dalam kalangan wanita. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Lakukan pemeriksaan kesihatan sepenuhnya bagi melihat keadaan tubuh anda secara terperinci. Ada masanya, simptom-simptom kecil yang tidak menjejaskan keadaan tubuh kitalah yang menjadi punca kepada serangan penyakit  berbahaya. Wahai kaum lelaki sayangilah diri anda !    
       

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

 atau isi form di bawah:
Name:
Email Address:
Massage

Create a web form here

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *