10 Tips Mengatasi Keletihan Selepas Bersalin

08/05/2014

10 Tips Mengatasi Keletihan Selepas Bersalin


Assalamualaikum..

Bagi ibu yang melahirkan anak sudah tentu sukar untuk berehat. Berehat bukan hanya dengan tidur tetapi anda harus mengamalkan cara hidup yang sihat supaya sentiasa bertenaga sepanjang hari. Di sini saya kongsikan beberapa tips yang boleh membantu ibu-ibu diluar sana menambah tenaga anda untuk menguruskan anak dalam tempoh menjalani pemulihan diri selepas bersalin.


10 Tips Mengatasi Keletihan Selepas Bersalin

1. Sarapan Pagi

Jangan skip sarapan pagi kerana ia adalah sumber tenaga yang paling penting untuk memulakan aktiviti harian seharian anda. Makan sekurang-kurangnya 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Makan makanan dari sumber berkanji seperti roti, nasi dan pasta dan makanan berserat bagi mengelak daripada sembelit.

2. Senaman Ringan

Anda boleh mula membuat beberapa senaman ringan seperti berjalan, selaman lantai pelvis dan regangan, sebaik sahaja anda rasa cukup bertenaga. 

3. Tidur Bersama Bayi

Dapatkan masa rehat yang secukupnya. Cuba untuk tidur semasa bayi anda sedang tidur. Cara ini akan membuatkan anda lebih bertenaga kerana mendapat rehat yg mencukupi. Rehat yang mencukupi membantu merangsang pengaliran susu ibu dengan baik. Malah dikatakan tidur sejenak selam 30 hingga 45 minit sebenarnya cukup efisyen dalam menyegarkan kembali tubuh.

4. Minum Jus Buah-Buahan

Jus buah-buahan memberi kesegaran pada tubuh dan merangsang penghasilan susu ibu. Air kurma, susu soya tanpa gula, dadeh boleh di minum. Lagi sedap kalau dibancuh dengan ESP dan Meal Shakes.

5. Ceriakan Diri

Biarpun anda sedang berpantang tidak bermakna penampilan anda tidak kemas. Cubalah tampil ceria dengan mempersiapkan diri anda.

6. Menonton Televisyen

Tonton rancangan kegemaran anda sambil bersantai dengan si comel. Ia pasti menyeronokan dan membuat hati anda terhibur.

7. Aromaterapi

Aromaterapi adalah bau atau haruman yang menggunakan minyak pati bunga-bungaan atau tumbuh-tumbuhan. Banyak khasiatnya, antaranya dapat menenangkan minda, jasmani dan rohani. Anda boleh letak bauan aromaterapi di bilik anda untuk memberikan mood kesegaran kepada anda dan si comel.

8. Supplement

Selepas bersalin kebanyakan ibu akan banyak kehilangan tenaga kerana menguruskan anak-anak, diet yang tidak seimbang keran kekangan masa dalam menguruskan bayi bru lahir dan melakukan penyususan susu ibu. Pengambilan supplement  membantu anda mengambalikan kesegaran tubuh badan. Antara supplement yang penting bagi ibu yang melahirkan bayi adalah Vitamin C, Vitamin B, Multovitamin, Zinc, Kalsium dan Protein. Klik di sini untuk Set Berpantang Shaklee.

9. Sentiasa Senyum dan Ketawa

Senyum akan menghilangkan tekanan. Si comel pasti lebih ceria bila melihat si ibu tersenyum ceria.

10 Berzikir

Si ibu tidak boleh bersolat dan membaca Al-Quran jika masih dalam nifas seleas bersalin. Maka, si ibu boleh berzikir di dalam pantang.Ia sangat digalakkan kerana secara rohani dapat membantu menennagkan jiwa dan mengurangkan tekanan. 
 10 tips ni memang terbaiklah. Selamat Berpantang kepada ibu-ibu :)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

0 comments :

Post a Comment

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *