6 Cara Memulihkan Badan Selepas Bersalin

08/05/2014

6 Cara Memulihkan Badan Selepas Bersalin



Assalamualaikum..

Sempurnanya rasa setelah disahkan hamil dan paling sempurna bila melahirkan anak. Tapi jangan lupa, anda perlu melalui fasa penyembuhan diri setelah bersalin samada secara normal atau pembedahan. Fasa penyembuhan atau rawatan ini bertujuan supaya si ibu kembali segar dan sihat. etiap ibu juga harus menjalani rawatan tubuh ini agar tubuh kembali kepada bentuk asal dengan cepat. Hubungan dengan suami pun bertambah erat apabila melihat anda semakin cantik dan langsing.

6 Cara Memulihkan Badan Selepas Bersalin

1. Urutan

Urutan mampu menigkatkan pengaliran darah, memulihkan kekejangan otot, dan membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan ke tubuh. Apabila aliran darah berjalan lancar, ia apat mengelak dari masalah lenguh, sengal, pening dan sakit-sakit badan. Badan menjadi lebih segar, sihat dan mengurangkan kelesuan.

2. Lulur atau skrub badan

Sebahagian ibu yang mengalami perubahan hormon semasa hamil biasanya akan mengalami perubahan warna kulit termasuk kulit menjadi lebih hitam. bahagian yang hitam termasuk leher, perut, ketiak, tumit, paha atau ada juga sebahagian tubuhnya hitam. Dengan menggunakan lulur atau scrub badan anda dapat mengembalikan kehitaman tersebut, tubuh menjadi lebih halus, lembut, sihat dan sekaligus dapat mencerahkan semula warna kulit anda.

3. Pemakaian bengkung

Pemakaian bengkung yang kemas dan ketat membantu mengembalikan bentuk badan dengan cepat serta mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu yang menyusukan bayi. Bengkung berfungsi untuk mengelakkan kemasukan angin sejuk pada liang perut serta memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor menerusi ikatan barut dan ubat yang sempurna. Bengkung juga digunakan untuk membantu mengempiskan perut dan bahgaian berlemak yang terdapat pada paha dan punggung.  

4. Mandian

Jenis-Jenis mandian seperti mandi bunga, mandi rempah, mandi lulur, mandi dedaun dan mandi susu dipercyai dapat membuang angin dalam badan serta memberi kepanasan pada badan di samping dapat mengecutkan rahim, membersihkan vagina, melancarkan perjalanan darah, menyegarkan badan dan memberi tenaga pada tubuh.

5. Bertungku

Bertungku dikatakan dapat membantu memecahkan lemak, mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin serta mengembalikan tubuh kepada keadaan asal. Tungku dibakar dan dibalut dengan daun serai, lengkuas dan pandan kemudian dilapis dengan kain. Bertungku perlu dilakukan selama sejam atau sekurang-kurangnya sejam.

6. Spa di rumah

Rawatan spa tentunya rawatan kecantikan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Para ibu boleh mendapatkan khidmat rawatan spa secara eksklusif di rumah bagi rawatan selepas bersalin dan penjagaan ibu dan bayi dengan bidan yang berpengalaman.

Jangan pandang remeh kepada fasa pemulihan ini. Memulihkan diri selepas bersalin adalah sangat penting supaya badan kembali sihat bertenaga. Tinggalkan segala kerja, rehatkan diri anda, manjakan diri anda dalam tempoh pemulihan ini supaya badan anda betul-betul bersedia untuk memikul lebih banyak tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

Dapatkan Set Berpantang Shaklee untuk menyokong pemulihan badan anda dari dalam :) 

 
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *