ALFALFA Meriah dengan Vitamin dan Mineral

28/04/2013

ALFALFA Meriah dengan Vitamin dan Mineral


Assalamualaikum...
 
Alfalfa merupakan antara supplement kegemaran saya. Pertama kali mencuba Shaklee saya mengambil Set Breastfeeding yang terdiri daripada Vitamin C, Vitalea, B Comple dan Alfalfa. Mari saya kenalkan dengan anda ALFALFA yang Hebat ni......
 
Alfalfa digelar " RAJA SEGALA TUMBUHAN  "
 
Ia kaya dengan khasiat, antaranya  asid amino perlu,  vitamin,  zat galian, protein, serat, enzim, karbohidrat dan sedikit lemak.

Akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Maka, sebab tu ia kaya dengan pelbagai khasiat. Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.

Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, baik untuk pesakit gout dan arthritis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.

Ia adalah bahan galactogogue, iaitu bahan yang mampu merangsang penghasilan susu. MILK BOOSTER semulajadi bagi wanita yg menyusukan anak. Sebab tu ia amat terkenal dikalangan ibu menyusu. Alfalfa kaya dengan protein (18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur). Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan k
epada ibu menyusu

Daun Alfalfa mengandungi Saponin yang membantu dalam menghalang pembentukan atherosclerotic plaques - enapan lemak , kolesterol dan bahan lain pada dinding arteri.

Pengambilan Alfalfa menunjukkan penurunan kepada kadar kolesterol, trigliserida, Low Density Lipoprotein (LDL) dan Very Low Density Lipoprotein (VLDL) yang mana ini adalah biasa disebut kolesterol jahat. (Reily)
 
Anda pasti terkejut melihat betapa banyaknya Vitamin dan Mineral yang terkandung dalam ALFALFA.
 
VITAMIN yang ditemui dalam Alfalfa 
 
Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin B1 - membantu tumbesaran, memmbantu proses penghadaman terutamanya bagi karbohidrat.  Ia juga membantu meningkatkan kesihatan mental serta mengekalkan fungsi normal bagi sistem saraf,  otot dan jantung.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin C - membantu menurunkan paras kolesterol, meningkatkan sistem pertahanan badan, laksatif semulajadi, mengurangkan reaksi alahan serta membantu penyerapan mineral lain.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya:
Siti Sarah Mohamad Nor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ]
♥ Contact No :017 202 3543
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
 

0 comments :

Post a Comment

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *