Vitamin E

Showing posts with label Vitamin E. Show all posts
Showing posts with label Vitamin E. Show all posts

15/03/2017

6 Khasiat Pucuk Paku Pakis Untuk Kesihatan


Teringin pulak nak makan sayur pucuk paku masak lemak cili api😀😀Tahu tak kawan-kawan banyak tau khasiat sayur nie...jom tengok apa khasiat2nya.

6 Khasiat Pucuk Paku Pakis Untuk Kesihatan, Antioksidan, Vivix, vitamin E, Vitamin C, Vitamin A, Resveratrol, Caratomax,

 Khasiat Pucuk Paku Pakis Untuk Kesihatan

1. Mengandungi hanya 34 kalori per 100 g.

2. Mengandungi Omega-3 dan omega-6 asid lemak perlu.

3. Sangat tinggi dalam antioksidan vitamin A dan karotin. 
  • 100g pucuk paku pakis mengandungi 3617 IU atau 120% daripada keperluan harian yang disyorkan vitamin A.
  • Vitamin A adalah anti-oksidan semulajadi yang kuat dan diperlukan oleh badan untuk mengekalkan integriti kulit dan mukus membran.
  • Ia juga merupakan vitamin yang penting untuk penglihatan.
  • Kajian penyelidikan menunjukkan bahawa makanan semula jadi yang kaya dengan vitamin A membantu badan melindungi paru-paru dan rongga mulut dari serangan kanser.
  • Ia juga adalah sumber yang sangat baik dari banyak poli-fenolik sebatian flavonoid semula jadi seperti α dan ß-karoten. Karoten bertukar menjadi vitamin A di dalam badan.
4. Rasa manis yang unik datang dari zat ia yang kaya dengan vitamin C.
  • 100 g pucuk paku pakis segar mengandungi 26.6 mg atau 44% daripada tahap yang diperlukan setiap hari.
  • Vitamin C adalah larut air dan merupakan anti-oksida.
  • Bersama sebatian flavonoid seperti karotin, ia membantu melawan radikal bebas yang berbahaya dan menawarkan perlindungan daripada kanser, keradangan, batuk, virus dan selsema.
5. Pucuk pakis adalah sumber yang sangat baik untuk mineral dan elektrolit terutamanya kalium, besi, mangan dan tembaga.
  • 100 g pucuk segar mengandungi 370 mg atau 7% daripada tahap harian kalium.
  • Potassium merupakan elektrolit mesra jantung yang membantu mengurangkan tekanan darah dan kadar jantung dengan menangani kesan natrium.
6. Mengandungi vitamin B Compleks seperti niasin, riboflavin dan thiamin.

Khasiat Banyak Hilang Lepas Sayur Dimasak 

Pucuk paku pakis yang dikutip segar adalah sayuran organik 100%. Kalau beli sayur nie memang akan buat masak lemak cili api...sedappp..tapi tulahkan bila dah masak atas api dapur tu...khasiatnya banyak hilang...nutrisi2 yang saya cerita kata atas tadi tinggal separuh je...tambah2 lagi masak berkuah nie...pastu bila nak makan malam kita panaskan lagi..setiap kali nak makan pansakan...yelah masak lemak nie sedap makan panas2 kan...makin layulah daunnya..maknanya makin banyaklah khasiat yang hilang..silap2 tinggal hampasnya aje.

Suplemen Untuk Tampung Keperluan Vitamin Dalam Badan

Sebab tulah nak tak nak kene ambil suplemen atau vitamin untuk make sure yang badan kita dapat cukup nutrisi sebab kita tak tahu berapa banyak yang kita terima dari sayur yang kita makanhari-hari tu..kalau sikit sangat yg kita dapat takut nanti tak dapat nak tampung keperluan badan kita..tambah2 lagi dengan keadaan persekitaran kita sekarang yang udaranya sangat-sangat kotor...badan kita pun tak dapat nak menahan toksin-toksin nie..tapi InsyaAllah dengan bantuan suplemen badan kita boleh lawan dan InsyaAllah risiko nak kene kanser dan penyakit2 kronik lebih rendah 

Suplemen Antioksidan

Contoh suplemen2 Antioksidan yang terbaik untuk kawan2 ambil :

1. Vivix (Resveratrol)
2. Vitamin E
3. Vitamin C
4. Carotomax (Vitamin A )

Suplemen bukan lagi kehendak tetapi keperluan untuk kita😊

Hubungi saya untuk keterangan lanjut
Siti Sarah Mohamad Nor 
Shaklee ID No : 860157
Contact No: 017 2023543
Emel : ladysara84@yahoo.com


19/03/2016

9 Simptom Kanser Yang Kaum Lelaki Perlu Tahu


Assalamualaikum...

Sebuah laporan oleh US Cancer Statistics : 2000 Incidence yang diterbitkan oleh 'Department of Health and Human Services' (HHS) mengatakan kanser yang paling rapat dengan lelaki adalah kanser prostat. Laporan ini telah menunjukkan bahawa kanser prostat sememangnya kanser nombor satu yang paling banyak menyerang lelaki. 

Maklumat berkaitan hal ini telah dikumpulkan daripada 41 buah negeri di Amerika syarikat dan satu bahagian Columbia yang meliputi 84 peratus penduduk negara tersebut. Angka ini meningkat dari tahun ke tahun.

Di dalam laporan tersebut, beberapa penemuan utama yang disebut adalah:
  • Kanser prostat adalah yang paling banyak menyerang lelaki di Amerika Syarikat dan diikuti oleh kanser paru-paru dan kolorektal.
  • Seterusnya kanser pundi kencing menduduki tangga keempat dalam carta kanser dalam kalangan lelaki (lebih banyak menyerang lelaki kulit putih)
  • Tahukah anda, lelaki kulit hitam banyak menghidap kanser mulut dan rongga kerongkong. Untuk lelaki Asia dan Kepulauan Pasifik pula, kanser perut merupakan kes tertinggi
  • Bagi kanak-kanak pula, kebanyakan mereka menghidap leukemia dan kanser sistem saraf. Satu lagi kanser lain yang banyak menyerang kanak-kanak adalah reticuloendothwlial neoplasms (kanser yang melibatkan sel darah putih).
Kaun wanita lebih peka dangan sebarang perubahan yang beraku pada tubuh mereka. Seharusnya lelaki juga perlu begitu. Benar, bukan semua simptom ganjil itu adalah kanser. Namun anda harus lebih peka dalam menjaga kesihatan tubuh anda. Tindakan awal dalam mengenalpasti sebarang perubahan pada tubuh anda boleh membantu merawat penyakit lebih awal. 

9 Simptom Kanser Yang Kaum Lelaki Perlu Tahu

9 Simptom Kanser Yang Kaum Lelaki Perlu Tahu, Kanser, Vivix, Vitamin C, Vitamin E, Caratomax, Kurangkan Risiko Kanser dengan Makanan Yang Tinggi Antioksidan, kanser prostat, kanser testis, kanser pundi kencing, kanser payudara, kanser zakar, kanser kerongkong, kanser paru-paru,kanser kolorektal

Saya senaraikan beberapa simptom yang merujuk kepada jenis kanser yang mungkin anda hadapi. Lebih peka, anda akan dapat mengenal pasti sebarang perubahan pada tubuh anda itu.

1. Sakit atau Sukar Membuang Air

Sekiranya anda merasa sakit atau mengalami kepayahan untuk membuang air, ia berkemungkinan simptom kepada kanser prostat. Aliran air kencing yang lemah juga boleh menjadi punca kepada 2 masalah ini. Seandainya anda kerap membuang air kecil pada waktu malam, eloklah segar merujuk masalah anda kepada doktor. Perhatikan jika ada darah di dalam air kencing anda. 

2. Testis Membengkak

Jika testis membengkak biarpun kecil, ia boleh jadi tanda kepada kanser testis. Oleh itu, lelaki digalakkan untuk buat ujian pada skrotum dan testis mereka setiap bulan.

3.Sebu Perut Yang Berterusan dan Usus Tidak Selesa

Seandainya anda sering sembelit, diarea atau mempunyai angin banyak di dalam perut, segeralah berjumpa doktor. Semua gejala ini merujuk kepada kemungkinan serangan kanser usus.

4. Pelvik Terasa Sakit

Sakit pada pelvik boleh menjadi simptom kanser testis atau kanser prostat. Jika ia berlanjutan selama beberapa hari walaupun selepas anda mengambil ubat, anda harus segera berjumpa doktor.

5. Pedih, Luka dan Ketumbuhan Pada Penis

Semua simptom ini adalah gejala kanser zakar. Ia jarang berlaku tetapi tetap berkemungkinan untuk menyerang anda. Sekiranya terdapat sebarang kelainan pada penis anda, usah bertangguh daripada berjumpa dengan pakar.

6. Buah Dada Berubah

Lelaki juga boleh diserang kanser payudara. Perhatikan buah dada anda. Sekiranya terdapat cecair luaran biasa, anda harus segera ke hospital. antara lain gejala kanser payudara adalah kulit yang berkedut dan bersisik pada bahagian tersebut.

7. Turun Berat Badan

Jika anda turun berat badan secara mendadak, ia bukan perkara biasa. apatah lagi jika anda tidak berdiet mahupun melakukan sebarang aktiviti kecergasan. Lelaki mudah turun berat badan, tetapi berat badan yang turun secara mendadak boleh menjadi simptom kepada penyakit-penyakit bahaya.

8. Batuk Berterusan dan Sukar Bernafas

Jika bukan kerana demam atau masalah kesihatan normal yang lain, batuk dan sukar bernafas boleh menjadi simptom kanser paru-paru

9. Asyik Letih

Keletihan melampau adalah simptom paling klise yang dikaitkan dengan serangan kanser. Seandainya anda sering mengalami keletihan yang mengganggu aktiviti harian anda, berwaspadalah. Jangan ambil mudah, seeloknya buatlah pemeriksaan kesihatan.

Kurangkan Risiko Kanser dengan Makanan Yang Tinggi Antioksidan

Amalan gaya hidup yang sihat perlu dititikberatkan untuk mencegah dari risiko kanser. Bagi menurangkan risiko kanser ini, ambillah makanan yang tinggi dengan antioksidan seperti buah-buahan dan sayur-sayur hijau. Makanan yang mempunyai antioksidan membantu mengawal radikal bebas dalam tubuh badan kita yang boleh merosakkan sel-sel dalam tubuh kita. Contoh nutrisi yang kaya dengan antioksida ialah Vitamin C, Vitamin E, Vitamin A dan Resveratrol. keempat-empat nutrisi ini membantu mengurangkan risiko kanser. Buah anggur dan beri antara sumber yang paling tinggi antioksidan. Pengambilan suplemen juga sangat digalakkan supaya anda mendapat khasiat antioksidan yang optimum. Anda boleh mengamalkan Sustained Realease Vita C Plus, Vita E Complex, Caratomax dan Vivix bagi mendapatkan keempat-empat nutrisi tersebut.  Di dalam Vivix juga terdapat Beri dan Anggur yang merupakan antara buah yang paling tinggi antioksidan.

Kebanyakan lelaki akan mengelak daripada berjumpa doktor. Biar sudah sakit teruk sekalipun, sukar untuk memaksa mereka untuk ke klinik mahupun hospital. Sedarlah semakin banyak risiko kanser menyerang kaum lelaki. Bahkan sudah lebih kurang jumlahnya dengan kes kanser dalam kalangan wanita. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Lakukan pemeriksaan kesihatan sepenuhnya bagi melihat keadaan tubuh anda secara terperinci. Ada masanya, simptom-simptom kecil yang tidak menjejaskan keadaan tubuh kitalah yang menjadi punca kepada serangan penyakit  berbahaya. Wahai kaum lelaki sayangilah diri anda !    
       

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

 atau isi form di bawah:
Name:
Email Address:
Massage

Create a web form here

12/11/2015

Atasi Jerawat Akibat Hormon Selepas Bersalin


Assalamualaikum...

Sebelum nie kan saya selalu cerita masalah jerawat saya. Ingatkan saya dah kategori teruk, rupa-rupanya ada yang lebih teruk dari saya. Supermom Shaklee Story telah membongkar satu kisah yang lebih kromik dari saya. Puan Lisa , seorang ibu yang mengalami masalah jerawat disebabkan hormon selepas bersalin. Nak tau sekronik mana masalah beliau, jom baca testimoni beliau nie.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam buat semua,
Nama saya Lisa Laing. Saya seorang ibu dan surirumah. Pengalaman saya bersama Shaklee sangat mengembirakan saya dan keyakinan diri saya kembali bila berhadapan dengan orang.Tiada lagi perasaan rendah diri dan benci pada diri sendiri setiap kali melihat.
Perkongsian saya adalah berkaitan dengan kulit wajah saya yang bermasalah teruk selepas saya melahirkan anak pertama pada November Tahun 2010. Wajah yang bebas jerawat dan bersih licin tiba-tiba dipenuhi dengan jerawat yang sangat teruk. Lebih parah ia sakit bagaikan kulit terbakar bila dicuci.
Pelbagai produk dari harga murah hingga ratusan ringgit telah diguna untuk mengubati masalah jerawat saya. Namun tidak juga sembuh. Tetapi ia membuat muka saya ditumbuhi dengan lebih banyak jerawat,kulit muka kemerahan serta kulit terasa terbakar kepedihan setiap kali muka dicuci.
Saya pernah berjumpa Doktor pakar kulit swasta. Doktor memberitahu bahawa masalah saya timbul disebabkan Hormon Exchange selepas bersalin. Ubat yang dibagi doktor memang membantu tetapi bila tidak meneruskan pengambilan ubat yang dibagi doktor jerawat saya timbul dan lebih parah lagi jerawat muka saya semakin teruk. Bayangkan dalam 1 bulan perlu follow up 2 kali dalam 1 bulan. Dalam 1 bulan sahaja ratusan ringgit melayang tanpa kesan memuaskan. Saya sangat berputus asa.
Itulah kisah saya tanpa Shaklee.
Permulaan saya bersama Shaklee bermula apabila saya melayari internet. Banyak sangat testimoni berkaitan kebaikan Shaklee di internet. Hati saya tergerak untuk mencuba produk Shaklee.
(Jika tidak silap saya mula mengenali Shaklee pada tahun 2012.)
Saya merasa bersyukur sangat kerana Shaklee  telah membantu saya dalam  mengatasi kulit muka yang ditumbuhi  jerawat teruk . Kini jerawat teruk bagaikan membakar wajah saya telah hilang buat selamanya. Terima Kasih sangat kepada pengasas Shaklee ini kerana telah mengeluarkan produk yang sangat terbaik.
Sekarang tanpa meneruskan pengambilan Shaklee kulit muka saya tetap sihat dan bebas jerawat. Ada pun jerawat timbul jerawat nakal yang datang sekejap sehaja.
( Hampir 1 tahun mulai 2014 tidak meneruskan pengambilan Shaklee kecuali ambil Vitamin C sahaja )
Lebih mengembirakan saya ialah sekarang saya tidak perlu guna makeup tebal bila berjumpa kawan. Kadang tanpa makeup pergi ke kedai.
Ini adalah senarai produk yang saya ambil:
1) Awal pengambilan hanya dengan Vitamin C dan ESP
2) Bulan seterusnya ada bajet saya tambah Alfafa
3) Ada bajet lagi saya beli GLA untuk bantu stabilkan hormon
4) Bulan seterusnya saya beli Vitamin E
5) Disebabkan saya tidak dapat guna sebarangan produk pencuci muka saya pun mencuba Enfuselle Gel Cleansing. Tidak memedihkan kulit muka saya.
Lihat sendiri testimoni saya. Gambar dulu dan terbaru sekarang (6/10/2015). Tanpa pengunaan berterusan tiada lagi jerawat teruk timbul walaupun saya baru lepas bersalin pada 2/8/2015.
Sekian.
Terima Kasih Shaklee.

Atasi Jerawat Akibat Hormon Selepas Bersalin, Vitamin C, ESP, Alfalfa, GLA Complex, Vitamin E, Enfuselle, Jerawat, Suplemen untuk jerawat, Testimoni Jerawat dengan Shaklee, Testimoni Set Kecantikan Shaklee, Hilangkan Jerawat, Jerawat Besar, Jerawat Batu, Priduk tak memedihkan kulit, Pencuci muka yang tidak memedihkan kulit, masalah hormon, jerawatvtumbuh selepas bersalin, masalah hormon selepas bersalin
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kesian sangat kat Puan Lisa nie, sampai tahap rasa benci dan rendah diri pada diri sendiri. Nasib baik ada Shaklee kan. Tengok muka beliau dah bersih dan licin dari jerawat. Apa pun Shaklee is the best, terutama sekali GLA Complex tu. Kalau nak tahu macam mana saya pulak dapat mengatasi masalah jerawat saya, jom klik kat sini.

 
 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

 atau isi form di bawah:
Name:
Email Address:
Massage

Create a web form here

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *