9 Simptom Kanser Yang Kaum Lelaki Perlu Tahu

19/03/2016

9 Simptom Kanser Yang Kaum Lelaki Perlu Tahu


Assalamualaikum...

Sebuah laporan oleh US Cancer Statistics : 2000 Incidence yang diterbitkan oleh 'Department of Health and Human Services' (HHS) mengatakan kanser yang paling rapat dengan lelaki adalah kanser prostat. Laporan ini telah menunjukkan bahawa kanser prostat sememangnya kanser nombor satu yang paling banyak menyerang lelaki. 

Maklumat berkaitan hal ini telah dikumpulkan daripada 41 buah negeri di Amerika syarikat dan satu bahagian Columbia yang meliputi 84 peratus penduduk negara tersebut. Angka ini meningkat dari tahun ke tahun.

Di dalam laporan tersebut, beberapa penemuan utama yang disebut adalah:
  • Kanser prostat adalah yang paling banyak menyerang lelaki di Amerika Syarikat dan diikuti oleh kanser paru-paru dan kolorektal.
  • Seterusnya kanser pundi kencing menduduki tangga keempat dalam carta kanser dalam kalangan lelaki (lebih banyak menyerang lelaki kulit putih)
  • Tahukah anda, lelaki kulit hitam banyak menghidap kanser mulut dan rongga kerongkong. Untuk lelaki Asia dan Kepulauan Pasifik pula, kanser perut merupakan kes tertinggi
  • Bagi kanak-kanak pula, kebanyakan mereka menghidap leukemia dan kanser sistem saraf. Satu lagi kanser lain yang banyak menyerang kanak-kanak adalah reticuloendothwlial neoplasms (kanser yang melibatkan sel darah putih).
Kaun wanita lebih peka dangan sebarang perubahan yang beraku pada tubuh mereka. Seharusnya lelaki juga perlu begitu. Benar, bukan semua simptom ganjil itu adalah kanser. Namun anda harus lebih peka dalam menjaga kesihatan tubuh anda. Tindakan awal dalam mengenalpasti sebarang perubahan pada tubuh anda boleh membantu merawat penyakit lebih awal. 

9 Simptom Kanser Yang Kaum Lelaki Perlu Tahu

9 Simptom Kanser Yang Kaum Lelaki Perlu Tahu, Kanser, Vivix, Vitamin C, Vitamin E, Caratomax, Kurangkan Risiko Kanser dengan Makanan Yang Tinggi Antioksidan, kanser prostat, kanser testis, kanser pundi kencing, kanser payudara, kanser zakar, kanser kerongkong, kanser paru-paru,kanser kolorektal

Saya senaraikan beberapa simptom yang merujuk kepada jenis kanser yang mungkin anda hadapi. Lebih peka, anda akan dapat mengenal pasti sebarang perubahan pada tubuh anda itu.

1. Sakit atau Sukar Membuang Air

Sekiranya anda merasa sakit atau mengalami kepayahan untuk membuang air, ia berkemungkinan simptom kepada kanser prostat. Aliran air kencing yang lemah juga boleh menjadi punca kepada 2 masalah ini. Seandainya anda kerap membuang air kecil pada waktu malam, eloklah segar merujuk masalah anda kepada doktor. Perhatikan jika ada darah di dalam air kencing anda. 

2. Testis Membengkak

Jika testis membengkak biarpun kecil, ia boleh jadi tanda kepada kanser testis. Oleh itu, lelaki digalakkan untuk buat ujian pada skrotum dan testis mereka setiap bulan.

3.Sebu Perut Yang Berterusan dan Usus Tidak Selesa

Seandainya anda sering sembelit, diarea atau mempunyai angin banyak di dalam perut, segeralah berjumpa doktor. Semua gejala ini merujuk kepada kemungkinan serangan kanser usus.

4. Pelvik Terasa Sakit

Sakit pada pelvik boleh menjadi simptom kanser testis atau kanser prostat. Jika ia berlanjutan selama beberapa hari walaupun selepas anda mengambil ubat, anda harus segera berjumpa doktor.

5. Pedih, Luka dan Ketumbuhan Pada Penis

Semua simptom ini adalah gejala kanser zakar. Ia jarang berlaku tetapi tetap berkemungkinan untuk menyerang anda. Sekiranya terdapat sebarang kelainan pada penis anda, usah bertangguh daripada berjumpa dengan pakar.

6. Buah Dada Berubah

Lelaki juga boleh diserang kanser payudara. Perhatikan buah dada anda. Sekiranya terdapat cecair luaran biasa, anda harus segera ke hospital. antara lain gejala kanser payudara adalah kulit yang berkedut dan bersisik pada bahagian tersebut.

7. Turun Berat Badan

Jika anda turun berat badan secara mendadak, ia bukan perkara biasa. apatah lagi jika anda tidak berdiet mahupun melakukan sebarang aktiviti kecergasan. Lelaki mudah turun berat badan, tetapi berat badan yang turun secara mendadak boleh menjadi simptom kepada penyakit-penyakit bahaya.

8. Batuk Berterusan dan Sukar Bernafas

Jika bukan kerana demam atau masalah kesihatan normal yang lain, batuk dan sukar bernafas boleh menjadi simptom kanser paru-paru

9. Asyik Letih

Keletihan melampau adalah simptom paling klise yang dikaitkan dengan serangan kanser. Seandainya anda sering mengalami keletihan yang mengganggu aktiviti harian anda, berwaspadalah. Jangan ambil mudah, seeloknya buatlah pemeriksaan kesihatan.

Kurangkan Risiko Kanser dengan Makanan Yang Tinggi Antioksidan

Amalan gaya hidup yang sihat perlu dititikberatkan untuk mencegah dari risiko kanser. Bagi menurangkan risiko kanser ini, ambillah makanan yang tinggi dengan antioksidan seperti buah-buahan dan sayur-sayur hijau. Makanan yang mempunyai antioksidan membantu mengawal radikal bebas dalam tubuh badan kita yang boleh merosakkan sel-sel dalam tubuh kita. Contoh nutrisi yang kaya dengan antioksida ialah Vitamin C, Vitamin E, Vitamin A dan Resveratrol. keempat-empat nutrisi ini membantu mengurangkan risiko kanser. Buah anggur dan beri antara sumber yang paling tinggi antioksidan. Pengambilan suplemen juga sangat digalakkan supaya anda mendapat khasiat antioksidan yang optimum. Anda boleh mengamalkan Sustained Realease Vita C Plus, Vita E Complex, Caratomax dan Vivix bagi mendapatkan keempat-empat nutrisi tersebut.  Di dalam Vivix juga terdapat Beri dan Anggur yang merupakan antara buah yang paling tinggi antioksidan.

Kebanyakan lelaki akan mengelak daripada berjumpa doktor. Biar sudah sakit teruk sekalipun, sukar untuk memaksa mereka untuk ke klinik mahupun hospital. Sedarlah semakin banyak risiko kanser menyerang kaum lelaki. Bahkan sudah lebih kurang jumlahnya dengan kes kanser dalam kalangan wanita. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Lakukan pemeriksaan kesihatan sepenuhnya bagi melihat keadaan tubuh anda secara terperinci. Ada masanya, simptom-simptom kecil yang tidak menjejaskan keadaan tubuh kitalah yang menjadi punca kepada serangan penyakit  berbahaya. Wahai kaum lelaki sayangilah diri anda !    
       

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

 atau isi form di bawah:
Name:
Email Address:
Massage

Create a web form here

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *