kebaikan kolostrum susu ibu

19/01/2012

kebaikan kolostrum susu ibu


Assalamualaikum....

Apa itu KOLOSTRUM.....Kolostrum adalah makanan pertama anugerah Allah kepada setiap anak apabila ianya dilahirkan ke dunia. Ianya merupakan cairan berwarna kuning yang amat kaya dengan nutrien sebaik sahaja ibu melahirkan anaknya dan sebelum ibunya menghasilkan susu yang normal.

Cecair kuning yang dimaksudkan adalah kolostrum atau susu yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.


Bagi ibu2 yg berjaya memberikan bayi anda kolostrum syabas diucapkan & bagi bakal2 ibu pula saya share disini antara kebaikan kolostrum susu ibu untuk bayi anda nanti.....

  1. Kaya dgn antibodi. Ia boleh melindingi bayi anda dari alergi....
  2. Mengandungi sel putih yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan....
  3. Ia boleh membersihkan meconium dan menolong menghalang jaundis...
  4. Faktor pertumbuhan. Ia boleh menolong untuk mematangkan usus & menghalang drpd sebarang alergi & ketidaktoleransi.
  5. Kaya dengan vitamin A. ia bole mengurangkn jangkitan yg teruk & mengurangkan penyakit mata.

Setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat demi kesihatan dan pertumbuhan bayi yang tercinta. Sesungguhnya kasih ibu sentiasa padu dan salah satu caranya untuk membuktikan kasih itu adalah dengan memberikan nutrisi yang terbaik untuk anak-anak. Dan sesungguhnya, tiada nutrisi lain yang sebaik dan seistimewa susu ibu.


0 comments :

Post a Comment

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *