kebaikan kolostrum susu ibu
Assalamualaikum....
Apa itu KOLOSTRUM.....Kolostrum adalah makanan pertama anugerah Allah kepada setiap anak
apabila ianya dilahirkan ke dunia. Ianya merupakan cairan berwarna kuning yang
amat kaya dengan nutrien sebaik sahaja ibu melahirkan anaknya
dan sebelum ibunya menghasilkan susu yang normal.
Cecair kuning yang dimaksudkan adalah kolostrum atau susu yang dihasilkan oleh
seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya.
Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat
penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini.
Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan
tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada
susu matang, apatah lagi pada susu formula.
Bagi ibu2 yg berjaya memberikan bayi anda kolostrum syabas diucapkan & bagi bakal2 ibu pula saya share disini antara kebaikan kolostrum susu ibu untuk bayi anda nanti.....
- Kaya dgn antibodi. Ia boleh melindingi bayi anda dari alergi....
- Mengandungi sel putih yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan....
- Ia boleh membersihkan meconium dan menolong menghalang jaundis...
- Faktor pertumbuhan. Ia boleh menolong untuk mematangkan usus & menghalang drpd sebarang alergi & ketidaktoleransi.
- Kaya dengan vitamin A. ia bole mengurangkn jangkitan yg teruk & mengurangkan penyakit mata.
Setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang
sangat berkhasiat demi kesihatan dan pertumbuhan bayi yang tercinta.
Sesungguhnya kasih ibu sentiasa padu dan salah satu caranya untuk
membuktikan kasih itu adalah dengan memberikan nutrisi yang terbaik
untuk anak-anak. Dan sesungguhnya, tiada nutrisi lain yang sebaik dan
seistimewa susu ibu.
0 comments :
Post a Comment