Tips Mengekalkan Kecergasan

02/02/2012

Tips Mengekalkan Kecergasan


Assalamualaikum....

Entry kali ni saya nak share beberapa tips untuk membantu anda memiliki kehidupan yang lebih sihat. Untuk mencapainya memerlukan usaha yang lebih bukan hanya melalui pemakanan yg sihat tetapi lebih fokus dalam mendapatkan nutrien yg betul & boleh mengubah gaya hidup anda yg kurang sihat.

1.Menggabungkan Sumber Protein Sihat dalam diet anda

Protein penting bg diet yg sihat, tetapi protein yg berasal dr haiwan mengandungi jumlah lemak tepu yg tinggi. Protein daripada bukan daging seperti soya merupakan pilihan protein terbaik. Protein soya sama dengan protein yang anda dapat dpd daging, ayam, ikan atau pelbagai jenis telur. Protein  soya membantu untuk membina & mengekalkan sel-sel yg sihat seperti kulit, otot, tulang rambut & kuku. Beberapa kajian juga membuktikan yg protein soya mungkin boleh mengurangkan kolestrol.

2.Dapatkan Pemakanan mencukupi

Makan pelbagai jenis makanan dpt membekalkan tubuh anda dgn vitamin & mineral yg mencukupi bg mncapai kesihatan yg optimum, tetapi ia bukan mudah. Mengambil multivitamin mungkin merupakan salah satu cara terbaik bg memastikan anda mendapat semua nutrien yg diperlukan utk kekal sihat & bertenaga.

3.Vitamin B & C


Vitamin-vitamin B memainkan peranan penting dlm metabolisme tenaga yg meningkatkan tahap tenaga tubuh. Pengambilan asid folik (vitamin B9) yg mencukupi amat penting bagi menghalang urat saraf terganggu  terutama bg wanita yang merancang utk hamil  sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan. vitamin c pula penting dalam meningkatkan sistem pertahanan badan & tulang yg sihat bg menyokong gigi, gusi serta keseluruhan bdn.

4.Tambahakan resveratrol & polyphenols

Kajian telah menemui yg penambahan resveratrol & polyphenols ke dlm diet anda dapat membantu utk menggalakkan proses penuaan secara sihat dan meningkatkan tahap tenaga.

5.Aktifkan diri
 
Bersenam secara teratur merupakan sesuatu yg penting dalam mengekalkan kesihatan. bersenam membantu mengekalkan berat badan mengelakkan serangan penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kandungan kolestrol tinggi dan penyakit jantung.

6.Belajar Mengurus Tekanan Dalam Kehidupan Anda
 
Pengurusan tekanan penting dalam memelihara tubuh dan otak yg sihat. Tekanan tidak terkawal boleh meningkatkan risiko insomania, keletihan, kemurungan, penyakit jantung, dan byk lg. Mengamalkan gaya hidup sihat, berfikiran positif & mempunyai masa utk berseronok dan berehat dpt membntu anda melegakan tekanan.

7.Elakkan Merokok & Pengambilan alkohol Berlebihan
 
Merokok & alkohol boleh meningkatkan risiko kronik dan mempercepatkan proses penuaan. Jika anda mempunyai tabiat buruk ini, sekarang merupakan masa terbaik utk meninggalkannya!


Untuk keterangan lebih lanjut boleh:
Hubungi saya di 017-2023543 atau
Email saya di www.ladysara84@yahoo.com atau
PM saya di facebook Siti sarah Mohamad Nor

*this product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

0 comments :

Post a Comment

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *