Perlukah supplement dalam penyusuan

18/03/2013

Perlukah supplement dalam penyusuan


Assalamualaikum...

Pasti ramai ibu yang menyusu confius perlu ke ambil supplement. Terus terang saya memang takde masalah confius sbab supplement mmang rutin saya sejak kecil. Cuma jenis supplement yg saya ambil berubah. Dulu saya ambil multivitamin with iron dan minyak ikan sbab saya ada maslah kurang darah dan antibodi saya tak kuat sejak lahir lagi. Tetapi slpas mlahirkan anak saya sedar saya perlu menambah kprluan suplmnt saya krana saya brkongsi untuk 2 org iatu saya dan anak saya. Saya juga perlu supplmnt yg ssuai mngikut kprluan saya sbg ibu menyusu . Saya lihat ramai ibu menyusu yang mengamalkan Shaklee sbagai suppement mrk dan kesemua mereka berpuas hati dgn hasilnya. Badan smakin sihat dan bertenaga, kulit makin cantik, muka semkin berseri, ceria dan production susu semakin meriah. Saya tertarik untuk mncubanya dan alhamdulillah shingga harini masih mngamalkannya dan saya sangat teruja dapat berkongsi dgn kawan-kawan saya untuk menikmati kehebatan Shaklee...:)

Harini saya share dngan anda kenapa perlu suplement dalam penyusuan...

PERLUKAH SUPPLEMENT DALAM PENYUSUAN

Apakah itu Suplemen/Vitamin/Makanan Tambahan?
Sebenarnya ketiga-tiga suplemen/vitamin/Makanan Tambahan mempunyai maksud yang sama.Sesetengah negara mentakrifkan makanan tambahan sebagai makanan,manakala di kawasan lain, mereka adalah ditakrifkan sebagai dadah atau produk kesihatan semula jadi. Suplemen adalah tambahan kepada diet kita sehari-harian. Ia membekalkan nutrien seperti mineral,serat,asid lemak dan pelbagai jenis lagi yang mungkin hilang atau tidak boleh didapati dalam kuantiti yang secukupnya dalam diet seseorang.Tahukah anda untuk mendapatkan nutrisi yang lengkap anda hendaklah mengikuti Piramid Makanan.

Kenapa Suplemen Penting?
Secara teorinya, jika anda mengamalkan pemakanan sihat dengan imbangan jadual pemakanan yang betul, cukup protein, lemak dan karbohidrat, anda tidak memerlukan makanan tambahan. Semua orang digalakkan mengambil suplemen . Lebih-lebih lagi, anda yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging. Suplemen juga bagus untuk anda yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini, lamakelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien. Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan suplemen . Pengambilan
suplemen akan membantu tubuh berfungsi secara normal. Bagaimanapun katanya, dengan kepantasan hidup pada zaman ini, bukan sesuatu yang mustahil jika ramai daripada kita memilih mengambil makanan tambahan.
Apatah lagi memang anda seorang individu yang menjalani kehidupan serba pantas, hambatan kerjaya selain faktor sekeliling yang tidak mendorong kepada gaya pemakanan yang sihat, mungkin anda perlu memikirkan untuk mengambil makanan tambahan. Apatah lagi jika anda berhadapan dengan satu daripada senario ini:

1. Kerap berada dalam keadaan tertekan sama ada kerana kerja, keluarga dan perhubungan. Keadaan ini akan menyebabkan kelenjar adrenal anda berkerja ‘lebih masa’. Keadaan ini akan menyebabkan sakit kepala dan keletihan atau stress. Mungkin pengambilan vitamin B komplek, E dan C boleh membantu.

2. Sejarah keluarga yang berhadapan dengan ostreoprosis. Membekalkan tubuh anda dengan mineral yang tersimpan dalam tulang boleh menolong mencegah masalah ini. Apatah lagi bagi wanita yang kerap melahirkan anak, bayi bergantung bekalan kalsiumnya daripada ibu. Justeru pengambilan kalsium, magnesium dan vitamin D mungkin membantu anda menangani osteoprosis.

3. Anda kerap diserang selesema. Sistem imun anda mungkin rendah berbanding orang lain. Dalam keadaan ini tambahkan pengambilan vitamin C dan zink.

4. Jika anda merokok, anda memerlukan lebih vitamin C. Selain itu anda mungkin memerlukan kalsium, magnesium dan vitamin D, kerana merokok juga dikaitkan dengan osteoporosis, tetapi sebaik-baiknya berhentilah merokok.

5.Sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditanam di atas tanah yang tidak subur.Penggunaan racun perosak dan bahan pencemar lain yang mempengaruhi kualiti buah dah sayur.

6. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

7. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan , alcohol, minuman keras dan antibiotic mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula dan garam mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.

8. Pengambilan makanan seharian yang tidak mengikut pyramid makanan yang dicadangkan.

9. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya diluar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikbertatkan. Maggi pun jadilah..

Jenis-Jenis Suplemen/Vitamin/Makanan Tambahan

Larut dalam lemak :

Vitamin A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.

Vitamin D
Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.

Vitamin E
Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.

Vitamin K
Bagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.

Larut dalam air:

Vitamin C
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.

VitaminB (B1,B2, B3,B5, B6,B12)
Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.

Makanan yang boleh menggantikan suplemen/vitamin/makanan tambahan 

i) Tomato - kaya dengan vitamin A, C, dan serat juga zat besi.
ii) Avokado - kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C.
iii) Pisang - vitamin A dan C, potasium dan zat besi.
iv) Nanas - vitamin A, B, dan C.
v) Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A.
vi) Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1.
vii) Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2.
viii) Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D.
ix) Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan vitamin E.
x) Kubis dan daun salad - penyumbang kepada vitamin K.

Seandainya anda mengambil supplement untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa suplemen bukanlah salah satu cara untuk membanyakkan susuibu. Suplemen diambil demi memastikan tubuh ibu kekal sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat dan secara langsung mampu membekalkan susuibu kepada si manja.

Sumber asli:
http://arissazoela.blogspot.com

Terpulang kpd anda samada nak mengambil supplement atau tidak. badan anda sendiri anda yg tahukan. Bagi yang perlu  mesti nak tahu supplement apa yang saya ambil untuk pnyusuan saya????

Set 3M, Set Lengkap Brastfeeding.....Teman saya di mana saja...:)



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ]
♥ Contact No :017 202 3543 
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
 

0 comments :

Post a Comment

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *