14 Tips Persiapan Fizikal sebelum Bersalin

06/04/2014

14 Tips Persiapan Fizikal sebelum Bersalin


Assalamualaikum....

Teringat pengalaman saya melahirkan mia. Saya memang sedaya upaya mempersiapkan diri saya dengan fizikal yang kuat. Saya risau sebab saya mempunyai sejarah kesihatan yang tidak berapa baik sebelum - sebelum nie. Saya berharap saya berkemampuan terutama dari segi fizikal supaya kelahiran anak saya berjalan lancar. Alhamdulilah,  dengan izin Allah SWT segalanya berjalan lancar dan mia lahir sihat :)

Mari saya kongsikan beberapa tips dari pembacaan saya untuk ibu - ibu supaya anda lebih bersedia dari segi fizikal.

Persiapan fizikal sebelum bersalin, tips bersalin


1. Pastikan kelengkapan ke hospital telah disediakan dari awal. Letakkan beg kelengkapan anda, bayi dan suami anda dalam but kereta sebaik sahaja kandungab melepasi trimester kedua.

2. Pastikan berat badan tidak naik berlebihan. Makan makanan seimbang supaya bayi anda mendapat zat yang cukup dan badan lebih bertenaga semasa di bilik bersalin kelak.

3. Bermula dari awal trimester ketiga, anda digalakkan banyak bergerak seperti berjalan, turun dan naik tangga dan sbgnya. Amalan ini membantu anda memudahkan lagi proses kelahiran.

4. Tidur 8 jam sehari supaya anda mendapat rehat yg cukup supaya anda lebih bertenaga semasa bersalin nanti.

5. Amalkan berzikir, solat taubat dan solat hajat. Mohon agar dipermudahkan proses bersalin nanti dan bayi lahir sihat dan selamat. Amalakan zikir yang dibaca oleh nabi Yunus ketika di dalam perut ikan paus. "Lailahaillaantasubhanakainnikuntumminazzalimin"....

6. Sebelum ke hospital, pastikan anda makan terlebih dahulu supaya lebih bertenaga semasa bersalin nanti.

7. Buku rekod kehamilan dibawa bersama-sama setiap kali anda keluar. Jika terpaksa bersalin sebelum tiba masa nya, atleast buku tu dapat membantu doktor yg akan menyambut kelahiran bayi anda. Doktor dapat mengetahui tahap kesihatan dan sejarah kesiahatan anda dan anak anda.

8. Pastikan anda menjaga kebersihan diri terutama di bahagian alat kelamin. Pastikan bulu dibahagian intim dicukur dengan sempurna di akhir-akhir trimester kehamilan. Anda boleh meminta bantuan suami anda.

9. Mohon maaf kepada suami, ibu bapa kandung dan mertua anda dan meminta mereka mendoakan kesejahteraan anda dan bayi anda.

10. Sentiasa menjaga dan mengawal corak pernafasan anda . Tarik nafas menggunakan hidung dan lepaskan melalui mulut. Tarik dalam - dalam dan lepaskan sedikit - sedikit terutama ketika kontraksi.

11. Simpan tenaga anda untuk meneran pada waktu sepatutnya. Meneran pada waktu kontraksi sahaja kerana pada waktu tersebut bayi dapat ditolak dengan baik. Anda juga perlu meneran bila bukaan serviks mencapai 10cm. Jika anda lakukan sebelumnya ditakuti rahim anda akan membengkak.

12. Meneran tanpa mengeluarkan suara atau menjerit. Teknik tersebut akan memenatkan anda dan tidak membantu menolak bayi untuk keluar dengan lancar.

13. Jika bekerja, dapatkan cuti lebih awal supaya anda dapat berehat dan mengelak dari stress.
Semoga tips2 nie membantu ibu - ibu diluar sana.

14. Ambil supplement untuk tenaga sebelum masuk ke bilik bersalin supaya bertenaga semasa meneran. Klik sini untuk supplement tenaga.

Semoga tips nie membantu anda terutama yang baru pertama kali menyambut cahaya mata.

 
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *