5 Punca Anak Kurang Makan

14/05/2014

5 Punca Anak Kurang Makan


Assalamualaikum

Anak saya memang sangat susah nak makan suatu ketika dulu. Saya fikir anak saya cerewet dan memilih makanan. Nasi putih memang ditolak mentah-mentah. Baru-Baru ni saya terbaca satu artikel "PUNCA ANAK KURANG MAKAN".



Ada 5 punca yang menyebabkan anak kurang makan dan salah satu dari punca tersebut ada pada anak saya. Jom saya kongsikan 5 punca tersebut.

1. Bosan dengan menu makan yang kurang variasi

2. Makanan ringan pada waktu selang makan

3. Minum susu terlalu banyak

4. Terpengaruh dengan orang dewasa

5. Anak tidak sihat


Anak saya termasuk dalam kategori "minum susu terlalu banyak". Alhamdulillah rezeki anak saya, di usia 3 tahun 3 bulan masih minum susu ibu dan saya masih mampu menyusukan anak saya secara eksklusif. Tambahan sudah 1 tahun lebih saya menjadi WAHM(Work at Home Mom). Saya tak perlu memerah atau pam susu. Disebabkan saya sentiasa berada disampingnya, anak saya memang kerap menyusu menyebabkan dia kurang makan. Tapi saya perasan semakin dia membesar dia lebih banyak bermain dan semakin hari aktiviti menyusu semakin berkurang. Pada masa itu, saya perasan selera makannya mula bertambah hari demi hari.

Mari saya kongsikan TIP bagaimana nak atasi 5 punca di atas.

1. Bosan dengan menu makan yang kurang variasi

Senaraikan menu anak untuk seminggu bagi memudahkan anda menyediakan makanan yang bervariasi seperti nasi goreng, pasta, makaroni, speghetti, roti dan sebagainya. Boleh hias hidangan menu dengan aneka warna dan bentuk yang menarik untuk menarik perhatian anak.

2. Makanan ringan pada waktu selang makan

Beri makanan ringan sekali sekala tidak salah. Seelok-eloknya beri pada waktu yang jauh dengan waktu makan. Gantikan makanan ringan yang tidak sihat ini dengan makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan, sayur kukus, keju, yogourt dan kek butan sendiri.

3. Minum susu terlalu banyak

Apabila anak berusia setahun, ibu bapa perlu melatih anak-anak untuk makan pelbagai jenis makanan. Ibu bapa sepatutnya mengurangkan aktiviti minum susu kepada anak-anak. Galakkan mereka membuat aktiviti-aktiviti yang boleh melekakan mereka dan membuat mereka lupa untuk minum susu. Seeelok-eloknya beri mereka susu selepas makan.

4. Terpengaruh dengan orang dewasa

Anak-Anak memang suka tiru gaya orang dewasa terutama ibu bapa mereka. Jadi ibu bapa perlulah menunjukkan tabiat makan yang betul kepada anak. Makan mengikut waktu dan makan mengikut piramid makanan. Elakkan menyuap anak-anak. Seelok-eloknya biarkan anak makan sendiri supaya mereka lebih berdikari. Bila anak anda makan sendiri, kebarangkalian mengambil makanan dengan kunatiti yang banyak lebih tinggi.

5. Anak tidak sihat

Bina komunikasi yang baik dengan anak anda. Tak perlu paksa jika anak tidak mau makan. Anda boleh berikan anak makanan yang ringan tetapi padat dengan kalori seperti makaroni, nasi dan sebagainya.

Pendek kata, persekitaran dan cara hidup menyebabkan anak kurang selera makan. Pada mulanya, saya juga risau dengan masalah anak saya yang kurang makan. Saya risau anak saya tidak mendapat cukup nutrisi. Kurang nutrisi boleh mengganggu tumbesarannya, mengganggu pencernaannya, mengganggu kesihatannya dan menggagu perkembangan otaknya. Maka, saya mengambil alternatif memberi anak saya multivitamin dan minyak ikan shaklee seawal umurnya 1 tahun . Saya lebih yakin anak saya mendapat nutrisi yang lengkap selepas memberi suppplement kepadanya. . Supplement yag saya beri adalah Meal Shakes dan Omega Guard.

punca anak kurang makan , meal shakes,omega guard, minyak ikan, multivitamin kanak-kanak

Omega Guard

  • Meningkatkan dan mengawal sistem imun  
  • Menyihatkan paru-paru
  • Memperbaiki Alergik/ekzema
  • Memperbaiki Asthma 
  • Mengandungi DHA yang merupakan nutrien utama untuk otak. Ia membantu tumbesaran & perkembangan otak.. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran.

Meal Shakes

  • Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh anak.
  • Kaya dengan protin(tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun.
  • Mengandungi Asid Folik, Biotin, kaya dengan Kalsium dan Magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk prises membesar.
  • Mengandungi Vitamin A, E, C, Zink, Selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak mVlawan jangkitan.
  • Mengandungi Vitamin B yang lengkap, zat besi dan Copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi kulit yang lebih cantik.
  • Kaya dengan serat larut untul membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

0 comments :

Post a Comment

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *