Detox Parasit

Showing posts with label Detox Parasit. Show all posts
Showing posts with label Detox Parasit. Show all posts

06/12/2016

Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat Buat Detox Parasit


Eh...hari nie dah mula detox parasit lah ye 😊

First time saya amalkan detox ialah pada January 2016. Sebelum nie tak pernah terfikir nak detox-detox nie. Tapi sebab terpengaruh tengok kawan-kawan bagi testimoni-testimoni best-best lepas mereka buat detox parasit, saya teringin juga nak buat 😅

Buat Detox Parasit 14 Hari

Saya pun followlah group detox parasit. Buat sorang-sorang memang tak jadilah. Bila ada geng nie semangat nak buat tu lebih sikit. Takdelah hangat-hangat tahi ayam kan 😅. Memang struggle 14 hari buat detox dan resultnya sangat-sangat memuaskan hati. Saya detox January 2016, tapi impactnya sampai ke hari nie tau. Bila fikir-fikir balikkan kenapalah saya tak buat detox nie dari dulu-dulu lagikan 😅. Ini Set Detox Shaklee yang saya amalkan semasa 14 hari berdetox.


Detox Untuk Awet Muda, Detox, Vivix, Alfalfa Complex, DTX Complex, Garlic Complex, nutriferon, Testimoni Detox, Detox Parasit, Kesan Selepas Detox Parasit,kenapa perlu detox, Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat Buat Detox Parasit

Kesan Selepas Detox Parasit

First effect yang ketara lepas detox ialah berat saya turun 4kg lepas 10 hari detox. Pertama kali dengan tubuh badan yang sihat, takde jatuh sakit, hari-hari makan nasi, berat saya turun dengan mudah dan banyak dalam masa yg singkat. Memang rasa ringan badan lepas buat detox. Selera makan saya pun berubah tau. Dahulu saya memang pantang nampak makanan. Makan berpinggan-pinggan. Sekarang dah pandai kawal makan. Sampai ke hari nie berat badan saya masih terkawal. Lepas sebulan detox saya sedar yang jerawat kat muka tak tumbuh langsung. Yang nie memang amazing sangat tau.

Detox Untuk Awet Muda, Detox, Vivix, Alfalfa Complex, DTX Complex, Garlic Complex, nutriferon, Testimoni Detox, Detox Parasit, Kesan Selepas Detox Parasit,kenapa perlu detox


Detox Untuk Awet Muda, Detox, Vivix, Alfalfa Complex, DTX Complex, Garlic Complex, nutriferon, Testimoni Detox, Detox Parasit, Kesan Selepas Detox Parasit,kenapa perlu detox

Kenapa Perlu Detox

Memang bagus amalkan detox nie. Atleast setahun sekali sebab badan kita nie memang hari-hari terdedah dengan bahan kimia dan radikal bebas. Bukan je dari udara semata-mata, malah ia ada dalam makanan kita, makanan yg diproses, makanan dalam tin, makanan yang dipanaskan semula, baju yang kita pakai hari-hari tu kita basuh guna sabun yg berchemical kan. Bahan-Bahan makeup yg kita pakai. Air yang kita minum belum tentu 100 percent bersih. Semuanya menyebabkan kita terdedah pada bahan-bahan berbahaya.

Detox Untuk Awet Muda, Detox, Vivix, Alfalfa Complex, DTX Complex, Garlic Complex, nutriferon, Testimoni Detox, Detox Parasit, Kesan Selepas Detox Parasit,kenapa perlu detox


Makin hari makin banyak toksin berkumpul dalam badan kita, sehinggakan sampai satu tahap organ-organ penapis kita seperti hati, usus dan buah pinggang dah tak mampu nak bekerja. Terlalu kuat sangat bekerja lama-lama penat jugakkan. Bila toksin dah banyak sangat tu yang organ-organ dalam badan kita nie tak dapat nak bekerja secara efficient dan lama-kelamaan akan rosak. Tu belum lagi makanan tak sihat yang kita makan hari-hari tu. Yang berlemak lah, yang tinggi gula lah, yang tinggi garam lah. Masa tu macam-macam penyakit yang datang. Yang paling takut bila penyakit-penyakit tu datang sebelum tua.

Detox Untuk Awet Muda

Sebab tu lah kita perlu bersihkan toksin tu dengan mengamalkan DETOX. Sambil-Sambil tu kita service organ-organ penapis kita supaya kita boleh pakai lebih lama dan awet muda 😊. Tak nak awet muda? Tipulah kan. Semua kalau boleh tak nak nampak tua sebelum usia kan. Hari-Hari pun doa nak kesihatan yang baikkan 😊


So kawan-kawan, apa tunggu lagi !! 

Detox..Detox..Detox...

Badan kita nie pun nak dibelai, nak dimanja jugak k. Bukan belai bawak pergi berurut kat SPA je 😅

Siapa nak detox parasit, meh pm saya. Saya share cara saya detox 😊



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com

04/09/2016

Gemuk selepas Bersalin


Assalamualaikum..
 
Sebelum saya hamil anak kedua, saya sangat gemuk. Badan saya bagaikan dipam-pam. Betullah orang kata, perempuan nie lepas beranak badan akan jadi gemuk kalau tak jaga betul-betul. Memang masa tu baju-baju lama dah tak muat nak pakai. Sebab tu lah selepas bersalin anak kedua saya nekad nak turunkan berat badan saya sebanyak yang mungkin. Alhamdulillah !!! seronok sangat sebab akhirnya saya dah boleh pakai baju lama saya semula.

Jom!!! Saya nak kongsi perjalanan penurunan berat badan saya.

SEBELUM HAMIL - BERAT BADAN BERLEBIHAN 

Pada tahun 2014, iaitu sebelum saya disahkan hamil anak kedua, saya mengalami berat badan berlebihan. Berat badan saya mencecah 67kg sedangkan ketinggian saya hanya 152cm.

Kemudian saya disahkan hamil anak kedua pada November 2014. Saya mengalami alahan yang teruk sehingga berat saya turun sebanyak 5kg. Di sinilah bermulanya berat badan saya menurun. Selepas fasa alahan berlalu berat naik semula. Saya ingat lagi berat sebelum bersalin ialah sebanyak 70kg. Alhamdulillah berat tak banyak naik. Masa ni memang saya amalkan Full Set Hamil Shaklee.

SELEPAS BERSALIN - BERAT TURUN 3 KG

Selepas bersalin (Mei 2015), berat saya turun kepada 64kg. Kembali ke berat asal semasa saya mengalami alahan. Saya berpantang seperti biasa sama macam anak pertama. Cuma pada kali ini saya amalkan Full Set Berpantang Shaklee. Berat badan saya pun maintain 64kg.

SELEPAS BERPANTANG - BERAT TURUN 2KG 

Selepas berpantang saya masih terus berusaha turunkan berat badan saya dengan mengamalkan Set Kurus Shaklee iaitu Cinch Shake, Cinch Tea, Omega Guard dan Vitalea. Saya juga mengikut jadual diet yang pakar nutrisi Shaklee sarankan. Saya cuma harap sekurang-kurangnya berat saya maintain dan kalau boleh saya nak capai ke angka 59kg . Lama juga saya tak timbang berat saya. Pada Disember 2015 saya berkesempatan menimbang berat saya menggunakan karada. Alhamdulillah, berat saya turun 2kg lagi iaitu 62kg.

MARCH 2016 - BERAT TURUN 4KG 

Kemudian, pada March 2016 saya telah mengamalkan Detoks Parasit selama 14 hari. Sepanjang detoks saya mengamalkan "eat clean", diet ikut cara Shaklee diteruskan seperti biasa bersama Set Detoks Parasit Shaklee. Set Detoks yang saya amalkan ialah Vivix, Alfalfa Complex, Garlic Complex dan Dtx Complex.

Selepas 10 hari, saya timbang berat saya menggunakan mesin Karada. Senyum sampai ke telinga bila tengok angka di mesin Karada tersebut. Alhamdulillah berat saya 57kg!!!

Wah!!! Saya turun 4kg dalam tempoh 10 hari !!!! 

Macam tak percaya je tau. Dan paling menggembirakan, saya dah capai lebih dari target sebenar !!! Bukan sahaja turun berat badan dengan cepat, malah jerawat dimuka saya pun dah malu-malu nak tumbuh sekarang. Kulit muka saya makin bersih.

KEKALKAN BERAT BADAN DENGAN SET DETOX PARASIT

Terima kasih pada kawan-kawan detoks yang memperkenalkan Detoks parasit nie dan banyak kongsi tips, resipi dan macam-macam info tentang detoks parasit ni. Kini Set Detoks Parasit menjadi suplemen harian saya. Hari-Hari Detoks insyaAllah badan maintain kurus, kulit maintain cantik dan badan maintain sihat  

Berat Saya turun 4kg dalam tempoh 10 hari, Set Detox, Vivix, DTX Complex, alfalfa, Garlic Complex, berat berlebihan, berat susah, Gemuk selepas Bersalin nak turun, cara turunkan berat dengan mudah, detox parasit, kekalkan berat badan dengan detox parasit, Atasi berat badan berlebihan, Perempuan Makin Gemuk Lepas Beranak
 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

 atau isi form di bawah:
Name:
Email Address:
Massage


Create a web form here

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *