10:34:00
SaraMijie
Sebelum
ini saya lebih banyak berkongsi supplemen dan vitamin untuk ibu menyusu. Entry
kali ini saya nak berkongi pula vitamin untuk ibu hamil.
Dulu
masa saya pregnant saya akan buat checkup setiap bulan di klinik
kesihatan. Saya akan dibekalkan dengan vitamin B, vitamin C, asid folik dan zat
besi(iron). Vitamin-vitamin ini memang perlu diamalkan oleh setiap ibu yang
hamil untuk kesihatan diri dan juga kandungan. Nurse di klinik ada juga
terangkan fungsi-fungsi vitamin ini.
Shaklee
juga ada menyediakan vitamin-vitamin yang sesuai untuk ibu hamil. Fungsinya sama
seperti vitamin yang saya dapat dari klinik kesihatan. Mari kita lihat apa
fungsi-fungsi vitamin ni.
Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari
Vita-Lea adalah multivitamin
jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat
besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun
masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak.
Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.
Vitamin
B Compleks - 1 biji sehari
B
Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga
8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi
mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi
khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan
asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3
bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung.
Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal
minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
Vitamin
C - 1 biji sehari
Melindungi
sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu
dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga
membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem
pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita
nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu
mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan
hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
OsteMatrix(calcium
magnesium) - 4 biji sehari
Ibu
yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi
kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix
mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan
kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang
penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan
gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu
yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku
dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot
terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan
denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan
kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan
jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana
apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya
menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu
mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
Energizing
Soy Protein - minum sehari sekali
Ianya
sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di
dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak.
Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti
sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan
penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami
morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin
menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino
yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu
mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus,
penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan
protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu
memaksimumkan pertumbuhan fetus.
Nanti,
masuk trimester kedua, bolehlah mulakan pengambilan fish oil (biasanya kita
ambil Neurogain). Dalam Shaklee pun ada fish oil, namanya Omega Guard.
Omega
3 (Omega Guard) - 1 biji sehari
Ianya
sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal
pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari
Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia
membantu mengawal paras kolesterol dalam badan
So, itulah dia vitamin2 yang
disyorkan semasa hamil. Maybe ada yang tanya, asid folik takyah ambil ke sebab
takde pulak nampak asid folik dalam set di atas kan? Untuk pengetahuan anda,
pengambilan Vitalea with Iron Formula + B Complex sebenarnya telah membekalkan
jumlah asid folik yang diperlukan oleh preggies iaitu sebanyak 400 mcg (200 mcg
+ 200 mcg). Extra pula sebab vitalea ni dah lengkap dengan iron. Dan extra lagi
sebab vitamin Shaklee adalah vitamin natural, semulajadi BUKAN SINTETIK.
Berminat???
Hubungi saya untuk dapatkan Harga Istimewa !!!!
atau
atau
sms/call 017 202 3543
0 comments :
Post a Comment