ibu hamil

Showing posts with label ibu hamil. Show all posts
Showing posts with label ibu hamil. Show all posts

21/01/2016

Siapa Yang Berisiko mendapat Diabetes Semasa Hamil ?


Assalamualaikum..

Diabetes adalah keadaan di mana badan tidak dapat mengawal kandungan glukos dalam darah. Terdapat 3 jenis diabetes iaitu diabetes jenis 1, diabetes jenis 2 dan Gestational Diabetes, yang berlaku semasa hamil. 2 hingga 14 peratus ibu hamil yang diserang penyakit ini. Pada peringkat pertengahan kehamilan, badan ibu akan menghasilkan lebih insulin untuk bayi. Jika badan tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, ibu akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan menyebabkan Gestational Diabetes. 

Siapa Yang Berisiko mendapat Diabetes Semasa Hamil ?, ESP, Omega Guard, ibu hamil, Kesan diabetes kepada bayi, kesan diabetes kepada ibu hamil, Bagaimana Diabetes semsa ahamil dirawat, supplement untuk mengawal berat badan semasa hamil


SIAPA YANG BERISIKO MENDAPAT DIABETES SEMASA HAMIL?

  1. Terdapat gula dalam air kencing semasa pemeriksaan rutin
  2. Berlebihan berat badan
  3. Mempunyai ibu bapa yang menghidap Diabetes
  4. Pernah melahirkan bayi yang mempunyai berat lahir melebihi 4kg
  5. Pernah mengalami kegugugan berturut-turut, kematian bayi dalam kandungan atau semasa lahir bayi cacat
  6. Pernah menghidapi Diabetes semsasa kehamilan lalu
  7. Mengalami penyakit seperti hipertensi dan polyhydrambios (air mentuban berlebihan) pada kandungan ini
  8. Pernah hamil bayi lebih besar dari usia kehamilan

APA YANG PERLU DILAKUKAN SEMASA HAMIL ?

Semua ibu hamil akan menjalani ujian darah (MGTT) sekiranya mempunyai salah satu atau lebih faktor risiko. Ibu akan mendapat jagaan kehamilan yang rapi oleh doktor  anggota kesihatan dan perlu mematuhi temujanji dan rawatan yang ditetapkan doktor. Kebersihan diri adalah penting dan ibu perlu mengambil pemeriksaan yang disarankan untuk pesakit diabetes, malah pemeriksaan paras glukos berkala di rumah juga perlu dilakukan.

KESAN DIABETES KEPADA IBU HAMIL

  • Hyper/Hypoglycaemia ( kandungan glukos yang berlebihan atau berkurangan dalam darah )
  • Jangkitan kuman di bahagian sulit yang kerap
  • keguguran
  • Polihydramios ( air mentuban berlebihan )
  • pre eklampsia ( kesan hipertensi yang teruk )
  • Komlikasi diabetes seperti retinopati dan kegagalan buah pinggang
  • Mengalami komplikasi disebabkan diabetes yang tidak terkawal seperti sakit buah pinggang.

KESAN DIABETES KEPADA BAYI

  • Berat badan bayi lebih dari 4kg
  • Kecacatan pada saraf tunjang dan jantung
  • Mati dalam kandungan (IUD)
  • Hypoglycaemia ( kurang glukos dalam darah )
  • Lemas semasa lahir
  • Kecederaan pada saraf di bahagian bahu

BAGAIMANA GESTATIONAL DIABETES DIRAWAT ?

Ibu yang mengalami penyakit Diabetes disarankan selalu bersenam dan mengawal cara pemakanan dengan mengambil diet yang seimbang dan sihat yang terdiri daripada karbohidrat, protein tanpa lemak dan lemak jenis baik. Bagi mengawal tahap gula dalam darah, ibu perlu mengurangkan makanan dan minuman bergula dan mengurangkan pengambilan kalori dalam diet.

KAWAL BERAT BADAN

Ibu-Ibu yang baru hamil atau sedang hamil disarankan menjaga berat badan anda supaya tidak berlebihan. Pertambahan berat badan yang sihat bagi jangkamasa 5 bulan pertama adalah 0.5kg setiap bulan dan bagi jangkamasa seterusnya 0.5kg setiap minggu. 

SUPPLEMENT UNTUK MENGAWAL BERAT BADAN SEMASA HAMIL


1. Protein Soya ESP

Bagi mendapatkan protein dan karbohidrat yang cukup, saya mengamalkan Protein Soya ESP. Protein soya ESP ini membantu saya rasa kenyang lebih lama, sekaligus mengawal selera makan yang berlebihan. ESP merupakan diet yang sihat dan sesuai untuk pesakit diabetes. Ia mengandungi protein yang tinggi,  rendah kalori, bebas kolestrol dan mempunyai indeks glisemik yang rendah. Anda boleh klik sini untuk kebaikan ESP yang lain.

Siapa Yang Berisiko mendapat Diabetes Semasa Hamil ?, ESP, Omega Guard, ibu hamil, Kesan diabetes kepada bayi, kesan diabetes kepada ibu hamil, Bagaimana Diabetes semsa ahamil dirawat, supplement untuk mengawal berat badan semasa hamil


2. OMEGA GUARD

Saya juga mengamalkan minyak ikan Omega Guard bagi mengawal berat badan saya. Ia mempunyai Omega-3 yang membantu meningkatkan hormon leptin iaitu sejenis hormon yang mengurangkan rasa lapar. Omega 3 juga membantu meningkatkan metabolisme dan mengawal kolestrol.

Siapa Yang Berisiko mendapat Diabetes Semasa Hamil ?, ESP, Omega Guard, ibu hamil, Kesan diabetes kepada bayi, kesan diabetes kepada ibu hamil, Bagaimana Diabetes semsa ahamil dirawat, supplement untuk mengawal berat badan semasa hamil
 


 
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

 atau isi form di bawah:
Name:
Email Address:
Massage


Create a web form here

21/03/2015

Cara Mengatasi Anemia Semasa Hamil


Assalamualaikum..

Semasa hamil, antara penyakit yang boleh berlaku kepada si ibu adalah Anemia. Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin di dalam darah merah. Hemoglobin merupakan pengankut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

Cara metastasi Anemia Semasa Hamil, Set Ibu Mengandung Shaklee, Vitamin C, B Complex, Asid Folik, Zat Besi, VitaLea, Cara Untuk Mengatasi Masalah Anemia Semasa Hamil, Kesan Anemia kepada Ibu Hamil dan Bayi, Anemia, Cara tamabah darah, Supplement tambaha darah, pil hematinik, pil zat besi, Vitamin Untuk Anemia, Vitamin Untuk Tambah Darah

BAGAIMANA ANEMIA DIKESAN


Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (HB) dalam sel darah merah kurang dari 11gm/dl.

Cara metastasi Anemia Semasa Hamil, Set Ibu Mengandung Shaklee, Vitamin C, B Complex, Asid Folik, Zat Besi, VitaLea, Cara Untuk Mengatasi Masalah Anemia Semasa Hamil, Kesan Anemia kepada Ibu Hamil dan Bayi, Anemia, Cara tamabah darah, Supplement tambaha darah, pil hematinik, pil zat besi, Vitamin Untuk Anemia, Vitamin Untuk Tambah DarahKESAN ANEMIA KEPADA IBU HAMIL DAN BAYI


Ibu boleh mengalami keguguran , tumpah darah semasa dan selepas bersalin dan boleh membawa kepada kematian. Tumbesaran dan perkembangan bayi juga terbantut. Semasa lahir bayi kurang berat badan. Kelahiran tidak cukup bulan juga boleh terjadi dan paling bahaya bayi boleh meninggal dalam kandungan.

CARA UNTUK MENGATASI MASALAH ANEMIA SEMASA HAMIL


1. Tambah Darah Dengan Pil Hematinik

Hematinik terdiri daripada 4 jenis pil iaitu:
  • Pil zat besi (ferrous fumarate)
  • Pil asid folik
  • Pil Vitamin C
  • Pil Vitamin B Compleks

Pil Hematinik sangat penting kerana kandungan zat besi, B Compleks dan asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. pil Vitamin C pula membantu meningkatkan penyerapan zat besi. Pil Hematinik membantu anda pulih dengan cepat dan janin membesar dengan sihat. Ia tidak menyebabkan saiz bayi besar. berat lahir bayi yang normal adalah antara 2.5kg hingga 4kg. Anda boleh makan pil hematinik bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan yang optimum. Elakkan makan pil hematinik dengan air kopi, teh, minuman berkola, minuman bercoklat dan susu. Minuman ini mengandungi bahan yang boleh menghalang penyerapan zat besi. Sesetengah ibu mengalami kesan sampingan seperti sembelit, rasa loya dan pening. Walaubagaimanapun kesan sampingan tersebut hanya sementara sahaja.

2. Tambah Darah Dengan Makan Makanan Kaya Zat Besi

Sumber makanan kaya zat besi yang baik adalah terdiri daripada sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis. sayura-sayuran seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kailan juga mengandungi zat besi. Untuk mengatasi masalah anemia, anda perlu makan sekurang-kurangnya 1 jenis makanan dari sumber haiwan yang kaya dengan zat besi setiap hari. Sekiranya anda vegetarian, anda perlu mengambil makanan dari kombinasi beberapa jenis kekacang seperti kacang hijau, kacang soya dan kacang dhal bersama makanan dan minuman yang tinggi kandungan vitamin C. Di samping meningkatkan lagi pengambilan sayur-sayuran hijau, anda juga perlu makan pil hematinik mengikut arahan.

SET IBU MENGADUNG SHAKLEE MENGANDUNGI PIL HEMATINIK


Alhamdulillah, bacaan HB saya melebihi 11gm/dl. Selain mengamalkan makanan dari sumber zat besi, saya amat konsisten mengamalkan Pil Hematinik ini. Pil hematinik pilihan saya adalah dari Shaklee. Anda boleh mengamalkan Set Ibu Mengandung Shaklee yang lengkap untuk keperluan ibu hamil. Set Ibu Mengandung Shaklee terdiri daripada pil hematinik (Vitalea, Sustained Release Vita C dan B Complex) , kalsium (Ostematrix) , Protein (ESP) dan Minyak Ikan (Omega Guard). 

Cara metastasi Anemia Semasa Hamil, Set Ibu Mengandung Shaklee, Vitamin C, B Complex, Asid Folik, Zat Besi, VitaLea, Cara Untuk Mengatasi Masalah Anemia Semasa Hamil, Kesan Anemia kepada Ibu Hamil dan Bayi, Anemia, Cara tamabah darah, Supplement tambaha darah, pil hematinik, pil zat besi, Vitamin Untuk Anemia, Vitamin Untuk Tambah Darah

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

 atau isi form di bawah:
Name:
Email Address:
Massage


Create a web form here

19/03/2015

Set Ibu Mengandung Shaklee


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, mengandung kali kedua nie saya berpeluang mengamalkan vitamin-vitamin dari Shaklee. Anak yang pertama saya masih belum kenal lagi shaklee. Saya mula kenal shaklee semasa anak sulong saya, Mia Qaisara berusia 4 bulan. Saya suka membaca blog-blog tentang penyusuan dan akhirnya dipertemukan dengan blog-blog tentang vitamin shaklee yang boleh membantu penyusuan saya. Alhamdulillah, dengan bantuan Set Menyusu Shaklee saya berjaya menyusukan anak saya eksklusif hampir 4 tahun. 

Set Ibu Mengandung Shaklee


Saya sedang mengamalkan Set Ibu Mengandung Shaklee untuk kandungan saya yang kedua ini. Supplement-supplementnya lebih kurang dengan Set Menyusu Shaklee. Cuma di sini saya nak terangkan setiap fungsi dan kepentingan supplement tersebut kepada ibu mengandung.

1. Vitalea With Iron

Vitalea With Iron Formula adalah multivitamin dan mineral Shaklee dalam bentuk tablet. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Paling penting, ia mengandungi Zat Besi yang sangat penting kepada ibu yang sedang mengandung terutama bila kandungan telah mencecah 4 bulan ke atas atau trimester kedua. Ibu hamil perlu mengambil kira-kira 300mg Zat Besi setiap hari bagi mengelak Anemia. Anemia boleh menyebabkan ibu keguguran, tumpah darah semasa dan selepas bersalin dan paling bahaya boleh membawa kepada kematian. Bukan sahaja pada ibu, malah kepada bayi anda. Anemia boleh menyebabkan tumbesaran dan perkembangan bayi terbantut , kelahiran bayi kurang berat badan, kelahiran tidak cukup bulan dan bayi boleh meninggal semasa dalam kandungan.

Set Ibu Mengandung Shaklee, VitaLea, B Complex, Vitamin C, OsteMatrix, ESP, Omega Guard, Ibu Hamil, Ibu Mengandung, Supplement Untuk Ibu Mengandung, Supplement Untuk Ibu Hamil, Vitamin Untuk Ibu Hamil, Vitamin Untuk IBu Mengandung, Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung, Vitamin Yang Diperlukan Untuk Ibu Mengandung< Set Ibu Mengandung, Set Ibu Hamil


2. B Complex

B Complex mengandungi 8 kompenan penting Vitamin B, termasuklah 100% Biotin, Asid Folik dan B12. Dengan kelapan-lapan kompenan ini, B Compleks dapat berfungsi dengan lebih seimbang dan berkesan.Vitamin B12 diperluka untuk pembahagian sel-sel dan mensintesiskan protein. Ibu mengandung perlu mempunyai kira-kira 2.6 mikrogram Vitamin B12 dalam diet pemakanan. Asid Folik pula sangat perlu diambil semasa awal kehamilan, malah sebelum hamil si ibu di sarankan mengamalkan Asid Folik. Ibu hamil memerlukan 600mikrogram asid folik sehari. Ia penting dalam pembentukan tiub saraf bayi anda. Tiub saraf ini terbentuk pada awal kehamilan, maka setiap wanita yang merancang untuk hamil disarankan mengamalakn 400 mikrogram asid folik sehari.
Set Ibu Mengandung Shaklee, VitaLea, B Complex, Vitamin C, OsteMatrix, ESP, Omega Guard, Ibu Hamil, Ibu Mengandung, Supplement Untuk Ibu Mengandung, Supplement Untuk Ibu Hamil, Vitamin Untuk Ibu Hamil, Vitamin Untuk IBu Mengandung, Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung, Vitamin Yang Diperlukan Untuk Ibu Mengandung< Set Ibu Mengandung, Set Ibu Hamil

3. Sustained Realease Vita C Plus

Sustained Release Vita C Plus merupakan Vitamin C Shaklee yang mengandungi 120mg bioflavonoid, yang mampu meningkatkan keberkesanan Vitamin C tersebut. Vitamin C sangat sesuai diambil bersama-sama Vitalea With Iron kerana ia sangat membantu penyerapan Zat Besi. Vitamin C juga membantu menngkatkan imunisasi ibu semasa sedang hamil. 
Set Ibu Mengandung Shaklee, VitaLea, B Complex, Vitamin C, OsteMatrix, ESP, Omega Guard, Ibu Hamil, Ibu Mengandung, Supplement Untuk Ibu Mengandung, Supplement Untuk Ibu Hamil, Vitamin Untuk Ibu Hamil, Vitamin Untuk IBu Mengandung, Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung, Vitamin Yang Diperlukan Untuk Ibu Mengandung< Set Ibu Mengandung, Set Ibu Hamil


4. Ostematrix

Ostematrix dibuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Ia mengandungi Kalsium, Megnesium, Fosforus dan Vitamin D, Zinc, Kuprum, Manganes dan Boron. Nutrien-Nutrien ini perlu diambil bersama untuk penyerapan lebiih baik.  Ibu mengandung perlu mendapatkan kira-kira 1200mg Kalsium sehari. Kalsium diperlukan untuk tulang dan gigi bayi anda. Jika anda kekurangan kalsium, anda mudah mengalamai kejang kaki, sakit pinggang, sembelit dan untuk jangkamasa panjang, gigi cepat luruh akibat kekurangan kalsium.
Set Ibu Mengandung Shaklee, VitaLea, B Complex, Vitamin C, OsteMatrix, ESP, Omega Guard, Ibu Hamil, Ibu Mengandung, Supplement Untuk Ibu Mengandung, Supplement Untuk Ibu Hamil, Vitamin Untuk Ibu Hamil, Vitamin Untuk IBu Mengandung, Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung, Vitamin Yang Diperlukan Untuk Ibu Mengandung< Set Ibu Mengandung, Set Ibu Hamil

5. Protein Soya ESP

Protein Soya ESP mrupakan soya Non GMO di mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Setiap 850 gram atau 1 tin ESP dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.  Protein membantu memberi tenaga kepada ibu yang sedang hamil. Protein juga penting untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi. Ibu hamil disyorkan mengambil 60 hingga 70 gram protein sehari.
Set Ibu Mengandung Shaklee, VitaLea, B Complex, Vitamin C, OsteMatrix, ESP, Omega Guard, Ibu Hamil, Ibu Mengandung, Supplement Untuk Ibu Mengandung, Supplement Untuk Ibu Hamil, Vitamin Untuk Ibu Hamil, Vitamin Untuk IBu Mengandung, Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung, Vitamin Yang Diperlukan Untuk Ibu Mengandung< Set Ibu Mengandung, Set Ibu Hamil

6. Omega Guard

Omega diekstark dari ikan laut air sejuk diperairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.Oemga Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA. DHA dalam Omega Guard membantu tumbesaran dan perkembangan otak bayi terutama pada 3 bulan terakhir kehamilan.

Set Ibu Mengandung Shaklee, VitaLea, B Complex, Vitamin C, OsteMatrix, ESP, Omega Guard, Ibu Hamil, Ibu Mengandung, Supplement Untuk Ibu Mengandung, Supplement Untuk Ibu Hamil, Vitamin Untuk Ibu Hamil, Vitamin Untuk IBu Mengandung, Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung, Vitamin Yang Diperlukan Untuk Ibu Mengandung< Set Ibu Mengandung, Set Ibu Hamil

Kita tidak tahu  diet dalam makanan kita setiap hari samada cukup atau tidak mengikut keperluan badan kita terutamanya semasa kita sedang hamil.  Maka, Ibu yang sedang hamil sangat-sangat memerlukan dan disarankan mengambil vitamin tambahan bagi menjamin kesihatan diri dan melahirkan bayi yang sihat. Set Ibu Mengandung Shaklee ini mempunyai nutrisi dan vitamin yang lengkap untuk ibu hamil dan dijamin selamat untuk ibu dan bayi kerana ia diperbuat 100% dari bahan semulajadi.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

 atau isi form di bawah:
Name:
Email Address:
Massage


Create a web form here

06/05/2014

5 Tip Atasi Sembelit ketika Hamil


Assalamualaikum...

Anda pernah mengalami situasi sebegini ?

"Semasa awal kehamilan, saya menghadapi masalah sembelit iaitu najis saya keras. Kadang kala ia menyebabkan pendarahan pada dubur. Masalah sembelit ini berterusan sehingga saya habis pantang. Saya telah diberikan ubat melembutkan najis namun ia tidak berkesan sepenuhnya".

Masalah sembelit merupakan masalah yg sering dialami oleh ibu-ibu yg hamil. Akibat sembelit, najis menjadi keras dan seterusnya menyebabkan luka di bahagian dubur ketika membuang air besar. Penggunaan ubat melembutkan najis merupakan salah satu usaha bagi menyelesaikan masalah ini. Selain daripada penggunaan ubat melembutkan najis anda boleh enggunakan beberap tips lain.

5 Tip Atasi Sembelit ketika Hamil, Ostematrix, Supplement Kalsium & Magnesium, supplement pelembut najis, Ibu Hamil

Tip Atasi Sembelit ketika Hamil

1. Makan lebih banyak bahan makanan berserat 

Amalkan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin semasa hamil kerana ia merupakan sumber makanan yang tinggi serat.
5 Tip Atasi Sembelit ketika Hamil, Ostematrix, Supplement Kalsium & Magnesium, supplement pelembut najis, Ibu Hamil

2. Pastikan minum air dengan secukupnya

Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan najis menjadi lebih keras. 

5 Tip Atasi Sembelit ketika Hamil, Ostematrix, Supplement Kalsium & Magnesium, supplement pelembut najis, Ibu Hamil

3. Senaman seperti berbasikal dan berjalan kaki

Senaman seperti berbasikal dan berjalan kaki didapati memepercepatkan pergerakan usus. Ia mempercepatkan pergerakan najis melalui usus dan seterusnya keluar melalui dubur. 

5 Tip Atasi Sembelit ketika Hamil, Ostematrix, Supplement Kalsium & Magnesium, supplement pelembut najis, Ibu Hamil

4. Cuba buang air besar apabila terasa untuk ke bilik air

Jangan berlengah membuang air besar kerana ia akan menyebabkan perjalanan najis terbantut dan mengakibatkan sembelit. 

5 Tip Atasi Sembelit ketika Hamil, Ostematrix, Supplement Kalsium & Magnesium, supplement pelembut najis, Ibu Hamil

5. Amalkan supplement Kalsium dan Magnesium

Kalsium mengikat hempedu dan lemak di dalam usus dan dibuang dalam bentuk najis besar yg membantu membersihkan kolon. Magnesium menormalkan ketegangan pada kolon, membantu usus mengekalkan air dan seterusnya melembutkan najis dan membantu menggalakakan pergerakan usus lebih lancar. Klik di sini untuk info supplement Kalsium & Magnesium Shaklee.

5 Tip Atasi Sembelit ketika Hamil, Ostematrix, Supplement Kalsium & Magnesium, supplement pelembut najis, Ibu Hamil



"Selamat mencuba dan semoga ibu-ibu ceria sehingga kelahiran si comel nanti :)"

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 


04/05/2014

5 Tips Atasi Kaki Kejang semasa Hamil


Assalamualaikum...

Saya pernah kejang kaki sekali je masa pregnant dulu. Mungkin sebab saya sangat rajin minum susu. Nasib baiklah saya tiada alah pada susu dan saya memang suka susu semasa pregnant. Bagi anda yg tak suka susu jangan susah hati. Mari saya kongsikan tips2 lain selain minum susu.

5 Tips Atasi Kaki Kejang Semasa Hamil, OsteMatrix, Kalsium, Ibu Hamil, Pil Kalsium, Kalsium, Ibu Hamil

5 Tips Atasi Kaki Kejang

1.Pemilihan kasut

Penggunaan kasut yg sesuai dan selesa sepanjang hari sangat penting. Dalam pada itu, gunakan juga stoking sokongan yg boleh membantu anda daripada mengalami kekejangan.

2.Senaman regangan

Buat senaman regangan otot sebelum tidur. Anda boleh melakukannya dgn menarik jari kaki ke arah lutut sambil menolak tumit jauh daripada badan.

3. Banyakkan pergerakan

Elakkan daripada berdiri untuk tempoh masa yg agak lama. Apabila duduk pula, sentiasa putarkan buku lali dan lakukan pergerakan kaki.

4. Supplement Kalsium

Amalkan pengambilan supplement kalsium setiap hari. Sebaik2nya ambil supplement ini sebelum tidur. Jom tengok supplement Kalsium Shaklee di sini.

5. Tinggikan kaki

Alas kaki dengan bantal ketika tidur.Jadi anda dapat meninggikan paras kaki berbanding badan.
 
Tips yang mudah je nie tapi insyaAllah saya yakin ia dapat menceriakan hari anda dalam tempoh kehamilan anda. Rajin-rajin mencari ilmu demi kesihatan anda dan si comel dalam perut tu dan selamat mencuba tips nie :)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

08/04/2014

5 Teknik Kurangkan Sakit Ketika Bersalin


Assalamualaikum..

Sakit Kontraksi semasa bersalin memang tak boleh dielakkan. Saya masih ingat doktor offer saya epidural untuk kurangkan sakit tapi saya menolak atas nasihat mak saya. Nurse hanya beri ubat tahan sakit yang biasa je. Mak risau sebab saya pernah ada sejarah semasa saya kecil, air tulang belakang saya telah diambil  semasa demam panas. Risau mak saya kalau-kalau epidural tu akan beri kesan negetif kepada kesihatan saya terutama tulang belakang saya. 

Saya ada membaca 1 artikal iaitu kaedah menahan sakit secara natural, tanpa bantuan ubat. Suka saya nak kongsikan kepada anda yang tidak mahu menggunakan dadah sintetik, anda boleh cuba panduan nie untuk mengurangkan ketidakselesaan semasa sakit kontraksi.

5 Teknik Kurangkan Sakit Ketika Bersallin

5 Teknik Kurangkan Sakit ketika Bersalin

1. Berkedudukan Tegak

Semasa kontraksi awal, sokong tubuh pada permukaan yg berhampiran. Anda boleh bersandar pada dinding, kerusi atau katil hospital. Jika perlu anda boleh juga melutut.

2. Duduk Menghadap Hadapan

Duduk berhadapan belakang kerusi dan sandarkan diri pada kusyen atau bantal. rehatkan kepala anda pada lengan yang disilangkan di atas belakang kerusi.

3. Melutut ke Hadapan

Melutut dalam keadaan kaki anda dijarakkan dan direhatkan tubuh dengan himpunan bantal yang banyak. Cuba selesakan diri jika memilih kaedah ini.

4. Posisi Merangkak

Melutut dalam keadaan tangan dan lutut di lantai. Condongkan pelvis anda ke hadapan dan ke belakang. Namun jangan sesekali lengkungkan badan.

5. Teknik Meniup

Jangan meneran selagi jururawat tidak menyatakan pintu rahim anda terbuka sepenuhnya iaitu 10cm. Ketika kontraksi sebut huf.. huf.. huf.. seperti meniup untuk mengurangkan rasa sakit kontraksi. Berlutut dan bersandar ke hadapan, rehatkan kepala atas tangan dan arah punggung atas.

Sakit Kontraksi memang tak dapat dielakkan tetapi kita boleh mengurangkan rasa sakit tersebut. Jangan lupa ambil supplement untuk tenaga seperti ESP. Selain tu, jangan lupa berzikir dan menyebut nama Allah. InsyaAllah kita sbg ibu pasti dapat mengharungi rasa kesakitan tu dengan tenang.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

07/04/2014

Bagaimana Rasa Sakit Kontraksi Sebenar ?


Assalamualaikum...

Walaupun dah nak masuk anak yg kedua dan ada yg dah nak masuk ketiga, tapi ramai pulak kawan-kawan saya yg mesti tanya "macam mana nak tahu kontraksi ke tak ye". Yelah jarak anak pertama dengan kedua pun dah dua tiga tahun, memang mudah je nak terlupa dan kadang-kadang 'confius'. Ada juga yang tiada pengalaman langsung atau tak sempat nak merasai sakit kontraksi kerana melahirkan anak secara 'ceasorean' dan ada yang terus di 'induce'.

Untuk memudahkan ibu-ibu diluar sana, saya tulis entry nie khas utk anda. Jadi setiap kali pregnant je bolehlah baca entry saya nie.hihi.....

Apa itu "KONTRAKSI"

Bagi ibu baru yang belum pernah mengalami atau masih tak mengetahui apa itu kontraksi, untuk pengetahuan anda, kontraksi merupakan salah satu petanda bahawa proses kelahiran sudah bermula. Masa ni dah boleh mula kumpul tenaga dari segi mental dan fizikal. Makan ESP pun bagus nie untuk lebih dan sentiasa bertenaga.

Bagaimana Rasa Sakit KONTRAKSI

-Sakit kontraksi mungkin bermula sebagai satu sakit belakang biasa. 

-Anda mungkin akan mengalami kontraksi dalam perut, seakan-akan anda sedang senggugut. 

-Apabila kontraksi semakin kerap, anda dah boleh mula mencatat masa. 

-Jangan risau atau panic atau tergesa2 utk ke hospital, kecuali kontraksi yg dialami sangat kerap iaitu selang 5 minit, anda akan berasa sangat sakit. 

-Ukur masa kontraksi selama sejam. 

-Perhatikan bila masa setiap satu bermula dan berakhir. 

-Kontraksi ini sepatutnya menjadi lebih kuat dan kerap dan berlanjutan selama sekurang-kurangnya 40 saat apabila kelahiran disahkan.

-Bermula dari saat mengalami kontraksi, anda digalakkan melakukan pergerakan tetapi lakukannya dengan berjalan perlahan-lahan. Boleh berehat sebentar, tetapi jangan baring di atas katil terlalu lama kerana ini boleh melambatkan proses kelahiran bayi anda.

-Untuk hilangkan rasa berdebar atau sakit, anda boleh menenangkan diri dengan mandi menggunakan air suam. Telan B Complex untuk rasa lebih tenang. Tetapi kalau air ketuban dah pecah jangan lakukan ye. Terus je ke hospital. 

Bagi ibu - ibu yang 'CONFIUS' samada kontraksi tersebut adalah PALSU (BRAXTON HICKS) atau SEBENAR. Jadual di bawah menunjukkan perbezaan KONTRAKSI BRAXTON HICKS dan KONTRAKSI SEBENAR. 

Bagaimana Rasa Sakit Kontraksi ?, Kontraksi, Braxton Hicks, Ibu Hamil, ESP, B Complex

Semoga perkongsian ini membantu bakal- bakal ibu. Selamat menyambut baby baru dan enjoy pengalaman kontraksi anda kerana ia pengalaman yang sangan manis dan berharga buat anda.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

05/04/2012

Cara Atasi Masalah Kurang Darah Semasa Hamil


Assalamualaikum...

Saya nak share lah pada bakal ibu2 diluar sana.....saya jumpa info nie kat sini.....memang info yang bagus untuk anda iaitu masalah kurang darah atau hb rendah yang memang sering diperkatakan dan merungsingkan ibu2.... Kurang darah adalah keadaan dimana paras darah merah kurang dari normal iaitu kurang dari 11 gram/dl.

Penyebab Kurang Darah

1~Kurang memakan makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B12
2~Kerap mengandung iaitu kurang dari 2 tahun.
3~Jangkitan cacing
4~Masalah perubatan seperti malaria,thalasemia,leukemia,buasir dan pendarahan dari faraj.

Tanda-Tanda Kurang Darah

1~Pucat
2~Rasa letih lesu dan tidak bermaya
3~Sentiasa rasa pening
4~Rasa pitam bila bangun
5~Kebas kaki dan tangan
6~Rasa mengah dan berdebar-debar
7~Degupan jantung cepat

AKIBAT KURANG DARAH

Kesan Kepada Ibu :

1~Mudah mendapat jangkitan
2~Jika berlaku pendarahan keadaan akan lebih mudarat
3~Mudah mendapat penyakit lemah jantung
4~Kematian ibu

Kesan kepada anak akibat kurang darah yang teruk 

1~Keguguran
2~Pembesaran janin terbantut
3~Anak lahir tidak cukup bulan
4~Anak lahir kurang berat badan
5~Anak mati dalam perut

Meningkatkan Pengambilan Zat Besi Melalui Makanan

  • Ambillah makanan yang seimbang.
  • Ambillah makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, lala, tiram, ikan bilis, sardine, ikan cencaru, hati ayam, hati lembu dan daging sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.
  • Ambil bersama buah-buahan yang mengandungi vitamin c untuk menggalakkan penyerapan zat besi seperti jambu batu,mata kucing,betik,limau,rambutan,durian belanda,belimbing besi,kwini,kedondong,mangga dan nenas.
  • Pilih sayur yang tinggi zat besi dan folat seperti pegaga, peria, kangkung, pucuk keledek, pucuk paku, ulam raja, bayam,pucuk gajus,daun pudina,cekur manis, dan daun remunggai.
  • Masak sayur-sayuran bersama perencah seperti kerang, ikan bilis, bebola ikan, kek ikan,hati,daging atau telur untuk menambah kandungan zat besi.
  • Perah air limau keatas makanan seperti sambal belacan.
  • Elak meminum teh,kopi atau ssusu bersama hidangan makanan utama atau ketika mengambil pil zat besi. Teh , kopi atau susu boleh menghalang penyerapan zat besi. Sebaliknya ambillah air limau atau jus buah-buahan lain.

Pengambilan Pil Zat Besi

1~Ambillah pil zat besi ,asid folik (B Complex),Vitamin C yang dibekalkan klinik kesihatan. Ini kerana makanan sahaja tidak boleh memenuhi keperluan zat besi yang tinggi ketika mengandung.

2~Ambillah pil-pil tersebut mengikut nasihat doctor sebaik-baiknya 2 jam selepas makan, bersama satu gelas air limau atau air masak. Elakkan mengambilnya bersama teh, kopi atau susu.

3~Pengambilan pil zat besi mungkin memberi kesan seperti mual-mual,sembelit,sakit perut dan najis berwarna hitam. Ini tidak merbahaya.


Saya setuju dengan info diatas....pengambilan pil zat besi perlu ketika mengandung kerana makanan sahaja tidak boleh memenuhi keperluan si ibu dan anak....bagi saya pula pil boleh diambil selepas makan bersama dengan air masak atau air buah...pil zat besi tidak digalak dimakan bersama-sama dengan susu kerana akan mengurangkan penyerapan zat besi tersebut....untuk mendapat kesan yang memberangsangkan makan lah supplement atau vitamin dengan cara yang betul....Sangat-sangat digalakkan mengambil pil zat besi bersama vitamin C kerana ia membantu penyerapan zat besi dengan lebih optimum....insyAllah masalah kurang darah akan dapat diatasi....

Mltivitamin Shaklee mempunyai Zat Besi
Set Lengkap Shaklee Untuk Ibu Hamil
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543 
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
 

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *