08:00:00
SaraMijie
Assalamualaikum..
Semasa hamil, antara penyakit yang boleh berlaku kepada si ibu adalah Anemia. Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin di dalam darah merah. Hemoglobin merupakan pengankut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.
BAGAIMANA ANEMIA DIKESAN
Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (HB) dalam sel darah merah kurang dari 11gm/dl.
KESAN ANEMIA KEPADA IBU HAMIL DAN BAYI
Ibu boleh mengalami keguguran , tumpah darah semasa dan selepas bersalin dan boleh membawa kepada kematian. Tumbesaran dan perkembangan bayi juga terbantut. Semasa lahir bayi kurang berat badan. Kelahiran tidak cukup bulan juga boleh terjadi dan paling bahaya bayi boleh meninggal dalam kandungan.
CARA UNTUK MENGATASI MASALAH ANEMIA SEMASA HAMIL
1. Tambah Darah Dengan Pil Hematinik
Hematinik terdiri daripada 4 jenis pil iaitu:
- Pil zat besi (ferrous fumarate)
- Pil asid folik
- Pil Vitamin C
- Pil Vitamin B Compleks
Pil Hematinik sangat penting kerana kandungan zat besi, B Compleks dan asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. pil Vitamin C pula membantu meningkatkan penyerapan zat besi. Pil Hematinik membantu anda pulih dengan cepat dan janin membesar dengan sihat. Ia tidak menyebabkan saiz bayi besar. berat lahir bayi yang normal adalah antara 2.5kg hingga 4kg. Anda boleh makan pil hematinik bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan yang optimum. Elakkan makan pil hematinik dengan air kopi, teh, minuman berkola, minuman bercoklat dan susu. Minuman ini mengandungi bahan yang boleh menghalang penyerapan zat besi. Sesetengah ibu mengalami kesan sampingan seperti sembelit, rasa loya dan pening. Walaubagaimanapun kesan sampingan tersebut hanya sementara sahaja.
2. Tambah Darah Dengan Makan Makanan Kaya Zat Besi
Sumber makanan kaya zat besi yang baik adalah terdiri daripada sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis. sayura-sayuran seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kailan juga mengandungi zat besi. Untuk mengatasi masalah anemia, anda perlu makan sekurang-kurangnya 1 jenis makanan dari sumber haiwan yang kaya dengan zat besi setiap hari. Sekiranya anda vegetarian, anda perlu mengambil makanan dari kombinasi beberapa jenis kekacang seperti kacang hijau, kacang soya dan kacang dhal bersama makanan dan minuman yang tinggi kandungan vitamin C. Di samping meningkatkan lagi pengambilan sayur-sayuran hijau, anda juga perlu makan pil hematinik mengikut arahan.
SET IBU MENGADUNG SHAKLEE MENGANDUNGI PIL HEMATINIK
Alhamdulillah, bacaan HB saya melebihi 11gm/dl. Selain mengamalkan makanan dari sumber zat besi, saya amat konsisten mengamalkan Pil Hematinik ini. Pil hematinik pilihan saya adalah dari Shaklee. Anda boleh mengamalkan Set Ibu Mengandung Shaklee yang lengkap untuk keperluan ibu hamil. Set Ibu Mengandung Shaklee terdiri daripada pil hematinik (Vitalea, Sustained Release Vita C dan B Complex) , kalsium (Ostematrix) , Protein (ESP) dan Minyak Ikan (Omega Guard).
*
These statements have not been evaluated by the Food and Drug
Administration. These products are not intended to diagnose, treat,
cure, or prevent any disease.
Untuk order "Produk Shaklee" klik sini
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.
Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!
Untuk Daftar Ahli klik sini
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya:
Siti Sarah Mohamad Nor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ]
♥ Contact No :017 202 3543
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
atau isi form di bawah:
Create a web form here