DOA UNTUK BANYAKKAN SUSU

11/01/2012

DOA UNTUK BANYAKKAN SUSU



Assalamualaikum....

Susu yang mengalir daripada badan ibu adalah rezeki daripada Allah SWT. Selain daripada kerap kosongkan payudara dan minum air masak 3L sehari dan mengambil makanan penambah susu (sama ada makanan semula jadi seperti kurma atau supplemen), apa kata kita check juga hubungan kita dengan Allah. Amalan berdoa juga perlu untuk membanyakkan susu. Si ibu boleh mengamalkan doa-doa dalam Al-Quran InsyaAllah mudah-mudahan dibanyakkan susu.

Amin!!!

  1. Amalkan doa di bawah
    “Ya ALLAH…permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan…AMIN…”
  2. Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi. Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita, anak kita dan banyakkan susu kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan 
  1. juga tafsiran ayatnya
  2. Amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun
    Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.
  3. Amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
Amalkan juga ambil wudhu dan maafkan setiap orang sebelum kita tidur supaya hati sentiasa tenang dan menyebabkan susu lebih mudah untuk mengalir keluar. Perasaan ibu turut mempengaruhi elemen pada bayi tau. Jika menyusu dalam keadaan marah, bayi pun akan menjadi cepat marah. Jadi sentiasalah tenangkan diri dan berfikiran positif supaya elemen-elemen positif dapat dialirkan pada bayi.

sekiranya anda rasa anda perlu supplement or vitamin untuk lebih sihat dan ceria
ladysara84 ada menyediakan 
breastfeeding set...
boleh contact saya untuk dapatkan
PROMOSI TAHUN BARU!!!!!
di:
atau 
atau 
sms/call 017 202 3543
atau 

0 comments :

Post a Comment

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *