Tambah susu badan dengan kaedah Power Pumping

28/03/2012

Tambah susu badan dengan kaedah Power Pumping


Assalamualaikum...


Apa yang anda lakukan sekiranya susu anda merundum?????

kebiasaannya ibu-ibu pasti akan risau bila susu semakin berkurang....sedih dan stress menguasai minda ibu....ada ibu yang mengambil jalan mudah standby awal-awal susu formula takut2 anak menangis kelaparan.......alhamdulilllah...bagi ibu yang sedang membaca entry ini anda dibukakan pintu hati oleh Allah SWT untuk meneruskan penyusuan untuk anak tersayang....tindakan yg anda buat ini adalah betul dengan mencari maklumat serta menimba ilmu bagaimana cara untuk meningkatkan kembali susu anda......

Sebenarnya banyak cara untuk meningkat kan kembali production susu kita...disini saya kongsikan salah satu cara untuk meningkatkan kembali penghasilan susu anda iaitu kaedah POWER PUMPING.....

Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Kalian jgn igt sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

Sumber asli

Power pumping merupakan satu kaedah atau teknik untuk menambah susu...tetapi ia terpulang kepada situasi atau keadaan ibu sendiri untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan dari kaedah tersebut.....perasaan yang tenang dan kesihatan yang baik  sangat la diutamakan kepada si ibu yang menyusu anak...

Mutivitamin, B Complex dan Vitamin C adalah tiga jenis vitamin yang paling optimum untuk menjaga kesihatan serta membantu mengawal emosi si ibu....anda akan berasa tenang dengan pengambilan B Complex....bertenaga dengan pengambilan Vitalea dan Vitamin C sebagai imunisasi untuk membentuk antibodi dan ketahan badan supaya si ibu tidak mudah jatuh sakit.....kesihatan badan yang baik membantu badan menghasilkan susu dengan lancar.....



Untuk maklumat lanjut sila hubungi 017-2023543 atau email ladysara84@yahoo.com atau PM facebook Siti Sarah Mohamad Nor 

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.                           
Sihat bersama,

0 comments :

Post a Comment

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *