Kebaikan susu ibu kepada anak saya

29/01/2013

Kebaikan susu ibu kepada anak saya


Assalamualaikum...
Pejam celik....pejam celik...bulan depan 14 February anak saya Mia Qaisara dah nak masuk 2 tahun. Maknanya saya hampir mencapai impian saya untuk menyusu mia sehingga 2 tahun. Alhamdulilah!!!!

Saya mula pasang niat untuk beri susu ibu kepada anak saya sejak saya mengandung lagi. Sejak tu saya mula mencari ilmu tentang penyusuan dari internet dan membaca blog ibu2 menyusu. Seronok baca pengalaman mereka, membuatkan saya rasa sangat teruja. Macam-macam yang mereka kongsikan tentang penyusuan. Pasti bakal-bakal ibu diluar sana tertanya-tanya kenapalah saya beria-ia sangat nak beri susu ibu pada anak saya kan. Besar sangat hikmahnya menyusukan anak saya nie. 
Kerana susu ibu jugalah saya bertemu jodoh dengan SHAKLEE...:)


 12 sebab kenapa saya berikan anak saya susu ibu......
  1. Susu ibu sesuai untuk bayi secara semula jadi
  2. Susu ibu dalam keadaan steril dan bebas dari hama dan kuman
  3. Kandungan nutrien yang seimbang
  4. Susu ibu kurang kandungan protien dan kasein berbanding susu ibu. Kasien ialah protien yang dimendakkan daripada susu dan merupakan asas keju dan plastik.
  5. Susu ibu mudah hadam kerana lembut dan cair berbanding susu lembu yang pekat dan susah dihadam.
  6. Susu ibu lebih banyak mengandungi laktase, vitamin dan zat galian yang seimbang. laktase ialah sejenis enzim yang menukarkan gula dalam susu menjadi glukosa dan galaktosa.
  7. Susu ibu mengandungiprotien yang dikenali sebagai lactoferrin yang berkemampuan menghalang pembiakan kuman pada sistem usus bayi dan ini mengurangkan risiko cirit-birit
  8. najis bayi yang minum susu ibu akan menjadi asidik dan ini menyebabkan ketidaksesuaian untuk pembiakan kuman dalam sistem usus
  9. Susu ibu mempunyai sel yang datangnya dari badan ibu dan ia berupaya membasmi jangkitan kuman dan virus serta mengandungi enzim penting untuk menolong sistem penghadaman bayi.
  10. Sistem penghadaman bayi berupaya menyerap kandungan zat besi daripada susu ibu dengan lebih sempurna berbanding susu lembu.
  11. Dari segi psikologi, aksi bayi ketika menyusu merapatkan rangsangan kasih sayang kedua-dua pihak, ibu dan bayi.
  12. Hisapan mulut bayi membawa pelepasan hormon dari hipotalamus dalam otak yang meningkatkan kepantasan dan kecekapan involusi atau pengecutan rahim ibu. Ini menjadikan ibu tidak hamil dan menjarakkan kelahiran selepas penyusuan.
credit kepada Pn Shaidah
sumber : Rahsia minda hebat - Dato' Siti Nor Bahyah & Hj Muhammad Zakaria terbitan Telaga Biru

Nie supplement SHAKLEE yang saya ambil sepanjang penyusuan
Nie lah si kecik tembam Mia Qaisara yang nak masuk 2 tahun dah..

Khasiat Susu ibu tiada tandingan. Selagi masih hidup, selagi kuat, selagi Allah masih memberi rezeki selagi tu saya akan menyusukan anak saya kerana saya mahu yang terbaik untuk anak saya . Alhamdulillah Allah pertemukan saya dengan  SHAKLEE. DIA lebih mengetahui apa yang saya perlukan. Saya memang sangat memerlukannya kerana saya perlu sentiasa kuat, sihat dan cergas untuk mengharungi cabaran meyusu selama 2 tahun nie. 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
 Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543 
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
 

0 comments :

Post a Comment

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *