Fungsi Kalsium Selain Menguatkan Tulang Dan Gigi
Assalamualaikum....
Sudahkah anda minum susu atau sudahkah anda mengambil pil kalsium?Kalau tanya saya, seblum tidur saya dah siap-siap ambil 4 biji Ostematrix sebagai sumber kalsium saya setiap hari. 
Macam iklan kat tv, "Minum Susu Untuk Tulang dan Gigi Yang Kuat dan Sihat".
Tapikan kawan-kawan Kalsium bukan skadar untuk tulang dan gigi  sahaja. Bila saya baca blog  Pn Fiza, barulah saya tahu btapa bsarnya pranan kalsium kpada kita.
Sebenarnya kalsium
 amat penting dalam kehidupan manusia secara keseluruhan. 99% daripada 
sumber kalsium berada dalam tulang dan 1 % lagi berada di dalam darah, 
gigi dan tisu.Kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Kalsium 
memastikan tulang kita padat dan kukuh. Ini bagi memastikan kita boleh 
berdiri tegak. Jika kurang kalsium, tulang kita ada ruang kosong, rapuh dan mudah patah.
Kesuburan. Kajian
 oleh para ilmuan dalam bidang kesihatan mendapati di hujung sperma 
terdapat komponen kalsium yang berfungsi membelah dan menembusi dinding 
telur, kemudian barulah berlaku pembentukan janin. Jadi, sebenarnya 
tidak semudah itu sperma dapat masuk ke dalam ovum, perlu ada kalsium. 
Berita baik untuk mereka yang belum dikurniakan anak. Mungkin perlu 
tingkatkan pengambilan kalsium terutama pada si suami.
Membantu fungsi otot dan jaringan saraf.
 Menurut satu sumber yang saya baca, kajian saraf adalah yang paling 
rumit untuk difahami. Sistem saraf bertugas sebagai pengendali. Ibarat 
stereng kereta. Kalau tiada stereng bagaimana hendak memandu. Kalau 
system saraf kita tidak berfungsi, kita jadi lumpuh. Kalau sesiapa yang 
pernah mengikuti perkembangan komposer terkenal, Seri Bayu pasti tahu, 
betapa beliau menghadapi satu ujian yang hebat iaitu menderita penyakit 
saraf. 1% kalsium yang berada di luar tulang ini, memang kecil tapi besar impaknya pada tubuh manusia.
Kalsium memastikan otot dapat meregang dan mengecut.
 Orang yang merasa kebas atau kesemutan adalah kerana ototnya tidak 
meregang dan berkontraksi. Sewaktu mengandungkan Aisyah, saya pernah 
rasa kejang kaki. Biasa dialami oleh wanita mengandung. Melalui 
pembacaan, ia dikatakan berlaku apabila mesej dari otak tidak sampai ke 
otot dan saraf. Proses penghantaran maklumat inilah yang dipanggil 
neurotransmitter. Ion kalsium membantu pelepasan neurotransmitter. Ketiadaan kalsium
 menyebabkan maklumat tidak sampai kepada penerima iaitu otot dan saraf.
 Akibatnya, badan tidak dapat bergerak kerana tidak menerima arahan. 
Gejala paling ringan ialah, kekejangan otot. Teringat seorang teman 
saya, tiba2 beliau tidak dapat menaip. Doktor mengesahkan beliau ada 
masalah saraf. Apa yang saya tahu, beliau menyusukan anak dan bekerja. 
Mungkin pengambilan kalsium dapat membantu selain ubat-ubatan
Kalsium juga bertindak sebagai alarm kepada system imun.
 Kedatangan virus dan kuman akan dimusnahkan oleh system imun kita. 
Namun, sebelum tentera pertahanan badan kita dapat bertindak, ion 
kalsiumlah yang akan membawa arahan supaya sel-sel imun bertindak 
memerangi virus dan kuman tersebut. Kekurangan kalsium
 menyebabkan system pertahanan badan kita tidak berfungsi sepenuhnya. 
Gejala yang biasa didapati ialah keradangan kulit seperti ekzema, kudis,
 jerawat, dan sebagainya lagi.
Melancarkan sistem jantung dan aliran darah.Jantung
 adalah nadi kehidupan manusia. Otot jantung bergerak apabila menerima 
arahan daripada kalsium. Dikatakan kalsium mengaktifkan sejenis protein 
yang bertindak menggerakkan otot jantung dan mengalirkan darah. Apabila 
kalsium dalam darah kurang, kelenjar parathyroid akan mengarahkan 
kalsium dari tulang masuk ke dalam pembuluh darah. Masalahnya kalsium
 dari tulang ini tidak menjalankan fungsi kalsium di pembuluh darah. Ia 
mengikat lemak di jaringan pembuluh darah sehingga mengakibatkan salur 
darah mengeras, tebal dan menyukarkan aliran darah. Kemudian, 
berlakulah masalah hipertensi atau tekanan darah tinggi. Lebih parah 
lagi, ianya membawa kepada masalah strok dimana anggota badan tidak 
dapat digerakkan.
Saya
 pernah cerita mengenai emak saya, beliau dulu mengalami masalah jantung
 yang agak lemah dan mengambil Aspirin bagi membantu jantungnya 
berdegup. Tetapi sekarang Alhamdulillah, pernafasannya lebih lancar dan 
tidak tersekat-sekat  walau banyak bergerak dan berjalan. Memang benar, 
kalsium menguatkan degupan jantung dan boleh mengurangkan lemak dalam 
darah.
 
Gejala-gejala
 seperti di atas tidak berlaku dalam jangka masa pendek. Ia akan muncul 
apabila melewati usia tua. Ia datang sedikit demi sedikit. Kita tidak 
sedar sehinggalah ia menjadi parah. Tidak mengapa tulang rapuh, gigi 
patah dan rosak tetapi kalau system saraf tidak berfungsi, apalagi yang 
kita boleh lakukan.
Jelas
 sekali, peranan kalsium memberi impak yang cukup besar dalam kesihatan 
manusia dan kelangsungan hidup. Kekurangan kalsium boleh menjadi punca 
serangan pelbagai penyakit kronik. Mencegah itu lebih baik dari merawat.
 Cegahlah sebelum menjadi lebih parah.  
Jom amalkan OsteMatrix macam saya!!!!! 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No  :017 202 3543 
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com

0 comments :
Post a Comment