OBESITI Punca MATI MENGEJUT
Assalamualaikum..
Sekarang
 ni kawan-kawan perasan tak banyak pulak berita orang mati mengejutkan. 
Ada yang umur masih muda lagi, malah badan nampak kuat dan cergas tapi 
tiba-tiba dapat berita meninggal sakit dada je. Tulah sekarang ni 
malaikat maut dah tak mengira usia lagikan. Jadi janganlah kita dah 
tunggu nak tua baru sibuk nak beribadah sbb kita pun tak tahu bila Allah
 SWT nak ambil nyawa kita. 
Tapi
 hari ni bukan tu yg saya nak ceritakan. Apa yang saya nak bincangkan 
kenapa sekarang ni gemar sangat orang mati mengejut . Saya tertarik dgn 
satu blog ni yg mengatakan punca atau kebanyakan penyebab MATI MENGEJUT adalah berpunca dari penyakit DIABETES. katanya lagi penyebab diabetes ni adalah disebabkan OBESITI. Ni memang satu masalah yg besar dan sedang menular dikalangan rakyat malaysia dan saya setuju sangat-sangat.
Jom kita baca.
KEMATIAN mengejut wartawan penyiaran NBC News, Tim Russert, 58, dan
 Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59, pada tahun 2008 
memeranjatkan ramai orang.
Tidak terkecuali Ahli Parlimen Bukit 
Gantang, Roslan Shaharom, 50, dan penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, 
Mohamad Asri Ibrahim, 40, pada tahun 2009.
Kesemua mereka meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung.
Biarpun begitu, petanda awal kepada serangan jantung itu sudah diduga kerana masing-masing merupakan penghidap diabetes.
Perkara
 tersebut diakui oleh Ketua Endikronologi, Pusat Perubatan Universiti 
Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Nor Azmi Kamaruddin.
Jelas Nor 
Azmi, selain daripada kesan fizikal seperti gangren iaitu anggota tubuh 
mati atau membusuk akibat diabetes, penyakit itu juga menjadi pencetus 
kepada pelbagai penyakit kronik yang lain.
“Ramai orang yang 
hanya mengaitkan diabetes dengan kesan buruk yang berakhir dengan kaki 
pesakit terpaksa dipotong. Namun, hakikatnya ia boleh menyumbang kepada 
masalah kesihatan seperti kegagalan fungsi buah pinggang, katarak mata, 
sakit jantung dan serangan angin ahmar,” kata Nor Azmi.
Menurut 
kajian di Amerika Syarikat, sakit jantung yang berpunca daripada 
diabetes merupakan sebab utama kematian di negara itu iaitu sebanyak 55 
peratus. Sebanyak 10 peratus pula kematian disebabkan angin ahmar yang 
berpunca daripada diabetes. 
Obesiti
“Statistik itu hampir sama jika dibandingkan dengan pesakit di Malaysia.
“Justeru
 anda seharusnya mengambil langkah yang penting bagi mengelakkan 
kedua-dua penyakit yang boleh meragut nyawa itu,” katanya ketika 
membentangkan hasil kaji selidik pesakit diabetes PPUKM di Kuala Lumpur 
baru-baru ini.
Dalam kaji selidik tersebut, pihaknya mendapati majoriti penghidap penyakit itu terdiri daripada mereka yang mengalami obesiti.
Perkara
 itu dibuktikan apabila 62 peratus responden dalam kajian tersebut 
adalah terdiri mereka yang mengalami obesiti ketika pertama kali 
didiagnosis dengan diabetes.
“Pesakit yang mengalami obesiti dan 
berat badan berlebihan mempunyai risiko yang besar dalam menyebabkan 
komplikasi penyakit diabetes.
“Justeru perkara utama yang perlu 
dilakukan bagi mengelakkan penyakit jantung dan angin ahmar serta 
penyakit bahaya lain yang disebabkan oleh penyakit diabetes adalah 
dengan mengawal berat badan,” katanya lagi.
Kebimbangan terhadap penularan penyakit tersebut perlu diambil kira
 kerana kira-kira seorang daripada tujuh rakyat Malaysia merupakan 
penghidap diabetes.
Tambah Nor Amin, kaedah utama untuk menjauhkan diri daripada 
masalah diabetes adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Bukan sahaja dengan mengawal makanan yang diambil bahkan bersenam sebagai kaedah pencegahan.
“Jika
 kita mengubah gaya hidup dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat
 sekarang, ini bermakna statistik obesiti dan penyakit diabetes di 
negara ini akan menurun dalam tempoh 20 tahun lagi.
“Memang payah
 untuk mengurangkan berat badan dan mengawal diabetes. Tetapi dengan 
kaunseling yang betul dan intervensi gaya hidup, hal ini boleh diatasi,”
 katanya.
Jelas Nor Azman lagi, ibu bapa seharusnya peka terhadap
 masalah obesiti dalam kalangan anak-anak kerana masalah obesiti di 
peringkat umur tersebut sukar dikawal kerana faktor perkembangan sel.
Berbeza pula seseorang yang mengalami kegemukan pada usia dewasa kerana ia kurang melibatkan penghasilan sel lemak baharu.
“Kegemukan pada usia kanak-kanak melibatkan penghasilan sel. Justeru adalah begitu sukar untuk mengurangkan berat badan mereka.
“Berbeza
 pula bagi golongan dewasa kerana kegemukan berlaku akibat pembesaran 
saiz sel tersebut dan lebih mudah untuk menurunkan berat badan,” tutur 
Nor Azmi. 
Dah tahu puncanyakan. Jadi apa tunggu lagi, bertindak dari sekarang. Kongsikan dengan ibu bapa kita, adik-beradik, suami, isteri, kawan-kawan dan anak-anak betapa pentingnya menjaga berat badan ni, bukan je untuk cantik semata-mata tetapi untuk kesihatan dan kesejahteraan kita bersama.
Ni supplement yang saya amalkan untuk kesihatan saya disamping mengawal berat badan saya...:)
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya:
Siti Sarah Mohamad Nor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ]
♥ Contact No  :017 202 3543
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com

0 comments :
Post a Comment