Langkah Mencegah Penyakit Akibat Jerebu

25/06/2013

Langkah Mencegah Penyakit Akibat Jerebu


Assalamualaikum…

Lama saya tak berblog. Tapi hari ni saya tertarik sangat nak berkongsi dgn kawan-kawan tentang masalah yang sedang melanda negara kita baru-baru ni iaitu Jerebu. Pada hari Ahad yang lepas, Muar mencatatkan bacaan IPU paling tinggi di Malaysia dengan bacaan IPU 746. Bacaan ini memang dah tahap kritikal & sangat bahaya. Seeloknya, kita perlu tahu bacaan IPU terkini di kawasan tempat tinggal kita, supaya kita dapat mengambil langkah berjaga-jaga.
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
·         >>Pembakaran Secara Terbuka
    >>Asap Dari Kilang
    >>Asap Dari Kenderaan
·          
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
NILAI IPU
STATUS
0 - 50
Baik
51 - 100
Sederhana
101 - 200
Tidak Sihat
201 - 300
Sangat Tidak Sihat
301 - 500
Berbahaya

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
·      >>Kanak-kanak
 >>Orang tua
 >>Mereka yang mengalami penyakit
 >>Asma
 >>Bronkitis
 >>Radang paru-paru
 >>Penyakit paru-paru yang kronik
 >>Jantung
 >>Alahan
 >>Perokok
 >>Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
·     >>Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
>>Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
>>Mata terasa pedih dan berair.
>>Hidung berair dan kerap bersin.
>>Kulit badan terasa gatal-gatal.
>>Terasa sakit dada.
Langkah Mencegah Penyakit Akibat Jerebu :-
·    >>Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
>>Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
>>Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
>>Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
>>Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
>>Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
>>Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
>>Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
>>Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
>>Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
>>Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
Sumber : www.moh.gov.my
Untuk menghadapi masalah udara yang tidak sihat akibat jerebu ini, tubuh kita perlukan air yang lebih untuk menyah toksin yang telah kita hidu dari udara yang tidak sihat ini . Udara yang tidak sihat ini boleh menyebabkan kita diserang penyakit. Maka, anda sangat digalakkan minum air yang banyak dan mengambil Performance Drink bagi mengekalkan kandungan air tersebut
Performance Drink merupakan minuman hidrasi yang membantu badan kita dari kekurangan air. Ia terlarut lebih cepat berbanding air, pilihan eklusif untuk mendapat tenaga berpanjangan, membekalkan bendalir dan elektrolit yang pentinng untuk membantu mencegah penyahidratan, terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Untuk order klik sini



Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya:

Siti Sarah Mohamad Nor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ]
♥ Contact No :017 202 3543
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com

0 comments :

Post a Comment

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *