7 Senarai Kelengkapan Bayi Baru Lahir

10/07/2014

7 Senarai Kelengkapan Bayi Baru Lahir


Assalamualaikum...
Seronok, berdebar, takut, tak sabar, excited bila hampir tiba harinya terutama pasangan yang baru pertama kali nak menimang cahaya mata. Yang paling excited bila nak prepare barang-barang untuk si comel yang bakal lahirkan. Kalau boleh semuanya nak perfect.
7 perkara penting yang anda perlu masukkan dalam checklist/ semnarai kelengkapan bayi yang baru lahir.

1. Pakaian Bayi

Sediakan pakaian asas dan pakaian lain setelah bayi mula membesar. Anda digalakkan membeli pakaian bayi bersaiz 6 bulan ke atas. Pakaian mestilah yang mudah disarung dan dari kain kapas dan baju berlubang.
  • Sarung tangan
  • Sarung kaki
  • Baju lengan panjang & pendek
  • Seluar pendek dan panjang
  • Rompers
  • Topi

2. Mandian

Bayi perlu dibersihkan setiap hari bg mengelak drpd jangkitan kuman, memberi rasa lebih selesa dan segar kepada bayi. Bagi bayi yg mengalami alahan atau eczema, gunakan set mandian khas utk mengelakkan iritasi kepada kulit bayi. Beli set mandian yang kecil takut2 set tersebut tak sesuai dengan kulit bayi.
  • Bath Tab
  • Penggalas tab mandian bayi
  • Tuala muka
  • Tuala mandi
  • Mandian bayi
  • Syampu bayi

3. Lampin

2 pilihan lampin iaitu lampin pakai buang atau lampin kain moden. Anda boleh pilih ikut keselesaan bayi dan memudahkan anda. Terdapat juga beberapa barangan sampingan diperlukan bagi memastikan kebersihan bayi setiap masa.
  • Lampin kain moden/ pakai buang
  • Tisu basah
  • Pelapik menukar lampin (Changing Map)
  • Beg lampin (utk mengisi lampin dan eksesori kebersihan bayi yg digunakan semasa keluar bersiar-siar)

4. Penjagaan Diri

Bayi mudah dijangkiti penyakit kerana sistem imun badannya masih belum matang. Sebab tu kita perlu menjaga rapi kebersihan diri bayi.
  • Bedak bayi
  • Losen bayi
  • Minyak bayi
  • Sikat/berus rambut
  • Minyak telon
  • Pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Krim anti ruam lampin (Herbal Blend Cream)
  • Kain bedung
  • Kain barut bayi

5.Tidur

Anda memerlukan beberapa barangan untuk memastikan bayi dapt tidur dengan lena.
  • Katil bayi
  • Tilam bayi
  • cadar
  • selimut
  • bantal bersaiz kecil
  • bantal panjang

6. Penyusuan

Penyusuan secara eksklusif adalah sangat digalakkan bagi membantu sistem imun bayi yang masih belum matang.
  • Pam (manual/bateri/elektrik)
  • Bekas penyimpan susu ibu (bottle storage)
  • Beg pendingin (cooler bag)
  • Pak ais (Ice Pack)
  • Supplement untuk ibu (klik sini untuk lihat set menyusu)

7.Kelengkapan Perjalanan Bayi

Penting selepas pantang nanti. Ibu zaman moden memang suka aktiviti di luar. Tapi kesian pada anak kecil yang tidak selesa dengan persekitran diluar. Maka kelengkapan perjalan bayi nie sangat diperlukan untuk membantu si ibu, meringankan beban kepenatan si ibu dengan aktiviti di luar dan memberi keselesaan kepada bayi anda.
  • Car Seat
  • Stroller
  • Baby sling
  • Nursing Cover
7 kelengkapan penting yang perlu anda sediakan untuk bayi anda yang bakal lahir nanti ye. Selamat bershopping. Pasti anda rambang mata nanti nak pilih bermacam-macam barangan bayi yang comel-comel. so jangan lupa bawa 7 checklist nie :)
Letak Picture anak saya, Mia Qaisara...Dulu excited giler prepare barang untuk mia...sekarang dah besar..dah 3 tahun dah :)



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 


0 comments :

Post a Comment

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *