9 Bahan Kimia Rosakkan Kulit

10/07/2014

9 Bahan Kimia Rosakkan Kulit


Assalamualaikum..

APA KANDUNGAN DI DALAM PRODUK KECANTIKAN YANG ANDA PAKAI???


Adakah jawapan anda "TAK TAHU" atau anda sangat PEKA dan MENGAMBIL BERAT kandungan dalam produk tersebut sebelum membelinya. Majoriti membeli dengan hanya berdasarkan testimoni orang lain "PUTIH DALAM TEMPOH 3 HARI".  Terus teruja dan tanpa fikir panjang terus membelinya. Ada juga yang memilih produk kerana harganya yang sangat-sangat MURAH tanpa fikir panjang kualiti dan bahan yang ada dalam produk tersebut. Jangan terkejut, ada banyak produk di pasaran yang menggunakan bahan-bahan berbahaya!!

9 Bahan Kimia Rosakkan Kulit 


Sebagai pengguna, anda dinasihatkan mengambil tahu serba sedikit akan bahan-bahan di dalam produk tersebut. Mungkin hasilnya nampak cantik hari ini, tetapi siap tahu esok lusa ia akan beri kesan yang buruk kepada anda.Lihat senarai bahan bahaya ini dan pastikan ia tiada dalam produk yang anda pakai.

1. PVP/VA

Zat kimia hasil keluaran minyak bumi ini digunakan untuk produk semburan rambut dan kosmetik lain. Dianggap boleh beracun kerana partikel-partikelnya boleh menyebabkan kemasukan bendasing pada paru-paru yang sensitif.

2. STEARALKONIUM CHLORIDE

Dibangunkan oleh industri kain sebagai pelembut kain. Namun zat kimia ini juga terkandung dalam kondisioner dan krim rambut. Bahan ini boleh menyebabkan alahan.

3. MIDAZOLIDINYL UREA AND DIAZOLIDINYL UREA

Ini adalah kandungan yang paling umum digunakan untuk bahan pengawet selepas parabens. Bahan utamanya adalah formaldehid, yang dikenali untuk mengawet mayat, dan sangat berbahaya bagi kesihatan manusia. Ia boleh menyebabkan radang kulit, luka bakar, keradangan dan pengeluaran air mata.

4. METHYL AND PROPYL AND BUTYL AND ETHYL PARABEN

Digunakan sebagai penghambat pertumbuhan bakteria dan untuk melanjutkan had masa luput produk. walaupun diketahui beracun, namun kandungan ini masih banyak digunakan. Kesan yang mungkin berlaku adalah timbul banyak reaksi alahan dan ruam kulit.

5. PROPYLENE GLYCOL

Ini adalah gliserin sayur-sayuran yang dicampur dengan alkohol yang diperbuat dari gandum. Ia ditemui pada beberapa produk kosmetik dan pembersihan wajah. Zat ini boleh menyebabkan kemerahan pada kulit dan radang kulit. kajian terkini menunjukkan bahawa zat ini juga boleh merosakkan buah pinggang dan hati.

6. SYNTHETIC COLORS

Bahan sintetik warna diyakini sebagai penyebar kanser. jika dalam produk kosmetik tertera kandungan ini, jangan sesekali menggunakannya.

7. SYNTHETIC FRAGRANCES

Wangian sintetik yang digunakan dalam produk kosmetik mengandungi banyak bahan kimia berbahaya. Bila anda menggunakan produk wangi maka semua bahan kimia berbahaya boleh diserap dalam aliran darah melalui kulit. Bahan kimia ini boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti sakit kepala, pening, ruam, hiper - pigmentasi, batuk, muntah dan iritasi kulit.

8. SODIUM LAURYL SULFATE (SLS)

Zat sintetik ini biasanya digunakan pada produk shampu untuk membersihkan dan mencipta banyak buih. kesan yang ditimbulkan zat ini adalah iritasi pada mata, ruam kulit, rambut gugur, kelemumur pada kulit kepala dan alahan.

9. TRIETHANOLAMINE 

Sering digunakan dalam kosmetik untuk menetapkan pH dan sebagai asa bagi banyak produk pembersihan. Ia boleh menyebabkan alahan, termasuk masalah mata.

BELI PRODUK KECANTIKAN YANG DIDAFTARKAN  !!!

Penting bagi anda menggunakan produk yang didaftarkan. produk yang belum didaftarkan belum tentu mengikut piawaian pihak berkuasa. Jika anda masih BERDEGIL menggunakannya diTAKUTI memberi kesan sampingan kepada muka, pipi dan bibir anda yang mungkin akan menjadi bengkak, kulit juga boleh menipis dan mengelupas hanya selepas beberapa hari. jadi, buka mata, buka minda untuk memikirkan apa yang terbaik. Cantik tidak salah, asalkan kena caranya.

9 Bahan Kimia Rosakkan Kulit, BELI PRODUK KECANTIKAN YANG DIDAFTARKAN, Set Penjagaan Rambut Prosante, Set Penjaggan Kulit Nutriwhite, Cantikkan Kulit Secara Semulajadi

9 Bahan Kimia Rosakkan Kulit, BELI PRODUK KECANTIKAN YANG DIDAFTARKAN, Set Penjagaan Rambut Prosante, Set Penjaggan Kulit Nutriwhite, Cantikkan Kulit Secara Semulajadi


Saya lebih suka mengamalkan supplement untuk mendapatkan kulit dan rambut yang cantik kerana ia lebih semulajadi dibandingkan dengan produk-produk krim. Untuk lebih detail anda boleh klik Cara Cantikkan Kulit Secara Semulajadi . Namun begitu, jika anda masih ingin menggunakan produk cantik luaran untuk kulit dan rambut, saya syorkan carilah dari bahan semulajadi dan tidak merbahaya. Saya syorkan Set Penjaggan Kulit Nutriwhite dan Set Penjagaan Rambut Prosante . Anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

 atau isi form di bawah:
Name:
Email Address:
Massage

Create a web form here

0 comments :

Post a Comment

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *