Puasa Buat Aktiviti dan Pembelajaran Anak Terganggu?
Assalamualaikum...
Tidak makan dan minum selama hampir 13 jam, dapatkah anak anda bertahan? Terutama bagi anak yang baru mula belajar berpuasa, adakah amalan ini menjejaskan tubuh badan anak-anak? Sedangkan kita yang dewasa ini, kadang kala tidak tahan berpuasa seharian, inikan pula anak-anak. Tetapi jika kita mendalami tentang puasa ini, kita dapati banyak hikmah yang boleh diperolehi dari amalan berpuasa ini, khusunya kepada anak-anak kita.
Manfaat Berpuasa
Puasa dalam islam bererti menahan diri daripada makan dan minum mulai terbit fajar hingga terbenam matahari. Manfaat berpuasa bukan sahaja terbukti seperti diwahyukan al-quran, malah dalam beberapa kajian yang dijalankan sarjana barat mendapati puasa dapat memanjangkan hayat, meningkatkan kualiti hidup, merendahkan trigliserida, menentang rejuvensi sel barah, merangsang penghasilan hormon tumbesaran, merangsang pembaharuan sel dan banyak lagi.
Puasa Buat Anak Tinggi
Seawal 1930, satu kajan pemerhatian yang dilakukan oleh Weston Price menemukan kaum Masai dan Afrika yang hanya makan 2 kali sehari iaitu pagi dan malam sahaja. Pada ketika itu, kaum ini yang bersusukan fizikal tinggi melebihi 6 kaki mengamalkan diet tradisional dan belum terdedah kepada makanan modern (sumber asli yang dimasak, bukan makanan proses). Kaum ini bukan sahaja sihat, tetapi tidak mengalami sebarang kekurangan nutrisi atau masalah dengan tahap kalori yang diperlukan tubuh. Hasil pemerhatian mendapati, tidak makan dalm tempoh sepanjang siang atau berpuasa tidak menyekat kalori yang dimakan pada waktu pagi. Sebaliknya selepas 2 waktu makan tersebut didapati mengaktifkan tumbesaran kanak-kanak dan membolehkan mereka menjadi lebih tinggi.
Puasa Buat Aktiviti dan Pembelajaran Anak Terganggu?
Fizikal dan minda kanak-kanak secara semulajadi bersifat aktif. Perkara pertama dalam fikiran mereka ialah bermain dan menjadikan makan sebagai aktiviti kedua mereka selepas bermain. Bagaimanapun tubuh manusia dicipta dengan sangat unik di mana ia mempunyai keboletahanan untuk hidup. Apabila menyedari tenaga yang disimpan dalam tubuh semakin sedikit, secara automatik ia kan menyesuaikan diri dengan memperlahankan aktiviti bermain untuk menyimpan tenaga yang masih ada. Oleh itu, puasa tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada anak dan mengganggu pembelajaran mereka selagi anak mengambil diet yang betul semasa bersahur. Boleh refer sini 4 sumber makan untuk kekalkan tenaga anak-anak.
Puasa Mendidik Diri
Hakikatnya puasa bukan sahaja tuntutan dalam Islam, malah agama-gama lain juga yang menegaskan amalan puasa dapat menahan nafsu dan mendisiplinkan diri seterusnya mendidik diri supaya bersabar. Oleh itu, jangan ragu-ragu melatha nak berpuasa kerana ia membawa banyak kebaikan kepada fizikal, mental dan sahsiah kanak-kanak.
Untuk order "Produk Shaklee" klik sini
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.
Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!
Untuk Daftar Ahli klik sini
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.
Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!
Untuk Daftar Ahli klik sini
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya:
Siti Sarah Mohamad Nor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ]
♥ Contact No :017 202 3543
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
atau isi form di bawah:
0 comments :
Post a Comment