6 Sebab Anak Kurang Berat Badan dan Tips Mengatasinya
Assalamualaikum..
Kanak-kanak diklasifikasikkan sebagai kurang berat badan apabila graf berat badan untuk umur berada di lengkok pertumbuhan yang bewarna kuning atau merah iaitu kurang -2SD. Rujuk carta pertumbuhan kanak-kanak WHO 2006 di bawah. Carta ni ibu bapa boleh lihat dalam buku
buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-Kanak yang biasa dibekalkan oleh
hospital atau klinik-klinik kesihatan kepada setiap bayi yang dilahirkan
di Malaysia.Di bawah ini contoh rekod anak sulong saya, Mia Qiasara. Alhamdulillah graf cantik.
6 Sebab Anak Kurang Berat badan
- Kurang makan makanan yang kaya tenaga seperti nasi, roti, bijirin
- Kurang makan makanan kaya protein seperti ikan, ayam, daging, telur dan kekacang
- Tidak amalkan dengan kerap iaitu 5 hingga 6 kali sehari
- Kerap mendapat jangkitan penyakit seperti demam, batuk, selsema
- Jangkitan cacing
- Kurang penyeliaan atau perhatian semasa makan
Cara Mudah Untuk Tambah Tenaga Dalam Makanan Anak
1. Nasi atau bubur nasi
Tambahkan ikan atau daging atau ayam yang digaul dengan sedikit minyak atau majerin
2. Roti
Disapukan marjerin atau mentega kacang atau keju
Dicelup telur dan digoreng
Dicelup dalam susu
3. Biskut Tawar
Disapu marjerin atau mentega kacang atau keju
4. Tepung gandum
Ditambah marjerin campur susu campur telur campur sayur
Ditambah telur campur susu campur ikan bilis
5. Ubi
Digoreng dengan minyak atau marjerin
6. Telur
Digoreng dengan minyak atau marjerin
7. Kekacang
Digoreng dengan minyak atau marjerin dibuat bubur campur susu dibuat kuih. Contoh kacang hijau
8. susu
Ditambah serbuk coklat.
Bagi
bayi yang berumur 6 hingga 8 bulan teruskan penyusuan susu ibu sekerap
mungkin selepas makan. Bagi bayi berumur 9 hingga 11 tahu bulan,
teruskan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi. Untuk bayi di bawah 12 bulan
elakkan makanan seperti putih telur, metega kacang dan produk kacang
yang lain, makanan bercengkerang dan beberapa jenis ikan tertentu seperti ikan kembung, pari dan keli.
Tips Menggalakkan Anak Makan
1. Rancang menu anak
2. Sentiasa perkenalkan anak dengan makanan baru
3. Libatkan anak dalam penyediaan makanan
4. Beri makanan kegemaran anak
5. Hidangan makanan beraneka warna dan bentuk
6. Guna peralatan makanan yang pelbagai warna warna dan bentuk
7. Elak memberi snek menghampiri waktu makan utama
8. Elak menyusukan anak menghampiri waktu malam
9. Suap dan beri perhatian semasa anak makan
10. Elakkan memarahi atau memaksa anak makan
11. Beri suplemen atau mutivitamin pada anak
Tips Untuk Anak Yang Mengalami Jangkitan Cacing
Jangkitan cacing berpunca daripada telur cacing yang masuk dari mulut ke perut kanak-kanak. Ada juga telur cacing yang melekat pada tangan anak dan masuk ke dalam perut. Seterusnya membiak dan bersarang di usus perut anak. Jangkitan cacing ini menyebabkan anak kurang selera makan. Makanan yang mengandungi tinggi antibakteria mampu membunuh cacing-cacing tersebut, seperti biji betik, bawang putih dan biji labu.
Tips Beri Makanan Kepada Anak Yang Sedang Sakit
2. Beri kanak-kanak makan dengan kerap dan dalam kuantiti yang kecil.
3. Beri kanak-kanak makanan yang lembut dan padat dengan nutrien
seperti bubur nasi yang ditambah sayur-sayuran dan ayam atau ikan.
Sedikit mentega atau marjerin boleh ditambah ke dalam bubur nasi untuk
meningkatkan kandungan kalori.
4. Beri kanak-kanak makan pelbagai makanan daripada semua kumpulan makanan.
5. Beri kanak-kanak makanan yang lembut atau dilecek jika mereka
menghadapi masalah untuk menelan. Walau bagaimanapun, elak daripada
mencairkan makanan atau susu yang diberi kepada mereka.
6. Bersabar dan berikan makanan yang digemari kanak-kanak untuk meningkatkan seleranya.
7. Pangku kanak-kanak atau biarkan mereka makan dalam keadaan duduk.
Elakkan memberi kanak-kanak makan semasa berbaring kerana ini boleh
menyebabkan mereka tercekik.
8. Jika kanak-kanak muntah, tunggu selama sepuluh minit sebelum meneruskan pemberian air atau makanan.
9. Elak memaksa kanak-kanak untuk makan.
Untuk order "Produk Shaklee" klik sini
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.
Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!
Untuk Daftar Ahli klik sini
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.
Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!
Untuk Daftar Ahli klik sini
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya:
Siti Sarah Mohamad Nor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ]
♥ Contact No :017 202 3543
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
0 comments :
Post a Comment