Bahaya Pemberian Minuman Selain Susu Ibu Kepada Bayi Sebelum 6 bulan
Assalamualaikum...
Saya berpeluang menikmati pengalaman memerah susu dan mengumpul stok susu semasa kelahiran anak sulong saya kerana pada masa itu saya bekerja. Semasa cuti bersalin, saya dah mula sibuk memerah susu untuk mengumpul stok sebagai persiapan semasa saya bekerja nanti supaya anak saya mendapat bekalan susu yang cukup semasa saya sedang bekerja kerana saya tahu makanan terbaik untuk anak saya ialah susu ibu.

Persediaan Penyusuan Untuk Ibu Mula Bekerja
Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak, semasa cuti bersalin, susuilah bayi anda sepenuhnya. Ikut jadual latihan memerah dan mengumpul stok susu seperti jadual di bawah. Mula ikuti jadual tersebut sekurang-kurangnya 4 minggu selepas bayi lahir.
Penyusuan susu ibu sepenuhnya perlu diteruskan sehingga bayi berumur 6 bulan atau 180 hari kerana:
- Dapat memastikan penyerapan zat dan nutrisi yang optimum dari susu ibu.
- Sistem pencernaan dan penghadaman bayi kurang daripada 6 bulan masih belum matang untuk memproses makana selain susu ibu.
- Kandungan air dalam susu ibu adalah 88 peratus sudah mencukupi untuk bayi dan tidak memerlukan air kosong atau air lain walaupun keadaan cuaca panas.
- Pemberian vitamin dan mineral atau ubat-ubatan boleh diberi atas nasihat doktor sahaja.
BAHAYA Pemberian Minuman Selain Susu Ibu Kepada Bayi Sebelum 6 bulan
- Bayi baru lahir mempunyai simpanan air yang mencukupi sehingga air susu dihasilkan.
- Makanan (susu formula, air glukos dan air kosong) tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum sahaja memadai untuk bayi abda pada ketika ini.
- Air atau cecair lain selain susu ibu boleh menghakis salutan perlindungan penyakit pada sistem pencernaan yang dihasilkan oleh susu ibu, bayi akan terdedah kepada risiko jangkitan dan alahan dan risiko keracunan air.
RISIKO Pemberian Minuman / Makanan Sebelum Bayi Berusia 6 bulan
- Tidak mahu menghisap susu ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya.
- bayi keliru puting sekiranya diberi melalui botol.
- Kematian bayi dan kanak-kanak di awal usia.
- Risiko masalah penghadaman, cirit-birit.
- Bekalan susu ibu berkurangan kerana kurang dihasilkan disebabkan kurang rangsangan dari bayi.
- Boleh mengalami bengkak payudara.
- Bayi akan cepat berhenti menyusu susu ibu.
Minuman dan makanan terbaik untuk bayi di bawah 6 bulan ialah susu ibu. Tidak perlu beri makanan atau apa-apa air selain susu ibu kerana ia boleh memberi kesan yang kurang baik kepada bayi anda. Semoga panduan penyusuan ini memberi manfaat dan dapat membantu ibu-ibu untuk meneruskan penyusuan secara eksklusif sehingga 6 bulan walaupun sedang bekerja. Lebih baik lagi jika diteruskan sehingga anak berumur 2 tahun.
Untuk order "Produk Shaklee" klik sini
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.
Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!
Untuk Daftar Ahli klik sini

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya:
Siti Sarah Mohamad Nor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ]
♥ Contact No :017 202 3543
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com