Tips Memerah Susu Ibu Dengan Tangan
Assalamualaikum...
Ibu-Ibu digalakkan meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berumur 2 tahun disamping memperkenalkan makanan pelengkap selepas bayi berumur 6 bulan / 180 hari. Bagi menjayakan penyusuan selepas 6 bulan, susu ibu perlu diperah. Susu ibu perlu diperah bagi tujuan.
- Melegakan bengkak payudara atau saluran susu yang tersumbat.
- Membekalkan susu kepada bayi yang terpisah dari ibunya.
- Mengekalkan dan meneruskan penyusuan susu ibu bagi ibu yang bekerja.
- Meningkatkan penghasilan susu.
- Membekalkan susu kepada bayi yang sakit dan bayi pramatang yang belum bersedia menghisap susu ibu.
Teknik Memerah Susu Ibu Dengan Tangan
- Basuh tangan dengan bersih.
- Duduk dalam keadaan yang selesa dan urut payudara perlahan-lahan.
- Letakkan ibu jari dari sebelah atas payudara berdekatan areola dan jari yang lain di bawah seperti dalam gambar 1.
- Tekan payudara ke belakang ke arah dada, perlu tekan kawasan hitam payudara (areola) seperti gambar 2 dan picit serentak untuk memerah dalam bekas bersih seperti gambar 3.
- Ulang beberapa kali mengikut pusingan untuk mengosongkan semua bahagian payudara seperti dalam gambar 4.
- Perah setiap payudara 5 hingga 10 minit secara bergilir. Setelah selesai memerah, sapukan beberpa titik susu ke atas puting dan keringkan puting.
Cara Minyampan Susu Ibu Perahan
Berikut adalah cara penyimpanan Susu Ibu Perahan mengikut suhu dan jangka hayat susu ibu perahan untuk bayi normal dan bayi sakit.
1. Suhu bilik (25 darjah celcius- 37 darajah celcius)
Bayi normal - 4 jam
Bayi sakit - 4 jam
2. Bilik berhawa dingin (15 darjah celcius-25 darjah celcius) / kurang 15 darjah celcius)
Bayi normal - 8 jam / 24 jam
3. Pembekuan dalam peti sejuk (1 pintu)
Bayi normal - < 8 hari
Bayi sakit - 48 jam
4. Pembeku peti sejuk 2 pintu
Bayi normal - 3 bulan
Bayi sakit - 3 bulan
5. Susu telah cair/ nyahbeku dan disimpan di dalam chiller
Bayi normal - 24 jam (tidak boleh dibekukan semula)
Bayi sakit - 12 jam (tidak boleh dibekukan semula)
Cara Mencairkan Susu Perahan
- Cairkan susu beku perlahan-lahan di bawah air yang mengalir.
- Letakkan dibahagian peti sejuk dingin semalaman.
- Bila sudah cair, rendamkan dalam mangkuk berisi air suam untuk dihangatkan.
- beri kepada bayi dengan menggunakan sudu atau cawan kecil.
PERINGATAN !!!
Jangan panaskan susu ibu perahan dengan microwave atau atas api dapur gas.
Cara Memberi Susu Ibu Perahan Kepada Bayi
- Latihan boleh dimulakan seawal bayi berumur 4 minggu. Dapatkan pembantu untuk melatih bayi minum susu ibu perahan.
- Beri bayi minum melalui cawan sejam awal daripada waktu biasa supaya bayi tidak terlalu lapar dan marah.
- Posisikan bayi duduk dalam keadan menegak 90 darjah kemudian condongkan sedikit di atas ribaan ibu ampu belakang, kepala leher dan punggung bayi.
- Sentuhkan cawan berisi susu ibu menyentuh bibir bayi dan condongkan sehingga susu mencecah lidah, bayi akan mula menjilat dan menelan perlahan-lahan.
InsyaAllah dengan teknik pemerahan susu ibu yang betul dapat membantu ibu-ibu meneruskan penyusuan susu ibu selepas bayi 6 bulan khasnya kepada ibu-ibu yang terpaksa bekerja. InsyaAllah jika kita fikr mudah, pasti jalan yang kita lalui juga mudah. Sentiasa berfikiran positif dalam menjayakan penyusuan susu ibu ini. Saya doakan semoga ibu-ibu yang membaca tips saya ini dan semua ibu-ibu menyusu mencapai penyusuan sehingga 2 tahun. Jika anda perlukan nasihat, jangan segan-segan hubungi saya. InsyaAllah saya bantu mengikut pengalaman saya menyusukan anak saya lebih 2 tahun.
Untuk order "Produk Shaklee" klik sini
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.
Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!
Untuk Daftar Ahli klik sini
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.
Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!
Untuk Daftar Ahli klik sini
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya:
Siti Sarah Mohamad Nor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ]
♥ Contact No :017 202 3543
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com