Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Kepada Ibu dan Bayi
Assalamualaikum...
Semua
ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir
hingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun.
Makanan pelengkap perlu diberi mulai umur 6 bulan. Ini bermakna dari
lahir hingga berumur 6 bulan bayi diberi susu sahaja. Tidak perlu air
atau susu selain susu ibu dan tidak perlu makanan atau bijirin bayi.
Alhamdulillah..saya berjaya menyusukan anak-anak saya lebih 6 bulan. Jangan tak tahu anak saya yang sulong masih menyusu walaupun dah berusia 5 tahun. Tapi takdelah sekerap dulu. Hanya menyusu manja-manja je. Anak kedua saya nie sekarang dah berusia 9 bulan. Bagi saya menyusukan anak dengan susu ibu adalah suatu kepentingan pada masa kini. Ini kerana persekitaran masa kini tidak sama macam dulu. Untuk beri yang terbaik pada anak-anak kita kena mulakan dengan memberi sepenuhnya susu ibu. Sebagai seorang Islam, saya rasa satu tanggunjawab bagi saya memberikan titisan emas ini kepada anak-anak saya kerana mereka bakal menjadi Khalifah di muka bumi ini., betul tak?
Alhamdulillah..saya berjaya menyusukan anak-anak saya lebih 6 bulan. Jangan tak tahu anak saya yang sulong masih menyusu walaupun dah berusia 5 tahun. Tapi takdelah sekerap dulu. Hanya menyusu manja-manja je. Anak kedua saya nie sekarang dah berusia 9 bulan. Bagi saya menyusukan anak dengan susu ibu adalah suatu kepentingan pada masa kini. Ini kerana persekitaran masa kini tidak sama macam dulu. Untuk beri yang terbaik pada anak-anak kita kena mulakan dengan memberi sepenuhnya susu ibu. Sebagai seorang Islam, saya rasa satu tanggunjawab bagi saya memberikan titisan emas ini kepada anak-anak saya kerana mereka bakal menjadi Khalifah di muka bumi ini., betul tak?
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Kepada Ibu dan Bayi
Kebaikan Kepada Bayi
Susu Ibu adalah makanan terbaik untuk bayi.
- Mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi.
- Mudah dihadam dan sentiasa pada suhu yang tetap.
- Menggalakkan tumbesaran yag sihat dan mengurangkan risiko kurang berat badan.
- memberi pelindungan kepada bayi daripada jangkitan kuman dan alahan.
- Tidak perlu dibancuh dan sedia diminum.
Mengurangkan risiko:
- Cirit birit dan sembelit
- Kematian mengejut (sudden infant death syndrome)
- Jangkitan telinga dan pneumonia
- Penyakit saluran pernafasan
- Diabetes dan obesiti di kalangan kanak-kanak
Kebaikan kepada ibu
Penyusuan susu ibu terbaik untuk ibu.
- Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
- Membantu mengecutkan rahim dan rendah risiko tumpah darah.
- Mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari.
- Mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman.
- Penyusuan susu ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan bagi 6 bulan pertama selepas bersalin.
- Kurangkan tekanan perasaan selepas bersalin.
- Kurangkan risiko kerapuhan tulang di kemudian hari.
- Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kehamilan.
- Sedia diminum, tidak perlu dibancuh.
- Menjimatkan, tidak perlu dibeli.
Kepentingan Susu Ibu Sebaik Sahaja Bayi Dilahirkan
Sentuhan Kulit ke kulit (skin to skin)
Sebaik sahaja selepas bersalin, bayi anda akan diletakkan di atas badan anda sekurang-kurangnya 1 jam untuk:
- Membantu meningkatkan suhu badan bayi dan menjadikan ibu dan bayi selesa dan tenang.
- Menggalakkan jalinan kasih sayang ibu dan bayi untuk memulakan penyusuan.
- Menstabilkan pernafasan dan denyutan jantung bayi.
- Menggalakkan pengkolonian bakteria baik daripada badan ibu ke badan bayi.
Kepentingan Permulaan Awal Untuk Penyusuan Susu Ibu
Ibu
perlu memulakan penyusuan awal untuk merangsang proses penghasilan dan
pengaliran susu yang cepat dan berterusan supaya dapat:
- Membantu kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif.
- Memastikan bayi mendapat kolostrom dengan cepat kerana bayi baru lahir mempunyai naluri hisapan yang kuat (rooting reflex)
- Kolostrum: susu awal yang dihasilkan semasa usia kandungan 7 bulan sehingga beberapa hari selepas bersalin, dikeluarkan dalam kuantiti yang sedikit berwarna kekuningan, pekat dan melekit. Kebaikan Kolostrum, kaya dengan antibodi yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan.
Kepintangan Ibu dan bayi Sentiasa bersama setiap masa (Rooming In)
Ibu perlu sentiasa berada bersama bayi 24 jam setiap hari untuk:
- Bayi belajar mengenali ibunya.
- Ibu dapat memberi susu awal.
- Ibu dapat mengenali tanda-tanda bayi ingin menyusu.
- Meningkatkan kasih sayang dan keyakinan ibu menhjaga bayi sendiri.
- Merangsang penghasilan dan pengeluaran susu dan mengelak bengkak payudara.
Kepentingan Penyusuan Mengikut Kehendak Bayi
Bayi perlu disusukan pada bila-bila masa mengikut kehendak bayi.
- Susukan bayi dengan kerap mengikut kehendak bayi.
- Susukan Bayi tanpa had mengikut selama mana yang bayi mahu sehingga bayi mendapat susu akhir "hindmilk" dan melepaskan sendiri payudara apabila kenyang.
- Susukan bayi apabila payudara ibu terasa penuh.
- Kejutkan bayi yang tidur lama untuk disusukan.
- Susukan bayi apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu
Kepentingan Penyususan Susu Ibu Kerap Untuk Memastikan penghasilan Susu Ibu Yang Mencukupi
Bagi memastikan bekalan susu sentiasa cukup, ibu perlu:
- Susukan bayi mengikut kehendak bayi bukan mengikut waktu tertentu.
- Susukan bayi dengan kerap pada setiap masa terutama waktu malam kerana penghasilan prolaktin yang tinggi.
- Beri bayi menyusu pada kedua-dua belah payudara secara bergilir.
- Elakkan memberi bayi puting tiruan / puting kosong
- Kerap kosongkan payudara dengan melakukam pemerahan (membantu kekerapan aliran masuk susu baru)
- Ibu perlu sentiasa tenang dan gembira serta mendapat rehat secukupnya.
- Amalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat dan minum air secukupnya (sekurang-kurangnya 10 gelas)
Peningkatan berat badan bayi yang normal
- 1 bulan pertama: 100 g hingga 200 g seminggu
- 2 bulan hingga 1 tahun: 84 g hingga 104 g semingggu
Tanda-Tanda Bayi Ingin Menyusu (Feeding Cue)
Susukan segera apabila bayi menunjujkkan tanda-tanda bayi lapar. Jangan tunggu sehingga bayi menangis.
Tanda-Tanda bayi ingin menyusu
- Pergerakan mata yang kerap semasa mata bayi masih tertutup
- Mulut dibuka, lidah dijelir dan kepala menoleh-noleh mencari payudara
- Bunyi merengek
- Menghisap dan menggigit tangan, jari, selimut, kain atau objek yang dekat dengan bibir.
- Bayi menangis dengan kuat, meggeliatkan badannya.
Tanda-Tanda bayi kenyang
- Pada permulaan, badan bayi agak tegang. Apabila kenyang badannya lebih relaks/lembut.
- Kebanyakan bayi melepaskan puting payudara apabila kenyang.
- Sesetengah berterusan menghisap lembut sehingga tertidur.
Sekiranya bayi menangis sehingga sukar melekappada payudara, tenangkan bayi dahulu dengan cara:
- Memeluk dan menguap lembut
- Sentuhan kulit ke kulit
- Bercakap-cakap dengan bayi.
Banyak kepentingan penyusuan susu ibu kepada ibu dan bayi kan. Semoga tips-tips yang saya kongsikan ini membantu dan memberi manfaat terutama kepada ibu-ibu yang bakal melahirkan anak, juga kepada ibu-ibu yang baru melahirkan anak. InsyaAllah semoga dipermudahkan untuk beri terbaik pada anak-anak kita.
Untuk order "Produk Shaklee" klik sini
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.
Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!
Untuk Daftar Ahli klik sini
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.
Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!
Untuk Daftar Ahli klik sini
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya:
Siti Sarah Mohamad Nor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ]
♥ Contact No :017 202 3543
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com