Bestnya Muka Dah Bersih Dari Jerawat
"Sebiji jerawat tumbuh di pipi semalam"
Lama jugak tak tumbuh jerawat di pipi. Mungkin sebab lately nie asyik tidur lambat, muka senang berminyak dan bertoksin kan. Tapi actually saya ok je. Kalau nak bandingkan sebelum-sebelum nie, bukan
sebiji tapi saya terpaksa menghadapi jerawat yg tumbuh berbiji-biji setiap
hari dan muka berminyak sangat. Saya nie pulak jenis tangan gatal je
nak memicit kan. Bila picit comfirm-comfirm lah luka. Jerawat susah pulak nak
baik sebab asyik picit je kan, memang senanglah bakteria nak
hinggap. Bila luka dah baik jadilah parut yang sangat hitam. Memang
banyak sangat parut saya dulu-dulu. Kalau tengok gambar-gambar saya yg dulu
memang penuh parut jerawat saya 😅
Sejak Bila Jerawat Saya Tumbuh?
Saya ingat lagi jerawat saya mula-mula tumbuh semasa saya tinggal di
asrama. Masa tu saya form 4. Biasalah remaja kan suka ikut apa kawan-kawan
buat. Saya tengok hari-hari kawan sebelah saya pakai krim muka. Saya tengok mukanya
bukan main putih lagi. Teringin jugak nak pakai sebab kulit saya memang
gelap dulu. Maklumlah budak-budak kan suka berjemur. Sampai tak sedar kulit
makin gelap. Bila dah remaja tu mula lah rasa nak diri tu
cantikkan. Dengan harga yg tak sampai RM10 tu saya pun beli lah dan oakai hari-hari. Memang muka jadi cerah lepas pakai, tapi ada kesan sampingan
pulak...jerawat naik !!!!! Makin hari makin banyak. Sejak tu lah saya
mengalami masalah jerawat. Dari jenis kulit yang normal terus bertukar
jadi kulit berminyak.
Tak Pakai Pencuci Muka Sebab Kulit Muka Berminyak
Akibat muka berminyak saya tak boleh pakai
sebarang pencuci muka. Bila pakai muka jadi bertambah teruk, kering dan
sakit sangat. Sampai satu tahap saya tak pakai pencuci muka
langsung. 3 tahun saya basuh muka dgn air je.
Atasi Masalah Jerawat Dengan Rawat Kesihatan Dalaman
Kalau jalan-jalan
kat shopping mall tu...sales girl yang jual produk cantik mesti aim
saya. Bekejar bagi pamplet. Yelah memang dah terang-terang muka saya teruk kan. Memang sedih jugak lah. Jadi tak confident dan rasa rendah diri. Masa nie pun memang takde knowledge sangat pasal masalah kulit
berjerawat nie. Sampailah satu tahap saya cuba rawat badan saya dari
dalam. Orang kata kalau dalam sihat InsyaAllah luar pun sihat.
Inilah yang saya amalkan untuk kesihatan dalaman:
1. Ambil vitamin-vitamin Antioksidan
2. Ambil suplemen untuk stabilkan hormon
3. Ambil suplemen untuk kawal stress
4. Detox badan dan amalkan EAT CLEAN
5. Ambil vitamin-vitamin untuk kulit
Alhamdulillah..memang nampak perubahan. Sejak tu kulit saya bertambah
baik. Kulit kurang berminyak, jerawat makin berkurang. Kalau dulu
setiap hari tumbuh jerawat. Tetapi selepas amalkan perkara-perkara di
atas jerawat jarang tumbuh. Bila jerawat dah jarang tumbuh kuranglah
parut di muka.
Bila kulit muka dah bertambah baik, saya dah
berani guna pencuci muka dan produk-produk skin care untuk luaran tau. Tapi
saya tetap berhati-hati. Saya pilih yg tiada alkohol, yg tiada bahan kimia, yang bahan-bahan dalamnya semua semulajadi. So far yang saya guna
memang serasi dan sesuai dengan kulit saya dan saya selesa pakai.
Kesimpulannya kalau ada masalah kulit tak kisahlah jerawat
ke..jeragat ke...kulit gelap ke...rawat dulu dari dalam. Kalau dalaman
kita tak jaga, pakailah pencuci muka apa pun memang takkan bantu
selesaikan masalah tu.
"InsyaAllah dalaman sihat luaran pun sihat."
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Untuk order "Produk Shaklee" klik sini
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.
Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!
Untuk Daftar Ahli klik sini
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.
Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!
Untuk Daftar Ahli klik sini
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya:
Siti Sarah Mohamad Nor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ]
♥ Contact No :017 202 3543
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
0 comments :
Post a Comment