9 Tips Bisnes Untuk Surirumah Bila Rasa Down
Alhamdulillah 4 tahun lebih bergelar Work At Home Mom. Memang seronok sebab inilah impian saya, nak jaga anak depan mata sepenuh masa. Dalam masa yang sama dapat jana income sama macam masa bekerja. Bisnes Shaklee yang sangat-sangat flexible sangat-sangat membantu saya sebagai surirumah.
Sepanjang 4 tahun nie bohonglah kalau saya kata segalanya berjalan dengan smooth. Walau siapa pun kita, sebagai hamba Allah kita tetap akan diuji setiap hari dan kita tetap perlu hadapi dan lalui liku-liku untuk capai apa yang kita nak dalam hidup nie. Kejayaan tu bukannya percuma. Mesti dibayar dengan pengorbanan.
9 Tips Bisnes Untuk Surirumah Bila Rasa Down
Memang ada turun naik emosi sepanjang menjadi suri rumah yang buat bisnes nie. Apa yang perlu kita buat ialah kawal emosi kita nie. Sebaik-baiknya dapatkan mentor untuk sentiasa beri semangat supaya bila kita down kita akan bangkit sentiasa. Ini saya kongsikan 9 tips dari mentor saya untuk suri rumah yang down dalam bisnes.
1. Jangan banding input kita dgn output orang. Kita akan dapat apa yang kita beri. Nak banyak, beri pun banyak lah juga.
2. Jelas dgn komitmen yang sanggup dibuat dan JUST DO IT.
3. Jangan bagi alasan.
4. Jangan tunggu orang lain motivate kita.
5. Jangan salahkan orang lain.
6. Kalau tak faham, baca.
7. Kalau tak reti, belajar.
8. Lakukannya demi keluarga.
9. Ingat selalu kenapa kita bermula.
Semoga tips nie dapat bantu kawan-kawan lebih kuat dan tabah menghadapi cabaran dan terus bangkit untuk capai apa yang diimpikan dalam hidup. Paling terbaik berdoalah pada yang Maha Pencipta. InsyaAllah kekuatan tu akan datang.
Nak tahu apa yang patut anda buat berjaya dalam bisnes sebelum merancang aktiviti bisnes anda. Jom tengok video nie...
Hubungi saya untuk keterangan lanjut
Siti Sarah Mohamad Nor
Shaklee ID No : 860157
Contact No: 017 2023543
Emel : ladysara84@yahoo.com
Contact No: 017 2023543
Emel : ladysara84@yahoo.com
0 comments :
Post a Comment