Panduan Untuk Memulakan Diet

23/04/2013

Panduan Untuk Memulakan Diet


Assalamualaikum....

Nak Berdiet??? Tapi tak tahu nak mulakan bagaimana...Bila sebut sahaja diet pasti dalam fikiran atau tercetus di mulut kurangkan  makan or skip makan.Bukan senang nak tukar jadual dan tabiat dari suka makanan kepada menjauhi makanan.

Jom saya kongsikan beerapa tips mudah, panduan diet yang sihat, hasil bacaan saya di majalah i-sihat khas untuk anda....

PeRLAHAN-LAHAN
Sebarang perubahan yang berlaku dalam diet menjadi lebih mudah jika diambil secara perlahan-lahan dengan langkah-langkah yang kecil-kecil. Sebagai contoh:
1. tambah produk tenusu dalam bekal tengahari anda
2. tetapkan satu hari sebagai hari mengambil ikan sahaja.
3. Pek satu hidangan bijirin gandum kegemaran anda dan kemudian jadikan ia sebagai snek minum pagi anda. 

AIR DI MANA SAHAJA
Ia murah, tiada lemak dan berupaya memberi tumbuh anda satu rangsangan yang bertenaga. Jika anda merasakan idea mengambil 8 gelas air setiap hari sesuatu yang sangat sukar, fikirkan yang lebih mudah. Sebagai contoh:

1.  Minum satu gelas air sebaik bangun daripada tidur iaitu sebelum anda memberus gigi.
2. Tidak mampu menolak soda? Minumlah secawan air yang mengandungi sedikit rasa minuman kegemaran anda di dalamnya terlebih dahulu.
3. Cuba minum lebih satu gelas air hari ini berbanding semalam.

AMBIL eMAS, MeRAH, UNGU
Barangan yang berwarna-warni sebenarnya dipenuhi dengan 1 jenis kompoun tumbuhan yang mampu melawan penyakit. Jadi, apabila mahu membeli belah, capailah warna-warni pelangi.

1. Tetapkan 1 warna untuk sehari. Sebagai contoh, mungkin Isnin warna kuning dengan anggur, epal emas atau jagung, manakala hari Selasa dengan warna ungu iaitu plum dan terung.
2. Libatkan anak-anak untuk membuat tema hdangan makanan.
3. Ambil buah-buahan aau sayur-sayuran berbeza setiap kali membeli belah.

ATASI KeKerARAPAN KUNYAH
Anda sedang berbual bersama rakan-rakan disekitar meja atau ketika menonton DVD dan anda tidak berhenti mengunyah. Cuba tips di bawah untuk mengawal kunyahan anda.

1. Kunyah gula-gula getah tanpa gula dalam mulut.
2. Berus atau flos gigi anda.
3. Beri perhatian-lihat setiap keping makanan yang anda rancang untuk makan.
4. Sibukkan tangan dengan memegang segelas air, secawan atau cuba bersih-bersihkan kawasan kerja.

TeTAPKAN PeNDIRIAN
Bantu diri sendiri untuk berjaya dan cari jalan keluar bila anda perlukannya.

1. Cari pasangan di kalangan ahli keluarga atau rakan-rakan untuk sama-sama melaksanakan diet dan mengurangkan berat badan.Kongsi idea dan rancangan anda dengan kerap bersama pasangan.
2. Tinggalkan semua godaan dan kegemaran anda seperti ais krim, kentang goreng dan juga soda.
3. Cuba lakukan aktiviti sosial yang tidak melibatkan makanan. Anda boleh tukar lokasi untuk berjumpa dengan teman-teman di taman untuk berbasikal atau menonton filem.

Semoga tips-tps tersebut dapat membantu anda untuk berdiet dan seterusnya mencapai berat ideal yang anda impikan.........

Anda juga boleh mengamalkan supplement untuk membantu anda mnurunkan berat badan dengan kadar cepat, badan lebih bertenaga dan dapat mengimbangi nutrien dalam badan walaupun sedang berdiet.

Jom Dapatkan HOT Set Slimming Shaklee.....



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya:
Siti Sarah Mohamad Nor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ]
♥ Contact No :017 202 3543
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
 

0 comments :

Post a Comment

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *