Susu Ibu Sikit Semasa Berpantang
Assalamualaikum....
Seringkali saya menerima keluhan dari ibu yang baru melahirkan anak dan sedang berpantang, "Susu Takdelah" atau "Anak asyik nangis sebab susu sikit". Selalunya ibu-ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata, yang tiada pengalaman akan terus memberi susu formula kerana kesian dan tak sampai hati melihat anak lapar.
Pada awal kelahiran, ibu mengeluarkan Colostrums. Colostrums adalah susu awal ibu. Ia terdapat pada susu ibu seawal
3-5 hari pertama selepas bayi dilahirkan. Ia bewarna kuning, berlemak,
da sangat kaya dengan protein dan antibodi. Perut bayi pada ketika itu hanyalah sebesar guli sahaja (5-7ml) dan jumlah Colosttrums adalah cukup untuk menampung perut bayi yang baru lahir.
Jadi, pastikan anda menyusukan anak anda sekerap mungkin, mengikut permintaan bayi anda dalam tempoh tersebut atau setiap 2 jam. Setelah masuk hari ke 5 insyaAllah penghasilan susu akan bertamabah dan bertukar warna putih seperti susu biasa.
Seelok-eloknya elakkan menggunakan botol susu pada 2 minggu pertama supaya bayi anda tidak keliru puting dan ditakuti bayi tidak mahu menghisap puting ibu. Akibatnya susu akan semakin berkurangan kerana kurang permintaan dari bayi. Jika anda menghadapi bengkak susu, anda disarankan mengepam susu sejurus selepas bayi menyusu.
Pengambilan air yang cukup sangat-sangat dititikberatkan dalam penyusuan. Ibu yang dalam pantang seharusnya mengambil air sekurang-kurangnya 3 Liter sehari. Kekurangan air boleh menjejaskan penghasilan susu anda.
Makanan yang berkahsiat dan seimbang juga penting bagi menghasilkan susu yang berkualiti dan penghasilan susu lebih lancar. Lebihkan sumber kalsium dan protein kerana ia merupakan komposisi paling banyak dan penting dalam penghasilan susu.
Jika berkemampuan, anda boleh mengamalkan supplement atau vitamin sebagai bekalan nutrient anda.Set Berpantang kami lengkap dengan nutrisi yang diperlukan ibu semasa berpantang supaya ibu kembali sihat, cergas, menyembuhkan luka jahitan dengan cepat dan membantu pengeluaran susu ibu dengan lebih baik.
Dapatkan Set Berpantang Shaklee yang mempunyai Vitamin C, B Comple, Vitalea With Iron@Multivitamin, Ostematri@Klasium dan eSP@ Protein. Jika anda ingin menguruskan badan semasa dalam pantang anda juga boleh mengamalkan Omega Guard yang juga bagus untuk otak bayi.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya:
Siti Sarah Mohamad Nor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ]
♥ Contact No :017 202 3543
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
0 comments :
Post a Comment