8 Punca Anak Kurang Bertenaga
Assalamualaikum...
TAHUKAH ANDA!!!
Otak kanak - kanak hanya mampu menyimpan tenaga selama 10 hingga 15 minit sahaja. Jadi, jangan cepat melatah atau marah pada anak jika cikgu mengadu anak suka tidur dalam kelas. Cuba cari punca samada anak mungkin mempunyai masalah kesihatan, jadual terlalu padat atau mungkin pemakanan yang tidak teratur.
Punca Anak Kurang Bertenaga
1. STRESS
Aktiviti di sekolah yang terlalu banyak dan jadual yang sangat pada boleh menyebabkan si anak menjadi STRESS. Apabila si anak STRESS mereka mula berasa letih.
2. OBESITI
Akibat terlalu gemuk atau berat berlebihan, pergerakan si anak terbatas. Anak mudah rasa penat kerana terpaksa membawa beban badan yang berlebihan.
3. Mengambil Makanan Tinggi Lemak dan Gula
Sarapan Pagi yang berat seperti bihun, nasi lemak dan kuih adalah tidak bagus untuk kesihatan anak. Ia merupakan sarapan yang tinggi lemak dan gula atau Indeks Glisemik tinggi. Indeks Glisemik yang tinggi dalam makanan boleh menyebabkan paras tenaga dalam badan menurun. Sebagai ibu bapa anda perlu mengambil berat tentang makanan anak anda dan memberikan makanan yang berkhasiat serta seimbang. Makanan dari sumber Protein adalah baik untuk memberi tenaga yang berterusan. Lihat di sini sumber makanan untuk kekalkan tenaga anak.
4. Kurang Bersenam
Gaya hidup yang sihat perlu dipupuk dalam diri anak. Membawa anak beriadah atau bersenam pada hari minggu adalah satu cara untuk meningkatkan stamina anak dan membuang toksin dalam badan. Toksin berlebihan boleh mengganggu penyerapan zat makananan ke dalam badan.
5. Kurang Tidur dan Rehat
Masuk tidur awal perlu diterapkan kepada anak. Kanak-Kanak sepatutnya tidur 8 jam sehari supaya dapat menjana tenaga sepanjang tidur. Amalkan memberi anak Kalsium sebelum tidur samada dari susu atau pil Kalsium. Penyerapan Kalsium semsa tidur adalah lebih baik dan badan rasa lebih segar bila bangun pagi. Elok juga diambil pagi - pagi semasa bersarapan. Anda boleh membancuh Meal Shakes yang juga mengandungi Kalsium setiap pagi.
6. Kurang Air Dalam Badan
Bekalkan anak air kosong yang dimasukkan ke dalam botol setiap hari. Air kosong baik untuk kesihatan kerana bebas dari kalori. Anda juga boleh memberi Performace Drink bagi mengelak anak daripada dehidrasi atau kurang air dalam badan.
7. Kurang Sihat
Ketahanan badan anak semakin menurun akibat persekitaran yang kurang sihat menyebabkan anak mudah jatuh sakit. Tenaga semakin kurang akibat kurang selera makan dan sistem imunisasi tidak berfungsi dengan baik. Selsema dan batuk juga mengganggu aktiviti anak. Minyak ikan atau Omega , Nutriferon membantu meningkatkan sistem imunisasi anak. Lihat sini untuk tips elak anak sakit.
8. Anemia
Anemia berlaku akibat kurang Zat Besi. Zat besi adalah zat yang penting bagi pembentukan hemoglobin. Homoglobin ialah bahan dalam darah yang membawa oksigen ke tisu - tisu badan. Salah satu tanda -tanda Anemia ialah sering letih dan pucat. beri anak anda daging, ayam, sayuran hijau dan bijirin yang mengandungi zat Besi supaya mereka mendapat cukup keperluan Zat Besi.
Yang mana satu anak anda???
Kaji dan selidik dulu punca dan kenapa anak anda kurang bertenaga, sering letih, sering tidur. Kemudian cuba bantu mereka untuk atasi masalah tersebut. Perkara ini tidak boleh diambil ringan kerana kelak ia menjadi satu masalah yang besar kepada anda dan anak. Kesannya, anak anda mungkin tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran mereka, menyebabkan prestasi peperiksaan mereka merosot dan jika ia berterusan bagaimana pula dengan nasib masa depan mereka ? Fikir -Fikirkanlah.
*
These statements have not been evaluated by the Food and Drug
Administration. These products are not intended to diagnose, treat,
cure, or prevent any disease.
Untuk order "Produk Shaklee" klik sini
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.
Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!
Untuk Daftar Ahli klik sini
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.
Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!
Untuk Daftar Ahli klik sini
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya:
Siti Sarah Mohamad Nor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ]
♥ Contact No :017 202 3543
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com
atau isi form di bawah:
Create a web form here
0 comments :
Post a Comment