7 Jenis Cecair Wajib Untuk Elak Dehidrat Semasa Berpuasa

19/07/2014

7 Jenis Cecair Wajib Untuk Elak Dehidrat Semasa Berpuasa


Assalamualaikum...

Semasa berpuasa, sudah tentu anda akan kurang mengambil cecair yang mencukupi. tambahan pula, aktiviti yang padat sepanjang hari akan membuatkan tubuh melalui proses penyahidratan dengan cepat. Tahukah anda, tubuh manusia terdiri daripada 75% air manakala selebihnya adalah bahan pepejal. Begitu juga dengan otak, ia mengandungi sebanyak 75% air yang mana penghidratan sederhana boleh menyebabkan sakit kepala dan pening.


Kepentingan Cecair Dalam Tubuh


Kebanyakan kita tidak menyedari akan kepentingan mengekalkan kelembapan tubuh terutamanya di bulan puasa. Keperluan tubuh terhadap cecair semakin meningkat di dalam persekitaran panas di mana tubuh mengeluarkan peluh dengan lebih banyak sekaligus meningkatkan kadar kehilangan air. Sekiranya tubuh badan tidak dihidrat dengan sempurna, tubuh mudah merasa lesu dan letih. Matlamat utama yang perlu anda tanam dalam minda ialah kekal berada dalam keadaan hidrat secukupnya. Dengan itu, suhu tubuh mampu dikawal atur dan pada masa yang sama, bahan buangan dalam tubuh dapat disingkirkan dengan sebaik-baiknya. Manakal sendi, organ serta tisu tubuh mendapat perlindungan dalam usaha membolehkan anda mengekalkan gaya hidup sihat sepanjang berpuasa.



Kesan Penyahidratan Kepada Tubuh


Kesan penyahidratan boleh muncul dalam pelbagai bentuk. Daripada rasa dahaga, letih, hinggalah kepada kegagalan fungsi buah pinggang. Dalam kes yang kronik, penyahidratan boleh menyebabkan anda koma dan akhirnya mengundang maut. 

1. Penyahidratan ringan (Rasa dahaga)

  • Sakit kepala akibat daripada tekanan mental dan fizikal yang boleh berpunca daripada tidak mendapat bekalan air mencukupi. 
  • Menagalami keadaan letih lesu. hal ini tejadi kerana jantung terpaksa bekerja lebih keras bagi membekalkan kulit dengan oksigen dan nutrien setelah berlaku ketidakseimbangan cecair. 
  • Mulut dan tekak rasa kering.

2. Penyahidratan sederhana (Rasa keliru)

  • Ia terjadi disebabkan oleh kekurangan cecair di dalam sistem otak yang boleh mempengaruhi cara individu membuat keputusan. Otak yang mengalami penyahidratan adalah lemah sehingga mendorong kepada ingatan jangka pendek yang teruk disertai sakit kepala yang serius. 
  • Degupan jantung menjadi kencang, pening kepala, mengakibatkan tekanan darah rendah yang berpunca daripada penurunan darah. 
  • Rasa lemah tidak bertenaga disebakan oleh perubahan dalam keseimbangan cecair di mana jumlah darah boleh menurunkan sekaligus menjejaskan rutin harian. 
  • Air kencing menjadi sangat pekat dan jumlah pengeluarannya juga merosot.

 

3. Penyahidratan teruk

  • Pengecutan otot-otot berlaku disebabkan oleh timbunan jumlah toksin dan bakteria yang terperangkap di dalam kelenjar limfa. Akibatnya buah pinggang tidak berupaya mengusir keluar toksin berkenaan. 
  • Lidah bengkak
  • Peredaran darah yang lemah disebabkan oleh kuantiti darah yang semakin berkurangan.
  • Rasa lemah dan tidak bermaya tambah ketara.
  • Buah pinggang tidak dapat berfungsi kerana tidak mendapat cecair yang mencukupi untuk menyingkirkan toksin.

7 Jenis Cecair Elak Dehidrat Semasa Berpuasa


Cecair memainkan peranan yang sangat penting untuk mengekalkan badan dalam keadaan yang terhidrat. Pengambilan cecair boleh berubah-ubah dari air, jus buah-buahan  atau sayur-sayuran, minuman isotonik, susu serta buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak cecair.

1. Air Kosong

Pilihan yang paling baik untuk memenuhi keperluan cecair dalam badan anda sama ada suam atau sejuk . Sehiris limau nipis yang ditambahkan ke dalam air kosong akan meberikan perubahan rasa yang pasti menyegarkan.

7 Jenis Cecair Wajib Untuk Elak Dehidrat Semasa Berpuasa, Kepentingan Cecair Dalam Tubuh, Kesan Penyahidratan Kepada Tubuh

2. Susu

Segelas susu rendah lemak mengandungi kalsium, protein dan air. Untuk menambah rasa yang lebih enak pada susu kosong, anda boleh membuat susu kocak yang ditambah dengan buah-buahan segar, Meal Shakes dan ESP. Lihat sini kelebihan mengambil Meal Shakes dan ESP semasa berpuasa. Jika anda tidak gemar susu anda boleh gantikan dengan Ostematrix.

http://ladysara84.blogspot.com/2013/05/bersahur-dengan-set-mighty-3-gem.html

3. Minuman Isotonik

Ia merupakan sumber yang baik untuk menggantikan bahan elektrolit seperti kalium, klorida, natrium dan magnesium. Bagi anda yang termasuk dalam golongan aktif di bulan Ramadhan ini digalakkan mengambil minuman isotonik seperti Performance Drink.
http://ladysara84.blogspot.com/2012/05/berpuasa-dengan-performance-drink.html

4. Jus Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran Segar

Cara yang baik untuk memulakan hari berpuasa anda memandangkan ia turut menyediakan vitamin dan mineral. Paling penting untuk diingatkan ialah anda segera meminumnya sebaik sahaja ia disediakan.
7 Jenis Cecair Wajib Untuk Elak Dehidrat Semasa Berpuasa, Kepentingan Cecair Dalam Tubuh, Kesan Penyahidratan Kepada Tubuh

5. Teh

Tidak kira teh biasa ataupun teh hijau, ketahuilah ia mengandungi flavonoid. Satu lagi pilihan cecair yang menarik. Namun, pengambilan minuman berkafein secara berlebihan akan memberi kesan diuretik di mana anda akan kerap membuang air kecil. Cinch Tea pilihan terbaik untuk anda.

http://ladysara84.blogspot.com/2013/07/kurangkan-berat-badan-dengan-cinch.html

6. Sup

Pembuka mulut hidangan yang biasa dihidangkan dalam sajian Barat ini berupaya memberikan tubuh anda jumlah cecair yang baik.

7 Jenis Cecair Wajib Untuk Elak Dehidrat Semasa Berpuasa, Kepentingan Cecair Dalam Tubuh, Kesan Penyahidratan Kepada Tubuh

7. Buah-Buahan dan sayur-Sayuran segar

Limau, tembikai epal, anggur, tomato dan timun adalah antara jenis buah dan sayur yang mengandungi antara 70 hinga 80 peratus air. Jadi, sasarkan untuk mengambilnya sebanyak 5 hidagan sewaktu sahur, berbuka puasa dan sebelum tidur. 

7 Jenis Cecair Wajib Untuk Elak Dehidrat Semasa Berpuasa, Kepentingan Cecair Dalam Tubuh, Kesan Penyahidratan Kepada Tubuh
Terdapat pelbagai jenis cecair yang boleh anda pilih untuk memenuhi keperluan cecair sepanjang berpuasa ini. Jadi, tiada alasan bahawa anda tidak mampu mengambilnya dalam jumlah yang mencukupi.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

 atau isi form di bawah:
Name:
Email Address:
Massage

Create a web form here

0 comments :

Post a Comment

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *