16 Makanan Turunkan Kolestrol

07/05/2014

16 Makanan Turunkan Kolestrol


Asalamualaikum...

Pada masa kini, semakin ramai golongan muda yg turut terjebak menghidap penyakit jantung. usia baru 30 an dah ada sakit jantung. Ini kerana kita kurang memberi penekanan terhadap amalan pemakanan seharian yg tanpa disedari mengandungi kolestrol tinggi. Makanya, cuba ubah pola makan dan gaya hidup kita bg membantu menurunkan kolestrol dan seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung. Di sini, disenaraikan 16 jenis makanan yang membantu anda menurukan kolestrol.

16 Makanan turunkan Kolestrol

  1. Kacang Soya

    Makanan jenis kacang soya mengandungi 485 protein. lestin, vitamin dan zat galian.Kandungan Kalsium dan Mineral di dalamnya juga membantu memecahkan lemak sambil menyusutkan kadar lemak jahat atau lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
  2. Kuaci

    Kuaci sememangnya kaya dengan Zat Besi. Amalkan memakan jenis kauci yg tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menambah Zat Besi dalam tubuh dan pada masa yg sama dapat juga mengurangkan kolestrol.


  3. Buah-Buahan Kering

    Kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid. jadi ia mampu menyingkirkan lemak LDL dan mengurangkan risiko sakit jantung.

  4. Epal

    Sebiji epal atau jusnya setiap hari mampu mengurangkan kolestrol dalam badan. Kajian membuktikan memakan sebiji epal atau jusnya selepas mengambil makanan segera dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak dlm tubuh.

  5. Ikan Tuna

    Tuna merupakan sumber asid lemak omega 3 yg berupaya melindungi tubuh daripada peningkatankadar kolestrol LDL dalam tubuh.

  6. Kacang Tanah

    Kacang tanah yg dipangggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan Vitamin E. Vitamin E dapat membantu dari menghalang radikal bebas drpd merosakkan kandungan HDL dan mengelak daripada serangan jantung.

  7. Mangga

    Mangga kaya dengan Vitamin C yg mampu mencegah LDL dalam tubuh.

  8. Kismis

    Sebatian yg ada dlm kismis mampu menurunkan kolestrol. Dengan mengamalkan diet 400 kalori kismis setiap hari anda telah membantu tubuh menurunkan kolestrol sebanyak 8 peratus.

  9. Jambu Batu

    Makan jambu batu dlm jumlah 400gram atau sebiji sehari selama 4 mingggu mampu menurunkan paras kolestrol sebanyak 18.8 peratus. Sangat sesuai untuk anda yg ingin menurunkan berat.

  10. Tomato

    Minum 2 gelas jus tomato setiap hari dan satu langkah terbaik untuk menurunkan kadar kolestrol.

  11. Buah Delima

    Buah delima mampu mengurangkan pertumbuhan plak kolestrol dan pada yg sama meningkatkan produksi oksida nitrat. Kesannya ia dapat membantu anda mengurangkan plak pada arteri.

  12. Aprikot

    Aprikot membantu meningkatkan kadar kolestrol yang baik iaitu HDL dalam tubuh anda.

  13. Bawang Putih

    Bawang putih merupakan bahan yg banyak digunakan sebagai perencah makanan , membantu menurunkan kadar kolestrol jahat dlm tubuh.

  14. Bayam

    bayam merupakan sayuran hijau yg mengandungi byk zat lutein yg amat pentinng bg kesihatan organ jantung dan mampu melindungi jantung drpd penempelan lemak pd pembuluh darah. Anda sangat-angat digalakkan mengambil sekurang-kurangnya setengah mangkuk bayam yg telah dimasak setiap hari.

  15. Teh

    Teh diperkaya dengan kandungan antioksidan yg dpt memberi rasa tenang terutama pd pembuluh darah. Jadi ia dapat menghindarkan masalah pembekuan darah. Selain kaya serat, teh mengandungi antioksidan seperti flavonoid yg dapat mencegah oksidasi yg boleh menyebabkan penimbunan kolestrol jahat (LDL) pd pembuluh darah. Dengan meminum segelas teh hangat, ia dapat memenuhi tubuh dgn antioksidan.

  16. Coklat

    Pilih coklat hitam yg memilik rasa pahit. Coklat mengandungi antioksidan dan flavonoid yg bagus untuk mengurangkan kolestrol jahat.

Mungkin doktor ada membekalkan ubat khusus untuk menurunkan kadar kolestrol dalam darah. Namun begitu, adalah lebih baik anda mengubah corak pemakanan anda dan mengamalkan cara hidup yg lebih sihat. Cara paling mudah selain mengambil dari sumber makanan anda juga boleh mengamalkan supplement shaklee yg boleh mengurangkan kolestrol seperti Garlic, Lecithin, Omega Guard, AlfalfaCoQHealth.

 
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *